Antara peralatan asas yang perlu ada untuk menjahit , masih ada banyak lagi tapi yang saya masukkan dalam post ini adalah sebahagian peralatan yang saya ada dan guna.
Jarum jahit tangan , kegunaan untuk menjahit pelbagai jenis jahitan seperti menjahit jelujur , jahit hemmingline atau lipatan basi kain , jahit butang dan lain-lain lagi.
Sekuci atau bobin dan bobin case. Kegunaan benang digulung didalam bobin dan diletak dalam bobin case.
Pelbagai jenis alatan menjahit seperti dari pemutar skru , getah kain , zip invisible , tracing wheel , pelbagai jenis butang , benang untuk sulaman , butang ketip , pencangkuk kain biasa dan untuk seluar , jarum peniti , jarum untuk mesin jahit dan pipping kain.
Pembaris sesiku "L" dan pembaris pembentuk untuk membuat polar baju dan tali tape , ini adalah antara alat mengukur yang sangat penting. Jadi ini saja lah alat atau bahan untuk jahitan asas yang sering saya guna.
bagus lah blog ni..dapat pahala kamu mengajar orang yang tak berapa pandai menjahit..terus kan usaha kamu..
ReplyDeleteTerima kasih kak Ezza , saya nak kongsi sama ilmu yang ada .
ReplyDeleteA'ah saya sokong.. k=ske dpt jumpe blog cmni.
ReplyDeleteEm.. baru nak belajar menjahit. Tengah mencari kertas karbon tukang jahit xtau nak cari kat mana. Ke sama je mcm kertas kabon biasa..
salam kenal
ReplyDeletesalam nannie...sy ni aziah...pun baru nak cuba buat smocking,suka sgt,teringin nak buatkan anak pompuan...tp jarum tu jarum jahit biasa ke?tgk guna benang crossstich,so guna jarum crosstich?
ReplyDelete