MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, February 28, 2011

Zipped pouch

Malam ni terasa nak menjahit pula so lepas habis dinner saya mula menjahit . Dah lama saya nak buat zipped pouch ni cuma banyak kali bertangguh .

Idea memang dah ada so saya terus cari perca kain jeans dan lain-lain bahan jahitan macam renda berbiku serta kain perca gingham yang boleh digabung bersama . So lepas menjahit dalam sejam siap la zipped pouch yang simple ni .




Projek jahitan yang saya buat secara spontan...Lepas ni ada lagi beberapa zipped pounch yang saya nak siapkan untuk Adlina dan Aisyah pula serta tote bag jeans . Harap-harap semua projek jahit dapat saya siapkan minggu ni .

Saya guna zip jeans sebelum ni saya hanya guna zip biasa saja . Saya top stitch bahagian sisi zip supaya lebih kemas dan zip mudah untuk dibuka . Saya buat tali pemegang pada bahagian sisi untuk mudah dipegang zip pouch ni..

Dah pun siap pouch yang simple ni dan anak saya Aisyah dah rasmi guna zipped pouch ni untuk dia isi alatan menulis . Suka Aisyah dapat zipped pouch baru..

Happy sewing..

Bag dari skirt

Skirt jeans lama Aisyah ni dah rosak zipnya so saya ingat nak ditukar dengan zip baru je boleh Adlina pula pakai . Bila saya tanya Adlina , dia tak mau skirt jeans labuh ni sebab susah dia nak berlari main so saya cadang nak potong skirt ni dan dibuat jadi totebag je lagi cantikkan . Kalau dibuang skirt ni membazir so gunakan kreativiti untuk hasilkan projek jahitan yang boleh buat anak-anak happy . Memang saya suka projek kreatif kitar semula macam ni . Bila siap tote bag ni boleh juga diguna oleh anak-anak saya nanti dan yang paling best jimat belanja tak yah beli bag jeans yang harganya boleh tahan juga mahal..

kreativiti+ usaha = hati happy dan jimat

Tunggu hasil totebag saya ni...

Sunday, February 27, 2011

My sweet Adlina

Petang Sabtu kami sekeluarga jalan-jalan dan berjamu selera di restoran di Pantai Jeram . Selalu juga kami ke sana dan anak-anak saya especially Adlina memang teruja sangat kalau sebut je nak ke Pantai jeram sebab Adlina memang suka sangat kalau dapat berlari main di tepi pantai . Sekali sekala dapat best juga dapat tengok suasana matahari terbenam...

Kali ni Adlina bergaya dengan dress yang baru mama siapkan untuk puteri mama ni . Kembang dan cukup selesa untuk Adlina pakai , saya tau Adlina tak suka dress yang fitting sebab anak saya ni cukup aktif lasak berbeza dengan Aisyah yang feminin . So tiered dress dengan pola peasant untuk bahagian atas dress sangat sesuai untuk Adlina bergerak bebas..

Adlina yang sweet pakai dress baru..


Adlina leka bermain di tepi pantai sambil tunggu sunset..


Ni saya la yang suruh dia posing sambil pegang dress..


She love her new dress...


My Adlina yang aktif...

Puas hati bila saya dapat jahit sendiri baju dan dress untuk anak-anak . Syukur alhamdulillah bakat dan minat saya pada bidang jahitan dapat saya manfaatkan untuk insan-insan yang sangat saya sayang...

Saturday, February 26, 2011

Dress smocking untuk dijual

Hand made with love and passion only for your sweet princess..
RM100
Size 5 tahun
Kain cotton Jepun .
Reka corak smocking padat dan exclusive.
Renda berkualiti dihujung lengan , leher dan hujung dress .
Piping di leher baju .
Labuh baju 70 cm dan ukuran dada/sulaman smocking 33 cm

Detail smocking yang padat , lama saya ambil masa nak siapkan sulaman smocking ini hanya untuk puteri kesayangan anda...

Semua dress smocking yang saya jahit ini adalah exclusive hanya sehelai untuk satu reka corak..

Berminat nak beli call saya 0126879893

Friday, February 25, 2011

Simple tiered dress

Lama betul saya tak masukkan n3 tentang jahitan kan so hari ni bermulalah balik aktiviti berblog saya dengan cerita hasil jahitan saya yang pertama ni . 2 tiered dress ni simple je sesuai la untuk dipakai bila kami nak jalan-jalan hujung minggu ni . Adlina pun suka kalau dressnya simple tak begitu fitting sebab mudah untuk dia bergerak . Dress ni pun memang jenis kembang berangin je bila pakai dan sesuai sangat dipakai time cuaca panas .

Lina yang malu-malu pulak nak posing hehehe..

Awal bulan baru-baru ni saya berkemas almari stok kain so adalah dalam 4 pasang dress yang dalam proses saya nak siapkan dan semuanya dress yang simple je . Walaupun simple tapi still cute dan sweet untuk Adlina pakai bergaya . Paling penting semua dress hand made by mama untuk Adlina tersayang...

Adlina baru nak senyum bila bergambar . Saya memang cadang nak siapkan banyak helai dress untuk Adlina sementara dia masih kecil lagi sebab bila dah makin besar belum tentu dia nak pakai dress kembang atau beropol renda .

Bahagian belakang dress , saya buat riben dari kain corak gingham simple je ni tapi sweet bila Adlina pakai..

Bahagian atas dress saya buat guna pola peasant blouse . Simple serta mudah untuk dijahit...

Sunday, February 13, 2011

Tahniah....

Salam buat semua follower yang join GA yang saya buat kali ni ,ok la seperti yang saya dah janji malam ni saya umumkan nama follower yang bertuah menang hadiah-hadiah yang saya sediakan ni . Sebelum tu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab kawan-kawan sudi nak join GA saya kali ni..

Cara nak cabut nama masih cara biasa dan kali ni anak saya Adlina yang happy nak tolong cabutkan nama pemenang . So cara pemilihan sangat lah telus so memang dah rezeki dan tuah mereka yang menang GA saya kali ni . Tahniah saya ucapkan..
Pada kawan-kawan yang menang boleh emailkan saya detail peribadi anda untuk urusan nak pos hadiah : nama penuh anda, alamat dan contact number .
Ni email saya : adlinaaffandey@yahoo.com

http://suzie284contest.blogspot.com/2011/02/nannies-passion-giveaway.html

id follower : mama zharfan
email : suzie284@yahoo.com


http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/giveaway-jom-join.html


http://jaajahatga.blogspot.com/2011/02/nannies-passion-giveaway.html


http://alfredshin.blogspot.com/2011/02/nannies-passion-give-away.html

Tahniah kepada kawan-kawan saya ni dan bila dah dapat hadiah nanti boleh la buat baju ya hehe . Pada kawan-kawan lain yang tak menang tu insyallah kalau saya buat GA lain kali boleh cuba lagi ya..

Saturday, February 12, 2011

Tarikh pengumuman ditunda ..

Salam buat semua follower yang join GA yang saya buat kali ni . Saya nak bagi tau tarikh pemgumuman pemenang GA di tunda sehingga malam besok. Maaf ya sebab hair ni saya memang sibuk dengan beberapa perkara . So besok malam saya akan umumkan mereka yang menang ya tunggu...

Tuesday, February 8, 2011

GIVEAWAY - jom join..

Bulan ni genap la 2 tahun usia blog Nannie`s Passion so dengan sukacitanya saya nak adakan GA sebagai penghargaan kepada kengkawan yang sudi jadi follower blog saya ni .

Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Terbuka pada semua follower , jom join...
(2) Sudi la buat entri GA saya ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment dan tinggalkan email atau link blog anda ya , thanks.
(4) Terbuka kepada sahabat-sahabat beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

Macam mana mudah je kan syarat-syaratnya , Boleh kan . Jangan lupa bagi email nama, contact no anda ya. Saya sediakan 4 hadiah untuk GA ini yang akan saya cabut undi pada hari Jumaat ni ( 11/2/11) ini..harap semua kenkawan suka ye so Selamat mencuba dan semoga berjaya....

Hadiah set A ialah 2 frame dengan 2 candle stand


Hadiah B: kain 100% cotton berukuran 4.5 meter


Hadiah C: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan 1 helai tuala cute bear..


Hadiah D: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan sehelai tuala cute bear

Terima kasih saya ucapkan pada semua kenkawan yang sudi join GA saya untuk tahun ni dan tunggu ya pengumuman pemenang GA ni pada hari Sabtu ni (12/2/11) tunggu..
Bye..

Monday, February 7, 2011

Dress Adlina

Dah lama saya plan nak buat dress Adlina ni tapi bertangguh banyak kali tapi bulan ni saya mesti siapkan dress untuk Adlina . Saya nak buat dress yang simple saja dan saya akan hias dengan lace yang cantik-cantik . Dress smocking untuk Adlina pun dalam proses ni tapi lambat juga siap bertangguh saja sebab nak siapkan dress smocking untuk customer dulu . Ada lagi sehelai dress customer dan lepas tu saya betul-betul free untuk concentrate pada dress Adlina saja .

Saya baru siapkan pattern/pola untuk dress Adlina dan pattern yang lama dah tak boleh guna Adlina dah makin tinggi dan berisi sikit . Tengok la pattern pun simple je tak de colar pun..


Fabric untuk dress Adlina bestnya tak sabar saya nak start projek dress Adlina ni nanti bila dah siap saya up datekan dengan gamabr dress yang dah siap ya ok cioa nak start potong kain pulak ni..