MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, July 23, 2010

CELANA BARU MAMA

Salam pagi Jumaat..
Dari dulu lagi saya akan buat seluar panjang sendiri sebabnya saya tahu potongan yang saya selesa pakai , saya boleh pilih sendiri jenis kain yang saya suka dan dapat jimat kos . Last saya jahit seluar sendiri ialah pada awal tahun 2008 selepas bersalinkan Adam dan semalam saya baru siap jahit lagi 2 helai seluar panjang simple ni .
Selalunya memang macam tu la bila seluar panjang dah nampak agak lusuh saya akan buat seluar baru . Seluar panjang saya mesti jenis getah di pinggang sebab selesa dipakai dan saya akan guna kain jenis cotton denim . Kali ni saya guna dua jenis cotton denim satu yang agak lembut dan sehelai lagi seluar panjang ni saya guna cotton denim yang agak keras dan berwarna biru gelap.
Cutting seluar saya simple saja lurus lebih kurang macam seluar palazo juga . Kali ni saya tak buat poket di bahagian sisi seluar sebab nak cepat siap la ni .

Kalau lihat pada gambar di atas ni mudah je cara saya potong pattern untuk seluar saya ni untuk sendiri pakai ok la hehehe..


Dah pun siap seluar panjang simple saya ni...


Taraaaa... 2 helai celana panjang baru untuk mama nak bergaya...

Saturday, July 10, 2010

MY GIRLS

Salam pagi Sabtu
Aisyah dan Adlina bergaya dengan blouse baru dan dah siap nak jalan-jalan hari ni . Ada masanya bila saya beli kain dalam kuantiti yang banyak saya akan guna kain tu untuk buat baju Aisyah dan Adlina , ye la dah adik-beradik mesti la kadang-kadang tu pakai baju pun corak yang sama . Anak-anak saya ni jenis tak kisah kalau pakai baju corak sama pun sebab dari kecil lagi dah biasa .


Blouse Aisyah ni saya baru siapkan semalam dan memang untuk dia pakai hari ni . Anak sulung saya ni jenis tak kisah apa saja baju yang saya jahit dia pakai dan suka . Saya tau taste Aisyah , dia suka blouse yang simple dan corak bunga yang sweet dan mesti color pink sebab color pink memang color favorite Aisyah..

Friday, July 9, 2010

BLOUSE BARU NANNIE


Dah siap semua blouse saya , bestnya . Saya jahit sikit-sikit dapat la 5 helai blouse baru ni , seronok pula saya tengok bila dah disusun beratur dalam lemari dan blouse fesyen peasant ni memang selesa di pakai .
Ada blouse ni yang saya buat labuh sikit sebab kainnya saya beli lebih sikit . Saya memang prefer guna kain jenis cotton lembut serta sutera crepe yang lembut so memang selesa blouse ni .


Blouse warna maroon sebelah kiri ni kain jenis sutera crepe yang agak nipis dan blouse color beige corak rose ni sebelah kanan pula jenis cotton lembut.


Saya memang suka kain corak bunga rose dan kebanyak warna pilihan saya warna ton coklat atau pastel lembut . Dulu ada masa ketikanya saya berani juga pakai baju warna terang macam merah , oren tapi sekarang warna-warna lembut jadi pilihan pula . Tu la kan bila umur bertambah trend gaya fesyen pun bertukar juga . Selamat berhari minggu dan happy sewing..

Wednesday, July 7, 2010

LOVELY PINK AWARD


Terima kasih pada cik Puan Gaban yang bagi akak award pink ni akak memang suka color pink sebab sweet sangat...

Ada soalan sekali dengan award ni orait akak jawab ya hehe..

*Write 5 interesting about facts about the person who gave you this award..

Gaban memang terror menjahit..
Friendly dan baik hati...
Kelakar orang nyer..
Manis comel kawan saya ni...
Suka main game kat Facebook sama macam saya juga hehe


*Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies

-visual art and fashion design is my passion
-sewing hobi no 1
-menjahit buat saya releks dan happy
-kalau tak sibuk tiap-tiap hari mesti menjahit
-ada je idea tentang jahitan dan fashion design
-rasa macam tak cukup masa bila menjahit ( nak buat camna ada tanggung jawab lain kan )
-suka design serta jahit pakaian/baju sendiri dan untuk anak-anak
-tak tahan kalau pegi kedai kain rasa nak beli semuanya
-nak kembangkan lagi bisnes jahitan children fashion
-bangga dengan jahitan sendiri ( mesti laaa)

*Pick 1o most deserving recipient and describe them...( 7 orang je la )

-Kak Shas
-Kak Shima
-Kak Aton
-Liza( SekocikNorlie)
-Fasha
-Mama Nuriel
-Aina

Ikhlas dari Nannie...

Monday, July 5, 2010

BLOUSE BARU


Minggu baru blouse pun baru semalam baru siap blouse peasant saya ni . Sambil nonton tv saya menjahit dan bila dah siap tu seronok sangat sebab dapat saya bergaya dengan blouse hasil jahitan sendiri lagi...
Dulu masa kerja kalau rasa-rasa boring dok ulang baju yang sama je ke kerja , saya mula la design dan nak jahit blouse , seluar palazo atau baju kurung baru . Kadang-kadang tu balik kerja dan ada masa sikit saya jahit kalau design dan pattern yang simple macam peasant blouse ni sekejap je jahit malam tu juga siap dan besok paginya saya pergi kerja dengan baju baru la jimat belanja..

Ini la rupa blouse baru saya ,kain ni dah lama saya beli cuma dulu tak terpikir nak jahit blouse fesyennya apa . Dulu saya suka pakai t-shirt sebab serba ringkas dan cepat tapi sekarang mood nak bergaya dengan blouse dah ada balik hehehe


Kat n3 bawah ni saya ada bagi tutorial ringkas macam mana nak jahit peasant blouse ni harap dapat membantu ya pada kawan-kawan yang nak bergaya dengan blouse peasant yang sweet ni .

TUTORIAL BLOUSE


Ada juga pengunjung blog saya ni tanya macam mana nak jahit peasant blouse . So kali ni saya tunjukkan tutorial simple dan saya harap dapat membantu pada sesiapa yang nak jahit peasant blouse sendiri ni.....

Sebenar ada banyak cara dan teknik nak jahit blouse ni dan apa yang saya tunjukkan ni adalah cara saya tapi tutorial ni simple je harap dapat membantu ya.

Saya suka guna kain cotton yang jenis lembut bila buat pesant blouse ni so baru la cantik jatuhan kainnya dan kedutan/gathers di bahagian leher baju pun teratur kemas . Kalau guna cotton tebal atau apa jenis material kain yang tebal nanti blouse yang siap akan nampak kembang semacam je . Bila kita pakai pun nampak macam besar pula badan kita nanti hehe. So pilih la kain yang lembut atau nipis ikut la pada citarasa dan gaya masing-masing..

Saya memang dah ada pola asas untuk blouse diri sendiri so bila nak buat blouse baru saya selalu rujuk pola kertas ni untuk dapatkan ukuran . Kadang-kadang kalau fesyen baju sendiri yang saya nak buat tu rumit sikit saya akan lakar pola baru atas kertas dulu . Tapi kalau yang simple saya terus lakar pola di atas kain.

Macam ni la pola peasant blouse tu 4 segi je dan saya ambil ukuran lebar ukuran baju yang saya selesa pakai dan untuk ukuran lubang lengan saya tambah 2 inci dari ukuran asal lubang lengan yang saya selalu guna .

Bagi pola bahagian lengannya pun empat segi tepat . Saya lipat 2 kain ni dan barulah saya lakar lubang lengan dan baru la saya potong.


Cantum bahagian sisi seam pada badan baju dan cantum seam/basi lengan . Kemudian boleh la jahit sambung seam/basi lubang lengan ke badan . Lepas tu saya jahit basi hujung baju dan macam ni la rupanya bila dah siap dijahit cantum semua bahagian.


Jahit pula anggaran 1 inci atau 1/2 inci untuk dibuat lubang nak masuk getah keliling bahagian leher baju tapi tinggalkan sedikit ruang macam lubang nak masuk getah nanti . Pinkan hujung getah dengan safety pin dan boleh la dimasukkan getah ke dalam lubang ni . Keluarkan getah dan cantum jahit kedua hujung getah ni serta jahit tutup lubang getah ni .

Ikut pada kita nak besar mana lubang leher baju ni macam saya ambil je getah tu lepas tu saya lilit keliling leher ni dan agak-agak la besar mana lubang leher yang selesa lepas tu baru la saya potong getah ikut ukuran yang saya nak . Jangan terlebih panjang getah untuk leher nanti bila siap jadi seksi pulak blouse kita tu hehehe tapi ikut stail masing-masing la..


Bila dah siap jahit tutup lubang getah tadi macam ni la rupa lubang leher peasant blouse tu . betulkan kedudukan kedutan kain dan dah siap . Hujung lengan blouse ni pun saya buat sama guna getah juga..
Harap tutorial ni dapat membantu para pembaca yang minat suka menjahit dan teringin nak buat peasant blouse yang simple ni dan kalau dah siap tu singgah la blog saya ni dan bagi tau boleh saya gi tengok hasil blouse anda tu , baru la best kita kongsi cerita untuk suka-suka je...
Selamat menjahit ya..

Thursday, July 1, 2010

KOLEKSI ANTIK NANNIE


Teko-teko kesayangan saya..

Akhirnya...siap dah blog baru saya..

Saya buat satu lagi blog khas untuk hibi saya mengumpul koleksi cawan,teko,pinggan mangkuk dan apa saja barang-barang yang antik . Bila fikir balik sepatutnya dari dulu saya dah buat blog khas ni masa mula saya minat kumpul pinggan mangkuk corak lama tapi tu la benda dah lepas nak buat cam noo..

So sekarang ni semuanya dah tersusun , setiap hobi saya dah ada blognya tersendiri dan memang macam tu saya nak sebab dapat memudahkan untuk saya sendiri nak tengok dan para pengunjung blog saya ni nak tengok . Tak la bercampur dah kisah jahitan dan hobi antik saya ni..

Memang saya banyak blog dan setakat ni saya masih boleh handle semuanya alhamdulillah . Niat saya bila ada blog sewing atau masakan dan sekarang ni dah ada blog koleksi antik ni hanya lah untuk berkongsi minat dan ilmu dengan penggunjung atau kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama .

Saya jemput semua pengunjung sama ada yang lama atau yang baru singgah ke blog baru saya ni dan kalau sudi link la juga dengan blog baru saya ni .

TERIMA KASIH PADA SEMUA PENGUNJUNG YANG RAJIN SINGGAH KE BLOG SAYA NI DAN SUDI MENJADI FOLLOWER...

Jom ke blog baru saya ni clik saja KOLEKSI ANTIK NANNIE tapi buat masa ni saya masih tak dapat buat n3 baru insyallah bila dah free baru saya boleh masukkan gambar-gambar koleksi terbaru saya . Sekarang ni semua n3 dalam blog antik saya ni adalah yang lama cuma saya pindahkan saja ke ke blog baru tu..