MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, April 13, 2011

Berita macam ni la buat saya risau..

Berita ni dah 2 hari lepas keluar di surat khabar dan masa baca tu saya dah nak buat jadi n3 tapi terlupa pula sampai la hari ni baru ingat balik .Bila baca berita kisah malang yang jadi pada 2 orang adik-beradik perempuan di Alor Setar ni buat hati saya sedih kesian teramat sangat pada mereka berdua , jantung saya berdegup kencang dan berdebar-debar , marah sangat pada lelaki yang buat semua ni dan dalam masa yang sama saya risau keselamatan anak sendiri . Saya cukup-cukup simpati pada 2 orang adik-beradik yang masih kanak-kanak dan di anaiya oleh lelaki yang jahat tu . Doa saya moga kanak-kanak ni dapat recover dari trauma yang mereka lalui tu dan mereka dapat pembelaan yang terbaik sementara lelaki yang jahat tu di jatuh hukuman yang maha berat . Saya pun doa moga anak-anak saya sentiasa dilindungi dan dipelihara keselamatan mereka , amin .

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.


Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.


Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan. Ehsan Harian Metro.

----------------------------------------------------------------------------

Bila baca berita macam ni la buat saya cuak nak lepaskan anak saya yang sulung Aisyah pergi jalan-jalan dengan kawan-kawannya dulu . Tahun sudah lepas dapat keputusan UPSR kawan-kawan ajak Aisyah pergi IOI Mall , Puchong untuk celebrate kejayaan masing-masing . Terkejut besar saya masa Aisyah minta kebenaran dari saya nak join kawan-kawan dia tu dan Aisyah bagi tau saya lagi memang kawan-kawan dia tu selalu jalan-jalan di IOI Mall , alahai terkejut lagi saya dengar cerita Aisyah bukannya apa kawan-kawan Aisyah tu semuanya baru 12 tahun kiranya masih kanak-kanak pada mata saya ni tapi mereka dah berani window shopping , menonton wayang , main bowling dan sebagainya la . Mereka dah di bagi kebebasan by their parent untuk merayau kononnya nak enjoy dengan kawan-kawan di shopping complex bercampur dengan ratusan manusia lain .

Saya bukannya nak pertikaikan cara didikkan parent kawan-kawan Aisyah tu sebab pada saya itu hak dan cara masing-masing nak didik anak mereka sendiri . Cuma pada saya biarlah kena pada usia untuk anak-anak kita dibagi kebenaran jalan-jalan dengan kawan-kawan , kalau dah 16 tahun ok la juga ni baru 12 tahun tapi dah pandai merayau di shopping kompleks . Kecut perut saya bila teringat kes culik , rogol dan bunuh yang makin menjadi-jadi sekarang ni sebab tu saya tak akan bagi Aisyah kebebasan untuk nak window shopping dengan kawan-kawannya tu . Saya terangkan pada Aisyah keburukannya bila anak gadis semuda dia berjalan-jalan tanpa ada pengawasan parent dan Aisyah pun sendiri cakap yang dia pun tak reti nak jalan-jalan tanpa kami .

Lepas beberapa hari Aisyah cerita pada saya yang salah sorang kawannya kata Aisyah ni kena control dengan parent sebab tak join mereka pegi enjoy kiranya Aisyah ni tak cool dan hapenning la . Hahahaha gelak besar saya dengar dan saya cakap pada Aisyah bukan kena kongkong tapi sebab mama dan abah sayang sangat pada Aisyah sebab tu kami nak jaga dia dari sebarang perkara yang tak baik. Aisyah pun setuju dan Aisyah cakap dia sendiri rasa takut dan tak selesa jalan-jalan tanpa kami berdua . Hmmmm macam-macam kan perangai anak-anak remaja yang tengah nak naik dan semakin dewasa ni . Saya memang selalu pesan dengan Aisyah berwaspada dan pandai-pandai la pilih kawan....dan macam-macam lagi la perkara yang saya selalu sembangkan dengan anak gadis saya ni macam hal sekolah , pelajaran dia , hal kawan-kawan .

Baru-baru ni Aisyah agak sedih sebab ada kawan sekelas dia sekarang ni yang dulunya masa di sekolah rendah adalah bestfriend dia sekarang ni dah jumpa kawan baru dan tinggalkan Aisyah hmmm tak pe la sayang ada hikmahnya mungkin kawan tu bukan kawan terbaik untuk Aisyah dan saya bagi tau Aisyah pilih la kawan lain sebab manusia memang boleh berubah apa boleh buat kat dunia ni memang ada macam-macam jenis perangai manusia..

Ya Allah lindungi la anak-anakku dan jauhkan mereka dari sebarang bahaya atau musibah , Amin...

9 comments:

  1. Uihss....akak yang anak lelaki pun dedulu tak berani tinggal2kan dorang kat shopping kompleks..bahaya pada akak.. Ingat tak dulu kes kat Subang Parade sepasang budak diculik. Akhirnya jumpe yg boy tengah mintak sedekah kat bangkok (kakinya kene potong)..yg girl..kite pun almaklum la nasib die... Kalau dah terjadik..menyesal pun tak guna kan.

    ReplyDelete
  2. saya pun baca berita tu mmg geram kat lelaki tu..
    kdang2 anak ni terjebak dgn perkara yg kurang sihat sbb tersalah pilih kwn...terpaksa lah check siapa kwn2nya..biarlah anak kata kita ni cerewet asalkan anak selamat

    ReplyDelete
  3. as salam nannie....

    mmg mencabar mendidik remaja zaman sekarang

    ReplyDelete
  4. to k aida mn ,
    betul tu kak , sama la kita rupanya saya rasa kalau baru 12 tahun kecil sgt nak bagi anak kita pegi jalan2 kt shopping complex kan tempat public mcm tu yg penuh dgn beratus manusia yg tak tau apa agenda mereka . ishhh takut saya bila ingat mcm2 hal jadi skrg ni , kat paper byk sgt kes jenayah .

    yang kes kt Subang parade tu tahun berapa ya saya tak ingat ke tapi kesiannya 2 org budak tu kena potong kaki aduhh sedihnya saya dengar n yg perempuan tu hmm sedihnya , apa dh jadi pada mereka skrg ni ya . Bila tau perkara mcm ni lagi la saya tak lepas anak2

    ReplyDelete
  5. to ct honey,

    tu la mmg saya marah sgt dgn lelaki yg buat perkara ni pd budak 2 org tu kan . Tu la mmg kawan2 bawa pengaruh besar dlm hidup anak-anak kita . saya mmg selalu awasi anak saya , kawan-kawan dia pun sya check kiranya sentiasa berwaspada la

    ReplyDelete
  6. to Zie ,
    wlkslm ,mmg pun mencabarkan tambah bila anak-anak makin meningkat dewasa kan tapi insyallah anak-anak kita akan membesar sebagai insan yg baik, amin.

    ReplyDelete
  7. ibubapa kena main peranan penting. skng bukan mcm dulu ank2 bebas bergerak. i x kisah org kata i cerewet pasal ank2. sometimes we have to xtra protective parent for the sake of our children tul x kak nanie.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .