MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, June 28, 2009

MENU SALMON LAGI YUM..YUM

Tadi untuk lunch kami sekeluarga , saya masak ikan salmon lagi , special request dari anak saya Aisyah. Dia memang suka sangat makan ikan salmon dengan sos lemon yang saya masak ni.


Salmon yang dah masak , ikan salmon ni senang saja nak masaknya . Isi ikan ni tak keras atau lembik sedang-sedang saja kira firm la dan rasanya memang lemak-lemak manis lebih kurang macam ikan terubuk + tenggiri ......hmmm yummy saya pun suka sangat makan dish ikan salmon ni . Saya beli ikan salmon ni di Maidin , Subang Jaya harganya lagi murah dari hypermarket lain untuk 4 ketul salmon ni baru RM 19 ringgit dan bila dikira modal saya guna untuk semua bahan hanya RM 30 ringgit, memang jimat sangat bila saya masak sendiri , kira ok la...


Menu ikan salmon bersos lemon , resepinya ada di blog masak saya.



Aisyah , anak saya yang suka sangat makan salmon bersos lemon yang mama dia masak ni... . Puas hati dan seronok bila anak kita suka serta berselera saja makan apa yang kita masak..

Friday, June 26, 2009

BALIK KE KEDAH


Minggu lepas semasa balik ke utara , saya sekeluarga dengan keluarga abang serta keluarga kakak sempat pulang ke Jitra untuk melawat pusara mak , dah lama saya tak melawat pusara mak. Kami sempat juga melawat ke rumah lama arwah abah , tempat kami semua membesar di Taman Jitra , arwah abah dah lama jual rumah ni . Banyak sangat nostalgia saya di rumah ini , saya membesar di rumah ini la. Kami hanya singgah kejap je saya sempat ambil beberapa keping gambar dan dapat lihat kawasan rumah dari luar saja.

Rumah ini masih elok keadaannya dan tuan rumah baru dah renovate serta cat baru. Rumah arwah abah ni dulu penuh dengan pokok buah-buahan yang di tanam di sekeliling dan kawsan belakang rumah , memang suasana rumah ini dulu sejuk dan redup saja . Rumah jiran yang juga kawan lama saya pun masih dalam keadaan elok , tapi kami tak singgah pun sebab nak cepat pergi ke pusara mak pula.



Ini la bekas rumah arwah abah , saya tinggal disini sampai tahun 1990 sebelum sambung belajar di Shah Alam , kenangan lama mengusik jiwa. Teringat saya masa tahun 1989 semasa banjir besar yang melanda Jitra nasib baik rumah abah dan jiran sebelah - menyebelah air naik hanya sampai buku lali saja, syukur la . Banyak sangat kenangan suka dan duka di rumah ni.......


Kami kemudian melawat pusara arwah mak.


Kami sempat juga pergi ke sungai yang terletak di kawasan berhampiran rumah arwah abah , masa saya berumur 5-6 tahun tahun ( 1977 - 79 ) di sungai ni la saya mandi , abang saya dan kakak yang masing-masing masa tu berumur 13 dan 15 selalu datang ke sini dan bawa saya sama , sekarang keroh betul warna air sungai ni , 31 tahun dulu sungai ni luas dan bersih airnya , abang saya la yang terror mandi di sini dengan kawan-kawan dia , saya masa tu kecil sangat hanya ikut dan main air saja.



Ini pula menara kubu masa zaman perang Jepun / komunis dulu kat Tandop , tempat saya selalu lalu kalau nak ke rumah kawan sekolah yang tinggal di Jabatan Perikanan Air Tawar dekat kawasan berhampiran . Sekarang ni Tandop dah jadi kawasan taman rekriasi , dulu saya ada singgah dengan kawan-kawan untuk bergambar . Kawasan Jitra dan Taman Jitra sudah banyak berubah dan dah banyak pembangunan untuk majukan Jitra , walaupun macam mana saya masih rindukan Jitra yang lama , tempat saya membesar dan bersekolah dulu .

SEKOLAH MENENGAH PULAU NYIOR , JITRA.


Semasa balik ke Jitra , saya sempat juga melawat sekolah lama saya ni , last saya pergi sekolah ni pada tahun 1991 , dah lama betul tu. Saya memang dah lama sangat teringin nak melawat sekolah lama saya ni , bila dah pergi pada minggu lepas , saya ambil banyak betul gambar untuk disimpan buat kenangan. Sekolah lama saya ni dah banyak berubah dan di cat baru serta banyak bangunan baru di bina.


Saya pernah bersekolah di sini pada tahun 1988-89 dalam tingkatan 4 Sastera 1 dan 5 Sastera 1 , teringin juga nak contact kawan-kawan lama tapi dah tak tau di mana semua kawan sekelas saya dulu , cuma dengan best friend saya yang still keep in touch , cari dalam FB pun tak jumpa.. kalau dapat jumpa dan buat re-union mesti best sangat.


Kaki lima menuju ke kelas lama saya masa form 5 , dah cantik lawa dengan warna cat yang pelbagai meriah betul..


Saya naik ke atas untuk melawat kelas lama saya , ini gambar dalam kelas dan di mana saya duduk dulu berhampiran tingkap , tapi masa saya pegi last week mana dah pegi semua kerusi dan bangku ??... mungkin dah di angkat ke dewan atau tempat lain kot ??

Banyak betul kenangan manis dalam kelas ni , bila ingat balik memang gelak besar . Ada sekali tu masa waktu rehat saya dan geng saya yang seramai 7 orang makan buah mangga cicah dengan garam belacan dalam kelas ni uish... sedap betul...nasib la masa tu tak da undang-undang tak boleh berada di kelas waktu rehat kalau tak mau kami kena denda hehee...

Cikgu kelas saya nama dia Cikgu Noraini , dia ajar kami Matematik , cikgu yang sangat baik dan kelakar sangat hehee...ramai lagi cikgu yang saya ingat rupa tapi dah lupa nama... teringin sangat nak jumpa mereka semula .
Insyallah saya akan balik lagi ke Jitra dalam masa terdekat ni sebelum bulan puasa dan spend more time there too..baru la best.



Anak sulung saya , Aisyah bergambar di depan kelas saya masa di tingkatan 4 Sastera 1 , Aisyah seronok sangat dapat peluang melawat sekolah mama dia dan saya sendiri tak sangka dapat bawa suami dan anak-anak melawat sekolah lama saya ni .

LAKSA TELUK KECAI

Semasa kami di Alor Setar , abang saya sempat bawa kami semua merasa laksa Teluk Kechai yang famous sangat tu , memang sedappppp.... sangat..ish susah la nak jumpa laksa sedap macam ni kat area KL dan sekitarnya .
Pemandangan yang saya rindu sangat , pemandangan sawah padi . Dulu masa tinggal di Taman Jitra , kawasan sekitar perumahan ni masih kampung dan ada sawah padi yang agak luas . Saya masa tu berumur dalam 5-6 tahun dan kadang-kadang curi-curi pergi main di kawasan sawah padi ni dengan kawan-kawan , bila nak balik rumah kami akan pasti kan kaki bersih dari selut atau kekotoran sebab takut kena marah dengan mak masing-masing. Masa tu saya suka sangat ke sawah padi sebab ada tali air yang kecil dan airnya jernih sangat. Saya serta kawan-kawan nak tangkap ikan laga sawah dan ikan-ikan kecil lain , kami akan simpan ikan -ikan laga ni dalam botol sos dan kumpul sebanyak yang mungkin , masa kecil dulu tu je la permainan yang seronok sangat pada saya , selain ada lagi permainan tradisional lain yang best juga .

Ketika tu saya kecil lagi dan heran sangat kenapa la mak saya tak bagi saya main kat sawah padi , bila dah besar sikit baru la faham sebenarnya arwah mak takut perkara tak baik berlaku pada saya . Bila habis musim menuai, saya dan kawan-kawan seronok main , baring , melompat atas jerami pokok padi pulak yang dah kering serta menimbun tinggi di tengah relung sawah yang dah kering kontang , hehehee memang best seronok betul bila ingat kehidupan masa saya kecil di Jitra dulu.

Bersebelahan dengan kawasan sawah padi ni ada seorang pakcik ni yang ada kebun pokok tebu , saya suka sangat pergi rumah dia dan beli tebu , zaman dulu sebatang tebu harganya hanya la 5 sen , saya bawa balik ke rumah dan arwah mak akan kupaskan kulit tebu dan saya suka sangat hisap isi tebu yang manis medu tu .

La ni kawasan sawah tu dah jadi perumah Taman Jitra Permai dan suasana di persekitaran rumag arwah abah saya ni pun dah agak panas. Kalau saya nak cerita la pengalaman saya masa kecil hidup di Jitra memang lagi panjang la post saya ni hehehee...baik saya berenti takat ni saja...


Di restoran Laksa Teluk Kechai ni ada juga di jual pulut dengan serunding ikan , makanan biasa bagi penduduk Kedah. Memang sedap..


Laksa Teluk Kechai yang sedap sangat dan famous tu... . Sapa-sapa kalau pegi ke Alor Setar mesti makan laksa ni tapi saya pun tak ingat macam mana pergi ke restoran ni sebab abang saya yang bawa kami hari tu ...


Ini pula lunch saya , laksa lemak Thailand ...hmmmm sedap.

Wednesday, June 24, 2009

SMOCKING TIT-BITS

Selalunya perkataan titbits ni kita guna bila bercakap tentang variety of tiny foods macam candys dan macam-macam lagi tapi pada saya benda- benda yang ada dalam gambar kat bawah ni ada lah titbits smocking saya. Semua bahan ni saya guna nak bagi gaun smocking saya nampak lagi lawa ( pada mata saya la lawa hehee..) and more exclusive.

Stok benang DMC yang saya baru beli.. part memilih warna benang yang paling saya suka ...i love colors ..rasa macam nak beli semua benang DMC yang berwarna -warni yang ada kat kedai jahit tu hehehe....


Pipping


Zip and laces/renda


Saya tak tau apa nama benda ni , renda berbiku-biku/berlekuk-lekuk kot hehehe... Semua bahan ni saya beli untuk ganti stok yang dah habis kat rumah ni , lepas ni boleh terus menjahit ja...

Tuesday, June 23, 2009

DAH SIAP...


Saya siapkan semua projek t-shirt , jahit pelan-pelan sambil buat kerja lain juga. Bila menjahit tu rasa sekejap je masa berlalu , lepas ni boleh la sambung balik projek gaun smocking saya.


Dah siap dan tergantung dalam lemari baju hehehe....


Masa saya sibuk menjahit rupa-rupanya Adam pun sibuk juga patut la dia senyap saja.Selalunya dia mesti datang kat saya dan bising suruh melayan dia pulak. Bila menjahit saya mesti perhatikan Adam juga so kiranya menjahit stop kejap , tengok apa Adam buat dan sambung balik menjahit .
Kali ni bila saya tengok apa dia buat rupa-rupanya Adam tengah sibuk memunggah pampers dia... ish ish...hehehee... tak jadi marah saya...toodler besar ni memang semua benda /perkara nak di explorenya..cuma Adam ni memang agak lasak dari kakak-kakak dia..



Gelagat Adam sentiasa menghiburkan saya , kadang-kadang dia kacau kakak dia tengah tidur , memunggah barang plastik di dapur , sepahkan majalah dan apa saja la... tu tanda dia nak suruh mak dia kurang sikit menjahit la kot hehehe....

Monday, June 22, 2009

DAPAT AWARD....



Semalam baru saya spend masa yang lama untuk buka blog , walaupun tak da mood tapi saya cuba sibukkan diri supaya tak teringatkan sangat arwah abah .

So, masa dok check blog , baru saya perasaan kat chatbox kakak saya pesan suruh pegi blog dia ambil award ribbon color pink ni ( my favorite color ) cheewah...

Award ni di anugerahkan pada saya dari kakak tersayang saya , siapa lagi kalau bukan kak Tie a. k.a CupCakeKasih , thanks kak Tie...


Kat sini saya sertakan 5 fakta menarik mengenai kakak saya yang merupakan pemberi award ni...

1) Kakak saya ni memang seorang yang hard working , kalau dah mula start buat satu kerja dia memang bersungguh-sungguh , rajin berusaha dan sangat kreatif...

2) Seorang penulis/wartawan yang sangat berbakat besar dan disegani kerana pengalaman kerja dia yang dah lama sangat dalam bidang kewartawanan ni , mewarisi bakat menulis dari arwah ayah kami . Kak Tie yang paling terror dalam bab menulis , mengarang , berfantasi dengan bait-bait ayat nya yang mengasyikkan tu....

3) Dia memang sangat meniti beratkan soal berat badan dari masa zaman anak dara lagi , kakak saya ni memang pandai bergaya . Saya masa kecil2 dulu dalam umur 13-15 tahun memang suka tengok gaya kakak saya ni bila dia melaram dengan kebaya dan apa saja baju yang dia pakai la. Lagi satu dulu saya suka sangat dengan koleksi subang dia semuanya memang up to date la hehehe...

4) Kakak saya juga dulu pernah ada bisness mengandam dan saya pernah beberapa kali ikut dia jadi assistant mengandam pengantin , saya memang seronok ikut dan tengok cara kakak saya mengandam, kakak Tie memang pandai mekap dan mengandam pengantin. Dia juga pandai menjahit dan pandai menghias rumah( interior and ex terior decoration ) memasak pun dia pandai dan sekarang ni kakak saya paling terror dalam bidang decoration kek guna fondant , bangga sangat saya dengan kakak saya ni...

5) Kakak yang sangat loving , ibu yang sporting dan sangat supportive pada anak-anak dia. Hanya dengan kak Tie saja saya boleh buat lawak merepek sebab kami sama kepala hehehheee...

Sekarang ni pada bahagian saya pulak...

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta menarik mengenai hobi atau diri sendiri

1) Mula sedar yang saya boleh melukis dan minat sangat dengan seni lukis masa berumur 7 tahun , lukisan saya sering dipilih oleh cikgu untuk dipin up dalam kelas. Bila ada masa lapang saya suka melukis dan melukis...

2) Art is my no.1 passion , semua bidang seni visual macam -- fashion yang terdiri dari fashion designers label / costume / houte couture / evan garde atau pun fesyen tradisional / fesyen biasa dan semestinya sewing / menjahit la , art and crafts / embroidery , seni fotografi , seni halus mcm painting /arca / lukisan / batik / seni cetakan / khat / kaligrafi / pottery dan lain-lain , seni masak-memasak , interior design /architecture / lanskap / interior decoration , seni tarian/nyanyian . Yang saya kurang suka sikit seni lakonan hehehe suka menonton teater tapi tak mau mencuba berlakon dalam teater/drama.

3) Seorang yang simple , suka menonton tv memang saya kaki tv..hehee. Addicted to movies tak kira yang lama atau yang baru. Suka beli dvd movies yang latest. Saya suka movies yang bertemakan komedi , cinta/love stories , heavy drama , action movies tapi tak suka cerita momok..

4) Sangat suka memasak , mula suka memasak dari umur 11 tahun lepas ibu saya yang kena strok masa tu jadi salah satu tangan dia agak tak kuat dan mak mula ajar saya memasak..
Sekarang saya suka cuba resepi baru dan banyak masuk kelas memasak untuk memahirkan diri dalam bidang masakan .

5) Love to paint / drawing using mix media , smocking , buat kraf tangan macam hantaran dan sekarang ni teringin nak jahit tote bag tapi sampai ke hari ni tak kesampaian sebab banyak benda lain nak kena jahit dulu.

6) First time jahit smocking masa tahun 1992 masa belajar kat Falkuti Fesyen tapi gaun smocking saya tu di ambil balik , ye la untuk di beri markah oleh lecturer .Mula menjahit smocking sejak 10 tahun dulu lagi tapi sekarang mula serious menjahit smocking.

7) Plan for future , saya nak ada business children clothing line sendiri terutama untuk pakaian toodler dan kanak-kanak perempuan macam baju kurung , gaun smocking dan lain-lain. Saya nak buat business dari rumah je lagi senang..

8) Saya suka travel dan melancong . Saya suka melancong ke kawasan tepian pantai ( ish betul ke ayat saya ni... hentam saja la)

9) Hobi terbaru saya ialah fotografi dan nak saya nak beli kamera SLR . Saya dah ada blog baru lagi untuk saya abadikan semua foto yang saya ambil.

10) Apa ye untuk nombor 10 ni....................oh ye dulu dari lahir sampai umur 9 tahun saya kurus kering cekeding saja tapi bila dah berumur 10 tahun badan ku mula debab sampai la sekarang tapiiiiiii..... saya sudah berjaya turun kan berat badan sebanyak 7 kilo dari bulan Febuary yang lepas sampai la hari ni dan saya akan terus usaha untuk turunkan berat badan ni sebanyak mungkin hehehe... saya kalau exersice lagi cepat lost weight tapi sampai sekarang exersice tu bukan rutin harian ish kena ubah sikap ni kena senam selalu ... baru cepat susut badan ni...kan...


Sekarang , Award ni saya nak hadiah kan pada ........

Rakan-rakan baru ku yang ku senaraikan nama mu dibawah ni , sila la ambil award ni dan tak payah la nak tulis kisah diri pemberi blog atau diri sendiri tu tapi kalau rasa nak tulis pun boleh juga , award ni hanya untuk suka-suka je sesama kita kan .

Ikutkan saya kalau boleh nak pilih lagi ramai penerima award ni tapi hanya boleh pilih 10 orang je tapi saya tambah lagi sorang kawan ok la kan:

1. Gaban
2. Kak Ezza@Makcik Blogger
3. Kuazue
4. Salmie- abiggirl
5.Fizan
6. Ja
7. Erpha Ahdayani
8. Sugarpinkicing
9. Fasha
10. Amy
11. Kak Ct Delima

Itu je la kisah post saya untuk kali ni.........

Sunday, June 21, 2009

ABAH........

Pada hari Selasa (16.6.2009) yang lalu abah saya telah pulang ke Rahmatullah , semoga roh abah tersayang dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman , amin....
Saya masih terbayang diri abah dan memori semasa kecil sampai lah saya dewasa bersama abah tersayang , senyuman abah akan sentiasa berada dalam ingatan saya ini...
Abah , you are the greatest father to me...



Seorang abah yang sangat penyayang pada semua anak-anak , lembut dan penyabar. Abah saya ni seorang yang sangat lembut dan tak banyak cakap , seorang suami dan abah yang sangat loving pada mak dan kami semua . Kasih sayang dia pada saya tiada tolak bandingnya .Kami semua amat merindui abah..

Tuesday, June 16, 2009

SUKA NYA HATI

Ini la sebenarnya projek saya dengan kain-kain bercorak gingham dan stripe tu..saya tambahkan extension pada lengan t - shirt saya yang semuanya short sleeve ni hehehe..ok la kan projek saya kali ni. Sebelum ni kalau pakai semua t-shirt ni saya kena pakai sarung tangan yang panjang , so sekarang tak payah dah... seronoknya...
Jadi pada saya cara paling senang ialah saya tambah je lengan t-shirt saya ni dengan kain lain bagi jadi panjang sampai le ke pegelangan tangan , selesai sudah masalah ku ni heheheee.. . Semua t-shirt ni saya beli awal tahun hari tu kira dah lama la juga . Saya memang suka pakai t-shirt sebab ringkas serta tak payah nak kena iron dulu hehee.. , kalau pakai blouse kain cotton memang kena iron dan bab nak iron baju ni pun kadang-kadang ikut pada kerajinan diri ...kalau kena time malas tak payah le. So alternatifnya ialah sarung je t-shirt , seluar jeans dan tudung , dah cukup...jom kita keluar jalan-jalan..

Anak saya cakap kain corak gingham ni macam corak uniform tadika dia tapi bila t-shirt ni dah siap jahit dia cakap comel sangat hehehe , ok la kan . Kalau saya pilih kain yang banyak corak pun pada saya nampak macam sibuk sangat dan kalau pilih kain plain pun ok la tapi saya memang suka corak kain gingham dan stripe hehee...

Gambar kat atas ni ialah bahagian extension lengan yang sudah dijahit dan hujung cuff yang saya sudah gatherskan..


Taraa.... dah siap pun pipping pada hujung lengan , saya guna kain yang sama juga untuk pippingnya.


2 t-shirt ni saja saya gantung bersama , nak tunjukkan t- shirt yang belum di jahit extension dengan yang dah siap.


Sukanya hati saya ni bila saya dapat juga siap jahit lengan baru t-shirt saya ni sebabnya , selesai la sudah masalah saya . Pada saya dah cantik benar rupa t-shirt baru saya ni hehehehe ok la kan. Saya nak sambung jahit la pulak sebab ada lagi 3 helai t-shirt saya ni nak kena sambung extensionnya .... ok la happy sewing....

Sunday, June 14, 2009

PROJEK SUKA KAN HATI

Petang tadi saya pegi ke kedai kain Nagoya sebab mencari kain untuk projek suka kan hati sendiri ni . Pilih dan cari akhirnya saya beli kain gingham prints ni dalam pelbagai warna serta kain bercorak stripe , sonang ceritanya.
Dah beli kain yang berkenan di hati , jalan-jalan jap ke kedai dalam kompleks tu dan kami sekeluarga pun balik rumah . Bila sampai rumah dan anak-anak pun dah tidur saya pun terus la potong semua kain yang saya baru beli tadi dan saya akan siapkan projek ni secepat mungkin.
Nak tau apa projek terbaru saya ni , tungguuuuuu post saya yang seterus.......

Friday, June 12, 2009

PAGI & PETANG DI KL...

Saya plan nak ke KL pada hari Rabu lepas tapi kurang pasti nak ke mana bawa anak-anak ni berjalan sama ada nak ke Kompleks Kraf Jalan Conlay , Muzium , Zoo tapi sekarang ni cuaca agak panas tak sesuai la . So , saya tanya Aisyah dan terus dia senyum dan cakap ..
" Jom mama kita gi KLCC , dah lama tak pegi sana..."
Adlina yang kurang pasti apa tu KLCC pun menyampuk juga..
" Lina pun nak pegi KLCC.."
Haaa ok juga tu kami pun dah lama juga tak pegi KLCC , saya ada juga terfikirkan KLCC so ok kami akan ke sana tempat yang sangat menarik . Selalunya kalau saya nak berjalan ke KL pada tengah minggu saya akan ikut suami ke tempat kerja dia dan suami akan hantar saya ke stesen LRT berdekatan dengan office dia untuk kami pergi ke KL . Kalau nak tunggu hujung minggu nak ke KL memang lambat lagi , selalunya ada saja program lain bila tiba hari Sabtu dan Ahad.
So , malam Selasa lepas saya dah ready kan semua barang yang nak di bawa sama pada pagi Rabu nanti macam barang-barang Adam dan sebagainya . Pagi-pagi lagi kami keluar ikut suami ke tempat kerja dia , dalam pukul 7 .15 pagi kami sampai dan saya terus bawa anak-anak breakfast dulu. Dah kenyang kami releks kejap kat library di office suami , pukul 9 .00 pagi suami nak ke head quarters office jadi dia boleh hantar kami terus ke KLCC. Anak-anak bila dengar saja dah nak pegi terus seronok sangat la . Suami drop kami betul-betul depan KLCC walaupun baru nak pukul 9.30 pagi tapi orang dah ramai , ye la kat situ kan memang pejabat so ramai la orang keluar masuk bangunan KLCC.

Kami baru sampai , terus saja saya ambil gambar anak-anak depan entrance KLCC , dulu datang Adam still baby , dia baru berumur 6 bulan. Aisyah dah tak sabar-sabar nak pergi Petrosains dan naik jambatan udara .

Bangunan berkembar KLCC yang sangat menawan dan unik sangat. Sayup mata memandang , kalau saya ada camera SLR la mesti best boleh tangkap gambar dari pelbagai sisi yang lebih menarik.
Btw , kami tak dapat nak naik ke jambatan udara kerana tiada lift untuk ke tingkat LGF , saya bawa Adam dalam stroller jadi susah la kalau nak turun ke LGF guna ascolator , bila tanya lif kat polis yang jaga dia kata susah nak switch on lif tu hmmm ok la tak da rezeki anak-anak saya kesian ..lain kali kita datang dengan abah , lebih senang sebab abah bawa stroller dan mama dukung Adam turun ascolator tu.
Bila dah masuk ke dalam KLCC , kami terus ke Petrosains , sampai je tengok orang punya la ramai . Ada rombongan sekolah dan sebab cuti sekolah ramai parents yang bawa anak-anak ke Petrosains ni . So , kami tak jadi masuk ke Petrosains dan tak pa la nanti kami akan datang lain kali.


Bila tak dapat naik ke jambatan udara dan pergi ke Petrosains , saya terus bawa anak-anak ke kedai buku Kinokuniya , kedai ni memang favorite kami sekeluarga , kalau datang ke KLCC mesti pegi ke kedai ni dulu sebabnya terdapat terlalu banyak buku yang best-best , Tapi bila saya pegi ke rak buku craft and hobby semua bukunya dah di balut so tengok cover dan kulit belakang saja la...nak buat macam mana nasib la tapi kat bahagian buku childrens masih ada buku yang boleh di baca. Buku-buku ni di bungkus sebab mudah rosak , nanti macam mana nak di beli oleh pelanggan lain.
Anak - anak saya pun terus la relek dan baca buku yang mereka suka. Leka betul anak-anak saya belek buku yang mereka suka. Pukul 12.30 tengahari saya ajak anak-anak ke food court untuk lunch , kalau nak makan lunch kat KLCC waktu week days ni kena cepat sebab bila pukul 1 tengahari saja ramai orang dari bangunan sekitar datang untuk lunch nanti susah nak dapat tempat duduk dan nak beli makanan pun lama sebab Q panjang juga.

Pukul 2 petang saya bawa anak-anak ke Jalan Tunku Abdul Rahman pula sebab nak cari benang DMC untuk smocking saya sambil tu saya jalan-jalan la ke Kamdar dan Gulati`s. Kat kedai kain ni saya tak beli apa pun , lepas tu kami terus ke Sogo yang tengah ada sales hmmm memang best saya beli baju tidur dan baju basahan untuk Adam pakai di rumah . Saya bawa anak -anak ke GF Sogo untuk tea dan tunggu je suami datang ambil kami pada pukul 4.30 ptg . Itu la aktiviti saya pada hari Rabu , anak-anak happy saya pun happy juga.....

Tuesday, June 9, 2009

BUAH MANGGA UDANG

Cuti sekolah ni cerita blog saya banyak tentang aktiviti saya dengan anak-anak , saya masih menjahit smocking tapi slow la sikit , masa cuti ni la nak spend masa dengan anak-anak . Saya layan je apa yang anak-anak nak , besok pun Aisyah minta saya bawa dia dan adik-adik pergi jalan-jalan , best juga so set la besok kami akan spend time di luar lagi .
Berbalik pada kisah mangga ni , kalau tengok pada saiznya memang besar sangat , saya siap letak syilling 50 sen untuk tunjuk betapa besarnya mangga ni dan rasanya hmmmmm sedap...manis . Saya memang tak pernah tengok mangga sebesar ni walaupun dulu masa tinggal di Jitra keliling kawasan rumah memang ada 2 pokok mangga epal , mangga telur , mangga pauh , buah bacang tapi saya memang tak pernah tengok mangga sebesar ni. Bila saya pegang lama sikit je berat sangat rasanya sebijik mangga ni beratnya ada dekat 2 kilo kot.

Mangga ni abang saya yang bagi , dia beli di RR Kuala Kangsar masa nak datang ke KL hari minggu yang lepas. Nama mangga ni ialah mangga Udang , unik betul namanya nanti la saya nak check kat internet kenapa mangga ni di beri nama mangga Udang. Harga sekilo RM 10 ringgit hmmm boleh tahan juga ya... tapi rasa sedap cukup manis. Mangga ni local punya bukan dari Thailand , kira mangga Malaysia lagi sedap la .
Saya memang suka sangat makan mangga kalau kena musim mangga dari Thailand bila pegi pasar malam saja mesti beli mangga 3 kilo RM 10 ringgit , boleh simpan sampai 3-4 hari baru habis makan . Hari Sabtu yang lepas saya beli lagi mangga Thai yang di jual kat gerai tepi jalan masa balik dari Sg.Gabai .
Cara nak tau mangga yang sedap ialah dari baunya yang sangat harum tu hmmm , kulit buah mangga masih tegang , warna kuning yang sekata tiada lebam hujung tangkai yg masih hijau kalau tak hijau pun masih fresh la dan tak kering serta hitam ..cuba la tips dari saya ni insyallah buah mangga tu manis dan segar . Kalau mangga local cuba lihat jika masih ada getah mangga yang basah melekat di buah mangga , itu tanda buah mangga yang masak di pokok dan baru di petik. Selalunya mangga Thai yang di jual tu mangga yang dah cukup besar yang diperap jadi kena pandai pilih la..


Mangga yang baru dikupas dan dipotong kecil-kecil hmm yummy , rasanya manis dan juicy. Mangga yang saya beli selain dimakan macam tu je, saya ambil isinya untuk buat filling untuk fruit tart , sedap ...saya susun buah mangga yang saya potong kiub dengan bauh strawberry dan anggur.

Adlina memang cukup suka makan buah mangga.

Monday, June 8, 2009

MARATHON DVD...

Sekejap je masa berlalu dan hari berganti bulan , dah pun masuk minggu kedua bulan Jun. Anak-anak pun tinggal lagi 6 hari cuti sekolah. Dari hari Jumaat saya berjalan sakan dan semalam pun saya dan family ikut abg saya pegi ke hostel anak dia di Shah Alam , lepas tu saya pegi lunch di gerai kat seksyen 2 kat Shah Alam ni.
Dulu seksyen 2 la tempat saya kadang-kadang makan dan sekarang ni keadaan gerainya memang selesa sangat dan pilihan makanan banyak serta masih macam dulu still sedap . Saya dan family makan nasi campur , sedap puas hati dan harganya pun masih murah kira berpatutan la. Lepas makan kami ke kompleks Masalam cari dvd cerita terbaru , selalunya sekali sebulan kami ke sini , kompleks ni tak sibuk dan crowdnya pun penduduk sekitar saja. Dah lama saya beli dvd di sini kualiti gambar memang cantik.
Hari ni lepas dah siap semua kerja rumah dan dah masak , bagi anak-anak makan saya pun belek balik dvd yang dibeli semalam dengan dvd yang saya kirim dari abg saya yang datang dari Penang. Ada juga dvd yang saya beli bulan April dan Mei sudah tapi masih tak sempat tengok saya kumpulkan sekali dengan dvd yang baru kami beli ni . Di Penang dvd masih lagi murah kualiti gambar ok la , sekeping harganya dalam RM4-5 sekeping . Sambil menonton saya pun menjahit sama smocking tapi saya berhenti banyak kali la juga menjahit sebab nak tumpu pada movie , tu la masalah nya kalau dah start menonton movies ni tak boleh nak buat kerja lain hehehee...

Saya baru mula menjahit hari ni , insyallah hari Rabu boleh la siap smocking ni . Saya bekenan betul dengan kain corak polkodots ni. Bila anak-anak menonton dvd cartoon , saya pun sambung la menjahit smocking saya ni.


Semua cerita yang saya nak tengok aknirnya dapat saya beli. Semua cerita ni best sangat , High School Musical tu anak saya Aisyah yang nak beli saya tak tengok la banyak sangat menyanyi hehehe teenages suka sangat la..macam anak saya tu.


Ini pula movies yang saya dan suami nak tengok bersama , cerita Fast n Furious dengan Ong Bak 2 tu suami yang nak beli saya memang tak minat sangat cerita macam tu ..cerita Changeling best juga . Masa saya menulis post ni anak-anak tengah menonton kartun Bolt ...kira turn untuk bucuk bacin saya Adlina pulak nak tengok cerita dia.
Memang hari ni kami marathon menonton je la , berhenti pun kejap untuk buat perkara yang wajib lepas tu sambung balik. Selalu bila cuti sekolah memang macam ni la aktiviti saya dan anak-anak , saya bagi kelonggaran untuk mereka menonton tv dan dvd sebab kalau hari sekolah anak-anak saya tak dapat menonton tv sangat saya hanya bagi waktu petang kejap je untuk menonton selebihnya anak-anak kena concentrate pada hal sekolah macam home work dan pegi mengaji. Malam nanti turn suami pula la nak menonton dvd , saya pun join sekali la.


Hari ni semuanya ringkas dan mudah untuk lunch pun saya masak menu yang simple , saya masak pasta bakar . Asalnya saya nak buat macaroni bakar tapi yang saya ada beli dan simpan ialah pasta penne. Ok la juga asal jadi dan sedap di makan sudah. Anak-anak saya suka benar makan pasta bakar ni. Untuk dinner nanti saya nak beli makanan kat pasar malam je lah sebab petang ni dekat rumah saya ada pasar malam . Resepi pasta bakar ni nanti saya akan masukkan dalam blog masak saya.

Sunday, June 7, 2009

DINNER DI TANJUNG HARAPAN

Semenjak hari Jumaat sampai la semalam saya memang berjalan saja , pegi melawat anak sedara yang baru bersalin , semalam saya sekeluarga pegi berkelah dengan keluarga kakak dan abang saya ke Sg. Gabai memang best nanti la saya masukkan gambar kat post yang akan datang. So , memang saya tak sempat nak menjahit pun smocking saya tu..tak pa la besok routine menjahit saya akan macam biasa balik... saya dok pandang je kain yang saya dah pleats tu tapi tak dapat nak jahit lagi. Pada saya weekend ada la masa untuk saya dan suami bawa anak-anak berjalan dan berkumpul dengan family members yang lain.
Kali ni saya nak kongsi cerita tentang makan malam kami di restoran Ikan Bakar Muara di Tanjung Harapan , Port Kelang. Suami bawa kami sekeluarga ke sana untuk celebrate Anniversary wedding kami yang ke-12 , ok juga tempatnya . Saya nak cari meja yang terletak betul di atas jeti mengadap laut tapi dah penuh. Ramai betul orang kira full house la....so lepas saya mencari- cari tempat yang sesuai untuk kami nak lepak akhirnya saya dapat la meja kat area tengah sikit tapi berbumbung dah selesa. Suami suka duduk bawah tempat berbumbung , dia kata terlindung kalau hujan tak susah nanti.
Nak makan seafoods apa saja jenis semuanya ada di sini cuma kerang dan sesiput jenis lain je yang tak ada. Kat sini ada satu area yang pelbagai jenis ikan , sotong , udang yang dipamerkan dan pelanggan boleh pilih sendiri seafoods dan berapa banyak kuantiti yang kita nak . Lepas di timbang semua sea foods ni pekerjanya akan tanya apa resepi yg kita nak seafoods ni di masak, dia akan bagi kertas macam resit dan kita tunggu di meja nanti pelayan akan bawa semua makanan yang dah siap di masak... hmmm memang sedap..

Saya dan keluarga menunggu di meja makan , boleh nampak kan suasana di restoran ni yang besar dan ramai betul orang , tempatnya selesa. Ramai pelanggan yang datang dengan keluarga atau saudara mara dan ada yang datang untuk sambut birthday siap bawa kek lagi.


Adlina dan Aisyah posing di area tempat meja tak berbumbung macam jeti dan kat bawah boleh nampak air laut. Cantik pemandangan di sini tapi tak ada meja kosong , maybe next time kami datang lebih awal , yang best kat sini ada surau yang selesa dan toilet yang bersih kiranya memang sesuai untuk bawa family releks sebab semua kemudahaan ada....


Lepas tunggu dalam 30 minit semua sea foods yang saya pilih dengan menu yang saya dan keluarga nak makan sampai , sedap cara chef nya masak dan harga makanan kat restoran ni pun sederhana dan berbaloi. Lain kali saya nak datang lagi dengan ahli keluarga yang lain , saya nak ajak kakak dan abang saya ke sini mesti lebih meriah...

Saturday, June 6, 2009

KAYLA ADORA YANG COMEL....

Semalam saya ikut kakak saya pegi tengok cucu pertama dia yang comel tu...Kayla Adora yang baru berumur 4 hari . Mama pada Kayla , Maria baru balik dari hospital dan dia berpantang kat rumah parent dia , kesian Maria kena lalui pengalaman nak bersalin yang lama sampai 26 jam finally Maria selamat bersalin juga melalui cara c- section , tak pa kena operate pun asal baby dan mamanya sihat.
Saya ada pegi ke hospital masa Maria tengah sakit nak bersalin jumpa dengan kakak dan anak sedara saya Adel . Tahniah buat Adel dan Maria dengan kehadiran Kayla Adora anak sulung mereka...


Kayla Adora , cucu pertama kakak saya , Amirah .Bulat je mata dia sebab flash camera saya kena kat muka dia ala kesian dia, Opah Nannie ni happy sangat sebab tu ambil banyak keping gambar dia.. Kayla ni pun kira cucu sedara saya yang pertama...waaaa... saya dah ada cucu....


Tapak kaki Kayla yang kecil comel lotte sangat ni.... kejap saja nanti Kayla pun makin besar dan pandai berjalan dan berlari...


Kakak saya pegang cucu sulung kesayangan dia ...menguap besar Kayla baru habis hisap susu , kenyang la Oma Amy ...Kayla nak tidur hehhehee...



3 generasi yang bahagia nephew saya , Adel the proud father ...Kayla ...dan my sister , Kak Amy . Mama pada Kayla , Maria yang pakai baju color biru tu , cepat sembuh ya Maria ...