MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, May 28, 2009

FAMILY GATHERING

Malam Sabtu lepas saya pegi rumah kakak saya di Nilai untuk family gathering , kami selalu berjumpa dalam 2 bulan sekali selalunya rumah kakak saya di Nilai la jadi tempat kami semua berkumpul. Masa New year dulu kakak saya buat BBQ dan kami bawa potluck baru la best..Tahun sudah kami pergi berkelah ramai-ramai ke Port Dickson memang best...
Bila dapat jumpa sekali-sekala macam ni memang aktiviti tetap ada la bersembang cerita terbaru , bertanya kabar sambil makan-makan .

Kali ni kami berkumpul dari petang untuk tea dan sampai dinner , 2 orang kakak saya ni tengah sibuk prepare dinner dan saya pula sibuk ambil gambar hehehehe. Seperti biasa saya dan kakak yang tinggal di PD akan bawa potluck masing-masing bagi lagi meriah gathering kali ni...

Saya bawa 3 kotak cuppies untuk tea petang tu , dalam gambar ni kakak-kakak saya tengah pilih cupcakes untuk di bawa balik.. Weekend ni kami nak berjumpa lagi kali ni untuk Sunday breakfast pula dan saya akan buat roti dan kek lagi .


Anak-anak saya la yang paling happy kalau dapat berkumpul dan berjumpa dengan semua cousin mereka , aktiviti tetap main kejap main di dalam rumah lepas tu kat luar rumah ...


Lepas dah kenyang makan dinner selalunya kami akan sambung sembang lagi , dalam gambar ni kami semua tengah belek game kat Facebook yang menjadi hobi kami sekeluarga kiranya dah tahap addicted la hehehehee.... Lewat malam baru saya balik and i`m looking foward for this coming Sunday breakfast gathering pula sebab setiap kali jumpa family really make my day so happy..

KAIN UNTUK SMOCKING

Saya pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman 2 minggu sudah untuk jalan-jalan ke pasar malam dan juga beli kain lagi untuk gaun smocking ready made saya.So , hari ni saya masukkan gmabar rupa kain-kain yang saya beli , semua kain ni back groundnya cerah dan corak bunga halus , saya memang tak berani guna kain color gelap atau corak bunga besar-besar. Lepas ni nak beli kain plain pulak untuk gaun smocking , mesti lagi cute sebab boleh guna benang color pastel untuk jahit sulam smockingnya.





KAIN COTTON

Semua kain cotton ni saya beli untuk gaun smocking ready-made , bunga-bunga halus dan back groung cerah. Lepas ni nak beli kain plain la pulak mesti lagi lawa jahit smocking guna kain plain baru menonjol smocking pada gaun ...





Wednesday, May 27, 2009

MY WEDDING ANNIVERSARY


Kad ini dari suami kepada saya.
Hari Isnin 25 Mei yang lepas adalah hari wedding anniversary saya yang ke 12 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu anak-anak saya pun makin membesar dan kami pun makin meningkat umur. Saya bersyukur kerana di kurniakan kehidupan yang sederhana di samping suami , bagi saya apa yang saya ada sekarang ini sudah cukup memadai dan sentiasa buat saya happy. Kasih sayang dari suami dan anak-anak adalah semangat bagi saya menghadapi hari depan , mereka adalah segala-galanya untuk saya . Saya sangat bersyukur pada Allah dengan kehidupan sederhana saya bersama suami dan moga jodoh kami berpanjangan sampai ke akhir hayat.
Saya nak lalui kehidupan ini sampai akhir hayat dan menjadi jadi tua dengan suami dalam keadaan tenang saja. Harapan saya moga kehidupan kami di masa depan macam kehidupan parent saya yang serba sederhana tapi kaya dengan kasih -sayang , dulu masa saya kecil sampai la saya berumur 17 tahun sebelum mak meninggal dunia , saya selalu tengok kemesraan arwah abah dan arwah mak saya . Arwah abah saya ni cukup loving dengan arwah mak saya walau pun masa tu mereka dah tua tapi abah saya suka mengusik dan buat lawak dengan mak , kadang-kadang tu abah saya mesti cium pipi mak saya , mereka memang pasangan yang sangat loving . Parent saya jenis yang tak berselindung dan mempamerkan kasih sayang dan kemesraan mereka pada anak-anak.
Kami semua memang di curahkan dengan kasih sayang dan pelukan manja serta ciuman tak pernah lekang dari mak dan abah(masa kecil saja la bila dah dewasa abah saya dah tak peluk cium kecuali pada masa dan situasi tertentu saja) .
Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana di pertemukan jodoh dengan suami saya yang sangat simple orangnya .
Ini pula kad hari ibu yang anak kedua saya bagi beberapa hari selepas sambutan hari ibu , ustazah di sekolah dia yang tolong buat kan , anak saya yang lukis corak bintang , bulat dan love tu... happy sangat Adlina masa bagi kad ini pada saya..

Monday, May 18, 2009

JALAN-JALAN DI JALAN TAR

Petang Sabtu sudah saya dan keluarga pegi ke jalan Tunku Abdul Rahman yang sangat terkenal dengan deretan kedai kain dan jalan TAR juga menjadi pusat setempat untuk membeli dan mencari tudung yang terkini di Kl. Saya memang akan ke jalan TAR kalau nak cari kain sebab ada banyak sangat kedai kain jadi saya ada banyak pilihan material, fabric , corak , warna dan pilihan harga yang berbeza. 
Selalunya saya suka pegi ke jalan TAR pada awal pagi dalam pukul 10.30 pagi , masa tu kedai semua baru buka dan tak ramai lagi pengunjung , nak cari parking pun senang. Selalunya suami akan parking kereta di Sogo atau parking lot sebelah panggung wayang Odeon( depan Pertama kompleks ). Bila pegi sana awal pagi nak shopping pun lagi releks tapi kadang-kadang kami ke sana pada waktu petang sebab nak jalan-jalan di pasar malam jalan TAR ni. Dulu pasar malam di main road depan deretan kedai kain tapi semenjak tahun 1996 pasar malam di pindah ke lorong belakang yang sempit ini.
Selalu juga saya dan keluarga pegi ke Jalan TAR , dulu masa saya tinggal di Desa Pandan boleh dikatakan tiap-tiap hujung minggu kami akan ke jalan TAR atau sekitar kawasan KL ni macam KLCC atau Jalan Bukit Bintang. Bila dah pindah ke Puchong , sekarang ni saya lebih suka ke area Subang Parade, OU , IKEA - Ikano , MidValley atau IOI Mall ja..

Sampai je lepas parking kereta , saya pergi dulu ke kedai kain dan lepas dah shopping baru la kami pegi Sogo kejap .


Ini la Jalan Bonus yang terkenal dengan deretan kedai tudung , disini memang ada macam-macam pilihan jenis tudung. Kena pandai tawar-menawar harga kalau nak beli dengan harga murah datang la shopping masa week days sebab harganya berbeza bila week ends saja harga tudung tiba-tiba je jadi mahal..ish ish ish ..


Mihun sup kesukaan suami saya.


Deretan kedai tudung di Jalan Bonus/ Jalan TAR.

PASAR MALAM DI JALAN TAR

 
Ramai betul pengunjung ke pasar malam jalan Tunku Abdul Rahman ni , nak jalan pun susah selalunya saya suka datang lebih awal dalam pukul 3 - 4 petang tapi pada petang Sabtu sudah saya sampai ke sini dalam pukul 5 petang jadi sudah ramai pengunjung dan keadaan kat belakang lorong ni memang sesak sangat dan kurang selesa. Selesai ja beli barang yang saya mahu kami pun terus balik sebab nak tengok konsert AF.

Kuih -muih kat gerai ni memang sedap , harga sebiji kuih mahal sikit tapi tak pa la sebab sedap dari beli yang murah tapi tak sedap nak makan pun tak da selera last sekali ke tong sampah juga peginya hmmm membazir, saya tak kisah kalau beli makanan yang mahal sikit dari membazir. Gerai ni kuih-muihnya cepat habis by the time pukul 8 malam semua dah clear , so memang kena cepat kalau nak merasa kuih- muih ini.


Ini gerai nasi lemak yang kami sekeluarga suka makan , memang sedap rasa nya tak berubah masih sama macam 9 tahun yang lepas. Kira ada quality control la..


Jalan Tunku Abdul Rahman yang sentiasa sibuk, kalau nak dekat bulan puasa atau 2 minggu sebelum raya Aidilfitri lagi la ramai orang yang datang ke sini sebab nak shopping bagi persiapan untuk sambut raya.

Friday, May 15, 2009

JEWELLERY BOX DAH SIAP..

2 kotak ni saya beli dan saya hiaskan bagi comel .





JEWELLERY BOX

Kotak jewellery yang besar ni saya decorate dengan tema English country . Bahan-bahan semua yang memang dah ada dalam simpanan saya. Saya guna kain perca dari kain cotton gaun smocking , gam sana gam sini siap la simple je ....

Saya memang cukup suka guna mutiara kalau nak decorate apa saja , nampak sweet saja.





SEA SHELLS

More of my sea shells collection , saya memang cukup suka dengan kulit siput ni sebab rupanya dan warna yang unik serta cantik . Bermacam-macam jenis siput yang saya jumpa dan kutip dari beberapa pantai di Semenanjung Malaysia. Dalam gambar di atas ni sea shells yang saya kutip dari pantai di Port Dickson masa saya pegi awal bulan April sudah.
Saya memang cukup suka bercuti di kawasan tepi pantai dan saya teringin nak ke Pulau Perhentian, Pulau Redang atau Pulau Tioman pula lepas ni mungkin kami akan sampai ke sana tahun depan , nak kena tunggu Adam besar sikit lagi baru la ok nak bawa dia sekali.

Wednesday, May 13, 2009

BANTAL KEKABU

Bantal di rumah saya semuanya dari kekabu , saya ingat lagi lepas je majlis kenduri kawin saya dulu dan bila nak balik ke rumah sendiri mak saya bagi 6 biji bantal tidur dan sebiji bantal panjang peluk. Semua bantal tu mak saya tempah dari kawan dia di kampung.Lepas tu saya sendiri ada buat lagi 5 biji bantal tambah.
Seingat saya la memang dari kecil lagi saya dah best tidur dengan bantal kekabu jadi sampai ke tua la nak bantal kekabu juga. Last sekali saya tolong mak saya isi kekabu dalam sarung bantal masa umur 12 tahun, memang leceh la masa tu sebab kekabu ni sifatnya halus jadi habis terbang merata tempat dan memang kena ikat kain kecil untuk tutup hidung kalau tidak memang rimas dan bersin ja. Lepas tu nak kena kutip dan asing kan biji kekabu yang halus. Duduk di kampung memang biasa la tengok pokok kekabu sebab orang kampung banyak tanam untuk isi buah kekabu nak di buat bantal.
Saya teringat kisah masa kecil-kecil dulu , kat rumah jiran saya dulu ada 3 batang pokok kekabu yang tinggi sangat , saya dulu masa umur 11 - 12 tahun memang takut bila nak balik mengaji waktu malam dari rumah ustazah sebab kena guna jalan kat area pokok kekabu ni. Kawan-kawan saya cakap kat pokok kekabu tu ada hantu galah , hehehe . So, kalau saya dah habis mengaji dulu pun sanggup tunggu kawan-kawan lain habis dan kami akan balik ramai-ramai . Bila lalu ja kat area pokok kekabu ni kami lari lintang pukang . Rupanya bila dah besar baru saya tau semua tentang cerita hantu galah ni tak betul , tah sapa yang buat cerita tak tau la . Saja nak bagi budak-budak kecil takut so tak la merayau main sampai maghrib baru ingat nak balik rumah sendiri hehehe.
Cerita balik hal bantal kat rumah saya yang jadi lembek ni dan sudah tak best nak di bawa tidur. Saya suka bantal yang agak padat untuk bahagian kepala , kalau saya tidur dengan bantal yang lembik nanti tengkuk saya mesti sakit rasa macam sengal - sengal lenguh dan kadang-kadang boleh sakit kepala sebab tak dapat tidur dengan nyenyak. Selalunya setiap 2 tahun saya akan tambah kekabu atau ganti dengan kekabu baru.
Bukannya susah pun nak tambah kekabu atau buat bantal kekabu . Beli ja kekabu baru yang ada banyak jual kat tepi jalan di area Sungai Buluh. Saya beli 2 buntil yang besar dah cukup untuk bantal di rumah saya.

Ini la rupa bantal kat rumah saya dah kempis dan lembik , tak best di peluk dan kena di tambah kekabu lagi bagi padat sikit. Saya memang tak pernah beli bantal poly foam sebab panas dan cepat kempis . Kalau nak bantal poly foam yang best mahal pulak tu harga berpuluh ringgit dan ada yang hargenya ratus ringgit juga la untuk sebiji bantal je . Tapi ikut la pada selera masing-masing kan .


Mula sekali saya kena tetas sikit jahitan pada sambungan kain sarung bantal ni. Tetas dalam 5 inci ja , saya memang kena buat kerja ni kat luar kalau tak berterbangan la kekabu dalam rumah.


Ini la rupa kekabu yang saya beli tapi tak serupa la dengan kekabu masa saya kecil-kecil dulu. Sifat kekabu sekarang ni macam dah di proses jadi lagi halus. Dulu kalau kopek je buah kekabu yang dah tua mesti penuh dengan biji dan memang la penat nak asingkan pulak bijinya tu sebab tu proses nak buat bantal jadi leceh sikit.


Bila dah isi kekabu dalam sarung bantal ikut pada kepadatan yang kita suka , boleh la kita jahit balik bahagian yang kita tetas tadi . Sama ada nak jahit tangan atau guna mesin jahit ikut suka la yang mana lagi mudah , saya jahit guna mesin ja lagi cepat siap. Bila dah siap macam ni la rupa bantal yang tadi kempis dah jadi padat.

Tuesday, May 12, 2009

SATAY KAJANG

Malam Sabtu sudah kami sekeluarga pegi ke Kajang sebab nak makan satay Kajang yang famous sangat tu. Suami nak bawa saya dan anak-anak gi sambut Hari Ibu la ni , mula cadang nak ke tempat lain tapi saya ajak pegi Kajang sebab nak merasa satay.  


Ini kira first time kami sampai ke bandar Kajang , senang nak mencari komplek satay Hj Sahmuri walaupun kami bukan nak makan satay Haji Sahmuri tapi nak makan satay lain yang berniaga kat dalam komplek yang sama .
Ramainya betul manusia malam tu , kami terperangkap dalam tempat parking , kami pusing lagi cari parking tapi tak dapat juga akhirnya kami pegi je ke kawasan gerai berdekatan yang ada banyak juga gerai satay.


Bila sampai kat gerai ni nasib la ada tempat duduk walaupun pelanggan memang ramai. Makanan pun sampai cepat dan sedap. Saya order nasi goreng dengan air limau ais dulu sebab anak-anak dah kelaparan , bila dah makan baru anak-anak saya nak senyum. 30 minit lepas tu baru satay dan otak-otak ikan sampai. 
Sedap sataynya fresh dan bersaiz besar tapi tak habis juga sate ni sebab kami dah agak kenyang sebab makan nasi goreng sebelumnya , jadi saya tapau satay yang tak habis .
Saya tak ingat la apa nama gerai ni sebab lapar punya pasal bila sampai terus duduk tak tengok pula sign board gerai makan ni.


Lepas dah kenyang dan lepak kejap kat gerai , saya pun ajak suami balik .Memang happening la bandar Kajang kat area stadium ni ada macam bazaar jualan. Best la outing kami kali ni dan makanan pun sedap. Bila dah masuk kereta problem nak keluar pulak dari parking sebab kereta banyak sangat. Saya pun ambil la gambar dalam kereta, lepas dah letak Adam dalam car seat dia dan semua dah selesa baru la kami mula kan perjalanan balik.
Gerai satay kat Kajang ni banyak so kena la pandai cari mana satu yang best . Lain kali kalau nak makan satay lagi saya nak pegi waktu siang la sebab kedai makan satay kat sini semuanya start dari pagi. Tak sanggup lagi mengadap jam dan susah nak cari parking tapi satay kat sini memang fresh , saiz nya besar dan sedap.

Monday, May 11, 2009

HAPPY MOTHERS DAY

Hari Sabtu sudah Kak Ina Kl singgah ke blog saya, minta saya ke blog dia ambil ucapan Mothers Day ni , thank ya kak Ina. Saya cuba save image ni banyak kali tapi tak boleh , semalam baru dapat. So, hari ni saya masukkan dalam blog , cute kan bear ni. 

Saya pun nak ucap Selamat Hari Ibu pada semua kenalan.


Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Pagi tadi masa saya sibuk di dapur tiba-tiba anak-anak datang kat saya rupanya nak bagi kad Hari Ibu . Saya memang dah tau Aisyah mula sibuk buat kad ni untuk saya semenjak 3 hari sudah tapi saya buat-buat tak tau hehhee. Adlina anak saya yang kedua pulak terover excited sampai dia tak boleh tahan dan dia terlepas rahsia kakaknya yang dah beli bunga dan buat kad untuk saya. Tergelak tengok gelagat anak-anak saya ni , Aisyah beli bunga ni kat kedai buku di sekolah guna duit belanja yang dia kumpul , memang saya happy hari ni .


Aisyah lukis gambar rupa saya kat muka depan kad , semua art works dia dari kecil saya simpan buat kenangan.


Saya la ni , pakai tudung polkodot lagi.


Bahagian dalam Aisyah ambil sajak dari surat khabar , dia kata nak tulis cipta sajak sendiri dia tak pandai , love u my sweet daughter terharu sungguh saya bila baca sajak ni.



Suami saya pun ada juga beli kad tapi dia suruh anak saya yang tulis kira macam mewakili diri dia la , thanks abah.

Friday, May 8, 2009

Kotak jewellery


Dah cukup saya berehat selama 6 hari , tiap-tiap hari ada ja dvd movie terbaru yang saya tonton . Saya ni memang kaki tengok tv , saya boleh mengadap duduk depan tv satu hari suntuk menonton apa saja cerita yang saya suka hehehehe , saya rasa mungkin perangai saya ni ikut abah saya, nak buat camno ok la kan. Tapi saya mesti bereskan dulu kerja rumah dan uruskan anak- anak , lepas semua dah ok baru la saya melepak depan tv dan anak-anak pun join sekali juga.
So , hari ni saya dah ready balik nak start aktiviti kraf dan menjahit yang saya dah lama tak buat. Saya nak siapkan 2 kotak jewellery ni dulu , masa mencari bahan-bahan hantaran adik dulu saya beli 2 kotak ni untuk simpan barang - barang saya sendiri. Kotak ni plain saja tanpa apa corak atau decoration. So , kalau nak tengok hasilnya tunggu post saya pada hari Ahad ni ya.
Btw besok saya sibuk juga, ye la lusa kan Mother`s day , saya ada agenda dan plan untuk suprise a few important people in my life. Hubby pula nak bawa saya dan anak-anak keluar dinner sambut hari Ibu malam besok .


My plain jewellery boxes , tunggu rupa barunya ....

Monday, May 4, 2009

REHAT SEKEJAP



Saya nak releks dari aktif berblog , untuk berapa lama tak tau lagi . Bye-bye blog ............

Sunday, May 3, 2009

CUPCAKE UNTUK HANTARAN

Saya cuba buat cupcake sendiri untuk hantaran adik ipar , bagi saya ok la , saya ni budak baru belajar. Cupcake ni pun saya buat malam sebelum hari bertunang , saya buat rosebuds yang simple macam yang saya ada tengok kakak saya ajar student dia. Ingat pada mula saya nak buat bunga ros tapi last minit tukar plan , saya kena pratice lagi nak perbaiki skill. Btw color ni pilihan mak mertua ok la kan .