Hari ni n3 saya hanya kisah anak-anak...
Semalam 3.1.11 hari pertama persekolahan anak-anak dan rasanya semua ibubapa mesti bercuti kan nak uruskan hal anak-anak ke sekolah termasuklah saya pun sama la juga . Semalam dari seawal 7 pagi sampai tengahari saya dan hubby memang berulang banyak kali juga dari sekolah menengah ke sekolah agama kemudian bersambung ke petang kami ke sekolah kebangsaan pula .
Anak-anak saya iaitu Aisyah masuk tingkatan 1 dan Adlina baru melangkah ke tahun 1 . Awal pagi lagi saya dah bangun sediakan bekal dan sarapan anak-anak . Lepas tu saya dan hubby hantar anak-anak ke sekolah pula sambil selesaikan beberapa perkara di sekolah macam bayar yuran dan beli buku .
Tumpuan saya semalam lebih pada Adlina yang baru masuk ke tahun 1 . Aisyah memang dah berdikari sebab dia masuk sekolah menengah so tak la saya risau sangat . Aisyah pun dah lebih releks dan dapat sesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah menengah..
Aisyah memang teruja sangat nak melangkah ke tingkatan 1 dan nampak sangat dia happy bila sampai ke sekolah baru tu . Macam-macam sebab yang buat dia happy dan salah satu sebabnya kerana semua kelengkapan sekolah adalah baru . Lepas tu dapat jumpa best friends dari sekolah rendah yang masuk ke sekolah menengah dan dalam kelas yang sama .
Pengalaman baru buat Aisyah dan doa saya moga Aisyah dapat lalui zaman persekolah dengan lancar , happy serta terus tekun dan fokus belajar di sekolah menengah pula . Saya tak banyak ambil gambar Aisyah di sekolah sebab dia malu la hehehe...ye la Aisyah kan dah remaja dan rasanya saya sorang saja mak yang ambil gambar anak masa hantar Aisyah ke kelas hehe . Saya memang suka ambil gambar anak-anak buat kenangan laa...
Lepas dah selesai hantar Aisyah , kami terus hantar Adlina ke sekolah agama sesi pagi juga . Adlina mula sakit perut dari rumah lagi walaupun dia dah sarapan . Rupa-rupanya Adlina nervous nak ke sekolah agama . Adlina hanya banyak diam dari rumah tak macam selalu suka bercakap dan riang saja. Saya memang pujuk dan banyak bercakap dengan Adlina bagi dia releks . Kesian anak kedua saya ni...
Bila sampai dalam kawasan sekolah agama saya dan suami bawa Adlina jalan-jalan dalam kawasan sekolah tengok di mana kantin , tandas , bilik guru dan saya pesan pada Adlina supaya jangan pergi atau main di kawasan yang bahaya . Risau la bila anak ke sekolah ni guru-guru bukannya dapat awasi dan tengokkan anak kita saja kan so kita kena la selalu remind anak-anak untuk jaga diri sendiri juga..
Saya bawa Adlina masuk ke dalam kelas dan carikan tempat duduk dan bila dah ada kawan duduk di meja sebelah baru la Adlina nampak releks sikit . Tapi tiba-tiba ada kawan sekelas yang mula menangis , budak tu siap peluk lagi kaki mak dia tak mau lepas . Adlina mula cemas bila tengok kawan sekelas yang dah menangis tu so saya duduk kejap sebelah Adlina sambil sembang dengan dia bagi dia rasa selesa dan releks balik .
Kami tak tunggu lama sebab perlu ke sekolah Aisyah balik untuk selesaikan beberapa perkara lagi . Lepas tengok keadaan Adlina yang dah mula ada kawan dalam kelas kami pun balik . Bila Adlina balik dari sekolah agama saya tanya dia dan semuanya berjalan dengan lancar , syukur alhamdulillah..
Sesi tengahari Adlina ke sekolah kebangsaan pula , memang padat la jadual persekolah Adlina . Sesi orientasi sekolah kebangsaan pada hari Jumaat 31.1210 yang lepas so Adlina dah biasa dengan suasana di sekolah ni..
Kami baru sampai masa ni dan kat foyer sekolah tak ramai ibubapa dan pelajar-pelajar lain lagi..
Adlina di kawasan lapang tempat perhimpunan..
Adlina yang tengah dengar pengumuman dan Adam pun sama nak beratur dengan kakak dia hehehe..
Adlina dah dapat kawan baru tapi malu-malu pulak tu hehehe..
Posing di kantin sekolah sementara tunggu sesi persekolahan bermula..
Luruskan barisan...
Adlina yang dah berimej baru..
Adlina dengan mama dan Adam tunggu loceng bunyi ,kami relek di foyer sekolah..
Adam yang sama excited tengok kak Lina beratur..
Lepas dah sesi hari pertama Aisyah ke sekolah menengah dan Adlina ke sekolah agama serta sekolah kebangsaan , lega betul rasanya . Saya tunggu juga masa Adlina balik dari sekolah petang semalam nak tengok dia naik van untuk balik ke rumah dan setakat ni semuanya ok berjalan lancar . Bila balik dari sekolah banyak betul yang di cerita oleh Aisyah yang happy dan ok ke sekolah menengah . Adlina pun happy dan ok je bila ke sekolah yang paling dia suka sebab dapat kawan baru la.... Pengalaman baru untuk Adlina yang dah melangkah ke tahun 1..