MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, May 29, 2010

WARNA-WARNI


Cantikkan warna benang-benang ni dan semuanya untuk kraf felt . Feltnya dah lama saya beli tapi saya masih tak buat-buat lagi bila saya dapat beli benangnya baru la best nak mula .

Saya tengok sekarang ni ramai betul peminat kraf felt ni dan memang bagus la macam tu terisi la masa lapang kita semua dengan aktiviti kreatif ini . Pada pendapat saya , seeloknya kita ada hobi untuk kita buat bagi hilangkan rasa bosan , lesu atau stress dan saya rasa bila kita libatkan diri kita dengan hobi kreatif minda kita akan sentiasa aktif untuk memikirkan macam-macam idea yang tak memenatkan malah buat kita happy dan bersemangat . Selain tu kita akan dapat kepuasan yang maksimum serta diri kita pun bangga dengan hasil kraf yang kita buat sendiri ini . Cuba la...

Deretan bola benang , love the colors...



Saya pun baru beli gunting ni kecil je tapi tajam dan sangat la sesuai untuk aktiviti kraf felt ni sebab hujungnya runcing . Nanti banyak juga felt yang saya nak potong , bestnya macam-macam idea ni yang saya dah rancang untuk saya guna felt ni . So selamat berkraftangan dan menjahit serta bercuti hujung minggu...

Tuesday, May 25, 2010

ANNIVESARY KAMI



Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 13 tahun syukur alhamdulillah . To my dearest beloved hubby Fendy , semoga rumahtangga kita ini sentiasa di limpahi rahmat serta kebahagiaan yang kita nikmati dan lalui selama ini akan kekal sehingga ke akhir hayat , amin .

Wednesday, May 19, 2010

EXAM DATANG LAGI...


Exam datang lagi , start dari semalam hari Selasa Aisyah mengadap paper exam dan saya pun sama suspen macam saya yang tengah ambil exam pertengahan tahun . Saya tengok Aisyah releks saja memang macam tu la sikap anak sulung saya ni releks cool . Bila tanya dia tak takut ke exam Aisyah jawab takut juga tapi anak saya ni memang jenis simpan dalam punya segala perasaan dan tak macam Adlina yang sangat ekpresif serta aktif dua beradik yang berbeza Adlina ada sikap aktif saya sementara Aisyah ada sikap cekal saya pula . Bila Aisyah balik sekolah saya tanya dia lagi "macam mana exam tadi Aisyah boleh jawab ke" cepat je dia jawab "ok Aisyah boleh buat" apa pun kena tunggu result keluar juga la.

Notice board Aisyah..

Rasanya semua ibu akan rasa suspen bila tiba musim exam ni , saya macam hilang mood juga nak buat benda lain sebab fikiran saya ni kadang-kadang tu terfikirkan Aisyah di sekolah . Macam mana dia ? boleh ke dia jawab soalan-soalan exam ? gabra ke dia ? berkesan ke kelas tuisyen yang Aisyah gi belajar 4 kali seminggu ? berkesan ke dengan latihan serta ulangkaji yang dia buat dengan saya ? atau senang ke soalan exam kali ni ? Saya kat rumah ni hanya berdoa saja harap Aisyah boleh jawab dengan baik semua soalan exam .

Sebelum ni masa Aisyah di tahun 1-5 saya ada la juga rasa suspen tapi tahun ni lain sikit mungkin sebab tahun ni ada exam UPSR dan lepas tu 3 tahun lagi PMR seterusnya SPM pulak huhuh....doa saya semoga Aisyah dapat lalui semua exam ni dengan baik dan semangat untuk dia belajar bersungguh-sungguh sentiasa ada dalam diri Aisyah . Masa bulan Januari lepas saya ok lagi tapi ni dah nak masuk Jun dan exam UPSR dah semakin hampir....

Jadual exam yang Aisyah dapat Isnin lepas..

Tiap-tiap kali ada surat dari sekolah Aisyah akan tunjuk pada saya sebaik saja dia balik dari sekolah dan Isnin lepas dia tunjuk jadual exam ni hmmm kecil je mata saya bila baca jadual ni dan dalam hati saya cakap " adoih mula dah minggu bedebar ni" .

Tahun ni saya dah kurang sikit bercakap tapi lebih banyak "action" mengajar monitor Pembelajaran Aisyah . Saya bagi tumpuan untuk ajar dia mana topik yang dia agak lemah dan suami ajar subjek Maths .

Masa minggu pertama persekolah bulan Januari lepas saya dah bagi motivasi a.k.a berleter la jugak supaya dia berusaha dapat result yang baik . Saya nak Aisyah dapat 5A untuk UPSR dia tapi kalau dah usaha bersungguh-sungguh pun result dia nanti tak macam tu saya terima saja la nak buat macam mana lagi kan .



Adik Adam pun nak study juga ke..

Minggu depan hari Isnin turn Adlina pula menjawab kertas exam pertengahan tahun walaupun Adlina baru 6 tahun dan masih di Tadika tapi saya suspen juga . Buat masa ni perkembangan Adlina dalam pelajaran sangat baik dan nampak gaya Adlina memang suka sangat ke sekolah . Hari Sabtu lepas masa kami di rumah kakak saya Adlina bagi tau dia nak jadi askar atau polis hmmmmm boleh sayang tapi mama nak Adlina jadi askar yang gradute ya sayang dan Aisyah pula bercita-cita nak jadi cikgu bagus tu sayang Mama sokong 100% . Adam buat masa ni belajar dengan mama je la kat rumah hehehe..

Doakan lah semoga anak-anak kita dapat jawab soalan exam kali ni dengan baik sekali , amin .....

Monday, May 17, 2010

BEAUTIFUL PAINTING BY KAK AMY


Semua digital painting ni kakak saya , Kak Amy yang hasilkan cantikkan ! kakak saya memang kreatif . Kalau nak tengok lagi jom la singgah blog kak Amy kat AMY DOBY GALLERY . Semua painting yang kak Amy hasil ni dipanggil sebagai naive painting dan ada juga abstrak painting .

Semua painting yang kakak saya hasilkan ini adalah untuk dijual so kalau ada yang berminat nak beli boleh tinggal pesan di ruang komen atau email kepada kak Amy....









KAK AMY HAPPY..


a simple gifts to my dearest sister
Sabtu lepas saya berjumpa dengan kakak saya kak Amy untuk bagi hair band yang kak Amy nak tu dan Kak Amy suka sangat dengan hair band yang saya buat ni . Bila saya hulur je hair band ni pada kak Amy , dia terus cakap " cantiknya so sweet" dan masa tu saya rasa cukup puas hati dan gumbira . Kak Amy nak saya buatkan lagi hair band guna kain corak pokodot atau corak lain . Sometime simple thing can really make us sooooo happy...

kak Amy with her new hair band

Kakak saya ni memang bergaya serta awet muda walaupun dah bercucu hehehe . Kak Amy memang saling tak tumpah macam arwah mak kami dari semua segi macam rupa dan perangai , she really remind me of my late mom and sometime she act like mak juga hehehe . Pada saya kakak Amy adalah penganti arwah mak kami yang dah lama meninggal pada tahun 1989 and thanks so much kak Amy for your loving care and unconditional love . I love u soo much.......

Btw jom singgah blog kak saya ni Amy Doby Gallery , kakak saya seorang artist yang sangat berbakat serta kreatif dan semua hasil painting yang kak Amy buat memang sangat cantik . Semua hasil karya catan yang kak Amy hasilkan adalah dipanggil Naive dan abstrak painting . Kak Amy dapat inspirasi nak hasilkan painting dari alam sekeliling dan pengalaman dari kehidupan seharian...

Friday, May 14, 2010

KEMAS SANA KEMAS SINI


Saya baru habis berkemas barang-barang yang disimpan dalam kotak dan juga sudut menjahit saya ni . Hmm penat juga , mana barang-barang yang nak disimpan saya saya simpan balik dalam kotak semula dan yang boleh disedekah saya ketepikan dan barang-barang yang dah buruk sangat tu bye-bye saja la masuk tong sampah .

Di sewing area saya kemas lemari kain dan saya lipat balik kain-kain ni dan susun cantik-cantik ikut jenis kainnya supaya senag nak cari nanti . Banyak juga kain yang dah saya guna so bila susun tu tak la padat sangat ruang dalam lemari ni . Saya pun baru habis touch-up dress smocking yang saya nak jual ni saya tambah lagi lace . Dalam minggu ni juga saya akan masukkan dress-dress ni dalam kedai saya tu...

Saya pun kemas balik koleksi teko dan pinggan mangkuk lama yang saya kumpul ni mana pinggan yang nak diguna saya letak di rak pinggan yang lebih tinggi supaya senang nak ambil nanti bila nak guna selain tu teko-teko pula saya susun balik . Bila dah susun kemas ni saya tengok ada lagi ruang untuk saya tambah koleksi teko hehehe...

Koleksi dress smocking yang dah siap...


Cabinet kain-kain saya , best saya tengok kain-kain yang tersusun kemas ni . Dulu masa Adam kecil sikit memang dia suka juga tolong kemas kain ni tapi sekarang ni dia dah tak usik , good boy bacin mama ni..

SWEET HAIR BAND


Kakak saya , kak Amy tempah hair band ni dan semalam saya dapat siapkan 4 helai hair band . Simple je hair band ni saya guna kain perca yang masih banyak saya simpan .
In house model Adlina sedang bergaya dengan hair band untuk mummy Amy..


Top stitch untuk kekemasan
Saya menjahit bila ada kelapangan serta tak tentu masa kadang-kadang kalau mood nak menjahit tu datang pukul 4-5 pagi pun saya boleh bangun dan menjahit atau tidur lewat sebab tengah bersemangat menjahit hehe. Tapi selalunya saya menjahit lepas semua kerja rumah dan selesai lebih kurang pukul 10 pagi dan masa waktu petang . Tapi semenjak suami saya dah pasang lampu baru yang terang benderang kat sewing corner , saya dah boleh menjahit pada bila-bila masa hehe best..

Siap dah 4 helai hair band in different colors..

Thursday, May 13, 2010

CANTIKNYA BUNGA KEMBOJA


Dulu-dulu masa saya kecil kalau nampak or jumpa pokok kemboja mesti sebut kubur dan teringat kat "hantu" saja kononnya kat kawasan kubur saja ada "hantu" dan bunga kemboja ni wangi jadi peberet "hantu" juga dan dulu seram je kalau nampak pokok kemboja . Actually pokok bunga kemboja ni cantik sangat sebab tu banyak di tanam di kawasan kubur.
Sekarang ni pokok bunga kemboja dah macam-macam spesis dengan warna yang cantik-cantik sangat. Saya memang bekenan tengok bunga kemboja kena pulak yang warna-warna striking macam pink , merah dan peach . Masa kat hotel last week ada banyak sangat pokok frangipani ni yang ditanam kat kawasan pool so saya ambil la gambar buat kenangan..

Cantiknya


Frangipani merah hati


Frangipani putih

Kemboja merah ke oren kelopak bunganya tirus dan panjang saiz bunganya kecil sikit hmm cantikkan.


Kemboja merah


Frangipani pink ni kelopak bunganya bulat..


Bunga kemboja pink
Bila saya bau bunga kemboja ni dah tak sewangi macam dulu atau mungkin spesis hiasan ni memang tak ada bau yang harum macam yang saya jumpa masa kecil-kecil dulu...

CUTI HUJUNG MINGGU


Kali ni n3 saya semuanya edisi gambar-gambar kami bercuti , banyak juga gambar yang saya ambil masa bercuti kali ni . Semua gambar-gambar anak-anak je gambar mama dan abahnya tak yah ler hehe.... Aisyah dan Adlina memang membilang hari je nak ke PD dan Adam pun ikut je bila kakak-kakak dia bersorak seronok...

Saya dan anak-anak masa ni kami baru sampai dan sempat berposing dulu..


Main tepi pantai pula , bila matahari dah makin tinggi saya tak bagi anak-anak mandi dan main air di swimming pool so kami ke tepian pantai yang masih ada kawasan teduh..

Main apa tu lumba lari la kot hehe...


Pengantin basah kuyup hehehe...

Pantai PD yang masih bersih...

Happy..

Gambar posing dalam pool memang wajib nyer

Adam baru rasa seronok nak main air dulu masa kecil sikit memang dia agak takut nak masuk pool bila dah makin besar ni Adam pula yang paling susah saya nak pujuk keluar dari swimming pool..

Adlina bergambar lagi, masa saya ambil gambar ni kami nak keluar jalan-jalan ke daerah berhampiran dan bila balik petangnya nak ke pasar malam Sabtu di pekan PD yang memang happening . Kalau teringin nak bercuti ke tepian pantai Port Dickson memang jadi pilihan saya sebab destinasinya yang paling dekat dengan rumah kami dan kawasan pantai yang masih bersih .

Tuesday, May 11, 2010

CAHAYA SENJA


Hujung minggu yang lepas saya dan family bercuti ke Port Dickson dan macam biasa saya memang tunggu waktu senja di tepi pantai nak tengok pemandangan matahari terbenam yang cantik sangat . Saya guna camera digital biasa saja untuk capture all the beautiful moments and scenery ni . Hobi saya dalam fotografi ni baru je lebih kurang dalam 2 tahun dan saya teringin juga nak dapatkan kamera DSLR , baru la rasa puas dapat ambil gambar dengan lebih cantik hmmm memang best la kalau impian tu menjadi kenyataan insyallah...

Kamera canon saya ni dah lama saya guna dan walaupun camera saya ni jenis biasa saja tapi kualiti gambarnya memang cantik terutamanya kalau saya ambil outdoor scenery . Masa di PD hari tu saya dapat ambil banyak juga gambar pemandangan yang cantik...

Adam dan Adlina




Monday, May 10, 2010

AWARD DARI KAK SHIMA


Saya dapat "Friendship award" ni dari kak Shima terima kasih ya kak sebab sudi bagi award ni pada saya . Award ni pun datang sekali dengan soalan-soalan tag best juga ni..



1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
orait saya dah buat....

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
Saya dapat award ni dari kak Shima dari blog "Qaseh Creation" folk art yang kak Shima hasilkan semuanya cantik sangat..


3. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?..KENA JAWAB 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW:-
Ok best ni saya tengak bersemangat nak menjawab soalan2 ni


4. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-

Nor`Aini - nama betul saya
Nenn - Kakak dan abang panggil saya dengan nama ni
Nannie - mak dan abah panggil saya dengan nama ni / kawan2 pun
Anie - kawan-kawan office dulu
Maksu Nannie - anak sedara
Makngah -sebelah suami


5. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-

Anniversary perkahwinan
Birthday saya
Birthday suami
Birthday anak-anak
Birthday insan-insan tersayang dalam hidup saya


6. 5 THINGS YOU DONE YESTERDAY:-

- Masih di Port Dickson
- Bersantai di tepi pantai
- Temankan anak-anak kat pool
- check email dan buka blog serta FB.
- Masak untuk dinner.



7. 5 FIVE WAYS TO BE HAPPY..

-bersyukur
- spend time dengan suami dan anak-anak
-bersembang cerita yang kelakar atau ape saja dgn hubby/anak-anak & my sisters n brothers
-Being around the people who i love and love me too
-Sopping hehehe

8. 5 FAVOURITES MOVIES

- Semua cerita P.Ramlee
- Forest Gump
- Trilogy Lord of the Ring
- Briget Jones Diary
- The English patient


9. 5 FAVOURITES HOBBIES:-

-menjahit
-visual art macam painting,drawing and buat art craft
-kumpul vintage porcelian
-fotografi
-kumpul setem

10. 5 FAVOURITES PEOPLE:-

-Anak-anak
-Suami
-Keluarga saya a.k.a kakak2 n abang2 serta saudara-mara
-Kawan-kawan baik
-Insan-insan yang baik hati

11. 5 FAVOURITES PLACES FOR VACATION:-

-suka gi tepi pantai
-nak ke Mekah
-nak tour satu Malaysia
-teringin nak ke pulau-pulau tercantik di dunia ni
-teringin nak ke Europe

12. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-

-hargai kak Shima yg sudi tag sya dan kak Shima selalu bagi award
-rasa happy sebab ada kawan yang ingat kat saya terima ya kasih kak Shima
-soalan-soalannya ok best juga menjawab
-sukanya dapat award...
-best juga buat n3 hari ni lain sikit

13. 5 PERSON TO TAG:-

ermmm tak de la


KAD HARI IBU dari KAK YAH


Salam pagi Isnin , kad hari Ibu ni saya dapat dari kak Yah semalam terima kasih banyak-banyak ye kak atas ingatan dan kesudian akak nak bagi kad ni pada saya . Saya pun nak ucapkan "Selamat Hari Ibu" buat semua pengunjung dan kawan-kawan .

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU


Happy Mother`s Day..

Thanks sayang , Mama love u soo much..


Hadiah dan kad dari anak-anak..


Adlina draw gambar saya , abah dia , adik Adam dan kakak Aisyah . No 38 tu umur saya la tu hehe. Thanks Lina , Mama love u so much my bucuk bambam..

Thursday, May 6, 2010

MAJALAH SEW BEAUTIFUL


Saya baru beli majalah jahitan "Sew Beautiful" dan majalah ni bukan hanya tentang jahitan sulam smocking saja . Dalam majalah ni ada macam-macam design serta teknik jahitan sulaman yang cantik-cantik dan sangat exclusive . Selalunya saya beli majalah tentang smocking sahaja dan ni first time saya jumpa majalah ini . Bila saya belek dari satu muka surat ke muka surat lain terus saya bekenan dengan isi kandungan majalah ni yang sangat sesuai untuk dibuat sebagai bahan rujukkan . Terdapat beberapa tutorial untuk jahit dress dan buat doll yang boleh kita cuba..

Bestnya kalau ada sewing room yang sebegini besar selesa dan tenang saja memang banyak sangat sumber inspirasi serta idea kreatif yang datang kalau boleh buat kerja dalam bilik macam ni...


Ini pula heirloom dress yang memang cantik sangat dan semuanya bersulam kemas serta detail sangat motif sulamannya , warna dress ni pun semuanya soft pastel atau off white..

Cantik sangatkan semua sulaman pada gaun heirloom ni dan yang pasti nak siapkan sulaman macam ni punya detail memang perlu kesabaran yang sangat tinggi dan minat yang mendalam serta kepakaran yang sangat tinggi .


Casual dress untuk anak-anak comel dalam majalah ni semuanya di reka untuk musim bunga atau Spring . Cantikkan kombinasi warna , corak dan design line semua dress dan romper ni . Reka corak dressnya simple tapi kreatif dan model-model cilik yang pakai dress ni semuanya nampak selesa sangat . Happy sewing...