MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, April 30, 2009

BESTNYA MENGULI FONDANT

Siap juga semua gubahan hantaran yang saya buat untuk adik ipar , lega la sangat ....... huh..  . 

Saya kemas semua bahan-bahan kraf dan bersihkan dining table yang dah seminggu penuh dengan macam-macam barang.

Lepas dah bersih dan kemas semua barang , saya buat pula bancuhan tepung untuk cupcake dan terus bakar. Ikut plan , saya nak buat cupcake yang dihias dengan fondant untuk hantaran no.11.Semua hantaran mesti hasil dari tangan saya ni hehehe tak mau tempah dari orang lain.

Lepas 20 minit oven pun berbunyi tanda cupcake dah masak , saya angkat bawa keluar tray dan tengok pada rupa cupcake hmmmm.... ok menjadi juga cupcake vanilla saya ni dan bila makan hmmm sedap hehehe... puji diri sendiri pula ok la kan... .

Malam ni nak bake lagi cupcake sebab besok ramai tetamu yang akan datang ke rumah saya ni . Pagi besok mak dan bapa mertua serta makcik gan anaknya akan sampai ke rumah saya , best juga tu dah lama juga rumah saya ni tak terima tetamu. PIL dan makcik akan bermalam dirumah saya dan hari Sabtu kami akan pergi secara konvoi untuk majlis bertunang adik ipar saya ni.

Macam-macam yang saya dah plan nak masak selain masak lomak cili api untuk lunch , saya nak buat pizza dan triffle yang menjadi kesukaan adik ipar perempuan saya dan suami dia yang akan datang makan lunch kat rumah saya ni besok. Hmm.. best, meriah la rumah saya besok .


Sambil menunggu cupcake masak , saya pun mula la menguli fondant , saya praktik kan balik segala tunjuk ajar dari kakak saya tempoh hari. Best la saya suka sangat sebab macam main plastersin je hehehe. Jadi leka pulak saya menguli dan membentuk macam-macam shape objek dan bunga dengan fondant ni.


Macam-macam teknik la saya cuba macam yang ini adalah ros buds yang akan saya letak kat atas cupcake hantaran nanti , comelkan cute je.So , kalau nak tengok semua cupcake ni tunggu besok je la sebab saya dah stop untuk hari ni penat dari pagi tadi macam-macam aktiviti yang saya buat. Malam ni nak keluar jab beli barang-barang dapur , ok ciou .

Wednesday, April 29, 2009

GUBAHAN BAKUL KASUT

Saya gamkan fiber untuk menutup pemukaan bakul kemudian saya gam renda keliling bakul. Saya gubah dan susun bunga di empat bahagian bakul.


Saya buat riben bertindih dan letak di atas kasut dan saya akan lekat sedikit bunga pada bahagian tengah riben ini .

Dah pun siap gubahan yang simple ni.

GUBAHAN TELEKUNG

Saya siapkan dulu bakul dengan renda dan gubahan bunga kemudian untuk gubahan telekungnya saya beli 2 keping polysterin bentuk love yang berbeza saiz. Polysterin ini saya masukkan ke dalam kain dan saya bentuk dan lipat kain supaya menutupi polysterin. Seterusnya saya pin kan lebihan kain telekung dan saya lipat bahagian hujung telekung yang bersulam cantik menjadi seperti kipas mengelilingi dua keping hati .


Seterusnya untuk bahagian kain telekung saya lipat menjadi kecil .


Seterusnya kain telekung ini saya lipat bertindih untuk menjadi bentuk kipas dan saya susun di dalam bakul mengelilingi 2 keping hati tadi. Pinkan pada bahagian tertentu di telekung supaya gubahan menjadi kukuh dan terletak kemas.


Sebagai penyeri gubahan 2 hati ini saya selitkan bunga-bunga halus di celah antara 2 hati ini. Dah pun siap ok la kan.

Tuesday, April 28, 2009

ALAMAK , TAK SIAP LAGI !!

Baju saya sendiri masih tak siap , macam mana ni tinggal lagi 4 hari nak pegi kenduri . Itu la bila saya dah sibuk dengan benda lain sampai boleh terlupa dengan baju sendiri yang belum dipotong. Semalam baru saya teringat dan saya terus basuh kain serta jemur dan pagi tadi baru habis potong dan besok saya nak menjahit pulak.
Saya buat jubah simple je , senang jahit lurus dan cantum lengan lepas tu buat piping kat lubang tengkuk, yang penting saya ada baju baru sebab dah lama saya tak jahit baju untuk diri sendiri last sekali masa bulan puasa tahun sudah untuk Aidilfitri.

Ini la rupa kain untuk jubah saya tu , saya beli di Nagoya , jalan TAR bulan posa tahun sudah. OK la kan saya buat jubah je senang.


Saya basuh sekali kain-kain cotton lain yang saya beli di Kamdar , KL. Memang dah jadi habit saya kalau beli kain cotton saya mesti basuh atau rendam sekejap.

Ini pula bukan kain untuk baju saya tapi kain untuk lapik talam berkaki untuk letak hantaran nanti , saya beli kain lace untuk baju ni semasa di Nilai 3 , kedai kain ada buat sales so saya pun beli murah kain ni RM 6 semeter kalau harga asal RM 35 ringgit.


Hari ni saya tengah jahit kain untuk lapik talam hantaran ni , bila dah siap saya masukkan gambarnya kat blog saya ni.

Sunday, April 26, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


Semalam hari Sabtu 25 hb April adalah birthday anak sulung saya yang ke 11 tahun . Sepatutnya semalam saya nak masukkan post ni tapi tak sempat juga.

Saya dan suami amat sangat bersyukur menerima kehadiran puteri sulung kami Nur Aisyah dan Aisyah membawa bersama sinar kegembiraan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata kepada saya serta suami dan dia adalah semangat baru untuk saya . Apa saja yang saya buat ketika itu dan sampai bila-bila pun adalah untuk memberi kebahagian pada Aisyah .


Dalam gambar ini Aisyah berumur 2 bulan ( saya pula 26 tahun , mudanya masa tu ) masa ni kami di kampung suami untuk kenduri kesyukuran atau cukur jambul . Gaun yang Aisyah pakai tu saya jahit sendiri , saya beli kain sutera kosong dan saya tambahkan rose buds dan renda .

Masa baby sampai la sekarang Aisyah senang dijaga , dia baby yang baik dan tak kerenah .

Aisyah dengan abah dia , masa ini dia berumur 4 bulan. Aisyah memang anak yang senang dijaga dan dia baby yang baik dan tak kerenah . Saya memang suka sangat jahit baju untuk Aisyah maklum la baru ada anak , macam - macam fesyen saya jahitkan untuk dia. Gaun yang Aisyah pakai ni adalah gaun yang sama dia pakai semasa kenduri akikah di kampung.


Aisyah berumur 3 tahun di Port Dickson.

Masa dia kecil Aisyah memang aktif dan banyak bercakap tapi bila dia dah mula masuk kindergarten dan sekolah rendah Aisyah mula berubah menjadi agak pemalu dengan orang yang dia tak kenal dan sifat tu kekal sampai la sekarang . Bila saya perhatikan perangai dan sifat anak dara sunti saya ni rupanya banyak ikut maklang (adik perempuan suami saya) dan juga toknyang dia . Tapi sekali-sekala terkeluar juga gelak besar dia dan haa masa tu baru dia ikut macam saya , hehehe.

Bila semakin dewasa saya tengok Aisyah ni seorang kakak yang penyayang , banyak menolong saya dengan kerja rumah dan menjaga adik-adik . Dia dah tunjuk minat suka memasak macam saya juga tapi Aisyah tak mewarisi bakat kreativiti saya dan suami , dia tak pandai melukis tak pa la mungkin ada bidang yang sesuai untuk dia bila dah dewasa nanti.

Gambar ini saya ambil pada hari Selasa yang sudah , cepat sangat masa berlalu dan anak saya dah makin besar . Pengalaman bersalin kan Aisyah adalah yang paling sakit antara semua anak saya sebab saya kena induced , selama 9 jam saya menanggung kesakitan tanpa ambil epidural (masa tu saya tak tau pun epidural wujud kalau tau memang dari awal saya dah nak hehe) lepas nurse cucuk pain killer pun tak jadi apa sakitnya terasa sangat. Lepas push dekat beberapa kali baru saya dapat melahirkan Aisyah dan saya bersyukur sangat sebab diberi kekuatan serta kemudahan untuk melahirkan Aisyah .

Sekarang ni dia la peneman setia saya selain Adlina . Doa saya untuk anak saya yang sulung ni moga dia sentiasa di lindungi dan di sayangi oleh Allah sentiasa serta membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan dia di dunia dan akhirat , amin.


To my dearest beloved Aisyah ,

Mama , abah , adik Adlina dan Adam wish you happy birthday , we love u so much.
















Saturday, April 25, 2009

GUBAHAN KOTAK KAIN

Bakul rotan untuk bekas kain , saya lekatkan manik berjurai untuk bahagian tepi penutup bakul.


Saya susun dan gubah bunga diatas penutup bakul.


Saya mengguna beberapa jenis bunga dan daun untuk semua gubahan hantaran ini.



Dah siap.

GUBAHAN BAKUL HANTARAN

Saya gamkan dulu lapik pemukaan bakul. Senang ada fiber ni dulu kena guna kain satin leceh , nak gam pun sekejap je.


Selepas dah gamkan renda keliling bakul saya mula susun bunga kemudian saya gamkan daun-daun dulu.


Dah siap , kedua belah pemegang saya gubahkan bunga. Telekungnya nanti saya nak gubah jadi bunga .

Bakul yang dah siap dari pandangan sisi. Simple je.

Friday, April 24, 2009

GUBAHAN BAKUL HANTARAN

Kiranya dalam seminggu ni cerita saya hanya kisah tentang hantaran je, ok la kan memang saya tengah sibuk mengubah hantaran dan menyiapkan bekas hantaran. Majlis bertunangnya hari Sabtu depan , hari Ahad ni nak ke Kamdar KL cari kain untuk buat alas dulang pulak dan sambil tu boleh saya beli kain lagi untuk projek jahitan saya hehehe. Sekarang ni bangun tidor je teringat hantaran yang perlu disiapkan.
Saya berhenti kejap buat bekas hantaran tu , hari Jumaatkan budak sekolah balik awal so saya kena prepare lunch tuk anak-anak , sambil tu saya check la blog dan petang kang sambung balik kerja. Walaupun sibuk saya suka buat kerja gubah hantaran ni sebab idea tu datang mencurah-curah dan rasa exited nak siapkan tiap-tiap satu gubahan tu.


Lepas dah gamkan renda disekeliling bakul , saya buat reben di kedua-dua bahagian tepi pemegang bakul , jari-jari ni dah mula melekat dengan hot glue memang panas walaupun saya berhati-hati takut terpegang hot glue tapi dalam berjaga tu kadang-kadang kena juga sakitnya. Dulu ada kulit tapak tangan dan jari yang melecur sebab terkena hot glue ni.


Saya pun susun la bunga , saya guna banyak jenis bunga tapi dari hue warna yang sama so tak la nampak serabut sangat.


Ha ini la hasilnya tapi saya nak tambah la sikit lagi bunga kat atas pemegang bakul ni dan ada bahan yang tak cukup , petang nanti saya nak ke kedai jual bahan hantaran , ada lagi 5 bekas saya tak dapat nak siapkan sebab tak beli renda yang sesuai.Tualanya nanti saya nak gubah jadi buah jambu dan letak je dalam bakul ni.

Thursday, April 23, 2009

GUBAHAN BAKUL PERFUME

Gamkan renda lace dulu lepas tu daun.


Tambahkan bunga dan lain -lain lagi hiasan.


Dah siap gubahan bunga.



Dah siap bekas perfume ni dan mungkin saya akan buat beberapa penambahan sikit lagi.

GUBAHAN BEKAS CINCIN

Gubahan hantaran pertama yang saya buat ialah bekas cincin, saya beli sangkar burung yang kecil sekali kemudian saya tambah la dengan hiasan dan bunga. Tema untuk hantaran yang saya buat kali ini ialah sweet english roses . Hantaran yang saya gubah semuanya simple-simple dan saya guna warna pastel.

Langkah pertama lekatkan renda.


Lekatkan renda yang ada manik-manik berjurai.


Dah siap pun kejap je , simple n sweet.



Bekas cincin bertunang dari pandangan atas, bahagian dalam dan bawah bekas cincin ni ada lapik lagi. Keliling bekas cincin ni ada bekas bunga rampai dari bekas kaca nanti la bila dah siap semua disusun saya akan ambil gambar lagi dan masukkan dalam blog.

Wednesday, April 22, 2009

ADAM

Anak saya yang bongsu , Adam ni dah setahun 6 bulan umur dia dan rambut dia panjang. Semenjak rambut dia mula panjang ni semua orang yang kami jumpa mesti ingat dia girl sebab rambut Adam ni kerinting atau curl macam spring dan rupa anak saya ni sweet macam baby girl. Mula tu saya memang biar je rambut dia panjang sebab pada mata saya ni dia cute sangat. Tapi bila dia berpeluh memang nampak dia macam rimas dan rupa dia comot juga. So , petang tadi saya bawa dia gi potong rambut.


Ini gambar sebelum rambut Adam dipotong saya saja ambil semua gambar ni nak simpan buat kenangan.Masa dalam keta lagi saya dan hubby mula risau takut Adam menangis tak mau potong rambut .Bila saya letak dia duduk atas kerusi dia ok je tak menangis pun.Lega la saya tapi saya still berdiri sebelah Adam sebab dia kadang-kadang tak boleh nak duduk diam , kepala dia pun begerak je so saya kena pegang juga kepala dia.


Tengok la Adam saya ni senyum je , ok la kan dia memang toodler yang sentiasa happy dan lasak nya boleh tahan.


Adam dah mula merungut juga sebab dia dah start boring , rambut dia pun dah pendek.



Akhirnya rambut Adam pendek dan dia still cute di mata mama dia ni.

MENJAWAB TAG

Ini ialah tag dari Kak Ina Kl , hari ni baru da kelapangan nak menjawab.


Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.
He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

action dan komedi movies , dokumentari mcm dr National Geography/ Discovery Channel.

You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
thousand island

What’s one food he doesn’t like?
semua dia makan tapi yang ada cheese dia tak suka sangat , perut Minang nak yang podeh joo.

You go out to eat and have a drink. What does he order?
Air limau ais

Where did he go to high school?
Kuala Klawang , Jelebu, N. sembilan

What size shoes does he wear?
7

What is his favorite type of sandwich

sandwich sardin

What would this person eat every day if he could?
burger gerai tepi jalan bukan burger McD( perut melayu juga)

What is his favorite cereal?

tak makan cereal , perut melayu.

What would he never wear?

seluar ketat

What is his favorite sports team?

tak de

Who did he vote for?

biar la rahsia

Who is his best friend?

Dia baik dengan semua org tapi kawan rapat Cikgu Nan , Saha dan Nasir .

What is something you do that he wishes you wouldn’t do?

tak de

What is his heritage?

Keturunan Minangkabau


What is his favorite colour?

beige , hitam dan putih.

What is his habit?

sambil bercakap telepon suka pegang -pegang barang depan mata( dia cakap dia tak sedar pun apa dia buat hehehehe )

What is he proud off?

3 orang anak dia campur isteri sorang ni.

Lastly, do you think he will read this?

dah baca

I want to tag all the wifey below :

Kak CT

Kak Jun

Fawa

Kak Ezza@ makcikblogger

Fizan

kak Amy Doblinger

Tuesday, April 21, 2009

AWARD PERTAMA DARI FIZAN

Malam tadi masa saya mengadap komputer ni dan buka blog saya , terus la baca chatbox dan ada messege dari Fizan untuk saya pegi ke blognya ambil award. Terima kasih la Fizan sebab ingat nak bagi saya award.
Saya ni baru je 3 bulan pandai nak blogging tu pun lepas kakak saya iaitu Jun Cupcakekasih yang buatkan blog ini untuk saya , temacih yeee kekandaku. Sebelum ni saya hanya baca blog kakak saya , blog orang lain. Semenjak ada blog sendiri ni happy la dan dapat kenal ramai kawan baru yang kreatif - kreatif belaka.
Terima kasih la kepada follower dan semua kawan-kawan baru yang sudi nak link blog gan saya serta kepada sesiapa juga yang sudi nak singgah di blog saya ni.

Sekali lagi thanks bebanyak ye Fizan untuk award ini .

P/s. Saya tak reti lagi la nak linkkan nama Fizan terus gan blog Fizan , maksudnya sapa click kat nama Fizan boleh terus buka blog Fizan , dulu kakak saya ada ajar tapi dah lupa nanti la tanya cikgu balik kira tak habis belajar ilmu blog lagi ni.So, sesiapa yang nak masuk blog fizan yang lawa dan cute tu boleh la cari di senarai blog list saya di sebelah kiri ni ok.

p/s. Fizan , saya dah buat link macam yang Fizan ajar , thanks ye sukanya saya.

Sunday, April 19, 2009

AKSESORI BARU

Bila dah sampai Nilai 3 dan masuk pula kedai aksesori rumah mula saya menjamu mata dengan macam-macam rupa benda yang sangat laa bekenan di hati kalau boleh semua nak beli tapi saya kena fikir dulu mana yang betul-betul saya perlu dan harge pun masih logik untuk saya beli. Saya kalau harga mahai-mahai sangat tak beli la lagi baik saya simpan duit buat saving atau kumpul untuk beli mesin mixer cake yang canggih atau camera SLR idaman hati ku.



Berkenan betul saya dengan bekas lilin ni , nampak je terus beli dah la harga pun ok pada mata saya bekas lilin ni cantik sangat sebab corak english countrynya tu.

Tiga baldi comel lotey ni saya beli di kedai yang jual aksesori english theme , simple dan melengkapkan lagi koleksi baldi yang memang saya dah ada di rumah.


Sangkar burung yang comel ni pun saya beli satu untuk rumah, kat kedai tu ada banyak sangat patern dan saiz dari besar sampai la saiz yang saya beli ni. Pilih saja mana yang bekenan di hati ada yang mahal dan murah , tepuk dada check purse hehehee.


Masa kat kedai english decoration tu saya terpandang pulak kain ni , bekenan juga saya beli 2 meter nak buat tote-bag , motif kain ni lawa betul di mata saya ni. Cukup la apa barang yang saya beli kali ni masa di Nilai 3 tak tau bila lagi nak pegi mungkin bulan depan sebab kalau balik kampung selalunya singgah kejap saja cuci mata tengok barang-barang atau makan-makan je.

Saturday, April 18, 2009

BEKAS HANTARAN

Hari ni pagi-pagi lagi dalam pukul 8.30 pagi kami sekeluarga pergi ke Kajang , kami pegi ke sana sebab nak merisik sekuntum bunga yang mekar mewangi tunggu di sunting kumbang dari Kg Renal , Jolobu.
Sebenarnya saya dan suami pegi merisik bakal isteri adik ipar , alhamdulillah semua dah berjalan dengan lancar mengikut plan dan sangat mengembirakan kedua belah pihak , bagus la lega saya. Lepas makan tengahari kami terus pegi ke Nilai 3 untuk beli bekas dan aksesori hantaran sebab saya la yang akan buat 11 gubahan hantaran untuk majlis pertunangan adik ipar nanti pada 2 Mei depan.
Ini adalah kali ke-3 saya buah gubahan untuk 3 orang adik ipar , saya memang suka buat gubahan ni dan saya memang ternanti- nanti bila adik ipar nak kawin sebab time tu je saya dapat buat hobi yang saya suka ni. Mak mertua minta tolong  saya buatkan sebab dia dah tak terdaya nak fikir lagi hal nak siapkan hantaran ni.


Kami sampai dalam pukul 1.30 tengahari dan huhh.... memang panas la Nilai 3 ni , tahan saja la bila masuk kedai yang ada air condition best la sejukkk je tapi kalau masuk kedai yang guna kipas uishhh panas bebenor la. Haaa ni la mercu tanda baru kat Nilai 3 , Eiffel Tower .
Makin banyak kedai baru di buka , saya selalu juga pegi Nilai 3 sebab bila balik kampung suami memang akan tempoh bandar Nilai ni so terus la menyinggah. Kalau tak de barang yang spesifik nak beli saya suka singgah kedai yang ada jual jajan macam kerepek , kekacang , keropok bantal dan lain-lain la atau sekadar singgah makan - makan sambil window shopping.
Tapi seingat saya la kalau singgah Nilai 3 saya mesti beli barang walaupun plan asal tak de pun nak beli apa tapi bila dah sampai tu tetiba je ada barang nak beli. Kat Nilai 3 ni ada banyak kedai yang jual macam-macam barang tapi kita mesti pandai pilih dan pandai tawar menawar. Dari segi kualiti ok baik dah banyak saya beli barang-barang kat Nilai 3 dan semuanya masih ok.


Di Nilai 3 ada banyak kedai yang jual barang untuk gubahan hantaran dan hiasan rumah , saya pergi kedai yang baru di buka , bessssssar sangat semua barang ada dan selesa pula tu. Harga pun ok lagi murah dari beli di Bunga Reben di jalan TAR tu .
Saya memang rambang mata betul nak pilih barang dan bahan yang sesuai untuk hantaran, saya sampai tukar color dan konsep la sebab dah terlampau banyak contoh gubahan hantaran yang terbaru, cantik sungguh kreatif la sapa yang mengubahnya . Saya ingat nak ambil gambar buat contoh atau boleh la juga masuk kat dalam blog ni tapi dah ada signboard no camera hmmm melepas leee.
Saya pusing -pusing banyak kali la juga dalam kedai ni sebab nak memilih bahan , bunga , bekas yang sesuai. Sambil memilih tu sempat juga saya berhenti kejap kat meja pekerja yang tengah mengubah hantaran pelanggan lain bukannya apa saya nak cari idea dan saya tanya macam-macam soalan la kat pekerja tu nasib la dia nak layan hehheehe.
Akhirnya saya dah boleh imagine warna dan konsep yang saya nak buat iaitu ENGLISH ROSES , hmmmm i like !! . So , dalam gambar di atas ni ialah barang-barang yang dah saya beli untuk nak buat hantaran adik ipar tersayang , si Latip.
Harap dia suka apa yang saya buat ni , dia memang selalu ikut je tak da banyak songeh hehee. Konsep yang saya buat kali ni simple but sweet , saya tak mau design yang sarat sangat nanti jadi serabut.
Bekas kotak tu untuk parfume set , set rantai mutiara lepas tu yang sangkar burung untuk cincin bertunang , raga dan bakul untuk barang-barang yang lain . Sibuk la saya 2 mingggu ni tak boleh buat aktiviti kraf lain la kena bagi tumpuan sepenuhnya untuk buat 11 gubahan hantaran ni.


Warna yang saya pilih kali ni ialah beige n pastel . Dalam gambar ni ada riben , renda , daun , bunga halus dan macam-macam lagi la . Nanti saya tunjukkan cara nak gubah dan gambar bila gubahan ni dah siap nanti , tungguuuu ye !!!


Haaaa ni pulak bunga yang saya pilih , huih ponat botoi la saya masuk dari kedai ke kedai nak pilih jenis bunga dan warna yang sesuai dan akhirnya saya jumpa juga bunga palstik yang cantik dan murah. Saya memang suka color peach dan beige. Sekarang ni saya tengah sketch/lukis segala idea untuk gubahan hantaran ni dan hari Isnin depan baru boleh mula buat.

Thursday, April 16, 2009

HADIAH

Sabtu petang ni Aisyah nak pegi birthday party bestfriend dia , plan awal nak beli present je tapi saya bagi idea pada Aisyah suruh dia buat something dan saya teringat beads yang saya beli dulu masih banyak dan ada juga beads yang kakak saya bagi. Saya cadangkan pada Aisyah buatkan rantai atau gelang sebagai hadiah pada kawan dia tu.
So , petang tadi anak-anak saya pun sibuk la buat aksesori untuk kawan dan diri sendiri. Aisyah dan Adlina memang enjoy sangat kalau buat aktiviti kraf yang macam ni ,memang nampak la anak-anak saya excited memilih color dan shape beads untuk rantai masing-masing. Saya jadi penasihat je macam mana nak susun dan pilih color tapi Adlina suka buat sendiri dia tak mau saya kacau , she got her own style and taste .


Adlina busy dan tengah tekun buat rantai dia , anak saya yang tengah ni memang suka color yang terang dan colorful. Aisyah pula suka color pink dan pastel , personaliti dia memang lembut.
Adlina nak buat gelang tangan pula tapi saya kata besok saja continue sebab dia kena pegi mengaji muqqadam pula. Aisyah sudah siapkan rantai yang panjang warna pink , cantik mesti Anis Sofia, bestfriend anak saya suka dengan present ni.

Aisyah dah siapkan rantai color pink untuk bestfriend dia.Rantai tangan color biru tu Aisyah buat untuk diri dia sendiri dan rantai yang colorful sangat tu Adlina yang buat , saya biar saja dia buat ikut citarasa dan color combination pun dia lah yang pilih ok la kan , anak-anak saya happy dan enjoy betul buat aktiviti ini.