Muhd Adam bin Affandey is 3 today..
Sayang mama Muhd Adam , mama doakan hanya yang terbaik untuk anak mama ni dan semoga Muhd Adam menjadi insan soleh dan berjaya di dunia serta akhirat . Mama doakan moga Muhd Adam sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur serta kehidupan Adam sentiasa dirahmati , amin .
Muhd Adam selepas sejam dilahirkan , permata hati abah dan mama..
Kehadiran Muhd Adam memang sangat dinanti-nanti kan oleh kami sekeluarga dan akhirnya saya selamat melahirkan Adam melalui pembedahan pada pukul 7.20 pagi 6 oktober 2007 , anak lelaki yang saya dan suami sangat nanti-nantikan selamat berada bersama kami sekeluarga...syukur alhamdulillah...
Adam , 6 hari masa ni kami baru balik dari hospital . Adam kena tahan lama di wad sebab dia kena demam kuning . Lepas saya bersalin kan Adam kami duduk di hospital sebab bacaan demam kuning tinggi juga masa hari ke 3 alhamdulillah by day 6 Adam dah ok dan boleh balik rumah..
Adam baru 8 hari dalam gambar ni dan masa ni saya pegang Adam untuk bagi dia mandi , Adam baby yang sangat baik dan mudah untuk dijaga sama saja macam kakak-kakak dia..
Mata bulat masa ni Adam baru 5 bulan dan sangat alert serta aktif . Adam meniarap masa dia umur 2 bulan lebih dan Adam dah mula merangkak bila dia berumur 6 bulan dan genap umur 1 tahun Adam dah berjalan..
Tengok la tu gelagat spontan Adam yang comel sangat ni masa ni Adam tengah happy main dengan kak Adlina . Tiba-tiba je Adam buat aksi cute ni dan mama pun cepat-cepat la ambil gambar...
Masa ni umur Adam 1 tahun 5 bulan dan rambut dia dah mula panjang dan ikal . Comel manja mama ni..
Muhd Adam di pagi Syawal...
Adam , anak yang sangat ceria dan happy selalu . Keletah Adam sentiasa menghiburkan kami sekeluarga . Adik kesayangan buat kak Aisyah dan kak Adlina , hero kecil mama yang sangat baik dan manja dengan abah , mama serta kakak-kakak...
Adam semakin bijak bercakap walaupun masih pelat dan masih banyak perkataan yang kami tak faham . Tak pe la slowly Adam akan bijak juga bercakap macam kakak-kakak dia so buat masa ni saya suka dengan bahasa pelat Adam hehehe so cute . First word dari Adam mesti la "mama" dan sekarang ni semakin banyak perkataan baru yang saya dengar keluar dari mulut comel Adam. Makanan favorite Adam ialah nasi ( perut melayu juga anak aku ni )....tu je serba sikit kisah anak bujang saya Muhd Adam...
Adam ,we love u sooooo much...