MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, August 30, 2010

MALAYSIA KU TERCINTA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI
Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari KEMERDEKAAN yang ke 53 tahun kepada semua pengunjung blog saya ni tak kira di mana saja anda berada . Semoga kita dapat menjadi insan yang berguna serta berjasa kepada negara , bangsa dan agama....
Laungan MERDEKA dari hero kecil Adam dengan kakak Aisyah dan kakak Adlina..

Anak-anakku pelapis rakyat Malaysia dan warisan bangsa..

Tuesday, August 24, 2010

MALAM MINGGU


Hari ni dah masuk hari ke 14 Ramadhan sekejap je dan lagi 2 minggu akan bulan Syawal akan menjelma serta Aidilfitri . Malam Sabtu yang lepas saya dan keluarga sempat ke jalan TAR tujuan saya ke sana nak cari kain untuk baju saya dan 2 orang anak perempuan saya tu . Pada awal pagi Sabtu saya dah ke Nagoya berdekatan rumah saya ni tapi tak ada kain yang sedondon dengan warna baju raya kami sekelurga tahun ni . So sebelah malamnya kami pergi ke jalan TAR walaupun kami pergi dah agak lewat malam tapi masih ramai orang di bazar Ramadhan sampai nak jalan pun susah laaa berhimpit-himpit .
Nasib baik la saya masih sempat pergi ke Kamdar dan masa sampai tu Kamdar dah nak tutup so saya dan keluarga cepat-cepat pergi bahagian kain dan ada kain yang sesuai untuk saya serta anak-anak hmmm leganya . So sekarang ni saya dalam proses nak jahit baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak pula .
Memang tiap-tiap tahun saya akan pergi ke jalan TAR ni sebab ada banyak sangat kedai kain so banyak la pilihan sama ada dari segi harga dan jenis material kain . Tahun ni pun saya masih pilih kain 100% kapas untuk baju kurung saya dan anak-anak . Kain cotton lebih selesa dan tahan lasak dan boleh dipakai sampai ke petang . Tambahan lagi bila beraya di rumah mertua saya memang banyak habiskan masa di dapur la melayan ahli keluarga dan saudara mara yang datang beraya .
Selalunya selepas zohor baru kami dapat jalan-jalan beraya so tahun ni saya dah siapkan 2 pasang baju kurung untuk diri sendiri dan 2 orang anak gadis saya tu dan kami akan pakai baju raya tahun lepas yang masih cantik lagi . Selain tu saya buat juga dress baru untuk Adlina dan blouse untuk Aisyah dan baju melayu untuk Adam pun dah lama saya siap jahit sementara untuk t-shirt / seluar jalan Adam , saya beli saja . Kasut raya pun saya dah siap beli untuk 3 orang anak saya ni dan baju melayu untuk cik abang saya ni dah lama disiapkan sebelum bulan Ramadhan lagi . Syukur la saya dah dapat siapkan semua persiapan untuk menyambut Aidilfitri tahun ni . Seminggu sebelum raya baru la saya mula buat sedikit biskut raya adalah dalam beberapa jenis dan saya akan buat juga biskut untuk dibawa balik ke kampung . Moga segala yang kita rancang akan berjalan lancar insyallah..

Suasana di jalan TAR

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


Syukur alhamdulillah kerana kita semua umat Islam di beri peluang sekali lagi untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini . Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan sempurna dan segala ibadah kita diberkati......



Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog saya ini...

BESTNYA BALIK KAMPUNG


Hujung minggu lepas kami sekeluarga balik kampung suami dan kali ni balik memang best sebab musim buah . Tahun ni pula buah-buahan lebat berbuah memang best sangat . Kalau nak tengok lagi gambar-gambar kami di kampung jom singgah blog masak saya klik disini


Sampai je kampung anak-anak saya dah pusing keliling rumah dan kebun belakang rumah tok dan wan . Adam dan Adlina memang tak mau masuk rumah nak main kat laman . Kami jalan-jalan kat belakang rumah dan tengok pokok dukung yang lebat berbuah ni . Ni kira kali pertama anak-anak saya tengok buah dukung berbuah . Adlina dan Adam hairan je tengok buah dukung beratus biji berbuah kat batang pokok . Pengalaman baru buat anak-anak saya dan mereka seronok sangat yang bestnya sebab boleh berkelah dekat bawah pokok saja sambil petik buah fresh dari pokok dan terus makan...


Suami saya tengah operasi petik buah dukung kalau tinggi sikit memang kena guna tangga kalau yang berbuah kat dahan rendah tu senang la kami petik . Sambil petik sambil makan best sangat...


Dalam masa 10 minit dah banyak ni buah dukung yang di kumpul best kan dan buahnya manis dan sedap sangat...


Ni la hasil yang kami bawa balik macam-macam jenis buah banyakkan dan saya nak bagi kat kakak , jiran dan kawan-kawan...


Buah manggis yang sedap dan manis ni..
Bila dah sampai rumah saya dan anak-anak berkelah depan pintu rumah sambil tunggu kawan datang join sekali makan buah-buahan yang saya bawa balik ni best ni...


Tengok la tu Adlina dan Aisyah yang suka sangat dapat makan buah dari kampung...

Wednesday, August 4, 2010

KRAF GUNA FELT


Hari ni saya mula buat projek guna felt yang dah lama saya beli dulu memang best rupanya buat kraf felt ni patut la ramai kawan-kawan yang seronok buat macam-macam kraftangan guna felt ni . Memang leka menjahit felt ni dan kraf ni agak senang kalau sesiapa yang tak ada pengalaman menjahit pun boleh cuba buat , memang best cuba la....


Ni gambar sebelum saya mula kan projek kraf felt saya ni nanti saya masukkan n3 hasil yang dah siap ya..

PILIHAN ABAH


Pagi tadi saya pilih kain-kain untuk dress Adlina serta blouse untuk Aisyah dan saya jumpa balik kain sulam untuk kebaya ni . Kain chiffon bersulam dengan kain batik jawa ni suami saya beli special untuk Aisyah masa suami out station ke Labuan hujung tahun lepas . Pandai abah buat pilihan color pink yang memang favorite color Aisyah la .

Saya memang tak sangka suami akan beli kain bersulam siap dengan kain batik ni untuk anak kami Aisyah sebab memang dari dulu saya yang pilih jenis kain , corak dan warna kain untuk baju anak-anak . Rupa-rupanya suami saya bagi tau kain bersulam ni di jual dengan harga yang murah di Labuan tu yang buat dia pun minat nak beli . Pada mulanya suami saya tu nak beli untuk saya tapi semua kain kebaya sulam ni hanya la untuk wanita yang bersaiz "M" dan "S" je so memang tak ada la saiz untuk badan besar macam saya ni hehehe tak pe la . So hubby belikan parfume di kedai bebas cukai sebagai ole-ole untuk saya dari Labuan....

Ini la kain kebaya sulam dengan kain batik yang suami saya beli kat Labuan . Cantikkan pilihan abah Aisyah ni untuk anak gadis dia tu , lembut saja warnanya dan Aisyah pun suka sangat tengok kain ni . Berkebaya sulam la Aisyah raya tahun ni..



Halus hasil sulaman ni dan kain chiffonnya pun dari jenis kualiti yang bermutu tinggi dan kalau di sini saya tengok mahal juga harganya .

Monday, August 2, 2010

POWER PUFF GIRLS to JUSTIN BIEBER


Assalamualaikum pada semua pengunjung , dah seminggu juga la lamanya saya tak masukkan n3 baru dalam blog saya ni . Sepanjang minggu lepas saya agak sibuk nak siapkan semua tempahan baju raya customer dan kawan-kawan sebelum bulan Ramadan dan alhamdulillah tinggal 2 pasang saja lagi yang saya nak siapkan sebelum hari Jumaat ni lepas tu saya boleh releks dan bagi tumpuan pada bulan Ramadan dan puasa serta saya boleh siapkan baju raya untuk kami sekeluarga pula .
Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi pada saya tahun ni , banyak juga saya terima tempahan untuk jahit baju kurung dewasa/kanak-kanak dan dress kanak-kanak . Semua tempahan tu saya terima dari kawan-kawan dan jiran tetangga serta dari pengunjung blog saya ni . Pada semua customer yang menempah dengan saya di sini saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak ya .
Al-kisah n3 hari ni saya nak kongsi cerita perubahan minat anak gadis saya si Aisyah . Dulu masa kecil dia minat sangat Power Puff Girls dan Barbie Doll sekarang ni bila dah meningkat remaja dia minat Justin Bieber pula biasa la tu kan....
Semalam masa jalan-jalan kat kedai majalah Aisyah nak poster penyanyi pojaan dia ni dan bila balik rumah je Aisyah minta tolong saya masukkan gambar penyanyi pojaan dia ni dalam frame . Saya tak mau la beli frame baru so saya gantikan je poster lama PP girls tu dengan poster Justin Bieber ni .
So bye-bye la Power Puff Girls and hello Justin Bieber pulak . Memang macam tu la kan perubahan minat anak-anak dari kanak-kanak ke remaja . Saya pun macam tu juga dulu masa budak minat kartun serta minat penyanyi Annuar & Ellina ( teringat lagi lagu "Kain Pelikat" la la la ) dan bila dah meningkat remaja saya minat group band Duran-Duran dan Sheila Majid pulak....

Poster Power Puff Girls hasil kraftangan saya sendiri untuk Aisyah..

Dah lama saya buat poster Power Puff Girls ni pada tahun 2004 masa Aisyah baru berumur 6 tahun . Masa tu dia memang minat sangat dengan PP girls ni . Masa pegi kedai kain Nagoya saya jumpa pulak kain cotton corak PP Girls so apa lagi saya pun beli la bermeter-meter dan saya buat cadar , bed skirts dan langsir untuk bilik Aisyah masa tu . Memang happy sangat la Aisyah ...

Lebihan kainnya saya buat poster ni pula , saya gunting figura kartun Power Puff Girls tu dan saya susun elok-elok sebelum saya tampal di atas kertas keras berwarna dan kejap je dah siap hiasan dinding untuk anakanda tersayang...

Ini la rupa kain cotton corak PP Girls tu yang saya beli bermeter-meter untuk set katil Aisyah dan dari perca kain ni la saya buat posternya . Ye la untuk anak tersayang mesti la kita sanggup buat apa saja selagi terdaya sebab nak bagi anak kita happykan dan yang penting kos untuk buat poster ni murah je .


So ni la hasilnya selepas saya dah masukkan poster penyanyi ni dalam frame . Ni la Justin Bieber penyanyi remaja yang famous di kalangan remaja sekarang ni termasuk lah 2 orang anak gadis saya Aisyah dan Adlina . Bila dah siap poster ni dipasang untuk Aisyah anak saya yang no. 2 Adlina nak juga macam kakak dia ok la mama buatkan untuk Lina juga . Happy sangat Aisyah dan Adlina bila dah tengok poster ni tersenyum meleret je . Poster-poster ni pun dah selamat abahnya gantung dalam bilik 2 orang anak gadis saya ni...

Ok sampai sini dulu coretan saya kali ni , semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat untuk menanti kedatangan bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari saja lagi alhamdulillah syukur..