MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, April 16, 2009

HELLO KITTY SIAP DI BINGKAI


Sepatutnya saya nak postkan cerita ni semalam tapi ada aktiviti lain dan hari ni baru saya ada masa nak duduk mengadap depan computer ni.

Bila dah kering semua painting , saya guna clear spray untuk disembur pada permukaan painting. Fungsi clear spray ni adalah ia kalis air jadi warna pada painting ni akan tahan lama.


Bila dah kering , saya ukur painting ikut saiz frame. Bila dah siap dibingkaikan panting ni baru la boleh di display dalam bilik anak-anak saya.

Dah pun siap , ok la painting saya yang simple ni , yang penting anak-anak happy. Adlina minta saya lukiskan pula kartun favorite dia Sponge Box , nanti la ye lain kali mama buatkan untuk Adlina.

Tuesday, April 14, 2009

HELLO KITTY

Saya beli 2 frame yang simple dari IKEA dan saya memang plan nak buat drawing atau simple painting untuk bilik study anak-anak . So, petang tadi lepas cari idea saya nak buat simple painting of Hello Kitty sebab nak match dengan tema langsir baru yang saya siap jahit last week. Mula sekali saya kena buat sketches dulu , saya rujuk je dari kain curtain yang dah ada kat bilik study tu. Lepas dah sketch terus je color.



Saya sudah habis mewarna dan tengah lukis outline keliling figure Hello Kitty bagi dia nampak kemas sikit , baru la comel. Adlina pun sama nak tengok sambil dia bagi macam -macam suggestion macam color apa yang sesuai untuk baju Hello Kitty dia pula nanti.


Ini pula saya tengah color Hello Kitty yang kedua , yang ni Adlina punya dia cakap baju mesti color kuning dengan merah. Ok la cik puan kecik , mama ikut je hehehe. Saya jarang buat drawing atau painting tapi bila dah start buat , mula la susah nak stop.


Half way mewarna Hello Kitty baru saya teringat muffin yang saya belum bancuh dan bakar untuk anak saya nak bawa bekal ke sekolah besok . So , saya berhenti kejap mewarna dan terus pegi buat bancuhan muffin .Bila siap terus je masukkan muffin dalam oven dan saya sambung la kerja coloring yang tergendala tadi.

HELLO KITTY

Siap dah pun Hello Kitty ni , nak kena frame la pulak baru boleh display kat bilik study anak-anak saya tu. Painting ni simple je sekejap saya lukis dan mewarna , kalau painting yang detail selalu ambil masa dalam 2 hari atau lebih lagi sebab saya tak concentrate sepenuhnya pada painting saja maklum la macam-macam kerja rumah lain yang nak kena buat dulu.


Hello Kitty ini untuk Adlina.


Ini pula kak long Aisyah punya .



Ni la rupa muffin pisang saya , habis buat painting terus makan muffin , ok la tu kan. Muffin saya terover gelap pulak tapi isi dalam ok.

Monday, April 13, 2009

HUJUNG MINGGU DI PORT DICKSON

Hari Jumaat yang lepas kami sekeluarga ke PD pula sebab ikut suami yang out station. Petang selepas solat Jumaat dalam pukul 3 setengah kami bertolak dari rumah , pukul 5 dah sampai ke PD , dekat je . Bila sampai di Port Dickson kami pegi check-in ke bilik hotel dulu , simpan beg dan terus saya dan keluarga ke rumah kakak saya , lepak-lepak dan sembang-sembang . Malamnye kami gi dinner dengan family kak Amy , sembang lagi dan lepas dah kenyang dan rasa mengantuk baru saya dan family balik ke hotel , seronok sangat saya dapat jumpa dan bercerita panjang dengan kakak saya ni .

Pagi hari Sabtu , anak-anak bangun cepat sebab excited sangat nak ke pantai. Kami bersiap dan pegi ke rumah kakak saya dulu kemudian baru kami ke pantai yang agak tersorok tempatnya ni. Tak ramai yang tau tempat ni di Port Dickson dan  hanya penduduk tempatan saja yang tau , Masa sampai cuaca best sangat cerah je tak de tanda-tanda nak hujan. Air laut pun jernih dan tenang saya rasa macam nak mandi pulak tapi bila ingatkan kulit boleh jadi tan , saya cancel je la niat nak mandi tu.


Anak-anak saya sampai je terus berlari ke tepi pantai tak peduli langsung nak makan pagi, nasib baik la pagi-pagi lagi saya dah beli roti canai untuk sarapan. Macam biasa anak kedua saya Adlina berlari ke sana ke mari sambil cari tempat nak main pasir dan Aisyah terus mandi . Saya dan suami tolong kakak saya keluarkan barang dan siapkan tempat untuk berkelah , happy betul dapat lepak di bawah pokok besar favorite kak Amy ni . Kami pun minum dan makan sambil sambung lagi bercerita dan bersembang.


Kawasan pantai yang bersih dan air laut yang tenang serta jernih. Tak ramai yang tahu tentang pantai ni mungkin sebab tu kawasan ni masih bersih. Nak mandi dan berenang pun ok tak payah pegi jauh-jauh kat Port Dickson pun dah best.

 
Haa ni projek besar Adlina anak kedua saya , dia punya happy main pasir sambil dia korek lubang besar ni. Dia kata , dia dah buat swimming pool special untuk dia mandi yang saya nampak macam lubang kerbau berkubang je hehehe. Kakak dia pun nak join sekali main, saya biarkan anak-anak main apa saja asal anak-anak happy , bukan selalu dapat berkelah macam ni. Saya ni memang orang yang suka berkelah dari masuk hutan atau pergi kawasan air terjun. Saya boleh relek dan melepak di kawasan pantai satu hari suntuk , future plan saya nak ajak suami bercamping di kawasan pantai depan Petronas kat Batu 4 , best betul saya nampak ramai family yang camping di kawasan tu , lepas ni nak kena beli khemah yang besar la pula.

PORT DICKSON

Baby Adam akhirnya tertidur juga, dia boring sebab tak dapat jalan-jalan dan main macam biasa sebabnya anak saya ni takut nak pijak pasir laut , first time kami bawa dia ke kawasan pantai dan suami saya letak di tepi pantai dia jadi takut dan menangis. So, sekarang ni bila kami pegi berkelah dia hanya akan duduk dan jalan di atas tikar je. Mungkin bila dia makin besar Adam juga nanti suka mandi dan main pasir laut macam kakak-kakak dia.


Aisyah dan Andrea masa ni sibuk mencari seashells di kawasan tepi pantai yang ada banyak batu ni. Masa ni air laut dah mula surut. Kami berkelah dan lepak/relek di pantai ni dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 5 petang. Puas betul anak-anak saya main dan mandi laut , sampai kulit pun jadi tan. Saya pun rasa releks dan tenang saja lepas dapat lepak-lepak di tepi pantai ni, memang la sekali-sekala saya ni kena gi holiday bagi fresh balik diri ni.


Petang lepas balik ke bilik hotel dan dah mandi serta releks kejap, kami pegi jalan-jalan cari makan di pasar malam kat Batu 4 dekat stesen Petronas. Memang happening la pasar malam ni ramai betul orang, saya rasa lagi ramai pelancong dari orang tempatan. Makanan memang banyak dijual dan saya beli dinner untuk kami sekeluarga , saya jalan-jalan lagi sambil tengok ikan-ikan yang fresh serta sayur ulaman kampung tapi saya tak dapat nak beli la . Anak-anak saya masa ni dah lapar benar maklum la leka main di tepi pantai tadi sampai lupa makan lunch hanya makan sandwich je. Lepas makan pukul 7.30 malam semua anak-anak saya tidur keletihan tinggal la saya sorang tengok konsert Akademi Fantasia sementara suami pegi bengkel untuk sesi malam di dewan hotel.

Pagi Ahad bangun je terus saya call kak Amy ajak dia pegi breakfast di Kopitiam Paklang kat pekan Port Dickson. Semalam masa di pantai kak Amy ada cerita tentang roti bakar kat kedai makan ni yang sedap. So, kami semua siap dan tunggu kak Amy sampai dan ambil kami di hotel. Kat Kopitiam tu saya makan kuehtiow sup sedap juga, anak-anak saya makan roti bakar dan set breakfast. Sementara kak Amy pula makan telur setengah masak dengan roti bakar. Lepas makan kami pegi kedai 2 ringgit, best pula dah lama saya tak gi kedai 2 ringgit ni then kakak saya bawa kami gi supermarket jap sebab dia nak beli barang dapur. Lepas dah jalan-jalan dan kenyang makan breakfast sambil sembang-sembang , kakak saya pun drop kami di hotel. By lunch time kami pun balik ke KL dengan hati yang happy. Bila la saya dapat bercuti lagi maybe next month saya nak gi bercuti tapi tak pasti ke mana lagi.

Friday, April 10, 2009

BUKU SMOCKING BARU

Minggu lepas masa window shopping di Mahkota Parade Melaka , saya pegi la kedai buku MPH dan saya terjumpa buku yang sangat special ni tajuknya ialah " A-Z Jahitan Smocking ". Bila saya baca isi kandungannya buku ni , baru la saya teringat yang saya ada jumpa buku yang sama tapi versi english di kedai menjual bahan jahitan dan kraf di Taipan, Subang Jaya tapi harganye mahal pada saya iaitu RM 120 sebuah.
Saya baca isi kandungan buku ni dan terus saya beli sebab harganya hanya RM 38 ringgit dengan pelbagai info yang best sangatttttt. Saya memang terlampau happy dapat jumpa buku ni sebabnya saya sudah pegi banyak betul kedai buku macam MPH , Popular , Boader tapi saya tak jumpa pun buku smocking yang sangat lengkap dengan info berguna macam buku ni.
Cuma saya tak pasti kalau sekarang ni di MPH area KL dan PJ ada jual buku ni. So , pada sesiapa yang masih tercari-cari buku panduan lengkap nak jahit smocking ini la buku terbaik pernah saya baca.


Di muka surat awal/permulaan buku ni di tunjuk jenis-jenis jahitan smocking yang agak senang, di muka surat seterusnya lebih banyak teknik smocking yang ditunjukkan langkah demi langkah sampai la smocking siap. Dalam buku ni ditunjukkan lebih dari 25 jenis teknik smocking , bestnyaaa.


Semua perkara berkaitan smocking ada dalam buku ni , dari jenis kain , istilah smocking , jenis jarum, tips berguna tentang jahitan smocking , gambar yang sangat jelas dan macam-macam lagi lah.

BUKU SMOCKING

Buku smocking ni best sebab dah diterjemah ke bahasa melayu , lagi la senang nak faham. Dah tu ada pulak gambar-gambar yang jelas nak bagi senang kita baca dan faham setiap teknik jahitan.


Dalam buku ni pun ada juga teknik jahitan dan corak smocking advance macam dalam gambar diatas ni cantikkan reben tu, ni yang buat saya makin seronok nak mencuba teknik-teknik baru smocking ni. Ditunjuknya langkah demi langkah sampai la hasil jahitan yang dah siap.


Ini lagi teknik smocking yang baru yang menarik , penerangan yang lengkap dibawah gambar. Memang senang sangat kita nak faham dan lagi mudah la kita nak jahit smocking ni.


Memang best buku ni , banyak sangat panduan menjahit macam-macam jenis sulaman smocking. Berbaloi betul dengan harganya yang boleh dibeli oleh siapa pun , happy smocking to everyone !!