MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, December 15, 2009

PORT WELD


Kali ni kami jalan-jalan ke Port Weld atau Kuala Sepetang , plan asal saya dan suami bercadang nak ke tempat lain tapi last minit tukar rancangan kami terus je ke Port Weld ni . Suami saya nak try mee udang Mak Jah yang pernah masuk majalah 3 dulu kiranya nak rasa la kesedapan mee udang yang famous ini.
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 pagi dan saya sempat juga singgah ke sana ke sini dan kami sampai ke Port Weld dalam pukul 3 petang . Memang cantik sangat pemandangan sepanjang perjalanan kami sebab kali ni kami tak guna jalan highway sepenuhnya so bila masuk saja ke jalan biasa atau jalan lama kami melalui kawasan kampung yang memang mendamaikan pemandangannya .
Bila dah sampai ke traffic light pekan Simpang 4 Taiping , kami teruskan perjalanan menuju ke Port Weld perjalanannya mengambil masa dalam 30 minit tapi suami saya memang bawa slow saja keta sebab nak menikmati suasana tenang desa dengan pemandangan yang hijau . Saya dan suami memang suka travel dari dulu lagi kami suka menjelajah dan melancong ke kawasan pelancongan atau ke mana saja especially kawasan luar bandar. Pemandang hijau dan ketenangan desa yang sangat baik sebagai terapi minda dan mata . Anak-anak saya juga dapat melalui pengalaman dan exposure baru dalam hidup mereka .

Kami terus perjalanan sampai lah ke pekan kecil Port Weld dan perkampung nelayan . Saya sempat ambil gambar ini dan teringat la kisah Sejarah Port Weld ni.

Ketika menghampiri gerai Mak Jah kami melalui satu kawasan seperti hutan simpan bakau , pemandangan yang sangat mengasyikkan untuk saya , lurus saja jalan ni dan di kiri kanan jalan pokok bakau tumbuh subur menghijau . Suatu pengalaman baru untuk kami sekeluarga , Aisyah excited sebab dia dapat tengok live pokok bakau ni , ye la selama ni dia hanya belajar dalam kelas tentang pokok bakau ni masa subjek Kajian Tempatan dan Sains saja.


Deretan pokok bakau..


Pokok bakau lagi

Saya dan family memang puas hati dan enjoy sangat setiap saat yang kami lalui semasa trip kami kali ni walaupun sekejap je tapi pengalaman yang kami lalui bersama memang best dan luar dari rutin kehidupan seharian dan kebiasaan kami sekeluarga . Saya memang plan nak ke daerah ini lagi insyallah dalam masa terdekat ini dan yang penting sekali anak-anak saya happy sangat sepanjang kami bercuti ni .

2 comments:

  1. salam nannie..

    memang mengasyikkan sekali pemandangan sepanjang jalan yg nannie rakam tu...suasana nampak sejuk je kan ..mcm di Siberia ..hehe..cuma takde salji je..akak save gambar ni ye..

    ReplyDelete
  2. wlkslam Kak Inna ,

    Mmg mengasyikkan sebab tu saya ambil gambar waa akak mestid ah sampai kat Siberia ni boleh kak save le gambar ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .