MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, March 30, 2010

SWEET STRAWBERRY SMOCKING..


Assalamualaikum pada semua kawan-kawan dan pengunjung tak kira silents reader yang selalu singgah blog saya ni atau pada pengunjung yang baru . Apa kabar ? saya harap semuanya happy , sihat dan ceria selalu ya..

Lately saya dah jarang buat entry sebab tak ada projek jahitan yang saya nak share di blog saya ni . Kawan-kawan yang sangat perihatin ada yang hantar sms , call dan masa berjumpa bertanya pada saya kenapa laaa dah lama juga saya tak buat entry baru dan saya macam dah menyepi sejak 2 minggu ini . Saya ni senyap sebab tak ada cerita yang menarik untuk saya kongsi dengan semua pengunjung blog saya ni . Apa pun terima kasih di atas perhatian , sokongan dan concern dari kawan-kawan semua , insyallah lepas ni saya akan buat entry sekerap yang mungkin .

Lepas ni pun rasanya saya jarang sikit buat entry tentang koleksi antik saya . Kenapa ? sebabnya saya dah kurang membeli atau mengumpul corak lain . Sekarang ni saya hanya nak tambah dan bagi lengkap saja koleksi yang sudah sedia ada tu . Saya pun nak pelbagaikan pengisian blog saya ni dengan macam-macam cerita serta aktiviti yang lain juga sebab saya rasa macam tu lebih best .

ME AND MY SMOCKING...

Dah lama juga saya tak buat entry tentang sulaman smocking dan saya sendiri pun dah rinduuu sangat dengan smocking ni . Tadi saya baru je siap kedutkan kain corak buah strawberry ni hmm memang sweet sangatkan corak dan warna kain ni . Masa saya mula nampak je kain ni di kedai saya terus bekenan . Kali ni saya jahit smocking untuk gaun baby hmmm cutenya dan saya akan masukkan lagi entry tentang smocking ni bila dah siap nanti ya..


Dah pun siap kain ni di pleat , kejap je tapi dulu masa mula belajar dan agak kurang mahir memang lama juga untuk saya nak siapkan kedutan ni . Bila dah lama dan selalu buat proses ni jadi semakin mudah syukur la...


Kain yang dah siap dikedut dan tunggu saya jahit saja sulam smocking , bila menjahit diri saya menjadi tenang dan happy . Walaupun saya ni ada banyak juga hobi tapi smocking tetap menjadi pilihan nombor satu...


Beautiful colors , hmm warna yang mana satu nak guna ni

Lepas saya dah selesai kedutkan kain ni baru lah saya cari benang dengan warna yang sesuai untuk saya jahit sulam smockingnya hmmm yummy vibran colors . Mana satu warna yang sesuai untuk saya guna ni , semua warnanya menarik hmmm nanti la saya tunjuk ya warna apa saya pilih di entry yang akan datang . Selalunya saya suka guna maksimum 3 atau 4 kombinasi warna saja . Kadang-kadang tu hanya 2 kombinasi warna saja pun dah cukup semuanya bergantung pada warna corak di kain tu sendiri kalau plain lagi senang saya nak combine color .

Selalunya sebelum saya mula nak buat smocking ni saya dah buat sketch atau lakaran mudah jenis corak jahitan smocking yang saya nak jahit nanti dan kadang-ladang saya terus pilih warna benang dulu .

Hmmmm tak sabar rasanya nak jahit smocking semula kali terakhir saya jahit smocking ni pada bulan Januari yang lepas , saya buat gaun untuk anak kawan saya . Ada banyak sebenarnya gaun smocking yang saya nak jual , bila saya nak jual gaun-gaun smocking ni ?? hmmm tunggu la saja bulan April ni ya :)

ok bye-bye ceria kan hidupmu selalu ya..

and

HAPPY SEWING

DAH SIAP PUN...


Alhamdulillah selesai dan dah siap pun saya bungkus semua barang-barang pelanggan dan besok boleh la dihantar . Saya pun nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH pada semua pelanggan yang ada beli barang-barang dari kedai cyber saya , syukur alhamdulillah...

Pada pelanggan-pelanggan yang minta saya cari kan barang-barang tertentu insyallah saya akan cuba cari dan kalau dapat nanti saya akan sms atau talipon ya .


Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk saya hantar barang-barang customer di sekitar Lembah Kelang so memang saya agak sibuk juga tapi saya sangat puas hati sebab dapat hantar sendiri barang-barang yang dibeli oleh customer.

alhamdulillah syukur..

Monday, March 29, 2010

MUHASABAH DIRI


Artikal menarik ni , jom kita baca .


HIKMAH BERDIAM DIRI

MANUSIA berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia.Banyak bercakap seperti mengumpat , fitnah serta menghasut dan menipu/berbohong akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Antara hikmah diam adalah:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya.”(Riwayat Abu Naim)

“Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.” (Riwayat At-Tarmizi)

Madah Dari Hukama:

* Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

* Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.

* Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:
"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik
'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan kesilapan yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Dengan pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabahlah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

Saturday, March 27, 2010

IN THE NAME OF HOPE



Hope is a candle in the night
Hope is a long respite

Hope is a feather
Once lifted, it'll only get higher

Hope is an oasis in a desert
Hope is a diamond in the dirt

Hope is everywhere
Yet hope is scarcely there

Hope is the dream of better days
Hope is the passion ablaze

Hope is beautiful
And hope is tranquil

Hope is there for everyone
Hope is an asset that all has in abundance


beautiful poem by my sister : kak Amy

Friday, March 26, 2010

JOM JOIN GIVEAWAY TERATAK PUTERI


Salam pagi Jumaat

Hadiah untuk GA dari kak Chah best ni..

Kejap je dah hari Jumaat kan bestnya besok dah cuti hujung minggu, apa program kita besok ya ? Mesti ramai yang balik kampung atau rehat kat rumah je dan buat macam-macam urusan lain kan . Saya besok nak ke Pesta Buku la jom kita pegi cuci mata dan semestinya beli buku la kan hmm bestnya.

Ok la hari ni saya buat n3 khas untuk Giveaway yang kak Chah dari Teratak Puteri anjurkan untuk memeriahkan sambutan birthday kak Chah , hmmmm hadiahnya semua best sangat siapa yang tak join rugi juga ni . Click disini untuk ke blog kak Chah ya..

Syarat-syarat peraduan ini pun sonang je...

1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010



2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadiFollower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..



3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)



4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010



5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.

Sekian..selamat berjaya..ta..ta..



Thursday, March 25, 2010

JOM KE KEDAI CYBER SAYA


Ada barang-barang baru di kedai saya , jom..


Wednesday, March 24, 2010

AWARD DR CIKGU SITY & SOLEHAH


Hari ni saya jalan-jalan ke blog kawan-kawan untuk ambil award . Terima kasih ya pada cikgu Sity dan Solehah yang sudi nak bagi award-award ni pada saya .


"Creative Mom Blogger" Award dari Cikgu Sity, Thanks ya...



"Award Beautiful Blogger" ini pula dari Solehah , terimakasih...

Tuesday, March 23, 2010

KOLEKSI SETEM


Salam pagi Selasa
Bila dah selesai kerja harian untuk sesi pagi baru la saya boleh duduk jap depan computer ni dan masukkan n3 baru sekali . Kali ni saya nak berkongsi koleksi setem yang saya kumpul semenjak saya berumur 9 tahun sampai la saya umur 16 tahun ( 1981-88) . Pada kebiasaannya hobi kumpul setem ini hanya kanak-kanak dan remaja saja yang minat tapi sekarang ni semenjak saya selalu pegi beli setem lama dekat Amcorp Mall saya tengok rupa-rupanya hobi kumpul setem ni tak kira peringkat umur dari yang muda sampai la yang dah berumur .
Buku setem saya yang pertama saya dapat dari kakak saya , buku setem berwarna merah yang kakak saya dapat masa dia sendiri kecik juga sekitar tahun 1960an . So bila dia nak tukar kepada buku setem baru yang lagi besar buku setem merah ni diwariskan kepada saya dengan sedikit koleksi setem yang dia biarkan didalamnya . Saya memang dok admire tengok koleksi setem kakak saya tu so bila dia bagi buku setem merah yang dia punya tu saya punya la happy .
Kakak saya yang no.3 Kak Amy yang kerja di syarikat minyak antarabangsa yang banyak tolong kumpulkan setem dari sampul surat yang sampai pada dia dari serata dunia . Kak Amy akan pos pada saya setem-setem yang dikumpul itu atau dia akan bawa balik masa dia bercuti untuk bagi pada saya nanti . Tu la kan kasih sayang kakak pada seorang adik , saya memang ternanti-nanti bila kak Amy nak balik dan bila dapat saja setem-setem tu saya punya la happy . Arwah abah pun banyak kumpulkan setem untuk saya yang abah dapat dari office .
Saya kumpul setem sampai la saya di tingkatan 4 dan bila dah masuk form 5 saya berhenti sebab dah nak exam SPM . Bila dah sambung belajar kemudian bekerja , berkahwin dan dah bekeluarga saya terus lupa dengan hobi kumpul setem ini . Cuma sekali sekala saya teringat balik pada hobi saya ni bila saya belek buku setem warna merah yang menyimpan banyak sangat memori....
Ini la buku setem lama saya yang saya warisi dari kakak saya dan masih saya simpan lagi sampai sekarang cuma keadaan buku setem ni dan agak uzur dan saya dah beli buku setem baru tahun lepas .

Masih ada setem dalam buku lama ni semuanya setem-setem dari oversea yang saya belum pindah lagi ke buku setem baru . Saya ni kalau susun setem ikut pada tahun dan kumpulannya so memang akan ambil masa sikit la proses nak pindah ke buku baru ni . Saya tak suka campur adukkan semua setem nanti nampak serabuk . Setem-setem lama dari Malaysia saya dah pindah semuanya masuk dalam buku baru .


Semua buku setem saya , yang kanan khas untuk setem dari Malaysia dan yang tengah saya baru beli untuk setem luar negara . Buku setem merah saya simpan saja buat kenangan..

KOLEKSI SETEM


Dulu bila ke Amcorp Mall saya ada singgah ke booth peniaga yang jual macam-macam jenis setem Malaysia atau dari luar negara . Tapi masa tu kalau saya singgah pun hanya tengok kejap je macam koleksi sampul hari pertama iaitu koleksi sampul surat khas beserta setem untuk acara penting atau tarikh penting yang berlaku di Negara kita ni . Masa tu saya tengah syok kumpul teko , cawan set-set lama antik ni . Bila masuk tahun ni dan koleksi antik saya dah sampai ke target yang saya tetapkan baru la saya nak bagi tumpuan pada koleksi setem pula . Dah lama saya pendamkan hasrat nak sambung balik hobi kumpul setem saya ni tapi saya kena slow-slow dengan satu-satu hobi ni takut tak terkejar semuanya.

Semenjak bulan Januari tahun ini baru lah saya mula nak kumpul semula setem dan melengkapkan koleksi setem saya yang dah sedia ada ni . Bila saya belek setem sekarang ni grafiknya lebih menarik dan kualiti kertas setem memang berbeza dari 20 tahun dulu .

Bila di Amcorp saya memang luangkan masa di beberapa booth yang jual setem saja . Saya ambil masa yang lama sebab nak pilih setem-setem yang saya bekenan sebab dah 20 tahun saya tinggalkan hobi ini dan banyak juga setem yang saya perlu beli ikut tahun setem ini dikeluarkan . Saya beli setem bagi setiap tahun contohnya untuk tahun 1990 saya beli dalam 20 keping setem dengan grafik/reka corak yang berbeza dan seterusnya untuk tahun-tahun berikutnya sampai la setem tahun 2008 . Sekarang ni saya tengah mencari setem tahun 2009 , macam setem 2010 saya boleh terus beli di pos office je.


Setem-setem yang saya beli dari Amcorp masih terlekat pada kertas sampul so saya kena rendam dulu . Bila setem dah tertanggal saya kutip dan letak di atas surat kabar lama atau di atas apa saja jenis pemukaan pun boleh . Proses nak rendam sampai bagi kering setem la yang leceh sikit . Tapi ada juga di jual setem yang dah dibersihkan dan bila kita beli boleh terus susun saja dalam album setem kita .


Setem yang dah tertanggal dari kertas sampul surat ni saya keringkan atas kain dan dibiarkan sampai kering . Bila dah kering boleh la disusun dalam buku setem.


Semua setem dalam sampul ni saya beli di Ropewalk/Lorong Kulit di Penang masa cuti sekolah minggu lepas . Harganya lebih murah 18 keping setem hanya RM1 berbanding di Amcorp harga sekeping setem 10 sen dan ada juga 20 sen sekeping .


Setem lama tahun 1950-an sebelum merdeka lagi , setem ni saya beli di Ropewalk dengan seorang peniaga berbangsa Cina yang fasih berbahasa melayu dialeg Indonesia . Saya pun sempat bersembang dengan dia dan dia bagi tahu semua setem ni dia dapat dari pembekal di Singapura , Johor , Melaka dan Penang tiap-tiap bulan dia balik Singapura . Saya ni biasa la sambil memilih barang mesti bersembang dengan tokehnya apa pun nasib la saya jumpa setem lama ni di Penang kalau kat Amcorp mahal la regenya .


Ini pun setem lama juga tahun 1960-an yang saya beli di Penang juga harganya pun lebih murah . Banyak juga saya borong setem masa sopping di Lorong Kulit kat Penang .


Setem lama tahun 1950-an
Saya ni mengumpul setem sebab minat yang mendalam dan mana la tau satu hari nanti setem-setem ni boleh dijual atau saya simpan saja sebagai warisan untuk tatapan cucu serta cicit saya nanti .

KOLEKSI SETEM MALAYSIA



Macam ni la rupa setem-setem yang dijual mengikut tema dan kumpulan yang sama , semuanya diisi dalam sampul plastik kecil . Harganya berbeza dari Rm1 sampai la RM 6-8 . Ada juga setem yang dijual dalam kuantiti yang banyak macam 15 ke 1oo keping satu sampul . So , lagi senang nak pilih mana yang kita suka atau pada collectors yang baru nak mula kumpul setem pun mudah untuk buat pilihan .


Semenjak tahun 2000 semua setem dicetakkan sekali tahun setem ini dihasilkan so memang mudah la untuk collectors cari setem yang nak dikumpul dan kualiti setem ini lebih tinggi .


Setem keluaran khas untuk mengenang seniman Tan Sri P.Ramlee...


Setem ni saya baru beli minggu sudah saya mencari setem tahun 2008 dan yang tinggal hanya la setem yang baru belum diguna . Harganya agak mahal sikit tapi nilainya juga tinggi kalau nak dijual balik suatu hari nanti.


Dalam buku setem ni saya hanya susun setem dari Malaysia saja , setem-setem ni dulu saya simpan dalam buku setem merah saya tu . Semua setem ni dari tahun 1970 an sampai la yang terbaru tahun 2007 .

Bila saya di Amcorp Mall baru lah saya dapat jumpa dengan pengumpul setem-setem lain ada yang sebaya saya ada yang lebih muda dan ada yang lebih berumur . Sambil mengumpul saya pun dapat kenalan baru hmm best tu . Pada saya la kepuasan hati bila kumpul setem ni sama saja macam kumpul cawan pinggan mangkuk antik/lama .


Ini pula koleksi setem dari tahun 1990 sampai la 1999 , semua setem ni saya beli di Amcorp Mall . Saya spend anggaran dalam RM150 untk beli setem dari tahun 1987 sampai tahun 1999 semuanya untuk melengkapkan koleksi setem saya . Kiranya jumlah duit yamg saya spend tu murah la ada collectors lain yang sanggup habis beribu malah berpuluh ribu pun ada semuanya kerana minat yang mendalam terhadap hobi kumpul setem ini . Ada buku khas tentang sejarah setem , harga dan jenis-jenis setem dari Malaysia dan luar negara serta nilai di pasaran kalau pengumpul nak jual balik koleksi setem mereka .


Ini pun koleksi setem dari tahun 1990an . Memang buku setem saya ni khas untuk setem Malaysia saja.


Ini pula antara koleksi setem dari tahun 2000 - 2003 dan banyak lagi koleksi setem saya kalau saya masukkan semua dalam n3 kat blog saya ni memang tak cukup la hehehe , ok sampai disini dulu n3 tentang hobi saya ni . Nanti saya buatkan n3 untuk koleksi setem dari luar negara pula bye.....

Sunday, March 21, 2010

Jalan-jalan cuti sekolah


Seminggu cuti sekolah makan angin bersama keluarga la..

Kalau ikut plan asal suami nak bawa kami tour ke pantai timur mula-mula ke Kuantan terus ke Cherating tidur semalam lepas tu berhenti 2 hari cuti-cuti di Kuala Terengganu dan akhir sekali ke Kota Baharu pula selama 3 hari kemudian balik ikut Gua Musang terus ke Simpang Pulai dan terus balik KL. Tapi plan bertukar last minit so kami hanya balik ke Penang ke rumah abang saya . Saya ikut saja ke mana nak bercuti pun boleh , tengok la nanti kalau semua perancangan ok cuti sekolah bulan Jun ini kami akan ke pantai timur pula . Saya terasa rindu pula nak rasa tiupan bayu laut di pantai Cherating atau pantai Batu Buruk .
So , kami sampai ke Penang pada Ahad yang sudah dan aktiviti pertama kami mesti la naik feri dulu . Dah berbelas tahun saya tak naik feri kali terakhir tahun 1991 , Aisyah memang dari dulu dok ajak saya naik feri sementara Adlina masa mula naik feri dia takut tapi bila saya bawa dia ke depan dan ke belakang feri baru la dia seronok dan nak naik feri lagi . Nanti ya sayang lain kali bila kita pegi Penang kita naik feri lagi ya...

Sayup pemandangan jambatan Pulau Pinang..


Pemandangan bandar Georgetown ,Pulau Pinang..


Happy...

Bila naik feri ni mula la saya teringat masa saya kecil dulu kami sekeluarga selalu juga jalan-jalan ke Penang masa tu saya dan keluarga tinggal di Sungai Petani tahun 1979 - 1980 masa tu saya berumur 7 tahun dan tiap kali naik feri saja saya suka naik ke tingkat atas yang di khas kan untuk penumpang tanpa kenderaan dan ada tempat duduk . Kat bahagian atas feri ni ada booth jual ais krim dan favorite saya mesti la ais krim coklat Wall`s dan air botol favorite saya Mirinda perisa strawberi la serta ada dijual juga macam-macam jenis jajan lagi . Saya pun suka berdiri di pagar depan feri sambil tengok obor-obor dalam laut dulu memang banyak obor-obor dalam laut tapi hari tu masa kami naik feri ada la 2 ekor saje yang kami nampak . Bila jambatan Pulau Pinang dah ada arwah abah saya prefer guna jambatan saja sebab lebih cepat nak ke Penang dan kami dah jarang naik feri .

Arwah abah memang asal orang Alor Star dan kami memang lama tinggal di flat kastam di Bagan atau Butterworth semenjak tahun 50-an lagi tapi masa tu saya pun tak ada lagi . Lepas tu kami banyak kali berpindah-randah antaranya ke Jitra dan Sungai Petani serta Taiping . Masa duduk di Sungai Petani saya dah berumur 7 tahun so banyak kenangan yang dapat saya ingat .

Penang dulu memang bandar yang abah dan mak akan bawa kami kalau nak makan angin atau bershopping dan saya masih ingat lagi masa kakak saya nak ke majlis konvokesyen Uitm tahun 1980 kami sekeluarga ke kedai kain di Penang dan juga shopping di Komtar , kakak saya beli kain broket benang emas . Memang cun bergaya la kakak-kakak dan emak saya maklum la nak meraihkan kejayaan kakak saya yang first sekali dalam family kami tamat belajar di U , sementara saya masa tu baru berumur 8 tahun pula pakai gaun bertingkat-tingkat warna ton pink/peach labuh sampai ke buku lali dan saya rasa diri saya ni cun habis la pakai gaun tu hehehe..


Feri yang berhenti di sebelah feri yang kami naik ni..

Banyak lagi kenangan lama dan sikit demi sedikit kenangan itu kembali bila saya dapat jalan-jalan ke tempat yang pernah saya pergi masa kecil dulu . Semua memori ketika bersama arwah abah dan mak tersayang tersimpan kemas dalam ingatan saya dan semoga roh abah serta mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman , amin.

Cantiknya pemandangan....


..JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN..

Pemandangan sawah padi mengamit memori lama...
Lepas saja kami tinggalkan jeti feri saya bagitau suami biar kita ikut jalan biasa nak ke Muzium Lembah Bujang . Saya memang dah lama tak lalu jalan lama ni lepas highway PLUS ada . Memang saya tak cam/kenal dah pekan Butterworth lepas tu kami sampai ke Bagan Ajam dan lepas tu kami lalu kat area flat/perumahan TUDM . Bila masuk saja kawasan kampung baru la best pemandangan yang terus berubah , kawasan bendang luas sangat sayup mata memandang dan sawah padi pula baru dituai . Bila sampai pekan Kepala Batas kami berhenti makan laksa serta cendol la . Bila nak sampai Tikam Batu saya minta suami stop kejap di tepi jalan berhampiran kawasan sawah padi ni sebab saya tak tahan dok tengok pemandangan sawah padi ni dari dalam kereta saja dan saya nak rasa sendiri angin desa ni . Angin bertiup kencang hmm nyaman betul walaupun hari panas , pemandangan sawah yang baru dituai luas terbentang...


Bila kereta berhenti di tepi jalan Adlina dan Aisyah tak sabar-sabar nak turun hehehe . Anak-anak saya ni seronok sangat maklum la first time mereka dapat tengok sawah padi dan sayur kangkung yang subur hidup dalam tali air ni kiranya jakun la juga hehehe . Tiupan angin yang sangat segar memang best sangat dan saya rasa macam nak kutip je sayur kangkung dalam tali air ni hehehe..


Langit cerah tiada awan di langit , sawah kering bermakna pokok padi baru di tuai dan tak lama lagi petani akan mula membajak semula . Masa duduk di Jitra saya umur 5-6 tahun dan saya sempat juga main kat area sawah padi ni . Kalau sawah kosong dan kering macam dalam gambar ni baru arwah mak bagi saya main kat bendang/sawah . Memori yang paling saya ingat saya dapat main panjat jerami padi yang menimbun kering dengan kawan-kawan serta main tanah liat di bendang/sawah ni serta main layang-layang la .

Kalau waktu sawah penuh dengan air memang mak tak bagi saya main di kawasan sawah dan saya yang kecil lagi masa tu hairan juga kenapa la mak cukup marah kalau tau saya gi ke bendang/sawah . Tapi saya ni suka ikut kawan-kawan pegi kat tali air untuk tangkap ikan laga , ikan keli atau sekadar main air saja tapi yang saya ingat sampai sekarang air di longkang dan tali air tu jernih sangat . Memori yang masih saya ingat kekal sampai sekarang...


Jambatan Merdeka

Dulu masa saya kecil lingkungan umur 6 tahun dan saya belum tahu membaca tapi bila lalu saja jambatan ni memang saya seronok sangat sebab saya tahu dah nak sampai ke Penang atau Bagan...

Sepanjang perjalanan ke Tanjung Dawai..


Akhirnya sampai juga kami ke sini...

Saya nak bawa anak-anak ke Muzium arkeologi Lembah Bujang dan dalam masa yang sama saya nak cari gerai-gerai yang jual macam-macam jenis hidupan bercengkerang ni sebab saya tertarik sangat nak tengok sendiri selepas baca dalam internet . Cuma saya tak sangka rupa-rupanya gerai-gerai ni terletak di laluan yang sama untuk kami pegi ke Lembah Bujang tu . So , sambil tengok tinggalan sejarah bila nak balik kami singgah la beli apa yang patut kat gerai-gerai ni macam kerang dan kepah.


Kupang fresh dan isinya sahaja yang dah dikupas pun ada dijual kalau beli kupang ni saya suka masak sambal tumis atau saya masak rendang kupang la hmmm memang sedap..


Lokan pun banyak rupanya , saya ada beli lokan ni dulu masa pegi bercuti ke pantai Bagan Lalang , Sepang . Isinya memang lebih tebal cuma kalau beli jangan beli yang besar-besar sebab liat dan rasa lumpurnya kuat sangat la saya dan suami tak boleh nak makan atau mungkin ada cara nak masak lokan ni untuk buang rasa lumpurnya tu..


Ketam batu pun banyak juga tapi saiz kecil je ni dan semuanya masih hidup saya tengok je la..

Sebelum balik ke Penang , saya beli kepah dan kerang segar yang di jual di tepi jalan , harganya kerang sama saja macam di Kl tapi saya mencari kepah segar ni dan harganya sangat la murah . Bila balik ke rumah abang saya masak tumis cili kepah la hmmm masih terasa kemanisan isi kepah...


Memang panas cuaca tapi di kiri kanan tepi jalan memang banyak ada gerai jual air tebu atau nira segar . Hmmmm enak sekali air tebunya manis dan segar , jeli kelapa pun sedap saja .


Sungai Muda yang dah menghampiri muara , sungguh cantik pemandangan pokok bakau menghijau . Saya snap gambar ni masa dalam kereta yang tengah bergerak di atas jambatan sebab tak sempat nak berhenti nasib la gambar yang saya ambil ni menjadi..


Adam dan Adlina yang happy dan dalam masa sama penat juga , masa ni kami berhenti minum air tebu la...

Sepetang di Tanjung Dawai..


Santai di pantai Tanjung Dawai..
Saya dan suami teringin nak pegi ke Tanjung Dawai , lepas kami pegi ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang kami sempat juga singgah sekejap ke Tanjung Dawai yang terkenal dengan ikan masin dan hasil lautan yang lain . Bila sampai saja , hmmm pemandangan yang luas terbentang dan angin laut mesra menyapa kedatangan kami .

Terpana dengan pemandangan yang mengasyikkan ciptaan yang Maha Esa ini dan jari saya tak berhenti-henti menekan butang kamera merakam kecantikkan pemandangan pantai di waktu petang sekitar pukul 4 ketika itu . Kalau la pemandangan secantik ini dekat dengan rumah saya hmmm bestnya .


Gelagat anak-anak yang sentiasa menghiburkan hati kami berdua Adam dan Adlina yang paling seronok berlari ke sana kemari di sapa angin laut yang bertiup nyaman cuma kawasan pantai ni tak sesuai untuk nak mandi la hanya boleh untuk bersantai-santai ambil angin je...


Angin bertiup kencang deruman ombak mesra menyapa pantai dan bau bayu laut menyegarkan sesiapa saja yang berada di tepi pantai ini..


Puteri-puteri saya berposing untuk kenangan dan mereka gembira sebab dapat jalan-jalan ke tempat baru macam pantai Tanjung Dawai ni..

Saturday, March 20, 2010

Ropewalk, Penang...


Saya dan keluarga sempat jalan-jalan di pasar Rope Walk atau lorong Kulit ni dan saya dapat beli setem-setem lama dari tahun 60an - 80 an memang saya gembira sebab koleksi setem saya semakin bertambah . Lepas dah cuci mata dekat Ropewalk ni kami sekeluarga pi pekena nasi kandar la.....

Wow terkejut den mulo-mulo sampai dan tengok barang-barang tembaga yang bederet di jual ni , pilih-pilih yang mana suka yang penting fulus mesti cukup ya....


Pilih saja yang mana berkenan...


Adam geram tengok hamster ye...


Duit-duit lama..