MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, May 8, 2011

Selamat hari ibu

Hari yang sangat bermakna buat kita semua IBU , EMAK , UMI , MAMA .Saya ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua pengunjung blog saya ni...



Monday, April 25, 2011

Sayangku Nur Aisyah..

Hari ni adalah hari yang sangat istimewa buat kami sekeluarga..

Hari ni genap la 13 tahun umur anak sulung saya NurAisyah , kejap je masa berlalu dan Aisyah sekarang dah semakin meningkat remaja . Mama hanya doakan yang terbaik buat puteri sulung kesayangan Mama ni . Semoga Aisyah menjadi muslimah yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat kelak serta dilimpahi kebahagiaan serta di rahmati oleh yang maha esa , amin...

You are a special daughter
who means so much to me.
The day you were born,
there wasn't a lovelier sight to see.
I am glad God gave you to me.
Your love and devotion
has been my reason,
to get through many tough times,
and through many seasons.
As you have grown up,
your beauty shines through,
with a wonderful smile
that shows the real you.
You have a heart that is
made of gold
and I know it will stay that way,
as you grow old.
You make me proud
that you are who you are.
The bond that we have
will keep us close,
and no matter where you are,
you won't seem far.
The closeness we have
will never depart,
cause there is so much love
that connects you to my heart.
I am glad my daughter,
that you are mine,
because having you in my life
makes my sun shine.
MAMA LOVE U SOO MUCH MY SWEETHEART..

Thursday, April 14, 2011

Up-date paintingku

Semalam saya baru dapat overcoat canvas re-cycle ni . Slow juga kan progress projek painting saya ni hehehe tak pa slow and steady . Saya buat bila ada masa terluang lagi pun bila nak buat art work macam painting atau drawing saya tak boleh rush dan nak cepat siap . Saya perlu masa dan bila mood tengah ok kalau tidak memang tak jadi la art work yang saya buat tu sama la juga kalau menjahit saya kena dalam keadaan ok releks kalau dalam keadaan penat saya tak boleh menjahit . So , saya dah selesai overcoat insyallah hari ni saya mulakan painting saya ni . Sooo tunggu ya hasilnya....

Saya plan nak buat painting yang simple je sebab canvas ni besar 4 x 4 kaki so saya akan guna pilihan warna yang lembut supaya catan yang terhasil tak kelihatan terlalu bold atau menonjol sebab saya akan letakkan painting ni di ruang living rumah saya yang comel ni so saya nak painting ni nanti harmoni atau blend dengan suasana living area saya yang cute itue . Bila siap nanti saya masukkan gambar painting ni ya..

Wednesday, April 13, 2011

Berita macam ni la buat saya risau..

Berita ni dah 2 hari lepas keluar di surat khabar dan masa baca tu saya dah nak buat jadi n3 tapi terlupa pula sampai la hari ni baru ingat balik .Bila baca berita kisah malang yang jadi pada 2 orang adik-beradik perempuan di Alor Setar ni buat hati saya sedih kesian teramat sangat pada mereka berdua , jantung saya berdegup kencang dan berdebar-debar , marah sangat pada lelaki yang buat semua ni dan dalam masa yang sama saya risau keselamatan anak sendiri . Saya cukup-cukup simpati pada 2 orang adik-beradik yang masih kanak-kanak dan di anaiya oleh lelaki yang jahat tu . Doa saya moga kanak-kanak ni dapat recover dari trauma yang mereka lalui tu dan mereka dapat pembelaan yang terbaik sementara lelaki yang jahat tu di jatuh hukuman yang maha berat . Saya pun doa moga anak-anak saya sentiasa dilindungi dan dipelihara keselamatan mereka , amin .

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.


Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.


Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan. Ehsan Harian Metro.

----------------------------------------------------------------------------

Bila baca berita macam ni la buat saya cuak nak lepaskan anak saya yang sulung Aisyah pergi jalan-jalan dengan kawan-kawannya dulu . Tahun sudah lepas dapat keputusan UPSR kawan-kawan ajak Aisyah pergi IOI Mall , Puchong untuk celebrate kejayaan masing-masing . Terkejut besar saya masa Aisyah minta kebenaran dari saya nak join kawan-kawan dia tu dan Aisyah bagi tau saya lagi memang kawan-kawan dia tu selalu jalan-jalan di IOI Mall , alahai terkejut lagi saya dengar cerita Aisyah bukannya apa kawan-kawan Aisyah tu semuanya baru 12 tahun kiranya masih kanak-kanak pada mata saya ni tapi mereka dah berani window shopping , menonton wayang , main bowling dan sebagainya la . Mereka dah di bagi kebebasan by their parent untuk merayau kononnya nak enjoy dengan kawan-kawan di shopping complex bercampur dengan ratusan manusia lain .

Saya bukannya nak pertikaikan cara didikkan parent kawan-kawan Aisyah tu sebab pada saya itu hak dan cara masing-masing nak didik anak mereka sendiri . Cuma pada saya biarlah kena pada usia untuk anak-anak kita dibagi kebenaran jalan-jalan dengan kawan-kawan , kalau dah 16 tahun ok la juga ni baru 12 tahun tapi dah pandai merayau di shopping kompleks . Kecut perut saya bila teringat kes culik , rogol dan bunuh yang makin menjadi-jadi sekarang ni sebab tu saya tak akan bagi Aisyah kebebasan untuk nak window shopping dengan kawan-kawannya tu . Saya terangkan pada Aisyah keburukannya bila anak gadis semuda dia berjalan-jalan tanpa ada pengawasan parent dan Aisyah pun sendiri cakap yang dia pun tak reti nak jalan-jalan tanpa kami .

Lepas beberapa hari Aisyah cerita pada saya yang salah sorang kawannya kata Aisyah ni kena control dengan parent sebab tak join mereka pegi enjoy kiranya Aisyah ni tak cool dan hapenning la . Hahahaha gelak besar saya dengar dan saya cakap pada Aisyah bukan kena kongkong tapi sebab mama dan abah sayang sangat pada Aisyah sebab tu kami nak jaga dia dari sebarang perkara yang tak baik. Aisyah pun setuju dan Aisyah cakap dia sendiri rasa takut dan tak selesa jalan-jalan tanpa kami berdua . Hmmmm macam-macam kan perangai anak-anak remaja yang tengah nak naik dan semakin dewasa ni . Saya memang selalu pesan dengan Aisyah berwaspada dan pandai-pandai la pilih kawan....dan macam-macam lagi la perkara yang saya selalu sembangkan dengan anak gadis saya ni macam hal sekolah , pelajaran dia , hal kawan-kawan .

Baru-baru ni Aisyah agak sedih sebab ada kawan sekelas dia sekarang ni yang dulunya masa di sekolah rendah adalah bestfriend dia sekarang ni dah jumpa kawan baru dan tinggalkan Aisyah hmmm tak pe la sayang ada hikmahnya mungkin kawan tu bukan kawan terbaik untuk Aisyah dan saya bagi tau Aisyah pilih la kawan lain sebab manusia memang boleh berubah apa boleh buat kat dunia ni memang ada macam-macam jenis perangai manusia..

Ya Allah lindungi la anak-anakku dan jauhkan mereka dari sebarang bahaya atau musibah , Amin...

Thursday, April 7, 2011

Ini yang saya suka..

Projek yang tertangguh lagi ni dan hari ni baru saya dapat buat lepas setahun tak juga siap-siap hehehe..kalau ada reader blog saya ingat dulu last year saya ada buat n3 tentang canvas yang nak dibuang ni dan saya ambil dari cleaner yang dah nak bawa ke tempat sampah . Saya simpan canvas ni punya lama sampai la minggu lepas baru saya teringat balik .

Idea dan design untuk painting ni saya memang dah ada tapi sebelum start painting saya perlu cat semula permukaan canvas ni untuk tutup painting yang lama . Painting yang lama ni terlalu modern so tak masuk or sesuai dengan citarasa dan deco rumah saya . Saya plan nak buat painting yang simple je . Nak tengok hasilnya tungguuuuuu ya.....

Bye-bye painting lama ni sebab saya nak cat dulu pemukaan painting ni baru saya boleh start painting saya sendiri , re-cycle dan jimat belanja emmmm i loike..

Monday, April 4, 2011

TERIMA KASIH NUFFNANG - sudah sampai la...

Dah lama tak buat n3 baru memang lately ni saya tak menjahit sangat so tak de cerita kisah jahitan yang saya nak kongsi bersama di blog saya ni tak macam dulu boleh di kata kan hampir tiap-tiap hari saya masuk n3 baru dalam blog ni kalau tak cerita menjahit saya suka juga menulis macam-macam kisah . Idea nak buat n3 tu ada cuma tak berkesempatan nak duduk depan laptop ni lama sikit selalunya saya sempat buat n3 blog masak saya saja sebab memang tiap-tiap hari masak so memang ada resepi yang boleh saya berkongsi bersama .

Pagi tadi saya check mailbox dan ada la 2 keping surat dari maxis serta sekeping surat lagi tak pasti dari mana tapi saya berharap sangat dari NUFFNANG . Dah berminggu-minggu juga saya tunggu surat dari NUFFNANG sampai kadang-kadang tu terlupa . Bila teringat balik baru la terdetik 'kenapa la lama sangat nak tunggu surat cinta dari NUFFNANG ni' hehehe .

Pagi tadi surat 'cinta' saya tu dah sampai bila buka je saya banyak kali doa biar la surat ni dari NUFFNANG dan bila tengok je cheque tertera nama saya tu hmmmm HAPPYnyaaaaaaa dan syukur alhamdulillah...memang saya suka dan happy sangat sebab hasil pertama dari NUFFNANG saya dah dapat . Jumlah imbuhan iklan NUFFNANG yang saya dapat ni tak la sampai ribuan ringgit tapi dalam beberapa ratus la juga...syukur alhamdulillah.....ni yang buat lagi bersemangat saya nak berblog....


Sudah sampai surat 'cinta' ku ni...

Memang berbaloi hasil berblog rupa-rupanya dan saya memang tak leh jauh sangat dengan blog saya ni . Tiap-tiap hari mesti check dan saya memang banyak buat n3 di blog masak saya tu . Dulu saya berblog untuk suka-suka lepas tu saya mula buat bisnes sikit-sikit sampai la sekarang ni alhamdulillah rezeki sentiasa tak putus . Banyak yang saya rancang untuk memperbaiki blog saya ni selain tu saya nak lebih serious dalam bisnes jahitan saya ni . Saya dalam perancangan nak buat kelas jahitan sulam smocking untuk mereka yang betul-betul berminat . So tunggu berita tentang kelas smocking yang saya plan nak start dalam bulan Jun atau Julai .

Best sebenarnya ada blog ni banyak faedah yang saya dapat bila dah jadi full time blogger . Semua terletak pada diri kita sendiri nak menentukan jenis blog kita sendiri , niat saya berblog sebab nak berkongsi minat dan ilmu mengenai dunia jahitan . Harapan saya blog jahitan dan hobi saya ni dapat memberi banyak informasi jahitan buat semua pengunjung . Terima kasih buat semua pengunjung yang singgah dan sudi pula menjadi follower blog saya ni..

Sunday, March 27, 2011

Rehat lagi..

Bila lalu je kat sebelah mesti jeling-jeling...
Kat sapa saya jeling-jeling tu ya....
Ni haaa kat mesin jahit Singer ku yang dah lama tak beroperasi...
Hehehehe..memang rehat betul saya dari menjahit ni..
Semenjak cuti sekolah sampai la hari ni tak sentuh-sentuh lagi cik Singer ku..
Akak nak rehat lagi dalam seminggu la..
Lepas tu baru la akak nak jahit balik..
Projek banyak yang tak siap lagi ni..
Heeeeee...

Mesin jahitku yang dah berumur 14 tahun ,banyak betul jasa mesin ni sayang la...

Wednesday, March 23, 2011

Muhasabah diri: Jaga la pertuturan mu

Jaga kata-kata mu...

Pepatah Arab ada mengatakan “Satu perkataan, apabila ia terbit dari hati maka akan jatuh ke hati, manakala jika ia terbit dari lidah ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga”. Perkara ini menekankan kepada konsep keikhlasan seseorang dalam mengeluarkan setiap patah perkataan sama ada untuk didengari ataupun dibaca oleh orang lain. Ikhlas itu letaknya pada hati. Oleh yang demikian, sesiapa yang hanya mengeluarkan perkataan tanpa keikhlasan, walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tetapi mungkin ia sukar untuk diserap masuk ke dalam hati dan jiwa para pendengarnya.

Itu adalah hubungan antara lidah, hati dan keikhlasan. Lidah sebagai alat, hati sebagai jiwa manakala keikhlasan adalah nilai agama Islam. Apabila digabungkan antara alat, jiwa dan nilai agama, maka barulah akan datangnya keberkesanan sesuatu pekerjaan atau amalan manusia itu. Benarlah firman Allah (al-Bayinah:5): “Tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar melakukan ibadah (sesuatu yang mendatangkan manfaat dan pahala) dengan ikhlas dan berdasarkan ajaran agama Islam yang maha suci.


Tika dan saat ini kita ingin membicarakan tentang alat itulah. Iaitu lidah. Ke mana, bila dan di mana alat ini boleh digunakan dan untuk tujuan apa kita menggunakannya? Dan apabila ia perlu digunakan pula, kita hendaklah mempastikan ramuannya yang cukup iaitu ia hendaklah digabungkan dengan dua perkara yang telah dijelaskan iaitu hati dan keikhlasan.

Firman Allah (Qaf:18): “Tidak ada satu perkataan yang dilafazkan melainkan akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid”.

Adalah menjadi kewajipan setiap muslim menjaga lidahnya. Mereka hendaklah tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sesuatu perkataan dengan lidahnya melainkan perkataan yang ada manfaat bagi dirinya dan maslahah kepada agamanya (diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling). Bahkan sekiranya sesuatu perkataan itu ada mengandungi manfaat dan mudharat pada satu-satu masa, seorang muslim juga hendaklah tidak memperkatakannya. Ia adalah sunnah Rasulullah SAW.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari pembalasan (kiamat) maka hendaklah ia memperkatakan kebaikan atau memilih untuk berdiam diri”.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa seseorang muslim tidak boleh memperkatakan sesuatu kecuali jika ia pasti mengandungi kebaikan (manfaat). Sekiranya ia syak akan perkataannya itu adakah ia akan membawa kebaikan atau mengundang keburukan, maka hendaklah ia tidak meneruskan perkataan tersebut. Imam Syafii mewasiatkan “Apabila seseorang ingin berkata sesuatu perkataan, maka ia perlu memikirkan terlebih dahulu adakah ia pasti membawa kebaikan maka diteruskan. Sebaliknya jika ia syak sama ada perkataannya itu membawa kebaikan atau keburukan, hendaklah ia tidak meneruskan perkataannya sehingga kepastian perkataannya itu membawa kebaikan tercapai”.

Menerusi wasiat Imam Syafii itu, kita dapat menyimpulkan bahawa hanya perkataan-perkataan baik sahaja yang perlu diucapkan oleh seseorang Muslim. Manakala jika ia syak, hendaklah ia menahan perkataanya itu sehingga syak dan ragu-ragunya (bahawa perkataan itu akan mengundang keburukan) itu hilang. Apatah lagi perkataan yang ia pasti membawa keburukan maka ia tidak langsung diamalkan.

Oleh itu, berfikirlah sebelum kita mengeluarkan kata. Sesungguhnya pada tiap-tiap perkataan itu ada dosa atau pahala yang pasti dicatatkan oleh malaikat pencatat yang tidak pernah lupa atau alpa pada tugas-tugasnya. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda berpesan “Sesungguhnya seseorang hamba Allah yang memperkataan satu perkataan yang mengundang redha Allah nescaya kedudukannya di sisi Allah akan diangkat beberapa darjat. Sebaliknya seseorang hamba Allah yang memperkatakan satu perkataan yang mengundang murka Allah nescaya pasti ia akan dicampakkan ke Neraka Jahannam”. Begitulah atau sebagaimana mafhum hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW riwayat al-Bukhari.

15 anugerah Allah pada wanita tidak pada lelaki

15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI.

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.’ (An Nisa :1) 

'Ballighu anni walau a'yah'
'sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat' (maksud hadis Nabi S.A.W.)

Tuesday, March 22, 2011

Muhasabah diri

Fitnah rosakkan ukhuwah

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.


Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.” (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya.”

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.”

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

“Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

Singgah di kebun strawberri..

Masa first day sampai kami tak sempat pun nak ke kebun buah strawberri so masa second day lepas sarapan Aisyah dah tak sabar nak ke kebun strawberri . Banyak juga kebun stawberri yang kami pegi tapi kebanyakkannya tak boleh masuk ke dalam kebun untuk kami petik sendiri buah strawberri tu . Last sekali kami singgah satu kebun strawberri yang besar . Bila dah masuk dan tinjau kat dalam kebun tu saya boleh nampak ramai juga pelancong yang tengah seronok petik buah strawberri .

So, akhirnya tercapai la hasrat Aisyah nak masuk ke kebun dan petik sendiri buah strawberri yang masak ranum . Saya , Aisyah dan Alina yang masuk ke dalam kebun strawberri tu dan bayaran nak masuk pun ok tak mahal RM20 untuk 3 orang dan kami di bagi satu tray polysterin . Kami boleh kutip sebanyak mana buah yang kami nak tapi kalau terlebih beratnya kena la bayar xtra di kaunter . Seronok sangat Aisyah dan Adlina termasuk la maknya ni hehehe ye la pengalaman baru dapat petik buah strawberri segar dari ladang . Bila dah sampai rumah separuh buah strawberry tu saya dah masak buat sos untuk dimakan dengan waffle dan separuh lagi saya nak masukkan dalam cheese cake dan resepinya saya akan masukkan dalam blog RESEPI NANNIE ya..

Ok jom tengok gambar-gambar kenangan kami di kebun strawberri tu , 20-15 tahun dulu kalau pegi Cameron saya seronok nak tengok kebun bunga dan ladang teh tapi sekarang ni anak-anak saya excited nak masuk ladang buah strawberri . Bila jalan-jalan di sekitar Cameron ni memang banyak sangat kebun strawberri dan ramai peniaga yang buka gerai jual buah strawberri fresh dengan harga yang murah berbaloi la kalau nak beli buah strawberri ni xtra sebab macam-macam resepi yang guna buah strawberri ni..


Happynya Aisyah..pengalaman baru..

Adlina bergaya dengan t-shirt baru yang dia pilih sendiri , t-shirt ni saya beli di gerai pasar malam Cameron dan gambar t-shirtnya buah strawberri juga la..

Aisyah dan Adlina posing lagi..


Happynya Aisyah yang tengak busy petik buah strawberri . Buah strawberri ni manis masam so kalau nak sedap makan la dengan aiskrim atau waffle dan dicelup dengan coklat ganache hmm yummy dan kalau dibuat strawberry milk shake pun sedap juga . Semua resepi akan saya masukkan dalam blog masak saya nanti ya..

Fresh strawberries yummy..

Banyaknya buah strawberry..

Penuh pokok strawberri yang ditanam dalam pasu bergantung macam ni dan ditanam dalam beg plastik hitam serta disusun penuh atas para keliling kami . Pokoknya semua hidup subur dan berbuah lebat . So pilih saja yang mana bekenan saiz buah pun besar serta fresh..

Happy anak-anak saya ni tercapai dah hasrat nak petik buah strawberri fresh..mama pun happy juga hehehe...

Nur Aisyah yang happy dengan hasil kutipan sendiri..


Di bawah para-para pokok strawberri ada juga ditanam bunga kobis ishhh geram saya tengok laa rasa macam nak petik je bestnya kalau saya boleh tanam sayur macam ni kat rumah sendiri hehe insyallah...

Bunga segar mekar di Cameron...


Saya sambung lagi n3 jalan-jalan holiday kami sekeluarga , dari Kota Bharu kami nak balik ke KL so hubby ikut jalan Gua Musang-Lojing yang akan terus keluar di tol Simpang Pulai . Kami terus ke Cameron Highland dulu untuk teruskan plan holiday kami sekeluarga ni .

Bila dah lalu jalan Gua Musang-Loging ni baru la saya tau rupa-rupanya memang dekat sangat kalau nak ke Kota Bharu lalu ikut Simpang Pulai so lepas ni memang kami akan ke pantai timur lagi la bila dah tau jalan baru dari Simpang Pulai - Gua Musang - Kota Bharu ni .

So bila dah sampai Cameron saya dan family ke nursery atau kebun bunga/strawberry . Anak-anak happy menikmati waffle dengan buah strawberri dan saya pula tengah syok mengambil gambar macam-macam jenis bunga yang hidup subur di puncak Cameron Highland ni .

So jom kita layan tengok gambar semua bunga-bunga yang cantik sangat ni cuma tak ada gambar bunga ros la saya tak sempat nak ke taman bunga ros maybe next trip saya nak ke semua taman bunga yang ada di Cameron Highland ni...

Dua orang anak saya yang sentiasa happy posing untuk mama..













Hasil gambar yang saya ambil dengan guna kamera digital biasa tanpa touch-up kira not bad la kan hasil gambar turn-out cantik juga..

Wednesday, March 16, 2011

Cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni saya besama keluarga bercuti ke Terengganu dan Kelantan . Sekarang ni saya masih di Kota Bharu dan lepas ni kami nak keluar jalan-jalan lagi . Memang best dapat bercuti ke tempat dan negeri yang dah lama kita plan nak pegi dan saya memang dah lama sangat nak ke Kota Bharu sebab kali terakhir saya ke sini masa saya praktikal selama 5 minggu di KB pada tahun 1993 . Sekarang ni bandar KB dan negeri Kelantan banyak sangat berubah .

So n3 kali ni saya masukkan gambar saya dengan anak-anak semasa kami bercuti di Kuala Terengganu dan gambar saya bersama totebag jeans yang saya sempat siap sebelum cuti sekolah..

Totebag jeans yang saya baru siapkan sebelum cuti sekolah..


Ini adalah kali kedua kami ke Taman Tamaddun Islam , pada tahun 2007 saya dan anak-anak ikut serta suami yang libat dengan Islam Hadhari . Masa tu Taman ni belum siap sepenuhnya so kami hanya dapat tengok dari luar saja . So kali ni baru la kami dapat masuk dan tengok semua bangunan minature masjid yang dibina sebiji macam bangunan asal dan sangat cantik...

Anak-anak posing disamping replika masjid , Adlina kata dia jadi macam giant pula bila berdiri di sebelah replika masjid ni macam cerita Ultraman :)

Dua orang permata hati saya ni cukup happy sepanjang masa kami bercuti kali ni








Anak-anak saya seronok sangat disini..

Ok sampai sini dulu nanti bila ada kelapangan lagi saya akan buat n3 lagi...

Bye...happy holiday...

Wednesday, March 9, 2011

Totebag dari skirt jeans

Sebelum ni saya ada buat n3 kisah skirt jeans Aisyah yang dah rosak zip dan saya nak buat jadi totebag . So semalam saya dapat siapkan totebag jeans ni dan dengan rasminya dah jadi bag baru saya sekarang ni (saya sangat happy dapat bag baru hehehe).

Bag ni dapat juga saya siapkan selepas tertangguh beberapa hari hehe biasa la tu projek yang tertangguh ni al maklum la saya hanya dapat menjahit bila ada masa terluang je atau tengah free . Masa saya sekarang sangat-sangat padat ( btw saya sangat happy serta tenang dengan life saya sekarang dapat uruskan hal rumah tangga dan anak-anak , satu kepuasan untuk saya dapat tengok anak-anak membesar depan mata ) tapi macam mana pun saya mesti cari masa untuk menjahit sebab kalau tak menjahit saya rasa masa serba tak kena . Kiranya dalam seminggu tu saya mesti menjahit dan saya dah jadi macam ketagih pula dengan sewing hehehe . Mungkin pada orang yang tak suka menjahit kenyataan saya tu macam ' ehhhh biar betul boleh addicted nak menjahit ke' tapi pada rakan-rakan yang memang minat dan 'cinta' pada sewing pasti faham apa yang saya rasa . Kalau dah minat memang perkara yang susah menjadi senang dan kalau dalam seminggu tu tak menjahit rasa tak best . Jahitan dah jadi terapi untuk saya releks dan saya memang puas hati sangat bila hasil jahitan saya siap tak kira la cantik atau sekadar ok je...

Taraaaa ni la bag baru saya, akhirnya saya dapat siapkan sebelum cuti sekolah so cuti-cuti Malaysia lah saya dengan bag baru.....

Saya potong terus bahagian waistline/atas skirt yang ada zip sebab bahagian tu tebal so susah nak jahit nanti . Bila menjahit , saya memang nak cepat siap so selalunya projek bag saya semuanya simple-simple je tapi yang penting sangat praktikal dan saiz bag mesti besar sebab saya nak isi macam-macam barang dalam bag ni ( bag mama ni pun kadang-kadang merangkap jadi bag abah simpan walet n kunci kereta juga ).

Saya masih kekalkan pleat bahagian belakang skirt dan saya jadikan pleat ni sebagai bahagian depan bag . Hmmm i loike it very-very much...ruang dalam bag pun jadi lagi besar bila ada pleat ni...cantikkan. Saya gabungkan kain langsir jenis hard cotton untuk bahagian tali bag . Bila dah digabungkan kain bercorak dengan kain jeans ni bag saya yang dah siap ni tak la nampak plain sangat.

Simple decoration untuk bag ni terhasil dari idea spontan , saya jumpa lace yang saya beli untuk hiasan dress . Bila saya acukan pada bag ni jadi cantik pula . So tanpa buang masa saya jahit terus lace pada bahagian bag. Bila dah habis jahit memang jadi sweet sangat kombinasi lace , kain bercorak dengan latar bag dari kain jeans.


Bahagian tali bag ni saya guna kain hard cotton bercorak yang saya dah lama beli dari kedai kain Tewah Saya gabungkan dengan kain jeans cotton keras yang saya memang ada simpan selama ni . Teknik jahit pun simple saja top-stitch , cara nak cepat siap.
Saya sambung dulu tali bag dengan bahagian bag sebelum saya cantum bahagian lining dengan bag dan teknik jahitan masih sama top-stitch .

Saya cadang ingat nak buat sikit hiasan guna felt hmmm tengok la dulu kalau ada masa maybe saya boleh buat . Tapi buat masa ni saya dah cukup happy dengan bag baru hasil jahitan saya sendiri.


Bahagian opening untuk bag ni..mudah dan ringkas..


So , dengan rasminya saya guna dulu bag ni dan saya dah transfer semua barang dari totebag pink masuk dalam totebag jeans baru saya ni. Memang saya puas hati dengan hasil projek bag saya kali ni . Cukup simple dan sesuai dengan citarasa saya...

Cuti sekolah dah hampir tiba so saya ucapkan selamat bercuti ya...