MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label baju kurung. Show all posts
Showing posts with label baju kurung. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

Jahit baju kurung

Bahagian lubang leher baju yang telah dipin bersama facingnya/kain lapik dalam lubang leher ( sila rujuk post sebelum ini untuk teknik potong lubang leher baju kurung ) .
Sekarang ini ialah proses menjahit lubang leher. Bahagian leher baju kurung dijahit kelilingnya , saiz basi setengah tapak mesin jahit atau 0.5 cm . Jahit dengan perlahan-lahan untuk mendapat hasil yang kemas .


Kemudian bahagian keliling leher yang melengkung perlu dikacip/snip sedikit supaya bahagian lubang leher ini kemas setelah bahagian lapik dalam diterbalikkan nanti. Selain itu proses snips ini memudahkan proses terbalikkan lapik dalam lubang leher ini juga .


Bahagian belahan lubang leher yang dijahit dan dipotong tengahnya.


Bila sudah diterbalikkan kain lapik dalam ini perlu lah di seterika dulu bahagian lubang leher ini , seterusnya lubang leher ini perlu la dijahit tindih kelilingnya supaya kemas .

Proses jahit baju kurung

Bila saya dah jahit tindih bahagian leher baju kurung ini baru la saya potong bahagian lapik kain dalam dan dijahit tepinya .


Kemudian proses seterusnya menjahit cantum bahagian pesak dan kekek , seterusnya dijahit pulak dengan bahagian lengan baju.

Bahagian lengan baju , pesak dan kekek yang sudah dijahit cantum . Kemudian bahagian ini dijahit dengan bahagian badan baju , seterusnya hujung basi tangan dan baju dijahit .


Saya bagi Adlina pakai dulu baju ini sebelum basi hujung baju dan tangan dijahit , nak check takat mana labuh baju dan lengan yang dia suka.


Proses jahit kain

Saya jahit untuk cantum bahagian belakang kain dengan bahagian depan , kemudian saya tanda lipatan kain supaya sama besar dan dipin .


Saya jahit sedikit bahagian tepi lipatan kain ini macam dalam gambar diatas ini supaya kedududkan lipatan kain tetap.


Saya jahit juga bahagian atas lipatan kain ini supaya lipatan nya tetap dan memnudahkan proses seterusnya nanti.


Macam ni la rupa nya.

Jahit pinggang kain

Lebihan kain dipotong mengikut ukuran keliling pinggang dan lebarnya ialah 3 inci. Kain untuk bend getah ini kemudian di jahit kebahagian pinggang kain.

Getah pinggang dimasukkan ke dalam bend pinggang kemudian dipin untuk mendapat ukuran yang sama saiz dengan getah ini. Bila dah siap dipin , getah pinggang ditarik keluar.


Kain bend pinggang kemudiannya dijahit dari bahagian luar mengikut saiz getah pinggang. Jangan jahit habis semua bahagian bend pinggang ini tinggalkan sedikit ruang untuk menjadi lubang bila nak masukkan semula getah pinggang ini nanti.


Bahagian kaki kain dijahit kelepet.

Jahit pinggang kain

Hujung getah dipin dengan safety pin bagi memudahkan proses menarik getah ni dalam bend pinggang nanti.


Getah kain dimasukkan ke dalam bend pinggang dan di tarik secara perlahan-lahan sehingga keluar semula di bahagian satu lagi.


Getah pinggang ditarik sehingga bertemu semula.


Getah pinggang dijahit tindih

Proses jahit pinggang kain

Bahagian dalam bend pinggang . Bila getah dah dimasukkan ke dalam bend pinggang , kita perlu la jahit tindih lubang pada kain ni semula.


Saya jahit tindih dari bahagian luar kain untuk tutup lubang yang dibuat untuk masukkan getah pinggang tadi . Nak jahit dari bahagian dalam pun boleh juga yang penting jahitannya kemas.


Dah pun siap kain ni , kalau nak jahit tindih getah pinggang ni pun boleh ikut la pada kehendak tukang jahitnya.

Thursday, September 3, 2009

Lubang leher baju kurung

Lepas dah potong kain , proses seterusnya nak buat lubang leher baju kurung pulak . Ada cara lain untuk buat lubang leher baju kurung ni , cara mana pun tak kisah yang penting bila siap baju kurung tu boleh di pakai dan jahitan lubang leher tu kemas dan tak senget-benget. Saya memang guna teknik ini untuk buat lubang leher baju kurung sejak dulu lagi dan walaupun tak detail tapi mungkin cara yang saya tunjukkan ni boleh di buat rujukan atau membantu sesiapa pun.

Mula-mula saya lipat dua bahagian baju , pastikan bahagian hujung kain sama panjang kemudian saya sterika bahagian bahu baju . Nanti akan timbul /ada kesan garisan dari sterika , saya tak lukis garisan tengah ni guna kapur sebab nanti kotor pulak kain tapi kalau nak tanda sikit boleh la . Sterika dengan kemas supaya kesan garisan ini akan menjadi jelas dan kemas juga.


Kemudian saya lipat pulak kain ini ikut bahagian memanjang untuk mendapat center kain untuk lubang leher . Lipat dengan kemas dan seterika dengan perlahan-lahan , nanti akan timbul garisan selepas di seterika , garisan ini lah yang akan diguna sebagai panduan bahagian center untuk lubang leher. Kalau nak tanda dengan kapur pun boleh tapi sikit saja nanti kotor pulak kain .


Garisan tengah terhasil sebagai panduan garisan bahu dan lubang leher lepas kain ni di seterika.


Kemudian lebihan kain di ambil untuk di buat kain lapik bahagian dalam/interfacing yang akan diletak kain gam .

Lubang leher baju kurung

Gambar yang saya ambil ni mungkin ada yang kurang jelas dan ada kain color pink serta merah , tapi prosesnya sama saja .

Bila dah potong kain untuk lapik bahagian dalam , boleh la di letak pada kertas gam dan dipotong sekali.


Kemudian di iron untuk pastikan kertas gam ni melekat dengan kemas pada kain , selalunya saya guna kain bergam tapi kedai kat rumah saya ni tak ada jenis kain tu, so saya guna kertas gam saja .


Saya lipat dua kain lapik ni dan seterika untuk mendapat centre / bahagian tengah.


Saya letak kain lapik dalam/facing ni atas kain pada bahagian garisan centre/tengah baju tadi .

Melakar lubang leher


Seterusnya saya melakar lubang leher berpandukan ukuran yang saya ambil sebelum ini.


Saya lukis garisan lengkung lubang leher .


Pin kan dulu kain pelapik ini sebelum proses potong lubang leher atau pegang kain dengan kemas supaya kain tidak berganjak semasa proses potong ini .


Potong ikut garisan lubang leher yang sudah dilukis , potong secara perlahan -lahan untuk mendapat hasil yang kemas. Gunakan gunting yang tajam dan berat supaya memudahkan proses memotong . Beli 2 gunting dan khaskan satu gunting untuk memotong kain dan satu lagi untuk memotong kertas atau bahan-bahan lain lain.

Lubang leher

Selepas dah potong lubang leher ni , saya lakar pula garisan belahan tengah baju kurung , ukuran dalam 3-4 inci saja .


Kemudian saya lukis garisan untuk saya jahit nanti pada bahagian tepi garisan belahan tengah baju kurung ni . Sepatutnya guna kapur tapi saya guna pensil saja . Nanti saya akan jahit pada garisan pensil ni dan garisan tengah yang saya lukis guna kapur oren tu akan di potong sampai ke hujung sebelum kesan jahitan benang , kena berhati-hati takut terpotong benang jahitan pulak. Jarak untuk jahitan keliling leher ada la setengah tapak mesin atau 0.5cm dari lubang leher .


Dah pun siap kain pelapik dalam/facing baju kurung anak saya ni .


Kemudian saya pinkan bahagian facing/pelapik kain dalam pada bahagian lubang leher baju kurung . Seterusnya ada la proses menjahit , nanti saya akan masukkan pada post yang akan datang .

Happy sewing ...