MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label peasant blouse. Show all posts
Showing posts with label peasant blouse. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

MY GIRLS

Salam pagi Sabtu
Aisyah dan Adlina bergaya dengan blouse baru dan dah siap nak jalan-jalan hari ni . Ada masanya bila saya beli kain dalam kuantiti yang banyak saya akan guna kain tu untuk buat baju Aisyah dan Adlina , ye la dah adik-beradik mesti la kadang-kadang tu pakai baju pun corak yang sama . Anak-anak saya ni jenis tak kisah kalau pakai baju corak sama pun sebab dari kecil lagi dah biasa .


Blouse Aisyah ni saya baru siapkan semalam dan memang untuk dia pakai hari ni . Anak sulung saya ni jenis tak kisah apa saja baju yang saya jahit dia pakai dan suka . Saya tau taste Aisyah , dia suka blouse yang simple dan corak bunga yang sweet dan mesti color pink sebab color pink memang color favorite Aisyah..

Friday, July 9, 2010

BLOUSE BARU NANNIE


Dah siap semua blouse saya , bestnya . Saya jahit sikit-sikit dapat la 5 helai blouse baru ni , seronok pula saya tengok bila dah disusun beratur dalam lemari dan blouse fesyen peasant ni memang selesa di pakai .
Ada blouse ni yang saya buat labuh sikit sebab kainnya saya beli lebih sikit . Saya memang prefer guna kain jenis cotton lembut serta sutera crepe yang lembut so memang selesa blouse ni .


Blouse warna maroon sebelah kiri ni kain jenis sutera crepe yang agak nipis dan blouse color beige corak rose ni sebelah kanan pula jenis cotton lembut.


Saya memang suka kain corak bunga rose dan kebanyak warna pilihan saya warna ton coklat atau pastel lembut . Dulu ada masa ketikanya saya berani juga pakai baju warna terang macam merah , oren tapi sekarang warna-warna lembut jadi pilihan pula . Tu la kan bila umur bertambah trend gaya fesyen pun bertukar juga . Selamat berhari minggu dan happy sewing..

Monday, July 5, 2010

BLOUSE BARU


Minggu baru blouse pun baru semalam baru siap blouse peasant saya ni . Sambil nonton tv saya menjahit dan bila dah siap tu seronok sangat sebab dapat saya bergaya dengan blouse hasil jahitan sendiri lagi...
Dulu masa kerja kalau rasa-rasa boring dok ulang baju yang sama je ke kerja , saya mula la design dan nak jahit blouse , seluar palazo atau baju kurung baru . Kadang-kadang tu balik kerja dan ada masa sikit saya jahit kalau design dan pattern yang simple macam peasant blouse ni sekejap je jahit malam tu juga siap dan besok paginya saya pergi kerja dengan baju baru la jimat belanja..

Ini la rupa blouse baru saya ,kain ni dah lama saya beli cuma dulu tak terpikir nak jahit blouse fesyennya apa . Dulu saya suka pakai t-shirt sebab serba ringkas dan cepat tapi sekarang mood nak bergaya dengan blouse dah ada balik hehehe


Kat n3 bawah ni saya ada bagi tutorial ringkas macam mana nak jahit peasant blouse ni harap dapat membantu ya pada kawan-kawan yang nak bergaya dengan blouse peasant yang sweet ni .

TUTORIAL BLOUSE


Ada juga pengunjung blog saya ni tanya macam mana nak jahit peasant blouse . So kali ni saya tunjukkan tutorial simple dan saya harap dapat membantu pada sesiapa yang nak jahit peasant blouse sendiri ni.....

Sebenar ada banyak cara dan teknik nak jahit blouse ni dan apa yang saya tunjukkan ni adalah cara saya tapi tutorial ni simple je harap dapat membantu ya.

Saya suka guna kain cotton yang jenis lembut bila buat pesant blouse ni so baru la cantik jatuhan kainnya dan kedutan/gathers di bahagian leher baju pun teratur kemas . Kalau guna cotton tebal atau apa jenis material kain yang tebal nanti blouse yang siap akan nampak kembang semacam je . Bila kita pakai pun nampak macam besar pula badan kita nanti hehe. So pilih la kain yang lembut atau nipis ikut la pada citarasa dan gaya masing-masing..

Saya memang dah ada pola asas untuk blouse diri sendiri so bila nak buat blouse baru saya selalu rujuk pola kertas ni untuk dapatkan ukuran . Kadang-kadang kalau fesyen baju sendiri yang saya nak buat tu rumit sikit saya akan lakar pola baru atas kertas dulu . Tapi kalau yang simple saya terus lakar pola di atas kain.

Macam ni la pola peasant blouse tu 4 segi je dan saya ambil ukuran lebar ukuran baju yang saya selesa pakai dan untuk ukuran lubang lengan saya tambah 2 inci dari ukuran asal lubang lengan yang saya selalu guna .

Bagi pola bahagian lengannya pun empat segi tepat . Saya lipat 2 kain ni dan barulah saya lakar lubang lengan dan baru la saya potong.


Cantum bahagian sisi seam pada badan baju dan cantum seam/basi lengan . Kemudian boleh la jahit sambung seam/basi lubang lengan ke badan . Lepas tu saya jahit basi hujung baju dan macam ni la rupanya bila dah siap dijahit cantum semua bahagian.


Jahit pula anggaran 1 inci atau 1/2 inci untuk dibuat lubang nak masuk getah keliling bahagian leher baju tapi tinggalkan sedikit ruang macam lubang nak masuk getah nanti . Pinkan hujung getah dengan safety pin dan boleh la dimasukkan getah ke dalam lubang ni . Keluarkan getah dan cantum jahit kedua hujung getah ni serta jahit tutup lubang getah ni .

Ikut pada kita nak besar mana lubang leher baju ni macam saya ambil je getah tu lepas tu saya lilit keliling leher ni dan agak-agak la besar mana lubang leher yang selesa lepas tu baru la saya potong getah ikut ukuran yang saya nak . Jangan terlebih panjang getah untuk leher nanti bila siap jadi seksi pulak blouse kita tu hehehe tapi ikut stail masing-masing la..


Bila dah siap jahit tutup lubang getah tadi macam ni la rupa lubang leher peasant blouse tu . betulkan kedudukan kedutan kain dan dah siap . Hujung lengan blouse ni pun saya buat sama guna getah juga..
Harap tutorial ni dapat membantu para pembaca yang minat suka menjahit dan teringin nak buat peasant blouse yang simple ni dan kalau dah siap tu singgah la blog saya ni dan bagi tau boleh saya gi tengok hasil blouse anda tu , baru la best kita kongsi cerita untuk suka-suka je...
Selamat menjahit ya..

Tuesday, June 29, 2010

ROS & GINGHAM LAGI


Lagi sehelai peasant blouse untuk anakanda Adlina . Saya memang dah syok sangat jahit blouse peasant ni memang tahun ni trend fashion saya dan anak-anak ialah peasant blouse nampak gayanya . Bila pakai tu berangin je rasa selesa sangat...

Kain pilihan saya memang corak bunga ros la dan saya suka sangat gabungkan dengan kain corak gingham . Pada pandangan mata saya memang secocok sangat gabungan corak gingham ini dengan corak bunga-bunga memang sweet sangat...

Tengok la tu Adlina yang pakai blouse baru yang sangat cute serta gegirl . Kartun Ben 10 juga yang dia pilih untuk party goodies bag dan princess saya ni suka aktiviti yang lasak kalau Barbie Doll memang tak masuk senarai laa . Adlina suka pakai baju baru tak kira apa fesyen asal dia masih boleh pakai seluar jeans.


My bucuk bacin..

Wednesday, June 23, 2010

BLOUSE BARU


Dah lama juga saya idamkan nak buat blouse peasent untuk diri sendiri sebelum ni saya dah siapkan beberapa helai untuk Adlina dan Aisyah . So kali ni turn diri sendiri la pula nak melaram dengan blouse baru..

Memang jahit peasent blouse la yang paling mudah dan cepat disiapkan dari lain-lain jenis fesyen yang pernah saya design serta jahit . Saya tak payah nak draft pattern dulu atas kertas dan apa yang saya perlu buat hanya la ambil ukuran lebar serta labuh blouse yang selesa saya nak pakai nanti . Lepas tu terus je saya draft atas kain dan lukiskan lubang lengan . Sama la juga untuk bahagian lengan saya lukis pattern lengan yang lurus juga dan lukis armholenya terus atas kain dan potong . Semuanya lurus saja sonang-sonang...

Kemudian masuk pula bab nak jahit blouse ni mula-mula nak jahit cantum bahagian badan pun best juga sebab jahit lurus je dan lepas tu cantum sleeve . Kemudian jahit bahagian tengkuk/opening buat lubang untuk masukkan getah serta jahit balik lubang ni dan siap la. Saya jahit pula lubang untuk masukkan getah pada bahagian hujung lengan . Masukkan getah serta jahit lubang getah tadi siap la baju den....


Tarraaa...peasent blause baru saya..me so happy..

Blouse peasent ni sangat la selesa sebabnye blouse ni patternnye flair/longgar dan tanpa dart/lisu . Saya rasa la wanita yang berbadan besar macam saya ni memang sesuai pakai blouse peasent ni tambahan lagi kalau yang bertudung....

So untuk hari ni tu je la entrynya kisah blouse baru diri sendiri dan petang nanti saya nak jahit lagi 2 helai peasent blouse untuk diri sendiri la jugakkan.....

Hari ni saya happy lebih sikit sebabnya saya dah plan nak buat beberapa helai lagi peasent blouse untuk diri ni dan nampak gayanya lemari baju saya nanti penuh dengan blouse fesyen macam ni la pula...i loike...

BYE...
SELAMAT MENJAHIT YA..

Thursday, June 10, 2010

PEASENT BLOUSE FOR MY SWEETHEART




Another peasent blouse for Adlina and this time i`m using a maroon gingham cloth . A very simple easy to sew pattern and the finishing peasent blouse is so sweet and cute . I`m in the mood to sew a few more peasent blouses both for Adlina and Aisyah..

HAPPY SEWING DEAR FRIENDS..

SWEET ADLINA


Cuti sekolah dah masuk hari Khamis , ke mana kita ya ? saya masih di KL dan besok baru la nak ke destinasi lain pula . Sekarang ni saya seronok jahit peasent blouse saja sebab kejap je nak jahitnya cuma Adlina jadi malu pula sebab dipuji comel bila pakai peasent blouse gingham pink berbunga ros kecil ni hehehe anak mama ni malu-malu pula...



Saya bagi Adlina pakai peasent blouse dengan skirtnya sekali alaaaaa....sweetnya terserlah sangat kecomelan gegirl anak mama ni . Sekarang ni saya semakin syok jahit peasent blouse untuk Adlina dan Aisyah nampak gayanya anak-anak saya melaram dengan blouse saja la cuti ni.....

Friday, June 4, 2010

SWEET PEASENT BLOUSE

,
Salam petang Jumaat , sejuk dan mendung petang ni hmm bestkan . Dekat kawasan rumah saya ni baru lepas hujan semenjak dari pagi tadi lagi dah mendung lepas tu panas kejap dan tadi hujan renyai-renyai yang lama juga . Saya letak mesin jahit di tepi tingkap so kalau hari panas terik memang terasa bahangnya walaupun saya tutup tingkap dan blinds so bila cuaca mendung memang best la saya menjahit sebab cuaca sejuk so boleh la saya menjahit dalam keadaan selesa .
So hari ni lama la saya menjahit dan saya dapat siapkan peasent blouse ni untuk dipadankan dengan skirt Adlina yang saya buat 2 hari lepas . Blouse peasent ni pun boleh dipakai dengan skirt atau seluar jeans atau skirt color plain pink .
Tadi saya jahit 1 helai lagi peasent blouse untuk Adlina serta sehelai untuk Aisyah dan sehelai untuk saya . Nanti ya untuk n3 yang akan datang saya masukkan gambar peasent blouse yang lain-lain tu...

sweet peasent blouse untuk Adlina..

Cuti sekolah ni boleh la Adlina bergaya dengan blouse dan skirt baru yang saya baru siapkan ini . Saya masih tak plan nak ke mana lagi musim cuti seklah kali ni mungkin balik kampung atau kami akan ke tempat-tempat yang dekat kawasan rumah saja tapi tak tau lagi kadang-kadang tu last minit pun macam-macam plan boleh jadi....
Selamat bercuti hujung minggu
dan
bercuti sekolah pada semua pengunjung blog saya ni..