MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, February 27, 2009

CERITA SMOCKING SAYA

Sudah lama juga saya tak buat gown smocking.Masa mengandungkan Adam dulu memang langsung tak ada mood nak menjahit , lepas bersalinkan dia saya langsung tak ada masa , 24/7 mengadap dia saja.
Sekarang ni Adam pun dah 1 tahun 4 bulan , saya pun nak mula la balik aktiviti smocking saya ni.Masa mula dapat anak perempuan sulung 11 tahun dulu memang suka buat dress smocking kat dia ada la buat 3 pasang lepas tu bila dah start kerja cikgu memang tak ada kesempatan langsung bila balik kerja dah sibuk nak uruskan kerja kat umah pulak , pepagi besoknya nak keluar kerja, weekend nak spend time gan anak-anak.
So, saya terus lupa tentang smocking ni, masa raya tahun 2004 saya usahakan juga buat sepasang baju gown smocking untuk Aisyah dan Adlina.Sekarang ni ada juga masa senggang , saya nak start balik hobi saya ni , plan nak buat banyak juga gown smocking ni dan nak jual time raya atau bila-bila saja la. Kain cotton pun banyak juga yang saya dah beli maklum la kalau gi hypermarket mesti singgah kedai kain Nagoya , mata pun mesti bekenan pada kain-kain cotton kat situ saya mesti beli punya lah. Apa fesyen baju yang nak dibuat dan dijahit , nanti saya akan fikirkan kemudian hehehehe.Hari Rabu sudah cari balik kain-kain cotton tu semua dan saya mula la proses memotong. Bestnye sebab dapat balik buat hobi saya ni !!


Untuk permulaan saya dan sedia 4 jenis corak kain yang dah siap digatherkan guna mesin smocking , benang pun dah beli.Best nyeeee !!!



Benang untuk smocking.Masa nak pilih benang ni kadang-kadang rambang mata sebab banyak betul pilihan warna benang.



Saya cari balik buku tentang smocking , kena rujuk juga sebab dah lama tak menjahit ni hehehehe.Saya akan tunjuk macam mana nak jahit smocking ini nanti di post yang akan datang .


Wednesday, February 25, 2009

ADLINA SHUFFLE DANCE (", )


Petang semalam saya melayan kerenah anak saya si aktif Alina , tengok abang sepupu yang umur dalam 9 dan 14 tahun dok menari shuffle dia pun nak ikut sama.Hai Lina ikut suka je lah. Gelak saya tengok. Dia la yang request suruh saya ambil gambar dia menari ni hehehehehee
Layan je la .........





HEHEHEHEEE !!



Petang semalam dalam pukul 4 ptg , hujan lebat betul kat kawasan rumah saya ni, sekarang ni tiap-tiap petang hujan campur dengan ribut petir. Memang best juga sebab lepas hujan jadi sejuk nyaman saja cuaca. Tengah dok syok melayan dvd tengok movie bagus punya dengan anak-anak tiba-tiba black-out , terputus bekalan eletrik kat umah den , adoih macam mana ni !!
Nak pegi buka kat main switch tak berani sebab kilat dok aktif lagi , so duduk la kami anak-beranak dalam gelap.
Anak-anak saya yang 3 orang ni pun duduk senyap je mula tu tapi bila dah lama sikit mula yang si Adlina dan Adam dah resah tak boleh duduk diam, Aisyah si kak Long maintain lagi senyap, gelak saja tengok aksi adik-adik dia hehehe..
Dia orang berdua mula la buat aktiviti apa saja yang patut. Si Adam dah mula memanjat atas saya yang tengah duduk kat sofa , Adlina pun sama la juga nak duduk dekat saya. Saya pun terus ambil camera snap sana snap sini. Ambil gambar Adam dan Adlina ni hehhehehee .
Ada banyak lagi gambar sebenarnya nanti la saya masukkan dalam blog.Lebih kurang pukul 5 baru la hujan reda sikit dan saya pun pegi on kan balik switch eletrik dan kami pun sambung la balik tengok cerita yang terputus tengah jalan tadi.

Tuesday, February 24, 2009

LUKISAN POTRET


Ini juga salah satu lukisan potret yang saya hasilkan semasa saya belajar di semester 3 di Fakuliti Seni Reka & Seni Lukis , UITM . Salah satu subjek wajib di Jabatan Seni Reka Fesyen adalah subjek lukisan . Saya belajar pelbagai teknik melukis menggunakan pensil dan saya perlu menggunakan perlbagai media untuk menghasilkan lukisan saya .Lama betul saya nak siapkan lukisan potret ni adalah dalam 2 minggu . Bahan yang saya guna masih sama iaitu pensil pelbagai saiz.

LUKISAN POTRET


Semalam saya saja buka balik beg potfolio , tengok semua hasil lukisan yang saya simpan kemas.Satu persatu lukisan saya ambil, masih dalam keadaan elok.Setiap keping lukisan yang saya buat ini sangat berharga pada saya.Ada memori pada setiap keping lukisan ini hehehee.Kenangan masa belajar du Fakulti Fesyen pun datang semula , teringat pada kawan-kawan yang masih saya contact dan ada yang entah tak tau ke mana dah pegi .Tapi ada seorang kawan ni memang sentiasa saya jumpa ,tiap-tiap hari mesti mengadap muka dia , siapa lagi kalau bukan Affandey , suami saya la hehehehee . Kami dulu kawan satu kelas semasa sama-sama belajar di UITM.

Dari kawan biasa-biasa menjadi kawan baik dan akhirnya jatuh cinta heheee...... . Tak sangka rupanya jodoh saya di depan mata selama ini, Alhamdulillah dah 12 tahun kami bernikah , kami di kurniakan 3 orang anak sebagai penyeri hidup kami berdua. Saya hanya berdoa moga Allah sentiasa melindungi kami dan memberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat . Saya juga sentiasa berdoa moga jodoh kami berpanjangan sampai akhir hayat . Melalut pulak saya bercerita kisah hidup saya pulak dah hehehe.

Lukisan potret ni saya buat masa di semester 6 dalam kelas drawing. Saya guna bahan pensil saja tapi macam -macam jenis pensil HB , B, 2B , 4B dan 6B . Saya perlu cari gambar potret perempuan atau lelaki dari majalah . Kemudian saya memnbuat lakaran kasar muka dan kedududkan mata , hidung , mulut dan sebagainya.Bila dah puas hati baru la saya mula melukis dan meng hasilkan ton .Memang best kelas drawing ni dans saya leka melukis. Dah lama juga tak melukis potret , nanti la saya akan cuba cari masa yang sesuai tapi bila ye.....

Friday, February 20, 2009

GUBAHAN HANTARAN BERTUNANG



Hantaran ni saya buat untuk adik ipar yang bertunang pada Ogos 2007.Saya ni dah lama juga buat hantaran , masa saya kahwin tahun 1997 dulu pun semua hantaran saya yang buat sendiri, 3 orang adik ipar kahwin dalam 5 tahun sudah pun hantaran diaorang saya yang buat , saya ada lah ambik gambar hantaran tu semua tapi pakai camera biasa saja , masa tu digital camera pun baru keluar dan harga pun mahal . Tak pulak terfikir nak buat blog time tu hehehehe ,facebook pun mana ada lagi masa tahun 2006. So ini la saja gambar yang saya dapat abadikan dalam bloq saya ni.Gambar hantaran yang lain tu nanti la nak kena cari balik dan scan baru boleh masuk dalam blog saya ni.
Ok la jugakan hantaran saya buat ni kan.Sirih junjung tu first time buat , saya buka majalah dan buat saja , ok la jugakan menjadi la hehehehe.Saya suka juga tengok buku yang berkaitan dengan hantaran , cantik sungguh hantaran sekarang ni .Hantaran sekarang pun dah ada tema dan macam-macam teknik nak buat .Saya cukup suka kalau tema english roses .Macam hantaran adik ipar saya ni mak mertua yang punya idea nak guna lace , reben dan dia lah yang pilih warna nya so saya ikut saja la.Saya ada juga buat hantaran bertunang untuk kawan-kawan .Timbul juga niat nak ambil upah buat hantaran.Kalau ada sapa yang nak tempah dengan saya boleh la juga.
Best buat hantaran ni leka dibuatnye.Ada orang tak suka buat tapi saya ni bagi la apa saja kerja yang ada kaitan dengan seni, saya mesti suka dan leka saja buat.Tapi jangan bagi saya buat akaun atau yang ada kaitan dengan matematik habis pening kepala ni hehehhehe.Tapi saya admire orang yang pandai matematik ni bukan senang nak mengira tau !!
Posted by Picasa

CATAN ABSTRAK


Macam - macam teknik catan yang saya hasilkan dan catan mengunakan warna air adalah salah satu tenik media yang sangat saya suka sebab saya dapat mengawal teknik warnanya dengan lebih bebas dan bersahaja . Campuran warna pun lebih bebas dan luas serta macam-macam warna bleh kita gabungkan untuk mengambarkan ekspresi idea yang kita hendak luahkan . Subjeck matter untuk saya menghasilkan catan juga berbeza ikut pada mood dan cetusan idea yang saya ada masa tu . Kadang-kadang saya ada idae untuk menghasilkan catan abstrak macam gambar di bawah ni .
Menghasilkan catana dalah salah satu cara saya merehatkan minda dan terapi untuk diri saya ni . Saya akan merasa puas dan releks selepas menghasilkan sebuah karya catan.

Catan abstrak dengan teknik warna air

LINOLIUM PRINTING


SUN FLOWER

Kali pertama saya buat cetakan linolium ini masa saya belajar di tingkatan 3 dan mengambil subjek Pendidikan Seni semasa peperiksaan SRP. Cikgu P.Seni saya yang memilih soalan untuk kami dan dialah yang mengajar kami macam mana proses nak buat cetakan ini. Saya memang suka buat cetakan linolium ini dan semasa saya mengajar di Sekolah Seri Bestari dulu saya ada mengajar teknik ini pada pelajar-pelajar .

Bahan-bahan asas adalah kepingan linolium rupanye macam tikar getah tetapi tebal ( 5 cm tebalnya) , alat ukiran kayu , pengelek warna , rice paper ( agak nipis macam kertas tisu tapi keras sikit), kepingan kaca untuk membancuh warna . Nanti lah kalau ada kelapangan masa saya akan tunjukkan tenik cetakan ini .

Cetakan linolium diatas ni yang bertajuk SUNFLOWER , saya buat pada tahun 2001 semasa saya membuat demostrasi teknik cetakan ini pada pelajar - pelajar tingkatan 4 di sekolah yang saya berkerja pada masa itu.


ILISTRASI FESYEN - lukisan figura


Ini juga salah satu dari lukisan pensil warna yang saya buat semasa belajar di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka , UITM . Kombinasi ton dan hue warna yang sesuai dapat menimbulkan bentuk pada baju wanita ini. Saya cukup teliti semasa mewarna supaya hasilnya nanti akan nampak realistik dan markah yang lecturer bagi pun tinggi la......

LUKISAN PENCIL WARNA



Ilustrasi fesyan ini saya hasilkan menggunakan media/bahan pencil warna saja.Memang best masa buat lukisan ni.Proses pertama saya perlu cari gambar manusia dari majalah .

Gambar mesti besar , jelas dan tak semestinya berwarna.Jenis kertas pun tak sama macam kertas lukisan biasa , nama kertas yang saya guna adalah cansent dan saiz kertas ni sebesar kertas manila .

Satu lukisan ni saya perlu siap dalam temboh seminggu dan saya memang enjoy kelas lukisan ni sebabnya lecturer yang mengajar masa tu sempoi sangat , releks saja.

ILUSTRASI FESYEN


Saya ingin berkongsi lagi dua ilustrasi fesyen yang saya hasilkan menggunakan media catan warna poster dan warna pensil . Dua ilustrasi ini adalh dalam koleksi siri ilustrasi untuk koleksi fesyen hasil rekaan dan jahitan yang saya hasilkan untuk tugasan tahun akhir saya semasa belajar di Jabatan Fesyen , Falculti Seni Reka & Seni Lukis , UITM .
Ilustrasi fesyen yang saya hasilkan menggunakan warna poster dan pensil warna.

ILUSTRASI FESYEN




MY FASHION ILlUSTRATION

ILustrasi fesyen ada salah satu subjek yang saya pelajar semasa menuntut jurusan fesyen di UITM dulu, saya memang suka subjek ini.Kami perlu mahir melukis figura manusia sebab jurusan fesyen memang memerlukan kami melukis rekaan fesyen yang pelbagai.Selalunye figura manusia yang kami lukis lebih panjang tubuh badannye dengan lentuk liuk yang sangat bergaya .

Saya juga perlu melukis ilustrasi fesyen yang besar seperti diatas ini . Saiznye ada 45 cm x 90 cm . Saya menggunakan bahan khas yang dipanggil illustration board rupanye macam manila kad tu tapi tebal dan pemukaannye macam kertas lukisan . Setiap pelajar mesti buat, saya cari gambar wanita ini dari majalah bridal dan buat lakaran dulu . Bila dah puas hati baru start mewarna.Kemudian mounting board yang ada color diguna sebagai frame.

Teknik untuk ilustrasi saya diatas ni saya gunakan teknik poster color yang rata tanpa ton . Pada bahagian muka dan leher saya gunakan teknik catan warna air dan ditambah dengan pensil color . Saya dan semua pelajar jurusan fesyen memang diajar untuk kreatif dalam menggunakan bahan dan teknik untuk mewarna . Kreativiti adalah sangat penting bagi setiap pelajar seni di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka , UITM atau di Universiti atau Kolej Seni lain .

CATAN WARNA AIR - BUNGA LILY


close-up catan teknik warna air

Boleh di lihat kesan ton gelap dan cerah pada daun dan bunga. Ton adalah sangat penting ketika proses mewarna untuk menjadikan sesuatu objek nampak lebih realistik dan menimbulkan bentuk pada objek tersebut.

Kombinasi warna atau hue sewarna yang pelbagai juga penting dalam teknik mewarna , contohnya pada daun ini kelihatan hue pelbagai warna hijau.Bahagian latar juga boleh diwarnakan dengan warna yang kontras supaya subject matter iaitu bunga-bunga ini akan kelihatan lebih menonjol .

CATAN WARNA AIR



Blossom 4

Masa buat catan warna air ni saya memang pilih siri bunga-bunga untuk di letakkan di ruang berhampiran dengan pintu depan rumah saya.Saya memang suka melukis bunga-bungaan , cantik sangat.Proses awal dalam membuat catan warna air ni senang saja , saya selalunya mencari dulu gambar objek yang nak di lukis , kalau ada pemandangan semulajadi lagi bagus tapi masalahnya di kawasan rumah saya ni mana la nak cari lokasi yang sesuai untuk melukis .Tapi kalau kamera digital atau SLR , kita boleh ambil dulu gambar objek atau subject matter yang kita berkenan.

Gambar yang kita ambil tu la akan menjadi bahan rujuk untuk membuat catan warna air nanti atau pun kita boleh cari subject matter di dalam buku -buku photography atau di dalam apa saja majalah.Yang penting sekali gambar yang kita pilih itu jelas gambar objeknya tak pudar dan jelas serta detail pencahayaannya.

MY WATER COLOR PAINTING

BLOSSOM 2 & 3

Saya mencari gambar bunga ini dari buku berkenaan jenis-jenis bunga.Selepas melihat beberapa jenis bunga yang saya suka baru la saya mula melakar dulu ke atas kertas . Saya pilih beberapa jenis bunga dan saya lukis menjadi satu jambangan yang simple .
Bila dah siap lakaran baru la mula proses mewarna , untuk teknik catan warna air lapisan warna pertama yang disapu pada lakaran mesti la cair.Kemudian berpandukan ton dan pencahayaan gambar bunga tersebut saya mulakan pula langkah kedua menyapu warna yang lebih pekat pada lapisan warna yang pertama tadi.
Kombinasi tona warna adalah sangat diperlukan dalam teknik warna air.Kita boleh eksperimen dulu campuran warna di atas kertas lain.Pemahaman tentang tona warna sangat lah penting ,Bagi yang baru mula minat dalam teknik catan warna air ini , bolehlah belajar tentang kombinasi dan kumpulan warna serta ton warna dari color wheel atau roda warna.
Pemahaman teknik mewarna sangat lah mustahak .Seterusnya langkah ketiga mewarna , ialah menggunakan warna yang lebih gelap disapu pada bahagian yang terlindung dari cahaya seperti di bahagian bawah daun macam dalam catan yang saya buat diatas ini. Teknik mewarna catan air memerlukan latihan untuk menjadi mahir.Apabila sudah pandai kita akan jadi leka memghasilkan satu painting yang cantik.

CATAN WARNA AIR


BLOSSOM

Setiap painting/catan ada teknik tertentu dan bahan yang berbeza.Painting atau catan saya ini , saya hasilkan menggunakan teknik warna air.Bahan asasnya adalah kertas yang khas untuk teknik ini dan tak boleh guna kertas lukisan yang biasa tu .Bahan mewarna pun berbeza iaitu water colour berkualiti tinggi yang harga paling murah pun RM 30 ringgit tapi warna yang dihasilkan berkualiti tinggi.
Kadang-kadang tu timbul juga rasa rindu pada berus dan warna air saya tu terutama kalau dah lama sangat tak melukis atau mencatan.Sekarang ni saya memang kena curi sikit masa yang sangat sibuk dengan anak-anak saya tu untuk menghasilkan painting saya ni .Semua hasilan seni catan dan painting saya hanya untuk koleksi peribadi yang saya framekan dan pamer di dalam rumah saja, belum lagi terpikir nak jual mungkin satu hari nanti sebab saya takut tak cukup masa kerana baby Adam perlukan tumpuan saya sepenuhnya , dia memang nak melekat saja dengan saya.

Wednesday, February 18, 2009

BATIK REKAAN SAYA


Semua batik ni saya hasilkan semasa saya masih bekerja sebagai guru Pendidikan Seni di Sekolah Sri Bestari . Sekolah akan menyambut ulang tahun ke 10 tahun jadi pihak sekolah nak buat open day dan Karnival salah satu acara semasa open day tu ialah batik show . Cadangan nak buat batik show ni di beritahu pada saya dalam masa yang amat singkat dan saya hanya ada tempoh sebulan untuk menyiapkan 30 design kain batik . Sepatutnya pihak atasan nak pelajar-pelajar yang menghasilkan semua batik ni tapi kalau secara logik mana la ada pelajar yang boleh nak buat semua batik ni hanya pereka profesional saja ada kebolehan dan kepakaran nak siapkan sebegitu banyak koleksi batik .
Oleh tu disebabkan masa yang terlalu singkat dan proses menghasilkan batik ni bukan kerja main-main saya mengambil alih proses menghasilkan kesemua koleksi batik untuk batik extravaganza show ni dan saya hanya memilih beberapa orang pelajar yang secara sukarela nak tolong saya siapkan projek batik ni . Saya juga bagi peluang pada pelajar ni buat satu design batik sepanjang 4 meter .
Selama sebulan saya bertungkus-lumus dan berusaha all out untuk menghasilkan lebih dari 30 reka corak kain batik dan saya rasa terlalu happy dapat mencipta bermacam-macam corak batik . Seni visual macam menghaslkan batik ni adalah bidang yang saya minat sangat jadi saya tak pernah rasa penat bila buat semua batik ni . Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan batik show ni pun dapat di buat dengan baik sekali saya sebagai guru seni memang rasa bangga sangat batik saya buat dan berterima kasih pada pelajar-pelajar yang sama-sama bertungkus-lumus tolong semasa proses nak buat batik ni .
Saya akan buat proses mencanting dan mewarna dan bila masuk proses nak sapu fixer/pemati warna saya akan minta tolong pelajar dan juga proses membasuh serta bials kain pun pelajar akan buat buat . Kalaua da corak batik yang simple baru saya bagi pelajar-pelajar buat jika design yang agak detail saya akan buat sendiri .

Lagi kisah tentang batik saya , ini antara batik yang paling saya suka . Masa tengah buat batik ni pun berkobar-kobar semangat sebab idea datang mencurah-curah.

Batik yang bermotifkan bunga orkid tu saja saya guna warna yang terang dan ceria , batik ni lebih sesuai sebagai art-deco tapi sapa berani boleh pakai batik design macam ni memang akan menarik perhatian orang sekeliling hehhehe.

Batik berwarna merah dan hitam tu pulak saya design selepas merujuk pada motif di pasu tinggi Sarawak , motif nya sangat cantik dan unik seperti sulur paku-pakis. Saya rasa sangat puas hati sebab dapat menghasilkan semua batik -batik ini .


BATIK TONA BIRU & HIJAU


Saya design fesyen jaket panjang untuk batik ni dan pelajar-pelajar menjadi modal untuk batik show ini .

Teknik mewarna batik ni dipanggil teknik pelangi dengan tona warna biru dan hijau . Cantikkan dan masa buat batik ni ramai juga cikgu lelaki yang tengok dan berkenan . Ramai yang tak sangka saya boleh buat batik dah tu panjang pulak tu 4 meter .

Hanya mereka yang betul-betul minat saja dapat sabar nak buat batik yea !! Tapi saya cukup enjoy masa buat batik ni dan merasa kepuasan yang tak dpat diucapkan dengan kata-kata...

BATIK


STUNNING RED , blouse kaftan..
Nak cerita sikit ....
Masa buat batik ni saya teringatkan motif ukiran kayu , motif ukiran kayu yang melingkar , menjalar dengan lentuk liuk sulur dan putik bunga .Sangat halus dan cantik sekali motif ukiran kayu melayu . Jadi saya pun reka la motif batik ni , cantikkan ( takpa saya puji diri sendiri sapa lagi nak pujikan hehehe). Saya saja pilih warna merah untuk latar dan biru tua untuk motif baru la nampak contrasnye .Pada saya kalau corak batik simple kombinasi warna pun tak perlu banyak sangat maksimum adalah 3 warna kalau tidak batik jadi serabut.

BATIK IKAT DAN CELUP


TEKNIK BATIK IKAT DAN CELUP , SONANG JOO !!!

Teknik batik ni kalau di terjemahkan terus ke bahasa melayu jadinye adalah ikat dan mati hehheheheee.Sebenar ikat dan celup warna , satu teknik batik yang sangat simple , senang sangat nak buat.Saya selalu ajar pelajar saya buat dengan hanya mengunakan kertas tisu dapur yang lebih keras dan hasilnya sangat cantik.

Kain kapas atau sutera boleh digunakan untuk membuat teknik ini tapi saya suka mengunakan kain kapas sebab tahap serapan warna yang lebih tinggi berbanding kain jenis lain.Bahan nye mudah guna tali rafia saja dan pilih dibahagian mana nak diikat pada kain , susun la ikatan mengikut suka kita .

Cara mengikat adalah , kita mesti membuat ikatan mati dulu pada sejemput atau segumpal kecil kain lepas tu lilit gumpalan kecil kain tu dengan kuat sekali .Buat beberapa lilitan dan ikat mati lepas tu buat beberapa ikat mati sebagai penghabisan sebelum potong tali yang lebih. Tu je caranye , lepas tu sediakan bancuhan warna batik dan mula la mencelup beberapa bahagian kain dengan warna yang kita suka .
Simple and easy to make !

BATIK KAFTAN

Batik with geometric design.I just think square when i want to design this batik and i choosed contrast colour to bring out the geometric design.

BATIK NI SAYA PUNYA !!

Saya ni hanyalah seorang guru P.Seni dan bukanlah seorang pembatik yang sangat profesional tapi apa yang saya hasilkan adalah dari cetusan idea yang simple .Rekaan corak saya tak berserabut atau terlalu padat.Kombinasi warna juga sangat mudah.Memang itu yang saya cuba tonjolkan pada setiap helai batik yang saya buat.Tema batik saya pun "Ringkas & Bergaya".Pada tahun 2006 pun memang trend batik sangat simple dengan warna yang terang. Kombinasi warna juga lebih kontras dan ceria.

Corak pada batik didalam gambar di atas pun saya dapat dari idea yang spontan, kebetulan pada hari saya nak buat batik ni saya mengajar pelajar bagaimana memcantumkan pelbagai kombinasi rupa geometri untuk di jadikan corak(maklumlah cikgu senikan) jadi saya pun terus ambil motif segiempat untuk di olah menjadi corak pada batik saya ni.Memang masa buat batik ni saya dah terbayangkan fesyen yang sesuai , tentulah kaftan sebab tahun 2006 memang trend baju kaftan yang simple dan selesa di pakai.

BATIK CANTING



Batik with geometric design

SAYA DAN BATIK......
Semua batik ini saya buat semasa sekolah nak menganjurkan Majlis Sambutan 10 tahun SSB pada tahun 2006 lepas , jadi Pengetua telah memberi idea supaya saya menghasilkan batik dengan pertolongan pelajar.Pada mula saya berasa agak susah hati di sebab kan masa yang diberi sangat singkat iaitu sebulan saja.Tapi saya tahu saya boleh buatdan setuju dengan cadangan Pengetua sekolah.Jadi bermula proses menbuat batik , mula-mula saya buat design dan kajian motif-motif yang sesuai untuk batik saya ni .
Alam sekeliling menjadi sumber inspirasi untuk saya mencipta motif batik.Flora dan fauna menjadi pilihan saya membuat lakaran motif dan corak batik.Saya juga membuat rujukan dari majalah dan meninjau koleksi batik jenama terkenal di Malaysia untuk mengetahui trend warna dan motif batik pada tahun 2006 .Saya seterusnya memilih rekaan corak yang paling saya suka dan mula membuat lakaran akhir beserta warna yang sesuai.Kemudian proses membeli bahan , bila semua sudah tersedia bermula la kerja saya.Nak buat batik ni memang penat tapi disebabkan saya terlalu suka dan passion saya adalah seni visual , saya terus menjadi leka dan asyik sekali menghasilkan setiap helaian batik ini.

Tuesday, February 17, 2009

KAMPUNG SUNGAI ULAR , CHERATING

Beach in Kampung Sungai Ular , Cherating , Pahang.

Me and my family went for a holiday to my sister house in Kuantan , Pahang . Kuantan is one of the famous town in the east coast of Malaysia.We really had a great time there.We spend the whole 5 days going to interesting places like beautiful beaches , villages and Kuantan town .Here are some of the photos that i took at Kampung Sungai Ular. A village located near to a very beautiful beach.
Posted by Picasa

MY BATIK COLLECTIONS




My batik lukis or janting and tye-dye batik

More of my batik collections . I managed to completed 40 pieces ( each are 4 meters in length) of batik for this batik show. All the batik are made single handed by me . My students really help me in this project , thanks to Zhu Yu , Jasmine and Charlotte . They help me in the cleaning and coloring process .I gave them to do their own batik and they are so happy. Hope one day i have the time to design and do my batik again.

Monday, February 16, 2009

MY PRECIOUS SON - ADAM


My cheeky Adam , he is my little hero.Adam ni anak bongsu saya umur dia baru setahun 4 bulan ,telatah dan gelagat dia memang menghiburkan.Dia lah yang paling manja.Sentiasa nak dipeluk dan dicium.Sekarang ni dia ada skill baru, korek hidung atau masukkan jari telunjuk dia ke dalam lubang hidung.Tak de sapa pun ajar tapi bila dia korek hidung , kakak-kakak suka gelak tu yang buat Adam suka sangat hehehheehe.
Nasib la hidung dia sentiasa bersih saja.Kalau dengar lagu dia pun buat la bunyi macam menyanyi , kelakar betul si Adam ni sambil tu dia pun menari la sama.Kalau dalam kereta Adam kena duduk dalam car seat dia tapi bila dengar lagu kepala dengan badan memang bergoyang ikut lagu.Dah pandai panggil mama tapi kadang-kadang tu semua org dipanggilnye mama hehehehe.Doa saya pada my precious Adam semoga dia membesar sihat dan menjadi anak yang soleh , amin.Allah makbulkan lah doa hamba mu ini.

Wednesday, February 11, 2009

BATIK REKAAN SAYA


Saya memang suka sangat buat dan hasilkan batik.Tak kira apa jenis tenik batik semua saya suka dan boleh buat.

Antara teknik yang saya dah pernah hasilkan ialah :-

1) Teknik batik lukis/canting( menggunakan alat canting, ni kira macam pen la dakwatnye lilin panas.

2) Batik cetak/blok , macam masa kita kecil-kecil dalam kelas seni kita cetak guna ubi kentang yang di ukir corak.

3) Teknik tye & dye atau ikat dan celup pun saya suka , dulu masa belajar di UITM banyak t-shirt saya habis di buat teknik ni cantik sangat , t-shirt yang buruk pun jadi baru kira bergaya la masa tu gan hasil kreatif sendiri , hehehe.

4) Teknik free hand pun ok , teknik yang sekarang tengah popular nanti la saya terangkan dengan lebih detail ok tentang teknik ni. Akhir sekali teknik skrin, teknik ni pun nanti saya bagi tau macam mana nak buat.

Saya belajar buat batik ni masa belajar di UITM Shah Alam tetapi hanya secara basic saja selebihnya ilmu membuat batik ni saya belajar sendiri sama ada dari pembacaan atau melihat kawan yang lebih mahir buat dan saya pun buat la sendiri kira try n error la juga.Bila dah mula buat tu saya pun dah makin suka kira makin syok la pulak dan terus jatuh cinta dengan seni batik ni.

Setiap kali saya melihat hasil batik saya hati ni berasa sangat puas sangat kira macam kalau sapa suka shopping tu dapat beli beg LV yang beribu ( berpuluh ribu sebenarnye) atau dapat beli gelang mas dari Habib Jewel la.Macam tu la kepuasan yang saya rasa setiap kali saya dapat mencurahkan idea yang membuak-buak dalam diri ni ke atas kain putih yang terbentang di frame kayu.

Walaupun nak menghasilkan kain batik leceh juga dan banyak proses perlu di lalui tapi saya tak pernah rasa jemu.Nak mencanting corak yang sederhana saja untuk kain selebar 4 meter memerlukan saya berdiri dalam lingkungan 3 jam , proses warna dalam 2 jam.Maknanye saya perlu berdiri selama 5 jam tapi boleh stop la untuk rehat duduk dalam 5-10 minit tapi saya ni jenis tak suka berhenti nak siap kerja cepat dan mesti perfect.

Lepas habis mewarna kena bagi warna kering dulu semalaman.Proses seterusnya ialah fixing atau mematikan warna , sebaiknye kain di rendan dalam pemati warna iaitu bahan kimia sodium silikat.Tujuan mematikan warna ialah bagi warna kekal atau meresap dalam kain so bila di pakai atau basuh warna tak luntuk.Proses ni pulak kain di rendam selama sehari atau minimum 8 jam.

Kain yang dah di matikan warna boleh di rebus untuk cairkan lilin dan buang saki baki cecair kimia fixer tadi. Kain di rebus dalam 30 minit atau sejam . Proses seterusnye ialah membilas kain letak la sekali softner bagi kain lembut dan wangi.Seterusnya kain batik di sidai di kawasan yang teduh sampai la kering.

Nanti saya cerita lagi ye hal batik ni , panjang lagi ceritanye.