MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, July 30, 2009

SMOCKING MERAH KU


Saya sekarang dalam proses nak menghabiskan smocking color merah ni , first time saya guna color merah sama warna dengan rose buds kat corak kain ni , memang striking dan timbul corak smocking yang saya jahit. Saya combine color merah dengan color hijau macam kat daun rose . Nanti bila dah siap jadi dress saya akan masukkan gambarnya dalam blog saya ini.


Permulaan jahitan smocking , bila dah start jahit jadi susah nak berhenti . Rasa nak jahit saja , tu la keseronokkan yang saya rasa bila jahit smocking ni....

Nama untuk jahitan smocking dalam gambar di atas ni di panggil jahitan trelis dan teknik ini adalah antara teknik yang paling mudah untuk dijahit selain teknik cable . Bila dah habis jahit semua smocking ni barulah saya akan betul kedutan kain bagi lurus dan saiz corak sama besar kiranya bagi kemas la sulaman smocking ini sebelum saya nak buat proses yang seterusnya iaitu mencantum semua bahagian untuk menjadi dress .



Lagi benang untuk sulam smocking..pegi kedai saya mesti beli sikit , bekenan saya suka tengok color yang macam-macam , semua benang ni nanti mesti diguna juga ..tunggu masa je..

Happy smocking and sewing ^_^ ....

Wednesday, July 29, 2009

JALAN TAR LAGI


Weekend lepas saya dan family ke jalan Tar lagi , kat sini segala benda keperluan dan bahan untuk saya nak menjahit ada jual , saya ni memang tak pernah jemu berjalan kat sini . Selalu kami akan sampai sini dalam pukul 10 pagi sebab nak senang dapat parking keta tapi kali ni kami keluar dari rumah lewat sikit dan sampai ke jalan Tar pada pukul 12.30 tengahari , keaadan agak sesak juga rupa-rupa sekarang ni tengah time sales , semua tempat sales Sogo , Kamdar , Nagoya .

Suami saya parking keta kat sebelah Semua House , dulu sekali masuk RM 5 ringgit tapi kali ni dah naik RM 7 ringgit , siap ada di tulis lagi kat pondok jaga parking kereta ni " Kalau mahal Boleh keluar " diaorang tau sekarang ni la orang dok sibuk start shopping untuk raya , so orang memang akan cari parking yang paling dekat dengan Sogo dan lain-lain kedai kat situ .

Destinasi kami mula-mula ialah kedai kain , saya nak beli kain untuk buat baju raya anak - anak , beli cepat so boleh cepat jahit . Memang ramai orang dan semua sibuk pilih kain , lepas dah dapat beli kain yang anak - anak saya pilih sendiri , saya pegi kedai Bunga Reben kejap sebab nak cari bahan - bahan jahitan .


Masa ni baru sampai , cuaca cerah dan elok saja. Boleh nampakkan kereta berderet cari parking. Orang pun dah mula ramai , semua happy bershopping .Lorong tengah ni ada banyak sangat kedai dan gerai yang jual tudung , keronsang , kain dan lain-lain benda lagi .

Pilih saja yang berkenan di mata , mamat Bangla/Pakistan dan salesgirl dari Seberang dok panggil saja suruh masuk kedai dia " mari masuk kedai kak , tengok tudung , kain cantik-cantik " hehehe ..saya senyum saja dan terus berjalan ke destinasi yang dah plan dari awal nak pegi .


Kami pegi lunch kat food court Semua House , harga makanan ok la dan sedap . Saya jalan-jalan juga dalam Semua House ni , kat kedai Sin Yen ramai orang sibuk beli bahan dan kelengkapan nak buat hantaran , saya masuk kedai kain Gulatis tengok -tengok kain silk dengan corak fesyen baru yang cantik-cantik , saya dah tak pakai Korean Silk , sekarang ni pun trend fesyen baju kurung guna natural fabric macam cotton lagi selesa dan sesuai dengan cuaca Malaysia ni , nak basuh pun senang kalau printed silk kena dry cleaning tapi kalau sapa yang suka pakai Korean atau printed silk atau kain lace /polyester pun ok la kan ikut cita rasa masing-masing.


Dah beli kain dan barang - barang lain , baru kami pegi Sogo pulak . Orang punya la ramai , kat Sogo saya beli kasut raya anak-anak . Selesai sudah bab mencari baju dan kasut anak-anak lega....


Gambar ni masa kami dah nak balik , dari cuaca panas terik sampai ke cuaca redup petang . Memang sakan kami berjalan kali ni segala kedai sepanjang jalan Tar , jalan MAsjid India saya masuk sebabnya bulan puasa ni saya dah tak ke sana lagi so kena beli siap-siap segala keperluan bahan jahitan dan kain-kain . Selalunya 2 minggu sebelum raya saya akan ke jalan Tar , kali ni tak pegi la .

Memang seronok kali ni pegi Jalan Tar sebabnya saya beli apa yang perlu saja hehehehe..... dan tak terbeli barang yang kurang perlu ... kena beringat juga dan berjimat - cermat .

So , happy sewing untuk semua........ ^_^

Sunday, July 26, 2009

CUTENYA....KAYLA


Semalam saya gi rumah anak sedara ( anak sulung kakak saya ) nak pegi jumpa Kayla , cucu kakak saya . Alaaa... comelnya Kayla dah besar , bulan sudah masa saya jumpa cucu sedara saya ni dia baru 5 hari . Semalam Kayla dah sebulan lebih , maknya baru habis pantang . Makin comel dan adorable Kayla ni , geram sangat opah Nannie tengok dia...

Kayla dah pandai bagi respond dan nak bersembang bila saya agah dan bercakap dengan dia , bila dia senyum tu yang geram sangat . Memang best la baby besar ni...Kayla pun dah debab .


Adorable Kayla ..tengok la muka comel tu...


Kayla tengok apa tu...


Sambil kami syok bersembang , saya pun seronok ambil gambar Kayla..sebab tu kakak saya tak sempat nak posing , kira gambar candid la ni hehehee....Kayla je yang sentiasa ready posing untuk bergambar..pandai dia tu .


Masa ni Kayla dah lapar nak susu..Opah Nannie sibuk ambil gambar dia pulak...

Friday, July 24, 2009

FABRIC LAGI..

Salam pagi Jumaat untuk semua , sekejap saja ya masa berlalu dah hari Jumaat dan tak lama lagi akan menjelma la bulan Ogos .
Post kali ni saya hanya nak masukkan gambar-gambar kain yang saya baru beli untuk totebag. Anak-anak sedara saya semuanya nak totebag lepas tengok totebag yang saya buat dulu...hehehe..kira raya Aidilfitri nanti semua dapat bag sorang satu ganti duit raya dari maksu Nannie , ok la tu kan ... hehee

Kain ni semua saya beli di Nagoya dan Tewah...


2 kain ni saya beli di Nagoya


Kain yg background putih ni dari Nagoya dan yang colorful ni kat Tewah


Dua kain ni saya beli kat Tewah



Kain yang ni saya beli kat Nagoya dan saya nak buat bag sendiri...

Wednesday, July 22, 2009

DRESS SMOCKING LAMA

Gambar ni masa Aidilfitri 2004 , saya jahit gaun smocking untuk Aisyah dan Adlina , saya yang happy sangat tengok anak-anak pakai baju raya sedondon.. Masa ni Aisyah berumur 6 tahun dan Adlina 1 tahun.


Sekarang ni Adlina pulak yang pakai baju kakak dia yang masih elok , gambar ni saya ambik masa kami gi melawat cucu sedara , Adlina suka je pakai baju ni ....


Bahagian belakang dress

Smocking ni saya buat dalam keadaan yang tergesa-gesa , seminggu sebelum raya sebab plan asal tak nak jahit smocking , saya nak jahit gaun biasa saja tapi last minute tukar fikiran. Masa saya buat baju ni , saya masih bekerja dan time ni baru habis exam week untuk student di sekolah yang saya mengajar tu . Bila time lunch saya jahit la smocking ni sebab tu smocking saya simple saja sebab nak cepat siap . Tahun ni melaram lagi anak-anak saya dengan dress smocking , masa anak-anak kecil la kita dapat dress up mereka dengan dress yang comel - comel , cuma untuk Aisyah , saya mungkin buat blouse yang ada sulaman smocking sebabnya dia dah meningkat remaja , dia dah tak boleh nak pakai dress berribbon di belakang lagi........^_^

Monday, July 20, 2009

TEKNIK MEMOTONG KAIN


Saya nak berkongsi teknik ini yang mungkin berguna pada mereka yang meminati bidang jahitan . Teknik ini memang diguna oleh pemotong kain/tukang jahit a.k.a seamstress bagi designer terkenal di Barat atau Eropah seperti Chanel , Valentino , Versace , Salvator Feragammo , Vera Wang (fashion designer terkenal dari US) yang sangat famous dengan gaun pengantinnya dan ramai fashion designer lain . Saya pun dapat ilmu tentang teknik ni masa belajar dulu dan memang saya guna teknik ni bila nak potong kain yang lembut macam /organza/voile/chiffon . Harap info yang saya tunjukkan ini dapat dimanafaatkan oleh sesiapa saja .

Selalunya sebelum saya potong kain yang lembut untuk dijadikan pakaian atau lining saya akan buat proses ini dulu , proses ini adalah untuk memdapat ira melintang kain yang lurus . Bahagian hujung kain yang kita baru beli memang dalam keadaan senget . Teknik ini sangat sesuai untuk kain yang lembut macam chiffon , organza , tafeta , silk , voile , gold lame , cotton yang nipis dan lain-lain jenis kain yang lembut /nipis. Kadang-kadang ada juga kain dari jenis polyester yang susah untuk di apply kan teknik ni so tak payah buat la .

Bahagian skirt gaun smocking yang saya buat ni tidak memerlukan pola untuk memotongnya hanya sebidang kain yang perlu di kedutkan saja pada bahagian atas jadi saya perlu pastikan kain liningnya juga tidak senget , untuk lining saya guna kain dari jenis voile yang memang nipis dan lembut . Selain itu teknik ini memudahkan proses menjahit dan bila baju siap nanti fall /flow /hangging look , kain / baju tergantung dengan cantik atau jatuhan kain baju ini cantik serta tidak senget , memeri atau salah ira kain .

Jika kita beli kain chiffon/ organza /voile atau kain bertexture lembut untuk buat baju kurung , adalah sesuai jika kita guna teknik ini untuk potong semua bahagian baju dan terutamanya bahagian kainnya. Teknik ni juga sesuai diguna bila nak potong kain langsir day curtain/sheers yang kebanyakkan dari kain organza. Langsir yang siap nanti tak akan sengget dan jatuhan kain langsir ni cantik saja , yang paling penting kain langsir mudah dijahit.


Mula-mula potong sikit saja pada bahagian sisi kain.


Ambil beberapa urat kain dan tarik dengan perlahan.


Garisan akan terjadi dari urat kain yang ditarik tadi



Bila dah dapat garisan macam dalam gambar ni bolehlah dimulakan proses memotong secara perlahan.

TEKNIK MEMOTONG KAIN


Jika urat/benang kain yang kita tarik tadi putus , boleh la dimulakan semual proses dengan menbcari urat/benang kain yang lain.


Teruskan proses memotong.


Tarik lagi sampai ke hujung sisi kain sebelah lagi.



Potong kain sampai habis dan anda boleh lihat kain ini menjadi lurus dan memudahkan proses anda memotong pattern /pola yang seterus...


Saturday, July 18, 2009

ALBUM MAS KAHWIN

Sekejap ja masa berlalu , adik ipar saya pun dah nak bernikah pada Sabtu depan , happy sangat la Latip menghitung hari bahagia yang tinggal seminggu lagi.

So , kali ni saya buatkan album untuk isi duit mas kahwin , sebelum ni saya dah buat 11 gubahan hantaran untuk majlis bertunang adik ipar saya ni yang berlangsung awal bulan Mei lepas..memang masa tu saya buat all out la grand the voom.... .

Dulu saya ada juga buat hiasan album untuk mas kahwin adik ipar yang lain , saya balut kulit album tu dengan guna sponge nipis , satin dan kain lace , rumit juga kerja nak siapkan hiasan album tu . So, kali ni saya decide untuk buat hiasan yang simple je pada album mas kahwin ni tapi still sweet...


ribbon dan hot glue..


Semua bahan-bahan ni ada la lebihan dari hantaran bertunang yang saya buat dulu..


Saya guna lace tadi dan gubah menjadi ribbon bertingkat dan saya ikat guna dawai halus..tu ja cara sonang .....


Bunganya pulak saya susun-susun saja dah siap...

Album mas kahwin

Saya gam kan ribbon tadi dengan bunga ni ..


Untuk albumnya saya gam dengan lace stripe dan saya gam bunga yang dah siap tadi atas album ..dah pun siap..simple jeee....


sweet roses



Boleh di susun semua duit dalam album..dah siap..

Friday, July 17, 2009

DAPAT ANUGERAH LAGI... ^_^




Terima Kasih ya Ainiayu sebab bagi saya award ni..... , dulu masa mula berblog selalu juga nampak award di blog yang saya kunjungi dan saya tak berapa tahu tentang award dan give away sekarang ni bila dah dapat award sendiri memang suka rasanya...

Saya pun nanti nak buat give away..bila tu.... tunggu saja la..special untuk bulan Ramadan atau birthday saya nanti bulan Oktober yang akan datang ni ...

Thursday, July 16, 2009

GIVEAWAY CONTEST



GABAN GIVEAWAY CONTEST

6 ~ 16 Julai 2009


Ini first time saya nak masuk give away contest ni walaupun pada hari terakhir , ok la ye Gaban , give awaynya memang menarik sekali.....


Bila sebut nama Gaban saya ingatkan mula-mula Gaban Ultraman , siri hero favorite saya masa kecil dulu...tapi sebenarnya Gaban tu ada makna yang lain la...jom kita pegi sana, click je kat nama kedai Gaban yang color merah kat bawah ni....



kedai gaban adalah kedai jual hasil-hasil kraftangan yang dia buat dan dia jual lain-lain bahan , buku untuk kraf juga so saya jenuh juga memikirkan apa la header yang sesuai ni akhirnya saya rasa yang ni ok kot :

GABAN CRAFTS SHOP ONLINE.COM
Exclusive handmade crafts by Gaban


Syarat-syarat penyertaan ialah :

1- buat entri berkenaan contest ni di blog anda
war-warkan tentang kedaigaban.

2- Tinggalkan komen anda di sini berserta link anda sendiri.

dan

Pemenang akan ditentukan kepada mereka yang boleh memberikan 'Header description' terbaik dan menarik tentang kedai gaban.

Hadiah???? ni yang best ni bila datang ke bab hadiah ....jeng..jeng..

sehelai apron dan mitten yang di jahit dan design oleh Gaban special untuk giveway ni ....

Pemenang akan diumumkan pada 17 Julai 2009

Siapa la yang menang nanti ...bestnya...

Jom kita semua pegi KEDAI GABAN dan shopping kain cotton china yang coraknya cute-miut tue......

TAG


Saya dapat tag dari Mamaizzya , thanks ya Idah...
So , ini la jawapannya...

1.Anda rasa anda hot ?
Hehehehe panas...panas , tak la hot biasa saja...

2.Upload gambar kesayangan anda....


3.Kenapa anda suka gambar ni ?

Saya ada banyak gambar kesukaan , yang ni salah satunya. Kenapa saya suka gambar ni sebabnya ni gambar saya sekeluarga bercuti dulu ke Melaka..kenangan bersama..

4.Bila kah kali terakhir anda makan pizza ?

Ada la 2 bulan sudah , pizza yang saya buat sendiri jeee...

5.Lagu terakhir yang anda dengar ?

Petang semalam , lagu Aizat Af kat tv ...

6.Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ni ?

Gadap computer la ...

7.Selain dari nama anda sendiri , anda suka dipanggil dengan nama apa ?

Suka di panggil dengan nama sendiri atau nannie , kakak , makcik pun boleh hehehe...


8.Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan, sila lakukan kalau tak kena denda mandatori...ish ish hehheee.....

Saya rasa kali ni tak payah la saya tag sapa-sapa pun ...hehheeee..lain kali la...

Tuesday, July 14, 2009

GADGET BARU


Saya ada tengok peralatan ni di guna di blog kawan-kawan yang memang mahir/terror menjahit , saya pulak baru nak beli hehehe....... ok la kan.....senang la sikit lepas ni bila nak potong kain untuk aktiviti / projek jahitan macam buat tote-bag , patch work atau quilting..... Saya teringin juga nak masuk kelas belajar buat patch work lepas ni .....bestnya , sebab tu la beli cutting matt , rotary cutter dan pembaris ni.....


Kalau dah pegi Craft world mesti belek majalah smocking ni...dan kadang-kadang mesti beli punya...



Saya bekenan dengan wrap-front dress ni la...saya nak buat untuk cucu sedara...mesti comel bila Kayla pakai nanti...

JAHIT GETAH SELUAR

Hari ni saya buat alteration seluar Adam , getah pada seluar ni longgar sikit bila dia pakai melurut / terlondeh ke bawah sikit . So sambil jahit tu saya ambil la gambar , boleh la masuk dalam blog , tapi saya rasa mesti ramai yang dah tau macam mana nak jahit getah seluar ni kan..
Memang leceh bila nak buat alteration ni..kena buka jahitan benang pada kain /getah yang asal tapi kena buat la juga kalau tak Adam tak boleh pakai seluar ni..
Sebelum tu saya nak bagi tau ni cara paling basic nak jahit getah seluar ye .. ada beberapa teknik lagi untuk jahit getah seluar / pinggang kain /pinggang skirt.

Mula-mula lipat bahagian kain pinggang ke dalam . Jangan jahit sampai habis tinggalkan sedikit ruang / lubang supaya senang nak masukkan getah nanti.


Hujung getah di pin dengan safety pin supaya senang di tarik getah ni melalui lubang kat bahagian pinggang seluar ni...


Tarik getah ni sampai jumpa kedua-dua hujung getah ni...

getah seluar


Panjang getah mesti ikut kesesuaian pinggang pemakai ( kurangkan 1 inci dari ukuran pinggang yang sebenar)
Jahit tindih kedua-dua hujung getah ni , kemudian masukkan semula getah ni ke dalam ruang /bahagian pinggang tadi.


Sambung semula jahitan kat pinggang untuk tutup bahagian lubang yang dibiarkan untuk masukkan getah tadi.


Dah siap getah seluar ni , teknik jahitan ni boleh diguna untuk jahit pinggang pada kain baju kurung /seluar atau skirt. Boleh juga di jahit tindih pada bahagian getah seluar ni supaya getah di bahagian dalam tidak beralih/bergulung atau berganjak dari kedudukan asal tapi pastikan jahitan kemas .

FRENCH SEAM / KELIM BETAWI

Salah seorang pengunjung blog saya ( Atie) bertanya , ada ke teknik jahitan lain yang sesuai untuk ganti jahit tepi basi / overlock seam . So , untuk post kali ni saya tunjukkan serba sikit cara teknik kelim betawi atau fench seam. Teknik ni sesuai untuk kain yang nipis seperti chiffon , organza kerana kain-kain ini nipis dan jarang.

Saya guna teknik ni masa saya belajar buat gaun malam atau evening gown guna kain chiffon dulu....adush... sangat la lembut kainnya memang bercinta la masa nak menjahit basi guna teknik kelim betawi ni tapi bila dah siap gaunnya.......... suka la pulak hehee.

Mesti ramai yang mahir menjahit tahu teknik kelim ni kan.....

Untuk demo ni saya guna perca kain cotton bersaiz kecil saja ya... jadi pembaca kena bayangkan rupa jahitan ni pada baju yang dah siap..boleh kan..

Mula-mula sekali jahit lurus dalam keadaan kain bahagian dalam bertemu bahagian dalam satu lagi...

..
Begini la rupa jahitannya , lebihan basi hanya setengah tapak atau 0.5 cm.....


Begini la rupanya apabila jahitan tadi apabila kain di buka.



Kemudian kain di terbalikkan untuk menutup jahitan basi tadi , kain ini mesti di seterika untuk mendapat hasil yang kemas..