Thursday, April 29, 2010


Smocking dalam gambar ni saya yang jahit .

Saya banyak juga mencari info tentang sejarah sulaman smocking saja baca untuk tambah ilmu dan kali ini info yang saya dapat ni saya masukkan dalam blog . Boleh juga saya simpan sebagai rujukan . Info ini saya dapat dari wikipedia .Sekarang ni senang sangat nak dapat apa saja info yang kita cari bestkan...


Smocking is an embroidery technique used to gather fabric so that it can stretch. Before elastic, smocking was commonly used in cuffs, bodices, and necklines in garments where buttons were undesirable. Smocking developed in England and has been practiced since the Middle Ages and is unusual among embroidery methods in that it was often worn by laborers. Other major embroidery styles are purely decorative and represented status symbols. Smocking was practical for garments to be both form fitting and flexible, hence its name derives from smock — a farmer's work shirt.[1]Smocking was used most extensively in the eighteenth and nineteenth centuries.[2]


Smocking requires lightweight fabric with a stable weave that gathers well. Cotton and silk are typical fiber choices, often in lawn or voile. Smocking is worked on a crewel embroidery needle in cotton or silk thread and normally requires three times the width of initial material as the finished item will have.[3] Historically, smocking was also worked in pique, crepe de Chine, and cashmere.[4] According to Good Housekeeping: The Illustrated Book of Needlecrafts, "Any type of fabric can be smocked if it is supple enough to be gathered."[2]

Fabric can be gathered into pleats in a variety of ways.

Early smocking, or gauging, was done by hand. Some embroiderers also made their own guides using cardboard and an embroidery marking pencil.[2] By 1880, iron-on transfer dots were available and advertised in magazines such as Weldon's. The iron on transfers places evenly spaced dots onto the wrong side of the fabric, which were then pleated using a regular running stitch.

Since the early 1950s, pleating machines have been available to home smockers. Using gears and specialty pleater needles, the fabric is forced through the gears and onto the threaded needles. Pleating machines are typically offered in 16-row, 24-row and 32-row widths. Manufacturers include Read and Amanda Jane.


Typically, variations are done as an art form on clothing or on fabric which is mounted in picture frames for hanging on the wall.

  • English smocking is a historic technique of sewing the embroidery over pleats already sewn into the fabric.
  • North American smocking is an alternate technique in which the pleats are gathered and formed in the fabric by the smocking stitch-work itself.
  • Lattice smocking involves stitching from the back side of the fabric, creating unique effects in the pleats and appearance, and is particularly good for heavier fabrics like velvet.


A smocking sampler demonstrating various stitches. See accompanying text in the article for details.

Smocking refers to work done before a garment is assembled. It usually involves reducing the dimensions of a piece of fabric to one-third of its original width, although changes are sometimes lesser with thick fabrics. Individual smocking stitches also vary considerably in tightness, so embroiderers usually work a sampler for practice and reference when they begin to learn smocking.[2]

Traditional hand smocking begins with marking smocking dots in a grid pattern on the wrong side of the fabric and gathering it with temporary running stitches. These stitches are anchored on each end in a manner that facilitates later removal and are analogous to basting stitches. Then a row of cable stitching stabilizes the top and bottom of the working area.[5]

Smocking may be done in many sophisticated patterns.[6] Standard hand smocking stitches are:

A. Cable stitch: a tight stitch of double rows that joins alternating columns of gathers.[7]

B. Stem stitch: a tight stitch with minimum flexibility that joins two columns of gathers at a time in single overlapping rows with a downward slope.[8]

C. Outline stitch: similar to the stem stitch but with an upward slope.[8]

D. Cable flowerette: a set of gathers worked in three rows of stitches across four columns of gathers. Often organized in diagonally arranged sets of flowerettes for loose smocking.[9]

E. Wave stitch: a medium density pattern that alternately employs tight horizontal stitches and loose diagonal stitches.[10]

F. Honeycomb stitch: a medium density variant on the cable stitch that double stitches each set of gathers and provides more spacing between them, with an intervening diagonal stitch concealed on the reverse side of the fabric.[11]

G. Surface honeycomb stitch: a tight variant on the honeycomb stitch and the wave stitch with the diagonal stitch visible, but spanning only one gather instead of a gather and a space.[12]

H. Trellis stitch: a medium density pattern that uses stem stitches and outine stitches to form diamond-shaped patterns.[12]

I. Vandyke stitch: a tight variant on the surface honeycomb stitch that wraps diagonal stitches in the opposite direction.[13]

J. Bullion stitch: a complex knotted stitch that joins several gathers in a single stitch. Organized similarly to cable flowerettes.[13]

  • Smocker's knot: (not depicted) a simple knotted stitch used to finish work with a thread or for decorative purposes.[9]


smocking - embroidery consisting of ornamental needlework on a garment that is made by gathering the cloth tightly in stitches - Thesaurus

smocking [ˈsmɒkɪŋ]-Clothing, Personal Arts & Crafts / Knitting & Sewing) ornamental needlework used to gather and stitch material in a honeycomb pattern so that the part below the gathers hangs in even folds - Collins English Dictionery

Wednesday, April 28, 2010


Hari ni baru saya dapat buat n3 baru tentang aktiviti jahitan saya laa . Saya beli toaster baru ni masa sales hari tu sebab yang lama dah pencen . So masa baru beli tu saya buat je toaster cover yang simple dan saya hanya guna kain belacu atau calico . Bila dah siap dan diguna saya tengok toaster cover ni tak menarik la so saya mula lah fikir macam mana nak make-up sikit toaster cover ni bagi sweet gitu .

Ini la rupa toster cover yang simple tu..

So semalam saya menjahit untuk siapkan projek make over toaster cover yang plain ni . Saya teringat kain perca yang saya masih simpan tu dan saya terus dapat idea yang sangat sesuai nak bagi toster cover yang plain ni jadi comei sikit . Saya hanya guna teknik top stitch saja sebab nak cepat siap . Bila dah siap toaster cover ni nampak macam patch work pula ok la tu kan dan saya sangat la suka dengan hasil jahitan saya yang simple ni .

Selepas beberapa jam menjahit ini la rupa toster cover baru saya tu . Saya guna kain perca corak gingham dan rose kecil-kecil .

Bahagian atas toster cover ni hmmm dah comel dah toster saya ni dengan baju barunya dan bila diletak kat dapur saya tu baru la berseri .

Bahagian depan..

Ada lubang kat sebelah tepi ni bagi keluar penolak roti .

Tuesday, April 27, 2010


Terima kasih ya pada Imah dari blog Sebatang jarum seurat benang yang sudi nak bagi sunshine award ni pada saya . Berseri lagi blog saya dengan bunga daisy oren ni . Semoga persahabatan kita ini berkekalan..

Sunday, April 25, 2010


Happy birthday sayang..

Hari ni 25 April 2010 adalah birthday yang ke 12 tahun anak sulung saya Nur Aisyah . Pantas betul masa berlalu dan Aisyah semakin meningkat usia dan akan memasuki alam remaja . Saya masih ingat lagi saat kelahiran Aisyah serta pertama kali saya dapat peluk cium dan menatap wajah comel Aisyah . Dalam entry special untuk puteri sulung saya ini saya masukkan banyak gambar Aisyah saat dari dia berumur 4 hari sehingga la awal tahun ini . Saya nak abadikan dalam blog saya ni sebagai kenangan......

Buat Aisyah tersayang , mama doakan hanya yang terbaik untuk puteri sulung mama ini dan semoga Aisyah menjadi seorang muslimah yang solehah serta Aisyah berjaya di dunia dan akhirat . Tahun ni Aisyah akan ambil exam UPSR dan dia berazam untuk dapat result yang sebaik mungkin . Mama doakan Aisyah berjaya tapi mama akan tetap berpuas hati dengan apa saja keputusan yang Aisyah dapat capai selagi Aisyah berusaha bersungguh-sungguh , insyallah semoga doa mama dan abah di makbulkan Allah .

To my beloved sweet Aisyah ~ Abah , mama , adik Adlina and adik Adam love u so much...

Aisyah berumur 4 hari , masa ni musim panas El Nino memang panas sangat sampai Aisyah pun tak selesa dibedung bila saya bedung je dia menangis rumah saya masa tu mana la nak ada air-condition harap pada kipas je . Tengok la tu tidur pun nak mengiring baru dia nak lena hmmm sekejap je kan masa berlalu saya masih teringat masa gambar ni di ambil..

Aisyah berumur 2 bulan masa gambar ni diambil kami balik kampung untuk kemduri akikah . Aisyah memang tak banyak rambut lepas je kena cukur rambut dia tumbuh lebat serta panjang dan kerinting sangat macam spring .

Aisyah berumur 3 bulan dan tengah syok bersembang dengan abah dia la tu mama pun snap la gambar baby comel mama ni . Masa ni Aisyah semakin debab berkat susu ibu , kepala Aisyah botak lagi lepas dicukur masa kenduri akikah .

1 tahun dan masa ni Aisyah baru dapat lesen baru pas berjalan hehehe

3 tahun di Fraser Hill, Aisyah dah mula pandai nak bergaya dan dia suka sangat kalau saya dandan rambut dia . Saya pun memang suka ikat rambut Aisyah reben rambut pun macam-macam jenis yang saya beli atau buat sendiri . Dress pula memnag banyak yang saya jahit buat sendiri...

6 tahun dan Aisyah bergaya untuk konsert tadika Manjaria..

10 tahun..

Gambar terbaru masa cuti sekolah bulan Mac yang lalu semasa kami bercuti di Penang..

We love u

Saturday, April 24, 2010


Pintu lif terbuka dan cleaner menarik keluar kanvas ni dari dalam lif dengan almari buruk yang nak dibuang . Kanvas ni tersangatlah menarik perhatian saya ni dan saya terus belek canvas yang masih dalam keadaan ok cuma di bucunya sedikit berbulu . Memang dah lama juga saya terpikir nak beli kanvas di kedai art supplier di Petaling Street cuma masih tak ada peluang nak ke sana .

Saya tanya lagi cleaner betul ke canvas ni nak dibuang bila dah confirm betul saya pun minta la dari cleaner tu . Best juga ni dapat canvas free boleh la buat painting yang dah lama saya teringin nak hasilkan . Sekarang ni saya perlukan mood serta masa yang sesuai saja untuk nak buat projek catan ni bab idea memang saya dah ada...

Pemukaannya kanvas ni rata sebab catan ni dihasilkan mengunakan digital printing menarik juga catan abstract ni tapi tak sesuai la dengan deco rumah saya . Saiz canvas ni 4" x 4" memang besar hmm rezeki rezeki...

Bahagian belakang canvas , stapler pun dah nak berkarat mesti dah lama tuan lamanya simpan catan ni . Kadang-kadang tu saya terfikir juga siapa pemilik awal barang-barang 2 hand atau pinggan mangkuk antik yang saya kumpul ni .

Kalau nak beli canvas baru saiz sebesar ni memang mahal memang rezeki saya la dapat jumpa yang 2 hand ni jimat belanja . Kalau nak rentang sendiri canvas memang boleh tapi kena ada caranya kalau tak mahir tak cantik hasilnya nanti . Saya masih belum pasti nak guna media apa untuk painting ni mungkin cat minyak , akrilik atau hanya lukisan mengunakan charcoal pencil . Mungkin saya boleh buat teknik kolaj , media campuran tapi buat masa ni idea yang saya fikirkan ialah saya nak guna akrilik sebab saya ada simpan cat akrilik dan tema painting ni mesti la bunga-bungaan...

Sebelum nak mula painting ni saya perlu cat semula pemukaan canvas ini dengan cat emulsion untuk tutup painting yang lama ni . Bila cat emulsion dah kering baru la saya boleh mula proses nak mewarna dan bila dah siap nanti saya buat n3 lagi ya..

p/s. palitan warna seribu makna , warna-warna kehidupan.....

Thursday, April 22, 2010


Kali ni saya memcuba nasib lagi join GA yang Chempaqa anjurkan mana la tau kan ada rezeki . Hadiah-hadiahnya hmmm lumayan saya bekenan tengok semuanya hehe . Saya nak pilih gaya English la kali ni sebab bekenan dengan jam dan barang-barang yang lain tu...

To Chemp and hubby "Happy Anniversary yang ke 10 tahun" semoga berkekalan aman damai dan bahagia sehingga akhir hayat , amin.

Wednesday, April 21, 2010


Happy lagi

Pagi ni bila buka blog dan baca saja chatbox dapat mesej dari kak Shaniza , terima kasih ya saya ucapkan pada akak sebab sudi bagi saya award ni gumbiranya saya ni moga persahabatan kita berkekalan ye kak . Musim award datang lagi bestkan...

Saya nak panjangkan award ni kepada semua follower , silent reader blog saya ni dan kawan-kawan . Sudi-sudi la ambil award ini ya tanda persahabatan dan terima kasih dari saya kepada semua kawan-kawan kerana sudi ziarah blog saya ni...

Tuesday, April 20, 2010



Saya dapat " Sunshine Award" dari Norlie . Saya kagum dengan bakat kreatif dan kesungguhan Norlie dalam felt craft ni . Comel-comel sangat hasil kerja tangan Norlie macam key-chain, sepit rambut dan baby book yang dia buat . Moga Norlie terus berjaya dan sentiasa kreatif....

To Norlie , terima kasih banyak-banyak sebab ingat kat akak ni ya . Akak memang suka bunga daisy pun hehehe , Norlie akak copy & paste rules award ni dari blog Norlie , terima kasih ya .

And now I have to pass on this award to 12 bloggers....Before that here are the rules:
1. Nominate 12 bloggers.
2. Put the logo onto your sidebar or within a post.
3. Link the nominees within your post.
4. Let the nominees know they’ve received this award by commenting on their blog.
5. Share the love and link the sidebar logo to the person from whom you’ve received this award

So , I'm giving this award to my creative friends :

* kak Shima - Qaseh Creation
* Melor - Dunia Cmelor
* Kak Hasnah - My true life
* Siti - Catatan di Sepanjang Perjalanan
* Aris - Shabby Shaq
* Anna - Home sweet home
* Cikgu Shaniza - Kemahiran hidup Shaniza
* Dda Ly - It`s all about life
* Mama Nuriel - U n Me become Us
* Kak Yon - Yon home decor
* Ainaa - Ainaa Corner

Pada semua kawan-kawan sudi-sudi la ambil award ini dan tampal di blog masing-masing ya , thanks.....


Salam petang Selasa , Ahad lepas balik dari Amcorp sempat juga saya dan family singgah jap di jalan TAR . Ini la antara barang yang saya beli dari kedai kat jalan TAR semuanya untuk aktiviti jahitan saya .

Saya beli kain corak gingham ni in different colors untuk tote bag semuanya 1 meter untuk setiap color ni , love the colors. Corak gingham , stripes , polkodot adalah antara corak yang sangat mudah untuk kita gabungkan dengan corak-corak lain macam corak floral .

Kain-kain baru untuk baju sendiri kalau dah sampai kat kedai kain memang saya tak boleh tahan tengok koleksi kain dengan corak baru dan semuanya 100% cotton semua kain cantik-cantik sangat . Kain-kain ni saya beli untuk dibuat blouse dan baju kurung.

Ini pula renda bola-bola yang memang dah lama saya cari sebelum ni saya cari di banyak kedai jahitan tapi kena cari di KL juga baru ada . Kalau nak tengok apa yang akan saya buat dengan renda-renda ni tunggu entry yang akan datang ya....

Monday, April 19, 2010


Hari Sabtu dan Ahad yang baru berlalu ni saya mengemas bilik tidur anak-anak sebab Adlina nak bilik sendiri she want her own space . So memang kami sekeluarga bergotong royong la pindah katil serta perabot lain dan saya pun mengemas la sekali banyak la juga toys macam doll house , toys yang saya sedekah pada yang nak . Bila semua perabot dah disusun semula saya macam nak cat dinding bilik tidur Aisyah dan Adlina ni sebab dah 5 tahun dengan warna yang sama . Saya nak ubah suasana dan mood bilik tidur anak-anak saya ni tapi tu akan saya dan hubby buat pada minggu yang akan datang ni .

Bila dah habis mengemas saya tengok sarung bantal yang Adlina guna macam dah tak sesuai la . So saya pun jahit la sarung bantal baru untuk Adlina saja je saya nak bagi Adlina happy . Actually saya boleh beli je sarung bantal baru di Jusco ke atau Aussino 0r Ikea yang memang ada banyak pilihan tapi saya nak buat sendiri juga. Kualiti kain yang saya guna dan jahitan sama je macam yang dibeli tapi dari segi kos amat la jimat sangat . Kain untuk sarung bantal ni saya beli jenis 100% cotton bidang 36" regenya baru RM3.60 semeter dan saya guna dalam 2.2 meter saja untuk dua helai sarung bantal dan satu sarung bolster hmmm sangat menjimatkan kan kan....

Saya ukur sarung bantal yang sedia ada untuk contoh ukuran dan saya tambah 1 inci untuk basi. Memang senang sebenarnya nak jahit sarung bantal ni guna je sarung bantal yang sedia ada sebagai contoh sonang keje kita dan kita mesti puas hati dengan hasil jahitan sendiri..

Saya guna kain bidang 36" so kira kain ni cukup elok saja. Sehelai kain ni saya tambah ukuran panjang untuk bahagian lipatan dan sehelai lagi ikut ukuran panjang bantal dan selalunya saya tambah 1 inci untuk basi kain atau seam allowence.

Saya tambah ukuran kain dalam 6 inci lagi untuk bahagian lipatan macam dalam gambar di atas ni . Macam ni la kita lipat hujung kain ni sebelum dijahit tapi kain mesti la di jahit tepi dulu kalau tak habis la berbulu sarung bantal kita nanti hehe..

Bahagian lipatan ni yang akan pegang atau sekat bantal dari terkeluar dari sarung bantal . Seperti biasa saya memang suka corak gingham/kotak-kotak ni hehehe sebab sweet sangat dan mudah untuk saya suai padankan dengan macam-macam corak lain .

Bila dah masukkan bantal macam ni la rupanya bahagian lipatan tu bantal pun akan terletak elok je dalam sarung bantal yang kita jahit nanti .

Adlina tak suka ada ropol-ropol , renda atau lace or ribbons untuk sarung bantal dia , she is a simple girl macam mama dia juga . Kalau ikut taste Adlina ni dia nak kain corak Ben Ten hehehe tapi saya explain pada dia yang saya tak dapat nak cari kain corak Ben Ten dan Adlina ok saja dia tak kisah sebab dia happy sangat dapat bilik sendiri . Tentang nak decorate bilik tidur , Adlina and Aisyah ikut je pilihan saya tapi saya tanya juga apa yang anak-anak saya suka macam untuk theme atau tema so mudah untuk saya nak decorate nanti..

Ni la rupa sarung bantal lama yang dah kureng cun tengok la tu sarung bolster yang dah kusam dan bantalnya dah terkeluar sebab bolster ni dah makin meleper hehe tak solid bulat macam baru beli dulu . So , bila saya buat sarung bolster baru saya kecilkan sikit ukuran lebarnya dan saya lebihkan sikit ukuran panjangnya supaya bila dah siap nanti bantal peluk ni jadi lebih padat dalam sarung yang baru ni dan jadi bulat balik bentuknya.

Taraaaa sarung bantal baru cuma cadar je masih yang lama saya nak ke Nilai 3 sebab kat sana ada satu kedai langsir tu yang jual kain untuk cadar 100% cotton dengan macam-macam corak .

Ini la tuan bilik dan katil Adlina Affandey hehe macam biasa dia memang model untuk blog My Passion ni...

Sunday, April 18, 2010


Hari ni saya buatkan pula mini pouch untuk Aisyah dan Adlina . Kali ni saya tambahkan tali pemegang di tepi bagi nampak lagi presentable serta lagi cantik mini pouch ni . Anak-anak yang pilih kain ni Adlina suka warna merah dan Aisyah suka warna pink so memang sesuai sangat la corak dan kombinasi warna kain ni.

Bila dah siap saja Adlina dan Aisyah pun isi la mini pouch bag ni dengan alat tulis kiranya dah jadi pencil case .

Memang saya puas hati bila tengok senyuman di wajah anak-anak bila mereka gembira sangat dengan mini pouch yang saya jahit ni . Only for my sweetheart.....

Saturday, April 17, 2010


Malam ni macam biasa habis dinner kami sekeluarga dok depan tv la nonton movie kejap lepas tu tengok konsert AF jap lepas tu tengok movie balik . Saya ni mata je dok tengok tv tapi fikiran dok melayan idea-idea projek jahitan yang saya nak buat ni . Siang tadi saya dok depan tenet dan saya sempat mentelaah banyak betul blog tutorial untuk jahit tote bag . Sebenarnya saya mencari tutorial untuk buat mini pouch dan akhirnya jumpa juga tutorial yang best sangat . So malam ni apa lagi mana boleh tahan saya nak jahit juga la dan dah siap lah sebiji mini pouch color pink ni...

Saya guna je kain perca yang ada dan kali ni kiranya first time saya nak cuba-cuba jahit mini pouch . Potong kain dan saya mula la jahit kat situ jahit kat sini dan taraaa dah siap pun dalam masa 30 minit hehehe bestnya...

Ni la hasilnya my first mini pouch . Rupa-rupanya senang la juga nak jahit mini pouch ni...

Dah siap pun dan saya isi la dengan alat make-up dan apa saja yang benda yang boleh diisi..

Lepas ni boleh la saya jahit banyak lagi mini pouch macam-macam saiz yang kecik yang besar yang ada tali tambah riben lace ke dan macam-macam color . Sekarang ni saya dah tau cara nak jahit tote bag yang berzip macam mini pouch ni lepas ni dan projek jahitan saya seterusnya tote bag berzipppsss la pulak....

Adlina sempat melaram dengan tote bag saya tu dan Lina nak saya buatkan dia bag juga tapi Adlina nak saya carikan kain corak Ben Ten hmmm mana la mama nak cari ya nanti la kita gi Nagoya ye mungkin ada kot kain corak Ben Ten tu . Besok kami sekeluarga nak gi jenjalan ke jalan TAR soo tunggu entry saya ya kalau nak tengok apa yang saya dapat dari jalan TAR , so bye-bye and nite nite...

ok jom kita jahit lagi lepas ni..layan...

Friday, April 16, 2010


Selesai la sudah dan siap juga akhirnya totebag saya yang simple ni dan sekarang ni saya memang puas hati serta happy . Lepas ni boleh la saya jahit benda lain pula , sebenarnya banyak projek jahitan yang saya nak buat tapi saya kena slow-slow buat satu persatu .

Sewing makes me happy..

Macam-macam perkara atau aktiviti yang boleh buat kita happykan dan pada saya hobi menjahit memang buat diri saya happy serta rasa puas hati yang teramat sangat bila saya tengok hasil kerja tangan sendiri . Hanya mereka yang sama hobi atau yang suka menjahit atau minat dalam bidang kreatif saja faham perasaan puas hati yang saya maksudkan tu .

Sebenarnya kita boleh belajar teknik menjahit ni tapi yang paling penting kita mesti ada minat yang sangat mendalam . Sama juga dengan bidang seni lukis walaupun kita rasa diri kita tak berbakat / kreatif atau tak gifted dengan kebolehan melukis tapi dengan minat yang mendalam dan latihan yang berulang kali kita buat insyallah semua projek seni yang kita hasilkan akan jadi sangat cantik " practice makes perfect " the more your practice , the better you will become...

Ini la totebag simple si merah jambu , saya punya ni . Besar juga saiz bag yang saya buat ni macam-macam barang la saya boleh simpan dalam bag ni..

Adam pun nak bergambar sama , hai sayang .

Bila saya mula menjahit memang saya akan cuba selesaikan projek saya tu secepat mungkin tapi kadang-kadang tu tak semua projek jahitan boleh dijahit dalam jangka masa yang singkat dan selalunya saya hanya dapat jahit bila semua kerja lain dah siap dulu . Kadang-kadang tu bila mood syok menjahit ni melanda bila saya buat hal lain atau pegi mana pun saya dok pikir projek jahitan yang belum siap atau yang saya baru plan nak buat hmmm nak buat macam mana kan sebab dah hobi menjahit .

Bahagian dalam bag saya yang simple je ni dan lining bag saya guna kain yang sama serta saya buat satu je poket besar ok la tu..

Teknik jahitan zip yang simple untuk opening bag , saya tak ada cara yang tertentu bila nak buat opening pada bag , ikut pada idea yang saya fikir sesuai dan kali ni opening bag saya simple je dan mudah untuk saya jahit serta siapkan dalam jangka masa yang singkat . Me like it so much , . Ok sampai sini dulu ya dan selamat lah bergaya dengan apa saja hasil jahitan yang anda buat , byeeee......

selamat bercoti hujung minggu..

p/s . hmmmm best pulok dengar lagu Ziana Zain ni...

Thursday, April 15, 2010


Pagi ni saya sambung jahit beg tote merah jambu saya ni , weekend baru-baru ni saya tak dapat nak jahit bagi siap sebab biasa la hujung minggu ada saja agenda lain yang last minit dirancang . So proses menjahit beg tote saya ni banyak kali tersangkut hari Isnin lepas saya sempat jahit poket bahagian dalam beg dan hari Selasa dapat la sambung beg dengan liningnya semalam tak sempat nak jahit sebab saya gi dating dengan kak Yaty hehehe best gi jenjalan dan pagi ni baru la saya dapat jahit tali bag pula .

Hari ni saya plan nak buat opening bag ni dan bagi siap bag ni tapi zip pula dah habis . Bila check balik rupa-rupanya zip jenis biasa dah habis dan saya hanya banyak simpan invisible zip yang saya guna bila jahit baju . Tak pa lah malam nanti masa hantar Aisyah pegi tuisyen saya boleh singgah kedai jahitan favorite saya dekat rumah saya ni dan beli macam-macam color zip buat stok kat rumah so lain kali bila nak jahit beg senang la . Kedai alatan jahitan kat rumah saya ni kecil saja tapi macam-macam ada bila saya pegi kedai tu macam anak saya yang dapat masuk candy shop best sangat macam-macam yang nak dibeli...

Ok proses awal nak jahit mesti la check benang skoci , kalau tak cukup saya kena gulung dulu benang . Kalau benang skoci tak cukup dan masa syok menjahit tiba-tiba benang habis hmmm tu yang boleh terbantut proses nak menjahit . Hmmm kali ni saya guna benang warna pink or si merah jambu one of my favorite color...

Hari ni saya sambung jahit tali beg pula , jahit lurus saja tapi masa jahit tu kena slow-slow juga . Dalam gambar ni saya tengah jahit top stitch bagi kemas lagi tali beg ni.

Saya mesti steam iron atau guna sterika wap setiap kali selepas menjahit atau sebelum menjahit sebab kain yang dah di iron jadi lagi senang di jahit dan kain yang dah mengembang akan jadi elok semula atau mengecut kepada keadaan asal .

Gambar beg ni saya ambil pukul 10 pagi tadi sekarang ni rupanya dah lain sebab saya dah jahit talinya . Besok saya masukkan gambar rupa beg saya yang dah siap...

selamat menjahit...

Tuesday, April 13, 2010


Salam pagi Selasa...

Selalunya n3 yang saya buat dalam blog saya ni banyak cerita tentang hobi saya je kan so kali ni saya masukkan gambar-gambar saya dan family pegi berkelah dengan keluarga kakak dan abang saya ke Sungai Gabai . Gambar-gambar kami berkelah ni dah lama saya ambil cuma hari ni baru saya nak buat n3 .

Selalu kami adik-beradik buat family gathering bergilir-gilir di rumah masing-masing . Saya dan kakak akan tunggu abang kami dari Penang untuk datang ke KL baru kami plan nak buat apa kadang-kadang tu kami buat BBQ atau hanya lepak je di rumah kakak saya di Nilai atau di rumah saya tapi kali ni kami plan nak pegi berkelah di kawasan air terjun . Sekali-sekala tukar angin pegi berkelah best juga kan bagi peluang kat anak-anak main air . Masa dapat berkumpul bersama adalah sangat berharga pada kami adik-beradik dan yang paling happy mesti la anak-anak saya yang dapat berkumpul dan berjumpa dengan sepupu-sepapat .

Masa kami sampai dah pukul 9 pagi dan dah ramai orang kat Sungai Gabai memang weekend penuh la kawasan perkelahan kat area Hulu Langat ni . Bila dah nak sampai ke Sungai Gabai kami lalu kawasan kampung hmmm best sangat suasana aman damai , nyaman dan pemandangan pun hijau saja .

Dalam gambar ni saya dan family berjalan nak masuk ke kawasan air terjun tapi tak la jauh sangat dari tempat letak kereta . Bila dah jalan ramai-ramai tak la terasa sangat penat berjalan tu . Punya la ramai pengunjung yang dah sampai lagi awal dari kami , lain kali kalau nak pegi ke Sungai Gabai kena lebih awal la untuk dapat parking spot yang lebih dekat dengan air terjun . Kiri-kanan jalan ni pemandangan dusun buah-buahan macam buah durian , cempedak hmm sapa la punya dusun-dusun ni....

Dusun durian , sejuk je pemandangan hijau..cantik..

Bila dah sampai di kawasan air terjun orang punya la ramai habis semua tempat nak lepak dan kami tak dapat cari tempat nak bentang tikar tapi nasib la ada satu family yang duduk di meja yang disediakan kat kawasan berkelah ni nak balik . So kami pun dapat la tempat nak letak barang-barang dan jadi tempat kami lepak dan relek berkelah kat sungai Gabai ni .

Makan time , bila dah bentang tikar kami makan dulu hehe sebab tak sarapan lagi semuanya lapaq . Macam-macam yang kami bawa ada bihun goreng , sandwich , mee goreng , sosej roll dan nasi lemak , teh serta macam-macam lagi la . Sambil makan sambil bersembang cerita tu cerita ini macam-macam la yang kami sembang dari satu topik ke topik lain best dapat berkumpul ramai-ramai macam ni...

Bila dah selesai makan anak-anak sedara saya yang kecil dan yang besar semua dah tak sabar nak mandi termasuk la 2 orang anak-anak saya tu . Kami semua mandi mana boleh tahan tengok air terjun yang best ni . Air memang sejuk best sangat walaupun orang ramai tapi ada je tempat untuk mandi .

Pemandangan air terjun dekat dengan tempat kami semua releks...

Aisyah dengan cousins dan kakak saya melepak punya la lama kat kaki air terjun seronok sangat la tu tapi memang best pun . Mandi-mandi lepas tu naik kejap makan-makan lepas tu turun balik ke dalam kolam air terjun tu je aktiviti yang anak-anak saya dengan sepupu sepapat buat masa berkelah ni , habisss tu apa lagi nak buatkan mandi-manda , makan dan mandi lagi hehe...

Adlina tak berapa berani nak duduk di bawah air terjun dan dia suka main di kolam-kolam kecil . Saya pun tunggu juga dekat tempat dia main air ni sambil bawa Adam mandi tapi Adam tak berapa suka mungkin air sejuk sangat kot . Bila saya panggil Adlina suruh naik dia tak mau sampai mengigil la juga dia mandi dan main air habis kecut-kecut jari dia tapi saya bagi dia main air puas-puas bukan selalu dapat berkelah .

Kami berkelah dari pagi sampai la petang bila dah best berendam dan mandi kat ayaq terjun so it`s time untuk balik la . Walaupun ada juga rasa penat sikit tapi semuanya tak terasa sebab happy dapat berkumpul berkelah spend time together macam ni .

Adam pun seronok la tu dapat all the atenttion dari kakak-kakak dan abang sepupu , Adam ni yang paling bongsu so memang dia manja sangat dengan semua mak/abah sedara dan sepupu sepapat .

Adlina dengan cousin-cousin sedap makan aiskrim , masa ni kami dah nak balik lebih kurang pukul 3 petang . Memang best sangat sekali-sekala dapat pegi berkelah lagi happening bila dapat berkumpul dengan adik-beradik . Makan-makan , mandi ayaq terjun sambil sembang-sembang insyallah kalau ada peluang lagi boleh saya sekeluarga berkumpul berkelah lagi dengan keluarga abang dan kakak saya yang penting pada saya anak-anak happy sangat dapat spend time dengan sepupu sepapat mereka .

ok tu je...bye...