MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, March 30, 2009

PROSES POTONG KAIN

Kain perlu dibentang diatas meja yang rata dengan bahagian bawah atau wrong side diletak mengadap keatas. Nanti saya akan melukis pola baju dan lengan pada bahagian wrong side ini, jika kita melukis pada bahagian right side kadang-kadang kesan kapur akan kekal dan mengotorkan kain kita.
Bahagian tepi kain mestilah ditarik rapat ke tepi sisi meja , saya gunakan sisi meja ini sebagai guideline supaya kain dibentang lurus dan memudahkan saya menyusun pola pakaian supaya di dalam kedudukan lurus mengikut ira kain atau grainline.


Begini lah cara saya untuk memastikan polar atau pattern di susun lurus mengikut grainline atau ira kain. Pada polar pakaian mesti dilukis garisan lurus , nak lukis garisan lurus pada pola kertas ni pun ada tekniknya. Perlu susun pola pakaian mengikut ira kain supaya baju atau kain yang siap nanti akan tergantung dengan elok atau jatuh dengan cantik atau perkataan yang selalu saya guna ialah flow kain jatuh dengan cantik .


Bila pola kertas ini dah lurus baru lah saya pinkan pola kertas dengan kain . Kemudian saya lukis garisan pola lengan kertas ini serta basi kain. Nasihat saya pada sesiapa yang baru mula menjahit jangan la ikut cara saya ni , lukis la basi atau seamline pada pola kertas supaya lebih selamat. Sebenarnya tak ada salahnya buat cara saya ni tapi berhati-hati la ye.


Bila dah siap lukis semua garisan basi boleh la dipotong kain untuk bahagian lengan ini. Sepatutnya semua pola pakaian perlu dibentang sekali dan baru dilukis basi dan dipotong.

PROSES POTONG KAIN

Basi kain atau seamline sepatutnya perlu dilukis pada polar kertas  dan bila nak tekap/trace pada kain perlu mengguna kertas karbon dan roda surih  atau tracing wheel. Saya lukis basi atau seamline pada kain , nasihat saya pada sesiapa yang baru belajar menjahit lukis lah basi di atas kertas pola .

Proses potong kain , saya akan tekan tangan berhampiran kawasan kain dipotong supaya kain tidak bergerak atau berganjak.

Bila saya guna gunting yang berat secara outomatik gunting sudah terletak dengan elok dan kukuh diatas meja dan saya lebih mudah memotong garisan basi kain ini.



Dah pun siap di potong sebelah kain lengan, proses yang sama untuk potong bahagian pola baju dan lain-lain bahagian.

ALAT - ALAT MENJAHIT

Antara peralatan asas yang perlu ada untuk menjahit , masih ada banyak lagi tapi yang saya masukkan dalam post ini adalah sebahagian peralatan yang saya ada dan guna.
Jarum jahit tangan , kegunaan untuk menjahit pelbagai jenis jahitan seperti menjahit jelujur , jahit hemmingline atau lipatan basi kain , jahit butang dan lain-lain lagi.


Sekuci atau bobin dan bobin case. Kegunaan benang digulung didalam bobin dan diletak dalam bobin case.


Pelbagai jenis alatan menjahit seperti dari pemutar skru , getah kain , zip invisible , tracing wheel , pelbagai jenis butang , benang untuk sulaman , butang ketip , pencangkuk kain biasa dan untuk seluar , jarum peniti , jarum untuk mesin jahit dan pipping kain.


Pembaris sesiku "L" dan pembaris pembentuk untuk membuat polar baju dan tali tape , ini adalah antara alat mengukur yang sangat penting. Jadi ini saja lah alat atau bahan untuk jahitan asas yang sering saya guna.

ALATAN MENJAHIT


Gunting sebelah kiri ada lah khas untuk memotong kain sahaja dan tidak boleh diguna untuk memotong kertas atau bahan lain jika tidak gunting akan jadi tumpul.Beli la gunting yang berat dan besar walaupun mahal tapi memudahkan kita memotong kain .Gunting bertangkai biasa adalah gunting biasa untuk memmotong kertas. Sebenarnya ada 2 lagi gunting yang saya nak tunjuk tapi mana dah pegi tak tau la mungkin saya dah simpan sebab jarang guna .


Ini lagi bahan asas jahitan iaitu kapur untuk melakar/melukis pola baju dan lebihan basi atau seamline. Unpicker alat ini untuk mencungkil atau menetas benang jika kita tersalah jahit. Benang adalah bahan sangat penting kalau tak ada tak jadi la baju yang kita jahit tu hehhee.Ada lagi bahan asas lain seperti kertas kabon unntuk menekap garisan basi kain.


Ini pula 2 jenis benang asas iaitu benang untuk menjahit , tenunan benang ini adalah lebih padat dan tebal serta tak mudah putus. Benang warna putih tu pulak untuk jahitan tepi / overlock supaya kain yang sudah dipotong tidak menjadi berbulu dan memudahkan kita menjahit. Benang untuk jahitan tepi ini kurang sesuai untuk digunakan menjahit pakaian atau item soft furnishing kerana benangnya tak kuat sangat.


Ini pula jenis-jenis tapak untuk menjahit.Yang kiri adalah tapak zip biasa, yang tengah tapak jahitan biasa untuk garisan lurus dan sebagainya dan yang kanan adalah untuk tapak zip invisible . Jarum selalunya saya guna no. 11 utuk kain yang biasa atau jarum no. 13 untuk kain tebal. Ini adalah antara peralatan asas untuk menjahit.

KOLEKSI KULIT SIPUT

Ini lagi satu hobi saya, pegi je jalan ke kawasan pantai mesti cari kulit siput. Suami saya selalu juga kena gi out station pada hujung minggu dan tempat yang dia kena pegi tu selalunya bandar atau resort tepi laut , saya memang mesti ikut sebab time tu la kira macam kami pegi bercuti sekali.
Siput yang dalam gambar kat atas ni saya kutip di Pantai Remis , Kuala Selangor . Bila bawa balik rumah saya basuh siput ni banyak kali lepas tu saya tabur je atas surat kabar bagi kering dalam seminggu la. Bila dah kering , saya cari la bekas yang sesuai untuk letak siput-siput ni jadi sebahagian decoration item dalam rumah.


Memang dah banyak koleksi kulit siput saya ni tapi nak buat macam mana pegi je jalan ke kawasan pantai saya mesti nak kutip kulit-kulit siput ni , cantik-cantik dan unik sangat. Saya suka tengok pada rupa , warna dan bentuk kulit siput , ada juga jenis kulit siput yang jarang dan tak pernah saya tengok.

Ini pula koleksi kulit siput yang saya kutip di Port Dickson , pantai Marang di Kuala Terengganu dan pantai di Sungai Besar , Selangor. Memang saya boleh jadi leka bila membelek kulit siput ni dan anak - anak pun seronok bila tolong saya mengutip kulit siput di tepi pantai. Masa di tepi pantai memang tak terasa panas sebab angin bertiup kuat jadi nyaman saja dan selalunya kami pegi ke pantai pada waktu awal pagi atau petang. Sambil berkelah dan anak - anak pun seronok mandi laut , saya pun ambil peluang la berjalan di tepi pantai sambil kutip kulit siput ini.


Kulit-kulit siput ni pula saya kutip di pantai Kampung Sungai Ular , Cherating , Pahang masa bercuti ke sana raya cina sudah. Siput kat pantai tu lagi besar dan cantik tapi masalahnya bau busuk sangat macam bangkai ikan. Bila bawa balik KL saya kena rebus semua siput ni sebanyak 2 kali untuk hilangkan bau busuknya , memang rasa nak termuntah. Saya jemur siput ni pun lagi lama ada la dalam 3 minggu sebab nak bagi hilang bau.
Memang hairan la kenapa kulit - kulit siput yang saya kutip di pantai Cherating busuk sangat , kulit siput yang saya kutip di pantai PD , Kuala Selangor semuanya tak ada bau langsung. Pada 4 April ni saya dan keluarga nak ke Melaka pula dan akan menginap di resort tepi pantai , saya memang dah excited sebab nak mencari kulit siput lagi . Plan saya kalau koleksi kulit siput ni banyak sangat , saya nak beli extra balang kaca untuk letak kulit siput dan saya boleh buat sebagai hadiah untuk sedara -mara atau kawan -kawan.

Saturday, March 28, 2009

PEMANDANGAN SELEPAS SUBUH

Selalu bila bangun pagi dan tengah sibuk siapkan anak-anak nak ke sekolah saya suka curi-curi masa untuk pegi ke balkoni rumah saya ni untuk melihat pemandangan sekitar kawasan perumahan saya , saya ni duduk di apatment tingkat 7 dan memang boleh lihat pemandangan jauh sangat kalau kena cuaca cerah boleh nampak sampai ke KLCC.
Pemandangan matahari terbit dari celah-celah bukit-bukau betul-betul depan apatment saya ni memang mengasyikkan dan sering saya tunggu . Tiap-tiap hari pemandangan berbeza yang dapat saya lihat , kalau semalamnya hujan pagi ke esokkannya langit tak begitu cerah sebab banyak awan terkumpul di langit. Jika hari tu tak hujan memang dari pagi lagi langit cerah saja macam dalam gambar saya ambil ni.

Saya pun terus ambil kamera dan snap sana snap sini , berkeping-keping gambar saya ambil sebab takut cuaca akan berubah cepat. Memamg semenjak tahun sudah saya dah semakin teruja dan minat sangat dengan fotografi , terlalu asyik melihat melalui skrin camera pemandangan ciptaan Tuhan yang maha esa. Takjub sebenarnya dengan warna-warna alam , terlalu cantik.

Cantik sangat kombinasi warna alam , biru langit dengan jingga kemerah-merahan dari matahari . Nun jauh tu di sebalik bukit-bukau adalah kawasan Cheras dan KL , kalau new year eve atau Merdeka memang boleh nampak letupan bunga api dari KLCC . Best la juga.


Selepas snap berkeping-keping gambar tiba-tiba je saya nampak satu line halus  di langit. Dah lama saya tak nampak pemandangan macam ni , rupanya jalur garisan tu ialah asap dari kapal terbang atau jet yang melintas di ruang udara , wahhhh cantiknya saya pun terus mencari mana kapal terbang tu nun jauhhhhhhhh nampak kecil........ sangat.
Saya hanya terbayangkan org yang di dalam jet tu yang mungkin tengah memandang ke bawah melihat pemandangan yang lebih luas dan pasti sungguh mengasyikkan. Hmmmm bila melihat kecantikkan alam sekeliling ini menyebabkan saya teringat kepada penciptanya yang maha mengasihi dan penyayang. Saya terus rasa bersyukur sangat sebab masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta masih dapat melihat dan menikmati kehidupan di dunia ini seadanya.

Saya dongak kepala ke langit dan nampak garisan lurus ini dengan lebih jelas , cantik sangat dan terus saya teringat masa kecil-kecil dulu. Saya selalu nampak pemandangan begini sebab rumah saya berdekatan dengan lapangan terbang Kepala Batas , Alor Setar. 
Tapi masa kecil dulu lain ceritanya kalau nampak kapal terbang lalu mesti seronok sangat terus terjerit-jerit ..... bye-bye..... sambil tangan melambai-lambai pada kapal terbang di langit tu macam la orang dalam kapal terbang tu dengar hehehe , memang lawak bila ingat balik gelagat saya dan kawan-kawan dulu. Masa kecil yang saya tau nak seronok dan nak main saja hehehe memang masa kecil tu saja la yang kita ingat dan nak buat. Kejap saja masa berlalu sekarang ini anak-anak saya pula yang seronok melihat kapal terbang yang terbang di langit. 
Besok pagi saya nak tunggu lagi matahari terbit , memang mengasyikkan. Angan-angan saya ialah nak beli kamera SLR yang lebih canggih , sebabnya sudah pasti hasil gambar-gambar yang saya ambil nanti lebih cantik. Tapi buat masa ni saya dah cukup happy dengan kamera yang saya ada sebab hasil gambarnya dah cukup baik buat saya.

Thursday, March 26, 2009

POLA BAJU

Bila dah siap pola bahagian atas baju , saya pun mula la potong. Pastikan anda ada 2 gunting satu untuk memotong kertas dan satu lagi untuk memotong kain, pastikan gunting yang diguna untuk memotong kain tidak diguna untuk memotong bahan lain jika tidak gunting ini akan jadi cepat tumpul. Jika beli gunting untuk potong kain cari la gunting yang besar dan berat walau pun mahal tapi berbaloi sebab nanti memudahkan kita semasa proses memotong kain.


Saya melukis lengkung bahagian lubang lengan atau arm hole. Lekuk lubang lengan untuk orang dewasa yang gempal atau gemuk adalah lebih lurus disebabkan bahagian bawah ketiak yang besar berbeza dengan org dewasa yang kurus lubang lengannya adalah seperti dalam gambar yang saya lukis diatas ini.


Pola saya ini simple saja , saya tidak lukis bahagian basi kain atau seamline pada keliling pola baju dan lengan baju gaun ini sebab saya melukis seamline diatas kain nanti tetapi bagi sesiapa yang baru mula belajar menjahit sebaik-baiknya lukis la seamline setebal 1 cm disekeliling pola baju anda bukannya apa takut nanti terlupa menyebabkan baju jadi kecil dan membazir kain. Pola bahagian atas lengan besar sebab nanti saya akan buat kedutan atau gathers  dan bila siap akan jadi puff sleeve. Lepas ni ialah proses memotong kain pula dan menjahit untuk mencantum semua bahagian baju.


Bila dah siap di potong semua pola , saya mengacu pola baju dengan bahagian bawah skirt yang ada jahitan smocking. Bahagian belakang skirt nanti saya hanya buat kedutan macam bahagian hadapan skirt yang ada jahitan smocking.

Tuesday, March 24, 2009

MENGAMBIL UKURAN BADAN

Bila dah siap jahitan smocking bermulalah pula proses melakar pola baju tetapi sebelum itu kita perlu mengambil ukuran badan dahulu.

Saya sedang mengambil ukuran bahu , perlu mencari tulang bahu bagi memudahkan proses mengukur.


Seterusnya mengambil ukuran lubang lengan baju . Kita boleh juga mengambil ukuran lubang lengan pada baju yang dipakai oleh anak sahaja.


Bagi baju smocking ini saya nak buat fesyen lengan puff jadi saya mengambil ukuran sampai separuh lengan saja.


Ambil pula ukuran panjang baju , ikut pada kita nak buat panjang mana labuh baju. Saya suka buat gaun yang labuhnya bawah sikit saja dari paras  lutut baru la comel.

POLA BAJU

Saya mengambil ukuran dari tengkuk ke bahagian dada untuk mendapatkan panjang bahagian atas baju. Bahagian ini lah yang akan saya cantum dengan bahagian skirt yang ada jahitan smocking nanti.


Saya sedang mengambil ukuran tengkuk , bagikan lebihan pada pita ukur.


Saya mula melakar pola bahagian atas baju dengan menggunakan surat kabar lama sahaja. Sebaiknya gunakan brown paper yang bersaiz besar sebab memudahkan kita melakar pola baju yang labuh dan besar. Brown paper ini adalah kertas warna coklat yang dulu- dulu kita guna untuk balut buku sekolah , boleh dibeli dari kedai jual majalah dan stationery sekolah.

Monday, March 23, 2009

JAHITAN SMOCKING

Kali ini saya tunjukkan lagi jahitan smocking.Saya hanya menggunakan teknik cable stitch sahaja untuk gaun ini. Nanti untuk gaun yang akan datang saya akan tunjukkan teknik jahitan smocking yang lain.


Teknik jahitan cable ini yang paling senang dan sesuai untuk beginner , nak siapkan pun mengambil masa yang sekejap sahaja. Jika terasa bosan , berhenti la menjahit dan boleh sambung jahit balik pada masa atau hari yang lain.Tak perlu terburu-buru nak siap , takut nanti hasil jahitan smocking tak kemas.

Selepas ini saya akan tunjukkan bagaimana proses menjahit baju gaun smocking ini. Terdapat pelbagai teknik jahitan smocking lagi , jika kita minat dan ada kesungguhan semua teknik jahitan smocking akan menjadi mudah untuk kita jahit.Yang penting ialah kita kenalah selalu menjahit sebagai latihan memahirkan skill sendiri.

CINTA KALI KE DUA

Bukan saya yang bercinta untuk kali kedua tapi ini kisah adik ipar lelaki saya. Kalau sesiapa yang ada baca post saya yang lama mesti ada tengok gambar set hantaran warna biru yang saya buat dulu .Kisahnya panjang sangat tapi apa yang saya boleh ceritakan disini , adik ipar saya ni baru putus tunang tahun sudah , kesian dia. Apa nak buat dah rancang nak kahwin tapi tak menjadi juga , kisah percintaan adik ipar saya ni macam cerita P.Ramlee " Antara dua Darjat". Bertunangnya tahun 2007 , putus tunangnya 2008. Bila difikirkan balik memang tak elok bertunang lama-lama sangat tapi sebenarnya dah tak ada jodoh.
Tapi nasib baik cepat dapat penganti , kira adik ipar saya ni ok la juga orangnya. Perangai pun lebih kurang macam suami saya memang cepat orang suka. Dia bertukar tempat kerja masuk jabatan kerajaan terus bertemu dengan kekasih sekarang, alhamdulillah ok nampaknya bakal tunang adik ipar saya ni. Harap berkekalan la jodoh adik ipar saya kali ini sampai dinikahkan jadi suami isteri. Saya tak kisah kena buat hantaran banyak kali sebab memang dah minat kalau buat berpuluh kali pun boleh. Malam Jumaat sudah adik ipar datang lah bersama bakal tunang dia hantar barang-barang hantaran. Selalunya masa bertunang hantarannya makanan atau manisan dan buah-buahan tapi kekasih adik saya ni nak masa bertunang terus bagi hantaran dan duit belanja sekali , tak kisah la macam mana asal dua pasangan kekasih ini bahagia.
Memang nampak kali ini adik ipar saya cukup happy senyum saja kalau boleh dia nak cepat kahwin , bertunang sebulan terus nikah tapi pihak perempuan pula nak buat bulan Ogos. Tarikh bertunangnya 2 Mei ini jadi bertunang dalam 3 bulan la. Sabar je la Latip oii kalau ada jodoh tak kemana peginya si Baizura tu hehehe. Doa saya moga kali ini adik ipar saya panjang jodoh dia dengan kekasih hati , walaupun adik ipar tapi saya dah kenal benar dengan si Latip ni  dan tengok dia membesar dari dia berumur 15 tahun sampai la sekarang ni dia dah berumur 27 tahun dan adik ipar memang rapat dengan keluarga kami . So, lepas ni sepanjang bulan April memang saya sibuk la juga mengubah hantaran , nanti saya masukkan gambarnya kat blog saya ni.

Ini lah antara barang hantarannya handbag , kasut , tuala, telekung, sejadah , sepasang kain dan Al Quran. Semalam saya saja jalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman pergi ke kedai Bunga Reben , Sin Yin nak cari idea color dan konsep macam mana saya nak buat hantaran untuk adik ipar nanti. Mula tengok warna kuning lembut cantik juga tapi saya nak buat warna hijau polo gan warna gold lah. Lawa juga tapi belum pergi Nilai 3 kat sana lagi banyak kedai jual aksessori untuk hantaran ni dan memang rambang mata nak memilih nanti. Hujung minggu ni saya ke Nilai 3 la pulak rasanya terus beli bekas dan aksessori untuk hantaran di sana harga pun lebih murah dari kedai kat KL.


Set minyak wangi dan alat solek yang dipilih oleh kekasih adik ipar saya. Set rantai mutiara dari Sabah ini dibeli oleh adik ipar saya buat bakal tunang tersayang. Bekas cicin berbentuk bunga ros tu dipilih sendiri oleh Baizura , cantik senang sikit kerja saya tak payah nak cari bekas cincin yang sesuai. Idea memang dah banyak ni saya fikir macam -macam konsep juga tapi tak mau terlebih dan over sangat.Saya nak buat simple saja hantaran ini tapi mesti sweet dan cantik. Moga bila siap nanti Latip dan Baizura suka la dengan hasil gubahan kak Nannie ye.

Wednesday, March 18, 2009

PROJEK MENJAHIT TERBARU

Hari Ahad sudah saya pergi ke Kampung Sungai Buluh sebab nak beli 2 buntil kekabu ni.Bantal anak-anak di rumah dah makin nipis sebab isi kekabu di dalam nya makin pipih. So kena ganti baru la kalau tidak tak selesa nak tidur.Saya pun nak buat 2 biji bantal extra untuk kegunaan tetamu yang bermalam dirumah saya nanti. Saya memang suka guna bantal kekabu sebab selesa sangat , saya tak pernah beli bantal di kedai.Dari segi kos lebih kurang sama atau lagi murah sebab saya tengok kat Jaya Jusco dan shopping mall lain , harga bantal yang berkualiti agak mahal dan ada yang harga sampai RM 50 ringgit dan lebih untuk sebiji bantal.



Lepas beli kekabu saya pergi pula kedai kain Nagoya. Saya beli beberapa jenis kain untuk diri sendiri , semua kain ni saya nak buat jubah dan blouse. Cantik -cantik kain di Nagoya dan harga pun berpatutan. Kain untuk baju dan dress anak-anak dah lama saya beli tunggu masa nak jahit saja.

MEMORI LAMA


Peralatan yang paling penting untuk menjahit semestinya mesin jahit.Tak kira jika mesin jahit goyang kaki, portable atau high speed semuanya menjadi rakan karib si tukang jahit.Saya beli mesin jahit yang dalam gambar ini pada bulan Ogos tahun 1998 , kalau tanpa bantuan abang saya mungkin saya tak dapat memiliki mesin jahit high speed ini , thanks abang Kamal.Sebelum beli mesin jahit ini saya guna mesin jenis portable tapi jahitannya dah tak berapa elok.

Teringat kenangan 11 tahun dulu , bila dah dapat mesin jahit ini memang ligat la saya menjahit , projek pertama saya ialah membuat baju kurung ready made untuk dijual oleh kawan dan kakak saya di pejabat masing - masing. Selain tu saya juga mengambil tempahan jahit manik dan sequine . Sebelum berkahwin saya bekerja menjahit manik di Butik Indah Reka , Bangsar ( butik ni rasanya dah tak ade kot ) .

Memang la penat saya mengejarkan dateline tempahan customer . Aisyah , anak sulung kami pada masa tu baru berumur 9 bulan dan dia tak banyak ragam senang saja nak jaga , macam dia tahu saja mak dia sibuk mencari rezeki . Lepas siap semua tempahan saya memang dah target untuk raya tahun berikutnya, tak mau ambil banyak sangat tempahan atau last minit tempahan customer. Alhamdulillah rezeki kami cukup murah untuk tahun itu.

Pada tahun 1999 saya mula bekerja semula , lagi banyaklah tempahan menjahitan yang saya terima dari kawan- kawan sepejabat sampai ada yang saya kena tolak takut tak sempat siap pula nanti. Kami simpan semua rezeki dari menjahit dan dengan duit menjahit dan simpanan dari gaji kerja la kami guna untuk bayar duit down payment semasa beli rumah yang kami duduk sekarang ini , syukur alhamdulillah.

Tahun terakhir saya mengambil tempahan ialah pada tahun 2003 , bila saya mengandungkan Adlina terus saya berhenti menjahit dan lepas melahirkan dia , saya hanya menjahit untuk diri sendiri dan keperluan anak-anak . Saya dah penat mengejar dateline pelanggan dan perlu bagi perhatian pada kerja tetap ( makan gaji la katakan mesti la jaga prestasi) . Saya masih menjahit sekarang ini tapi untuk keperluan keluarga sahaja.


Bilik menjahit saya , dulu masa aktif mengambil tempahan bilik menjahit memang penuh dengan kain dan tak la sekemas ini. Sekarang ni bilik sentiasa kemas tersusun , maklum la saya jarang menjahit dan bila bulan puasa saja baru saya aktif untuk menjahit baju kurung kami anak beranak .


Mesin jahit yang banyak berjasa, kadang -kadang bila pegang saja mesin ini teringat memori dulu - dulu .Saya pernah tertidur tertangkup di mesin ini sebab penat sangat menjahit. Banyak kenangan manis yang saya lalui dengan mesin jahit ini antara nya semasa mengandung saya menjahit cadar dan sarung bantal , kelambu dan baju untuk anak-anak saya. Saya juga menjahit dan reka sendiri semua langsir , bed skirt , cushion cover , table runner dan apa saja la soft furnishing yang ada dalam rumah saya ini . Saya menjahit semua baju kurung untuk anak-anak dan baju kami sendiri dan saudara mara seperti mertua. Masa masih bekerja cikgu dulu saya pun menjahit costume atau baju untuk konsert sekolah atau masa hari sukan sekolah . Tu la antara kenangan bersama mesin jahit ku ini ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup la tu kang lagi panjang pulak cerita saya ni...

Alat jahitan saya mesti dalam keadaan kemas dan semua bahan cukup jika tidak saya tak boleh mula projek menjahit saya. Saya pasti semua tukang jahit mesti ada tool box jahitan macam ini.


Baju mak mertua yang tertunggak tak siap lagi , dalam minggu ini kena siap juga sebab kami nak balik kampung suami hujung minggu ini.Lepas ini pulak saya nak siapkan beberapa jubah saya dan baju kurung anak-anak untuk dipakai pada majlis bertunang adik ipar nanti.

Monday, March 16, 2009

SALE MPH

Tiap - tiap kali Mph buat sale saya mesti pegi sebab saya nak beli buku yang berkualiti dengan harga yang murah. Semalam , pagi - pagi lagi kami sekeluarga dah pegi ke sale ini dekat SS 24 , Pj. Seperti biasa memang ramai sangat orang tapi tak seramai masa sale di Kelana Jaya. Saya beli beberapa buah buku untuk diri sendiri dan anak-anak.Walau pun agak panas keadaan kat tempat sale tu tapi saya puas hati dan anak-anak pun happy dapat buku baru.

Beli lagi buku smocking , harga ok juga lepas diskaun. Beli buku untuk rujukan dan ada beberapa projek yang menarik , boleh la saya buat lepas ni. Tapi sale kali ini koleksi buku yang dijual tak sebanyak seperti sale tahun sudah .


Berkenan dengan teknik sulaman reben , saya beli 3 buah buku ni. Harga buku pun ok juga berpatutan. Lepas ni projek saya seterusnya cushion cover dengan sulaman reben , best tu.

Buku yang 2 buah ni tak pula plan nak beli tapi sebab ada diskaun sampai 70 % , saya beli juga tapi projek yang ditunjuk kat dalam buku ni best -best belaka .

Buku Chinese Brush Painting ini memang dah lama saya cari. Kebanyakkan buku tentang chinese painting yang saya jumpa di kedai lain harganya mahal dan buku yang saya beli ni lepas diskaun hanya RM 19.90 saja. Lepas ni memang pack la jadual harian saya dengan macam - macam aktiviti tapi saya happy sangat sebab dah mula boleh menjahit dan buat projek art saya balik sebab baby Adam dah makin besar dan mudah di jaga.