MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Saya ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010 " kepada semua kawan-kawan , followers serta pada semua pengunjung blog saya ini.......semoga kehidupan kita pada tahun 2010 ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya insyallah....


HAPPY NEW YEAR !!!!!!

HERE WEEEE COME....

NEW VISION....
NEW STORY....
NEW HISTORY....

**************************************************************

HAPPY NEW YEAR

Happy New Year to everyone
May every great new day
Bring us sweet surprises--
A happiness buffet.

Happy New Year to everyone,
And when the new year’s done,
May the next year be even better,
Full of pleasure, joy and fun...

Monday, December 28, 2009

ROSE WREATH/HIASAN DINDING ....


Minggu sudah sebelum ke Temerloh saya sempat siapkan 2 rose wreath yang simple ni , ada macam-macam style serta patern dan susunan untuk gubahan rose wreath ni , saiz pun macam-macam jenis ada yang besar dan kecil comel .
Ikut pada kreativiti dan citarasa kita sebenarnya bila nak gubah dan susun bunga-bunga ni dan bahan-bahan hiasan sampingan lain macam riben , kadang-kadang tu kita boleh juga guna kombinasi pelbagai jenis bunga .

Saya plan nak buat lagi ni...



Rose wreath ni dalam proses untuk disiapkan , saya suka buat kraf gubahan macam ni, memang saya jadi leka saja bila menyusun bunga-bunga ni...


Dah pun siap....harap Salina dan kak Nor64 suka dengan hadiah simple saya ni , boleh la digantung pada pintu atau dinding..

JONKER STREET , MELAKA


Dua minggu lepas saya bersama keluarga jalan-jalan ke Bandar Melaka lagi dan kali ni saya saya dapat spend time lebih lama di Jonker Street . Dulu masa first time ke sini saya nak cepat sebab kesuntukan masa , kali ni memang kami bermalam di Melaka..

Terlalu banyak tempat yang menarik di Melaka salah satunya Jongker Street ni la , tak lengkap kalau datang ke Bandar Melaka tak melawat Jonker Street . Saya amat tertarik pada seni bina bangunan/architecture lamanya , berapa usia bangunan-bangunan ni mungkinkah sudah 100 tahun atau lebih....

Bila saya ada di sini saya seolah-olah macam berada di zaman dolu-dolu pulak sebabnya suasana persekitaran macam deretan bangunan lama ni yang masih kekal dengan seni bina asalnya yang sangat klasik .

Kehalusan dan detail pada seni bina semua bangunan ni sangat tinggi nilai estetikanya dan saya terlalu asyik melihat kecantikan kesenian senibina zaman dulu ni sebab unik sangat , memang terlalu tinggi nilai seni pada bangunan kat sini . Tourist/pelancong mai sini dok seronok shopping souviners tapi saya dok belek bangunan lama hehehehe.......

Banyak juga kedai dan kediaman di Jongker street ni yang dah dibaik pulih dan di tukar jadi kedai-kedai tapi tokeh kedai ni masih kekalkan seni bina lama yang menjadi identiti bangunan di Jongker Street ni yang pasti semua bangunan ni di cat warna merah , saya bukannya nak tengok sangat isi dalam kedai yang diniagakan tapi saya ke sini sebab saya nak tengok bangunan lama yang masih di pelihara dengan baik...


Kami baru sampai dan tengah mencari parking, kena datang sini pada awal pagi dalam pukul 9-10 pagi masa ni parking masih banyak , oppss abaikan banner tilam tu yee hehee..


Haaaa ni la kedai antik yang jual set pokok kelapa dengan harga yang cung tu hehehehe , bagi yang mampu kedai ni memang ada banyak barangan antik yang menarik . Saya hanya cuci mata je la....

Salah satu kedai yang ada di Jongker Street...dekorasi dalam kedai yang unikkan..



Galeri hasil seni catan/paintings di sini , pokok-pokok banyak ditaman memang suasana disini hijau saja . Greens and vintage buildings-history and arts , what can you ask for more.....love its .

Sebelum balik saya sempat juga pegi cari gerai melayu yang jual cencaluk hmmmm mana boleh pi Melaka tak beli cencaluk , dodol , belachannn dan kuih melayu lain . Cencaluk Melaka ni memang sedapppp...pekena dengan ikan bakaq macam ikan kembung , ikan pari atau ikan terubuk perhhhh sedap sangat...hmm kecur la pulak air lioq saya ni hmmmm nak kena pi cari ikan terubuk la pula ni hehehe...

JONKER STREET , MELAKA


Lagi gambar-gambar bangunan lama di Jonker Street , sebenarnya saya ambil banyak sangat gambar tapi tak semua saya dapat masukkan dalam entry saya ni.

Bangunan lama ni sedang dibaik pulih , harap tuannya akan kekalkan la senibina asal terlalu cantik hasil seni yang detail pada bangunan ni... kami parking betul-betul di depan bangunan ni..


Cantikkan...


Pokok-pokok dalam pasu banyak sangat ditanam dan disusun di depan kedai dan rumah kat Jonker Street ni tu yang saya suka sangat tu...



Posing jap....

VINTAGE TILES


Sambil jalan-jalan tengok bangunan lama saya pun dok perati/tengok detail dalam kedai juga macam tiles atau jubin-jubin lama ni...cantik sangat la......

Jubin di kedai jual perabot antik..


Jubin depan kedai perabot juga




Bumbung bangunan lama , cantikkkkknya......

VINTAGE TILES


Lagi gambar-gambar jubin lama di rumah-rumah kedai di sepanjang lorong-lorong di Jonker Street ni...mana la saya nak cari jubin-jubin ini (sebab memang dah tak de pun) , kalau ada la saya nak guna untuk rumah sendiri sebab cun sangat...





Saturday, December 19, 2009

SALAM MA`AL HIJRAH


Asalamualaikum dan selamat malam pada semua teman-teman dan pengunjung blog saya ini , saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah1431 Masihi . Semoga tahun ini hidup kita lebih baik dan berjaya daripada tahun-tahun yang lepas .



Akhirnya internet saya dah ok dan laju baru la best dan senang la sikit saya nak surve internet atau nak buat entry baru .

Wednesday, December 16, 2009

HOLIDAY n HUNTING n DATING


Hari ni baru saya dapat buat entry tentang trip kami ke Ipoh dari hari Jumaat sampai ke hari Ahad minggu lepas , semalam dan pagi tadi maxis broadband saya memang slow sangat nak masuk internet serta nak tengok blog dan FB sendiri pun lama sangat baru dapat .

So petang Sabtu yang lepas lebih kurang dalam pukul 3 pm dan selepas selesai segala agenda yang telah dirancang , saya dan family check-in di hotel GRANDVIEW di Bandaraya Ipoh ni . Hotel ni memang terletak dalam ML kiranya sebaris dengan jalan ML ini atau depan hotel adalah ML . Hotel ni sama taraf dengan Sri Malaysia 3 bintang memang selesa yang bestnya saya dapat bilik betul-betul mengadap depan jalan so bila selak curtain saja dah nampak pasar ML ni .

Agenda saya ke Ipoh ni semestinya nak pegi Memory Lane atau Loken yang famous dan menjadi sebutan ramai pengemar atau collectors antik. Selama ni saya hanya dok tengok dan baca kisah happeningnya Memory Lane ini di internet , personal blog atau media massa . Selain tu saya nak jumpa Kak Saidah , Ezany dan kak Shas sebab saya nak ambil barang-barang yang saya kirim dengan mereka .

Macam-macam kisah dan cerita yang saya baca tentang ML atau pasar Loken ni sampai saya nak melalui sendiri apa yang saya baca tu sambil saya nak mencari/hunting bagi nak tambah koleksi saya yang sedia ada . Koleksi yang saya ada di rumah kebanyakkannya tak lengkap saya ada banyak cawan/piring bujang selain tu saya nak hunting barang-barang yang saya tak ada lagi la .

Banyak juga tips yang saya dapat dari kawan-kawan . Saya mana la pernah pegi ke ML so kena la cari ilmu sikit dan tips-tips ini yang saya dapat tu memang banyak membantu saya semasa di ML . So, Malam tu kami tak jalan-jalan pun kat bandar Ipoh sebab kami keletihan berjalan ke sana ke mari pada hari Jumaat sebelumnya tu .

Anak-anak saya especially Aisyah memang excited sebab dia dah besar dan boleh baca sendiri kisah ML ni sementara anak-anak saya yang 2 orang yang masih kecil lagi tu memang all the times seronok saja , bilik hotel yang kami duduk tu dah jadi playground anak-anak saya , kesian la pada pekerja house keeping hotel yang saya duduk tu jenuh la depa nak kemas bilik tu.....

Pukul 6 pagi gambar ni suami saya yang ambil...

Saya memang susah nak tidur nyenyak kalau dah beralih tempat tidur dan by 4 am saya dah terjaga . Saya saja selak curtain bilik hotel dan tengok kawasan sekitar ML hmmm masih kosong cuma saya nampak makluk lain (ehem ehem faham-faham saja la ye hehe) ada la tapi bukannya hantu , so saya pun sambung balik tidur . Pada pukul 5.30 pagi saya terjaga balik sebab bising bunyi alarm dari Hp so saya terus bangun dan dah tak boleh tidur . Saya jenguk lagi ke luar tengok kawasan depan hotel masih kosong cuma baru ada 2-3 orang peniaga apek yang dah datang dengan kereta antik masing-masing .

ML dah nak bermula so saya pun terus siapkan diri ni dan selesaikan perkara-perkara lain dulu . Suami saya pun dah jaga cuma anak-anak saya yang masih nyenyak tidur rupa-rupanya semalam anak-anak saya dan hubby tidoq lambat dalam pukul 1 am baru tidor sebab menonton tv .

Saya memang tak berani nak keluar awal pagi sangat so hubby temankan saya turun ke ML sekejap sampai hari jadi cerah sikit . Saya memang dah kejutkan Aisyah awal-awal lagi dan saya pesan macam-macam pada dia untuk tengok adik-adiknya kejap sebab suami saya akan naik balik pada pukul 6.30 am nanti .

Tepat pukul 6 pagi kami turun ke ML dan angin pagi pun sejuk saja bertiup sepoi-sepoi bahasa memang nyaman la . Masa kami mula turun ke ML tu baru ada dalam 10 peniaga yang baru nak buka gerai masing-masing . Panjang rupanya jalan ML ni memang exersice la saya pagi tu (saya tawaf dalam 4 kali la kat ML ni bila dah balik rumah baru terasa penatnya, masa di ML best saja hehehe)

Camera memang saya dah bagi pada hubby sebab saya dah tak ingat nak ambil gambar dalam ingatan saya ni saya nak hunting saja hehehehe . So tak banyak la gambar yang di ambil ok la kan gambar yang ada ni pun . So , Kami terus pegi pada apek yang mula-mula sampai dan dekat dengan hotel kami duduk tu dia banyak jual pekakas dapur lepas tu kami singgah ke gerai kedua dan ke gerai ketiga tokehnya datang dengan lori kecil dan workersnya tengah loding barang dan susun semuanya semuanya barang antik dan second hand macam-macam benda ada macam ladam kuda pun ada punya la banyak dan dah bekarat . Saya first time dapat tengok ladam kuda dan banyak botol-botol besar yang saya ada nampak di Amcorp Mall , rupanya botol-botol ni diguna oleh British untuk bawa asid getah masa zaman dolu-dolu . Saya tanya pada tokeh gerai ni kalau dia ada jual cawan atau pinggan mangkuk lama dan tokeh ni cakapa da cuma dia terlupa nak bawa karung plastik yang dia simpan cawan-cawan antik tu hmmmm melopeh la kali ni den ruponya . Saya lupa la nak ambil gambar sebab masa ni saya hanya fokus untuk hunting saja dan tak boleh buang masa .

Di gerai-gerai yang jual barangan antik ni saya nampak ada pengunjung yang bawa lampu suluh . Patut la kawan saya ada pesan supaya saya bawa lampu suluh so senang nak belek barang yang kita cari tu. Tapi saya tak ada lampu suluh hanya harap pada lampu jalan je tu pun saya dapat jumpa barang yang saya nak sangat .

Pengunjung semakin ramai dan masa kami lalu di depan satu gerai yang ramai sangat orang dok kerumun rupa-rupanya gerai tu jual bundle baju dan selimut serta perkakas dapur serta segala macam jenis barang semuanya ada kat gerai ni .


Di gerai pakcik India ni saya jumpa banyak juga barang tapi semuanya kotor la tapi tu tak menjadi masalah pada saya pun hehehe , ramai customer yang dah menunggu dengan lampu suluh masa pakcik india ni keluarkan barang-barang dari karung plastik ni...

Kami terus jalan lagi sampai la ke hujung jalan iaitu di pintu gerbang dan di situ la saya jumpa sorang uncle india yang tengah buka gerai , ramai customer kerumun gerai dia dan saya pun sama sibuk tengok juga hehehee dekat gerai dia la baru misi hunting saya bermula .

Uncle ni memang bawa pinggan mangkuk lama , macam-macam jenis dan dia datang naik motor saja tapi kesian pagi tu masa dia sampai motornya terbalik dan banyak juga barang-barang yang dia bawa dalam bakul rotan kat seat belakang motor dia tu jatuh dan pecah . Masa saya tengah memilih tu dia sempat juga mengadu dia bagi tahu yang dia masih pening kepala sebab jatuh motor tu kesian kat dia. Uncle ni ok la dan bukan macam sesetengah apek yang saya pernah jumpa tak friendly langsung tapi apekku kat Pudu memang peramah betul orangnya hehehe.

Saya dan hubby pun mulakan operasi kami , saya masa tu dah tak peduli dengan customer yang lain habis saya belek dan cari apa yang saya nak dan saya dapat jumpa saucers untuk set cawan bunga terung dan ros hijau serta saya dapt a few more items later on saya akan masukkan gambar segala benda yang saya dapat dari uncle ni dan dari ML .

Btw a million thanks to my hubby yang banyak sangat menolong dan sentiasa menyokong saya . Memang pagi tu suami saya pun sama tolong cari sebabnya kami tak boleh buang masa hubby nak kena balik ke bilik hotel semula .

Bila dah selesai operasi kat kedai pakcik india ni kami pun masuk balik ke ML . Harga barang sangat la murah kat gerai uncle india ni semuanya dalam seringgit atau rm 1.50 saja tapi memang kotor la piring dan cawan yang saya jumpa tu tapi bila dah balik rumah saya cuci dan jadi cantik semuanya .

Saya lah tu yang berbaju T biru dengan seluar jeans biru.

Masa gambar ni diambil hari dah nak cerah dalam pukul 6.45 pagi hubby saya yang snap gambar ni dan saya dah nak mula kawad balik untuk kali kedua dan hubby saya naik ke bilik hotel semula tengok keadaan anak kami . So saya mulakan hari saya di ML sorang-sorang dan masa ni orang dah start ramai dan peniaga pun dah mula berniaga . Saya jumpa beberapa gerai yang jual pinggan mangkuk corak lama/antik tapi harganya hmmmmm sama je gan Amcorp Mall tapi ada juga gerai yang jual dengan harga yang berpatutan . Kita kena pandai pilih dan tawar-menawar la kena gaya memang dapat murah .


Pada pukul 8.30 pagi suami saya bawa anak-anak sarapan di kedai mamak berdekatan hotel dan bawa anak-anak jalan-jalan di ML . Anak-anak saya seronok especially bila sampai ke gerai jual ikan laga ni . Adam la yang paling suka habis semua ikan nak dia pegang hehehe.

Dalam ML saya jumpa dengan kak Saidah , masa mula-mula nampak dia saya tak berapa cam tapi bila tengok pada anak dia Fatehah yang comel tu baru saya kenal kak Saidah . Kami plan untuk ke rumah kak Saidah lebih awal sebab by 1 pm saya dah nak kena check out dari hotel . So saya pergi bersama anak-anak dan Ezany ke rumah kak Saidah , nasib la saya ikut Ezany kalau pergi sendiri memang kami sesat punya sebab saya dan suami memang tak tau langsung jalan kat Ipoh ni .

Saya bersama kak Shas...

Masa on the way balik kami singgah di Simpang Pulai sebab saya nak berjumpa dengan kak Shas . Thanks ye kak sebab sudi berjumpa dan berbater dengan saya lepas selesai ambil dan simpan barang dalam kereta kami sembang-sembang kejap dan posing bergambar untuk disimpan buat kenangan . Kak Shas pun memang peramah dan mesra orangnya mungkin sebab kami sama-sama asal dari utara so bila bersembang dengan kak Shas tu saya jadi cepat mesra dan saya rasa macam bercakap dengan kawan yang dah lama saya kenal . Thanks again to kak Shas , kalau akak turun KL mai singgah rumah cheq naaa......


Saya dengan kak Azzah...

Kami berhenti kejap di RR Tapah dan masa saya berjalan dengan family nak ke gerai makanan , saya perasaan wajah yang macam saya familiar juga tapi tak ingat kat mana pernah jumpa sebelum ni . Lama saya tenung dan baru la saya teringat rupa-rupa wanita ialah Kak Azzah . Laaa kat RR Tapah ni kami boleh jumpa hehehee saya pun dapat berjumpa dengan Bonda kak Azzah . Rupa-rupanya kak Azzah on the way nak balik Ke SA dari Ipoh juga . Lepas bersembang kejap dan posing-posing kami pun berpisah dan berjanji untuk berjumpa lagi kalau ada masa free nanti , kalau ada masa lapang nanti akak datang la ke rumah saya ya...

Tuesday, December 15, 2009

PORT WELD


Kali ni kami jalan-jalan ke Port Weld atau Kuala Sepetang , plan asal saya dan suami bercadang nak ke tempat lain tapi last minit tukar rancangan kami terus je ke Port Weld ni . Suami saya nak try mee udang Mak Jah yang pernah masuk majalah 3 dulu kiranya nak rasa la kesedapan mee udang yang famous ini.
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi dan saya sempat juga singgah ke sana ke sini dan kami sampai ke Port Weld dalam pukul 3 petang . Memang cantik sangat pemandangan sepanjang perjalanan kami sebab kali ni kami tak guna jalan highway sepenuhnya so bila masuk saja ke jalan biasa atau jalan lama kami melalui kawasan kampung yang memang mendamaikan pemandangannya .
Bila dah sampai ke traffic light pekan Simpang 4 Taiping , kami teruskan perjalanan menuju ke Port Weld perjalanannya mengambil masa dalam 30 minit tapi suami saya memang bawa slow saja keta sebab nak menikmati suasana tenang desa dengan pemandangan yang hijau . Saya dan suami memang suka travel dari dulu lagi kami suka menjelajah dan melancong ke kawasan pelancongan atau ke mana saja especially kawasan luar bandar. Pemandang hijau dan ketenangan desa yang sangat baik sebagai terapi minda dan mata . Anak-anak saya juga dapat melalui pengalaman dan exposure baru dalam hidup mereka .

Kami terus perjalanan sampai lah ke pekan kecil Port Weld dan perkampung nelayan . Saya sempat ambil gambar ini dan teringat la kisah Sejarah Port Weld ni.

Ketika menghampiri gerai Mak Jah kami melalui satu kawasan seperti hutan simpan bakau , pemandangan yang sangat mengasyikkan untuk saya , lurus saja jalan ni dan di kiri kanan jalan pokok bakau tumbuh subur menghijau . Suatu pengalaman baru untuk kami sekeluarga , Aisyah excited sebab dia dapat tengok live pokok bakau ni , ye la selama ni dia hanya belajar dalam kelas tentang pokok bakau ni masa subjek Kajian Tempatan dan Sains saja.


Deretan pokok bakau..


Pokok bakau lagi

Saya dan family memang puas hati dan enjoy sangat setiap saat yang kami lalui semasa trip kami kali ni walaupun sekejap je tapi pengalaman yang kami lalui bersama memang best dan luar dari rutin kehidupan seharian dan kebiasaan kami sekeluarga . Saya memang plan nak ke daerah ini lagi insyallah dalam masa terdekat ini dan yang penting sekali anak-anak saya happy sangat sepanjang kami bercuti ni .

MEE UDANG


Bila lalu jalan nak ke Port Weld ni memang ada banyak sangat gerai mee udang di sepanjang jalan tapi kami teruskan saja perjalanan sampai la ke gerai Mak Jah yang terletak di hujung penghabisan kampung melayu ni.....gerai Mak Jah mudah di kenali sebab ada banner yang besar dan deco gerainya yang lebih menarik dari gerai-gerai mee udang yang terletak di sebelah bahu jalan ni....mungkin bila datang ke sini kami nak cuba mee udang di gerai lain pula saja jee..

Keistimewaan mee ni sebab udang kertas fresh dari laut yang diguna sebagai perencah utama kuah mee udang ni sedap juga . Kawasan restoran yang sangat selesa bersih dan masa kami pegi tu memang redup dan nyaman la kawasan persekitaran gerainya.



Saya saja letak garpu di sebelah udang ini untuk dibuat perbandingan saiz udang yang besar memang puas hati berbaloi-baloi dengan harganya . Sekali cuba mesti nak pi lagi dan mee udang ni kuahnya sedap...


Jumlah udang yang ada dalam mee udang yang saya order .Udang yang diguna ni adalah udang kertas fresh dari laut kulitnya warna putih dan senipis kertas dan bukannya udang yang dibela dalam sangkar yang selalu kita boleh beli di Tesco atau hypermarket lain-lain tu . Udang ini memang segar dan manis masih terasa kelazatannya sampai saat saya menulis entry ni .

Nampak gayanya kami akan pegi lagi la lepas ni ke Kuala Sepetang . Btw saya sempat lagi tu belek corak pada piring dan mangkuk mee ni coraknya sama macam VCR lawa juga...


Udang goreng bersalut tepung ranggup hmmmmm memang sedap menu ni sebabnya udang yang digunakan memang fresh sangat dan isi udang ni manis serta padat. Bila makan udang goreng ni saya terus makan sekali dengan kulit-kulit sebab kulitnya udang kertas dari laut ni memang nipis cuma bahagian kepala saja yang kami tinggal dan tak makan hehehe...

MEE UDANG


Saya sambung lagi kisah kami menikmati mee udang dan menu lain yang kami sekeluarga makan masa di gerai Mak Jah ni , anak-anak nak makan nasi goreng bersama telur goreng .Sedap juga nasi gorengnya cuma digoreng lebih awal itu jee kurengnya . Yang bestnya semua makanan di hidang dalam bekas berbentuk sampan/boat , Adlina cukup suka tengok bekas boat ni siap minta saya carikan untuk dia bila balik ke rumah nanti . Suami saya order mee goreng udang ok sedap juga tapi yang penting ada udang yang besar-besar dan fresh...

Nasi goreng dengan telur goreng dan kuah mee udang


Mee goreng udang


Seperti biasa anak-anak saya akan menjadi model dan berposing untuk mama ambil gambar ok la kan...


Aisyah dan Adlina bergambar lagi di depan gerai Mak Jah , lain kali kita datang lagi ye dan boleh cuba makan mee udang di gerai yang lain pula...

Friday, December 11, 2009

ROSE n RENDA


Selamat pagi Jumaat....

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah buat entry ok la kan sebabnya internet kat rumah saya ni bila pagi lagi laju servisnya kejap je saya boleh siapkan entry . Kali ni saya nak berkongsi hasil guhahan simple yang saya buat malam Rabu lepas . Sebelum ni saya selalu buat entry tentang koleksi pingan mangkuk atau teko dan cawan-cawan antik terbaru saya so kali ni kira lain la sikit cerita entry saya .

Kami sekeluarga nak pegi berholiday untuk hujung minggu ni so saya pun bercuti la juga dari buat apa-apa entry untuk blog saya ni tapi kejap je pun hari Ahad ni kami dah balik ke rumah .

Saya sempat la juga buat kraftangan yang simple-simple ni sebelum kami berholiday......


Saya gunakan bakul rotan dan bekas bertutup serba guna untuk projek gubahan saya kali ni . Bahan asas lain bunga rose , lace dan macam-macam bunga kecil .

Dah pun siap bakul ku ini


Bekas serba guna yang di make over

Roses and daisy

So , ok la bye-bye dan selamat berhujung minggu untuk semua kawan-kawan serta pengunjung blog saya ni.......TaTa........

Hope you all have a great weekends ^_^

Friday, December 4, 2009

PROJEK PATCHWORK SIMPLE

Selamat petang yang redup dan sejuk , hari ni saya buat aktiviti menjahit sikit . Semalam masa saya kemas kotak-kotak berisi koleksi kain-kain yang saya simpan dan saya jumpa la perca-perca kain yang dah lammmmaaa sangat saya simpan ada la dalam 12 tahun dah saya simpan . Sebelum ni saya ada cari tapi tak jumpa sebab saya tak ingat mana saya letak perca-perca kain saya ni lain kali saya kena labelkan la kotak-kotak simpanan ni .
Al-kisahnya 12 tahun dulu saya berkerja di sebuah company interior yang famoussss sangat dengan konsep English Deconya (company ini jual koleksi Portmeirion dari UK) sebagai interior decorator. Company ni ada jual banyak sangat koleksi kain-kain designers label untuk soft furnishings macam untuk langsir , sofa , cadar , cushion covers serta ada wall papers dan macam-macam perabot lagi .
So, perca kain ni sebenarnya adalah sample bagi kain-kain yang dijual . Bila kain-kain ni dah discontinued , fabrics sample book ni akan buang . Saya minta dari boss sample book yang nak dibuang ni dan saya kutip bawa balik rumah la.
Perca kain ni semuanya besar dalam 20 inci x 20 inci , masa kutip tu memang saya dah plan nak buat kusyen cover . Tapi bila dah bawa balik rumah dan kain-kain ni saya simpan dalam kotak dan kami pindah-randah , saya jadi lupa sampai 12 tahun baru teringat balik hehehhehee........
Bila dah dibelek balik saya ingat lagi best kalau kain-kain ni saya jahit buat jadi comforter sebab kain perca ni dari jenis medium soft cotton , so memang sesuai dibuat cadar , comforter atau kusyen cover .
So , pagi tadi saya dah jahit sambung-sambungkan semua sample cloth ni , cuma saya nak susun dulu dan ukur besar mana saya nak buat comfertor ni .

Cantikkan corak kain ni , semuanya English motif dan harga kain ni pun mahal semeter je dalam RM 50-100 itu harga 12 tahun dulu , sekarang ni tak tau la berapa ye . Saya pun dah 9 tahun tak gi melawat showroom company ini yang sekarang ada kat Great Eastern Mall , dulu masa saya kerja company ni di Ampang Point dan headquatersnya di Yow Chuan Plaza . Maybe sebelum Christmas ni saya boleh pegi kejap mana la tau ada lagi kawan lama yang kerja di situ.

Tapi yang saya menyesal sangat-sangat kenapa la masa saya kerja dulu saya tak beli pinggan mangkuk Portmeirion sebab dulu murah la sangat , masa tu mana la saya ingat nak beli sebab duit gaji semuanya disimpan untuk projek lain . Lagi pun masa tu muda lagi , umur baru 24 tahun mana la minat nak kumpul pinggan mangkuk yang saya tau nak kumpul handbag atau kasut......hehehehehe biasa la kan.......

Saya baru nak susun-susun dan match kan corak-corak kain ni bagi sesuai . Saya ada satu lagi samplebook corak kain yang sama tapi jenis hard cotton , mungkin kain tu sesuai untuk saya buat cushion covers .

Label untuk kod kain bagi brand ini , kain ni dah discontinued dah tak dicetak lagi corak macam ni , kualiti kainnya 100% cotton made in UK uuuuuu .

Mula-mula saya plan nak buat lapik meja tapi nanti habis la kotor dengan kesan kuah tumpah dan macam-macam lagi . Lagi baik saya buat comforter . So ok lah nanti bila dah siap projeknya saya akan masukkan gambar dalam blog.......bye....