MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label felt fabric crafts. Show all posts
Showing posts with label felt fabric crafts. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

KRAF GUNA FELT


Hari ni saya mula buat projek guna felt yang dah lama saya beli dulu memang best rupanya buat kraf felt ni patut la ramai kawan-kawan yang seronok buat macam-macam kraftangan guna felt ni . Memang leka menjahit felt ni dan kraf ni agak senang kalau sesiapa yang tak ada pengalaman menjahit pun boleh cuba buat , memang best cuba la....


Ni gambar sebelum saya mula kan projek kraf felt saya ni nanti saya masukkan n3 hasil yang dah siap ya..

Saturday, May 29, 2010

WARNA-WARNI


Cantikkan warna benang-benang ni dan semuanya untuk kraf felt . Feltnya dah lama saya beli tapi saya masih tak buat-buat lagi bila saya dapat beli benangnya baru la best nak mula .

Saya tengok sekarang ni ramai betul peminat kraf felt ni dan memang bagus la macam tu terisi la masa lapang kita semua dengan aktiviti kreatif ini . Pada pendapat saya , seeloknya kita ada hobi untuk kita buat bagi hilangkan rasa bosan , lesu atau stress dan saya rasa bila kita libatkan diri kita dengan hobi kreatif minda kita akan sentiasa aktif untuk memikirkan macam-macam idea yang tak memenatkan malah buat kita happy dan bersemangat . Selain tu kita akan dapat kepuasan yang maksimum serta diri kita pun bangga dengan hasil kraf yang kita buat sendiri ini . Cuba la...

Deretan bola benang , love the colors...



Saya pun baru beli gunting ni kecil je tapi tajam dan sangat la sesuai untuk aktiviti kraf felt ni sebab hujungnya runcing . Nanti banyak juga felt yang saya nak potong , bestnya macam-macam idea ni yang saya dah rancang untuk saya guna felt ni . So selamat berkraftangan dan menjahit serta bercuti hujung minggu...

Monday, September 7, 2009

Kraf guna felt fabric

Lama dah saya mencari felt fabric ni , saya minta tolong kawan belikan dan semalam baru saya dapat ambil masa kami sekeluarga pegi berbuka di rumah dia. Saya ada juga pegi ke blogger yang mahir dengan craft menggunakan felt ni , cantik semua hasil craft diaorang . Felt craft ni memang nampak menarik sangat dan mesti anak-anak saya akan enjoy dan seronok dapat hasilkan kraftangan guna felt ni nanti.
Anak sulung saya Aisyah yang tengok pun bekenan dengan keychain/hair clips dan macam-macam lagi la yang dibuat dengan felt fabric ni .Saya beli dulu beberapa jenis warna felt fabric ni untuk anak-anak nak buat craft yang mereka suka sambil tu saya pun boleh join sekali....kira saya ni beginners la dalam kraftangan guna felt...
Nantilah bila dah siap , saya akan masukkan gambar hasil craft anak-anak saya ni...

felt fabric