MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, December 16, 2009

HOLIDAY n HUNTING n DATING


Hari ni baru saya dapat buat entry tentang trip kami ke Ipoh dari hari Jumaat sampai ke hari Ahad minggu lepas , semalam dan pagi tadi maxis broadband saya memang slow sangat nak masuk internet serta nak tengok blog dan FB sendiri pun lama sangat baru dapat .

So petang Sabtu yang lepas lebih kurang dalam pukul 3 pm dan selepas selesai segala agenda yang telah dirancang , saya dan family check-in di hotel GRANDVIEW di Bandaraya Ipoh ni . Hotel ni memang terletak dalam ML kiranya sebaris dengan jalan ML ini atau depan hotel adalah ML . Hotel ni sama taraf dengan Sri Malaysia 3 bintang memang selesa yang bestnya saya dapat bilik betul-betul mengadap depan jalan so bila selak curtain saja dah nampak pasar ML ni .

Agenda saya ke Ipoh ni semestinya nak pegi Memory Lane atau Loken yang famous dan menjadi sebutan ramai pengemar atau collectors antik. Selama ni saya hanya dok tengok dan baca kisah happeningnya Memory Lane ini di internet , personal blog atau media massa . Selain tu saya nak jumpa Kak Saidah , Ezany dan kak Shas sebab saya nak ambil barang-barang yang saya kirim dengan mereka .

Macam-macam kisah dan cerita yang saya baca tentang ML atau pasar Loken ni sampai saya nak melalui sendiri apa yang saya baca tu sambil saya nak mencari/hunting bagi nak tambah koleksi saya yang sedia ada . Koleksi yang saya ada di rumah kebanyakkannya tak lengkap saya ada banyak cawan/piring bujang selain tu saya nak hunting barang-barang yang saya tak ada lagi la .

Banyak juga tips yang saya dapat dari kawan-kawan . Saya mana la pernah pegi ke ML so kena la cari ilmu sikit dan tips-tips ini yang saya dapat tu memang banyak membantu saya semasa di ML . So, Malam tu kami tak jalan-jalan pun kat bandar Ipoh sebab kami keletihan berjalan ke sana ke mari pada hari Jumaat sebelumnya tu .

Anak-anak saya especially Aisyah memang excited sebab dia dah besar dan boleh baca sendiri kisah ML ni sementara anak-anak saya yang 2 orang yang masih kecil lagi tu memang all the times seronok saja , bilik hotel yang kami duduk tu dah jadi playground anak-anak saya , kesian la pada pekerja house keeping hotel yang saya duduk tu jenuh la depa nak kemas bilik tu.....

Pukul 6 pagi gambar ni suami saya yang ambil...

Saya memang susah nak tidur nyenyak kalau dah beralih tempat tidur dan by 4 am saya dah terjaga . Saya saja selak curtain bilik hotel dan tengok kawasan sekitar ML hmmm masih kosong cuma saya nampak makluk lain (ehem ehem faham-faham saja la ye hehe) ada la tapi bukannya hantu , so saya pun sambung balik tidur . Pada pukul 5.30 pagi saya terjaga balik sebab bising bunyi alarm dari Hp so saya terus bangun dan dah tak boleh tidur . Saya jenguk lagi ke luar tengok kawasan depan hotel masih kosong cuma baru ada 2-3 orang peniaga apek yang dah datang dengan kereta antik masing-masing .

ML dah nak bermula so saya pun terus siapkan diri ni dan selesaikan perkara-perkara lain dulu . Suami saya pun dah jaga cuma anak-anak saya yang masih nyenyak tidur rupa-rupanya semalam anak-anak saya dan hubby tidoq lambat dalam pukul 1 am baru tidor sebab menonton tv .

Saya memang tak berani nak keluar awal pagi sangat so hubby temankan saya turun ke ML sekejap sampai hari jadi cerah sikit . Saya memang dah kejutkan Aisyah awal-awal lagi dan saya pesan macam-macam pada dia untuk tengok adik-adiknya kejap sebab suami saya akan naik balik pada pukul 6.30 am nanti .

Tepat pukul 6 pagi kami turun ke ML dan angin pagi pun sejuk saja bertiup sepoi-sepoi bahasa memang nyaman la . Masa kami mula turun ke ML tu baru ada dalam 10 peniaga yang baru nak buka gerai masing-masing . Panjang rupanya jalan ML ni memang exersice la saya pagi tu (saya tawaf dalam 4 kali la kat ML ni bila dah balik rumah baru terasa penatnya, masa di ML best saja hehehe)

Camera memang saya dah bagi pada hubby sebab saya dah tak ingat nak ambil gambar dalam ingatan saya ni saya nak hunting saja hehehehe . So tak banyak la gambar yang di ambil ok la kan gambar yang ada ni pun . So , Kami terus pegi pada apek yang mula-mula sampai dan dekat dengan hotel kami duduk tu dia banyak jual pekakas dapur lepas tu kami singgah ke gerai kedua dan ke gerai ketiga tokehnya datang dengan lori kecil dan workersnya tengah loding barang dan susun semuanya semuanya barang antik dan second hand macam-macam benda ada macam ladam kuda pun ada punya la banyak dan dah bekarat . Saya first time dapat tengok ladam kuda dan banyak botol-botol besar yang saya ada nampak di Amcorp Mall , rupanya botol-botol ni diguna oleh British untuk bawa asid getah masa zaman dolu-dolu . Saya tanya pada tokeh gerai ni kalau dia ada jual cawan atau pinggan mangkuk lama dan tokeh ni cakapa da cuma dia terlupa nak bawa karung plastik yang dia simpan cawan-cawan antik tu hmmmm melopeh la kali ni den ruponya . Saya lupa la nak ambil gambar sebab masa ni saya hanya fokus untuk hunting saja dan tak boleh buang masa .

Di gerai-gerai yang jual barangan antik ni saya nampak ada pengunjung yang bawa lampu suluh . Patut la kawan saya ada pesan supaya saya bawa lampu suluh so senang nak belek barang yang kita cari tu. Tapi saya tak ada lampu suluh hanya harap pada lampu jalan je tu pun saya dapat jumpa barang yang saya nak sangat .

Pengunjung semakin ramai dan masa kami lalu di depan satu gerai yang ramai sangat orang dok kerumun rupa-rupanya gerai tu jual bundle baju dan selimut serta perkakas dapur serta segala macam jenis barang semuanya ada kat gerai ni .


Di gerai pakcik India ni saya jumpa banyak juga barang tapi semuanya kotor la tapi tu tak menjadi masalah pada saya pun hehehe , ramai customer yang dah menunggu dengan lampu suluh masa pakcik india ni keluarkan barang-barang dari karung plastik ni...

Kami terus jalan lagi sampai la ke hujung jalan iaitu di pintu gerbang dan di situ la saya jumpa sorang uncle india yang tengah buka gerai , ramai customer kerumun gerai dia dan saya pun sama sibuk tengok juga hehehee dekat gerai dia la baru misi hunting saya bermula .

Uncle ni memang bawa pinggan mangkuk lama , macam-macam jenis dan dia datang naik motor saja tapi kesian pagi tu masa dia sampai motornya terbalik dan banyak juga barang-barang yang dia bawa dalam bakul rotan kat seat belakang motor dia tu jatuh dan pecah . Masa saya tengah memilih tu dia sempat juga mengadu dia bagi tahu yang dia masih pening kepala sebab jatuh motor tu kesian kat dia. Uncle ni ok la dan bukan macam sesetengah apek yang saya pernah jumpa tak friendly langsung tapi apekku kat Pudu memang peramah betul orangnya hehehe.

Saya dan hubby pun mulakan operasi kami , saya masa tu dah tak peduli dengan customer yang lain habis saya belek dan cari apa yang saya nak dan saya dapat jumpa saucers untuk set cawan bunga terung dan ros hijau serta saya dapt a few more items later on saya akan masukkan gambar segala benda yang saya dapat dari uncle ni dan dari ML .

Btw a million thanks to my hubby yang banyak sangat menolong dan sentiasa menyokong saya . Memang pagi tu suami saya pun sama tolong cari sebabnya kami tak boleh buang masa hubby nak kena balik ke bilik hotel semula .

Bila dah selesai operasi kat kedai pakcik india ni kami pun masuk balik ke ML . Harga barang sangat la murah kat gerai uncle india ni semuanya dalam seringgit atau rm 1.50 saja tapi memang kotor la piring dan cawan yang saya jumpa tu tapi bila dah balik rumah saya cuci dan jadi cantik semuanya .

Saya lah tu yang berbaju T biru dengan seluar jeans biru.

Masa gambar ni diambil hari dah nak cerah dalam pukul 6.45 pagi hubby saya yang snap gambar ni dan saya dah nak mula kawad balik untuk kali kedua dan hubby saya naik ke bilik hotel semula tengok keadaan anak kami . So saya mulakan hari saya di ML sorang-sorang dan masa ni orang dah start ramai dan peniaga pun dah mula berniaga . Saya jumpa beberapa gerai yang jual pinggan mangkuk corak lama/antik tapi harganya hmmmmm sama je gan Amcorp Mall tapi ada juga gerai yang jual dengan harga yang berpatutan . Kita kena pandai pilih dan tawar-menawar la kena gaya memang dapat murah .


Pada pukul 8.30 pagi suami saya bawa anak-anak sarapan di kedai mamak berdekatan hotel dan bawa anak-anak jalan-jalan di ML . Anak-anak saya seronok especially bila sampai ke gerai jual ikan laga ni . Adam la yang paling suka habis semua ikan nak dia pegang hehehe.

Dalam ML saya jumpa dengan kak Saidah , masa mula-mula nampak dia saya tak berapa cam tapi bila tengok pada anak dia Fatehah yang comel tu baru saya kenal kak Saidah . Kami plan untuk ke rumah kak Saidah lebih awal sebab by 1 pm saya dah nak kena check out dari hotel . So saya pergi bersama anak-anak dan Ezany ke rumah kak Saidah , nasib la saya ikut Ezany kalau pergi sendiri memang kami sesat punya sebab saya dan suami memang tak tau langsung jalan kat Ipoh ni .

Saya bersama kak Shas...

Masa on the way balik kami singgah di Simpang Pulai sebab saya nak berjumpa dengan kak Shas . Thanks ye kak sebab sudi berjumpa dan berbater dengan saya lepas selesai ambil dan simpan barang dalam kereta kami sembang-sembang kejap dan posing bergambar untuk disimpan buat kenangan . Kak Shas pun memang peramah dan mesra orangnya mungkin sebab kami sama-sama asal dari utara so bila bersembang dengan kak Shas tu saya jadi cepat mesra dan saya rasa macam bercakap dengan kawan yang dah lama saya kenal . Thanks again to kak Shas , kalau akak turun KL mai singgah rumah cheq naaa......


Saya dengan kak Azzah...

Kami berhenti kejap di RR Tapah dan masa saya berjalan dengan family nak ke gerai makanan , saya perasaan wajah yang macam saya familiar juga tapi tak ingat kat mana pernah jumpa sebelum ni . Lama saya tenung dan baru la saya teringat rupa-rupa wanita ialah Kak Azzah . Laaa kat RR Tapah ni kami boleh jumpa hehehee saya pun dapat berjumpa dengan Bonda kak Azzah . Rupa-rupanya kak Azzah on the way nak balik Ke SA dari Ipoh juga . Lepas bersembang kejap dan posing-posing kami pun berpisah dan berjanji untuk berjumpa lagi kalau ada masa free nanti , kalau ada masa lapang nanti akak datang la ke rumah saya ya...

12 comments:

  1. salam nannie..baca cerita pun dh seronok, teringin nak merasai suasana tu.Tak sabar nak tenguk ape yg nannie dapat.Cepat2 tunjuk ye.
    Dapat pula jumpa rakan blog ye..jelesnya

    ReplyDelete
  2. wahhh nannie besttnyer dapat jumpa seme otai2 antique collector!

    ReplyDelete
  3. salam kak nannie..
    bestnya..at last merasa pi ML kan..lagi untung ada tourist guide yg cekap..kalau saya ke sana kena tempah tourist guide tu gak ler..hehe..gurau jer ezany..
    bersemangat baca citer akak..akak pun berkobar2 nak terjah..kul 6am dah start..dasatt dasatt..hehehe..
    saya pun tak tau bila nak sampai..timing selalu tak kena..insyaAllah satu hari nanti....

    ReplyDelete
  4. Wlksalam kak aton ,

    Memang seronok pegi ML ni kak sebab suasana dan benda yang saya jumpa lain dari yg saya selalu jumpa di pasar tani kat rumah saya ni . Akak gi la mesti best tapi teko mmg susah nak carikalu ada pun mahal sampai rm60-70 , cawan mmg banyak dan kena pandai pilih piring pun banyak kena pandai pilih juga .

    ReplyDelete
  5. to kak Salmi ,
    Memang best pun kak , saya dapat jumpa dengan kawan-kawan selalu bersms atau calling2 saja..

    ReplyDelete
  6. Wlksalam Yatt ,
    Tu la merasa la juga akak gi selalu dok tgk gambar n dengar cerita je lepas ni kalu gi lagi dah tau dah . Haa nasib la ada Ezany kalu tak memang tak tau juga nak start dari mana , ok tu kalu Yatt gi calling je Ezany mesti sedia membantu baik benor adik kita ni . Hehehee mmg berkobar2 sangat akak kat sana sebab dapat apa yg akak cari tapi teko yg di cari x jumpa juga . Yatt gi la memamg best tapi barang yg kita cari tu ikut nasib la kalu ada tapi mesti kita dapat cari something yg kita nak

    ReplyDelete
  7. hai kak nannie...wahhh..besnye bace cerita kak nannie ni..walaupun pjg lebar tp bes dan x membosankan...thnks jgk kat akak sbb bg sy souvenier tu n akak mmg peramah sgt..untung dpt kenal akak...klu g ipoh lg call je sy..hehee..
    to kak yatt, no hal la sis, klu dtg ipoh roger je sy..sy sedia berkhidmat..hehehhee

    ReplyDelete
  8. dasyat no hampa nanie..habis la hampa borong brg antik kat ML tu...tak dan la kami nak rembat...

    ReplyDelete
  9. hai Ezany ,

    Hehhehe cerita panjang berjela thanks dik . Akak ni mmg suka bercakap thanks juga untuk souvenier yg Ezany bagi tu cantik sgt . Akak pn untung juga dpt kenal gn Ezany byk tlg akak di Ipoh last week . ok kalau akak turun Ipoh lagi akak call TQ

    ReplyDelete
  10. Nannie..Ezany tu nampak lagi kecik diapik oleh 2 ibu 'comel' kan..

    Anyway..maaflah itu jer layanan yg boleh akak berikan. Nasib baik ada Ezany sbb akak rasa bersalah tak dapat bawak Nannie round Ipoh...

    ReplyDelete
  11. Hehhehe cheq ada simpan lagi barang-barang tuk kak khaty . Cheq ingat kat kawan-kawan laen hehehehe lekas kak Khaty pi ML tu best nooo

    ReplyDelete
  12. Hhehehee tu la ok la kan kita kan memang cute dan comel...ok la kak saya selesa sangat masa di rumah akak last Sunday , releks je . tak pe kak Ezany tu bujang lagi pun saya jumpa dia hari Sabtu tu sebab kami meamg dah ada plan lain hehehe so dia bawa la jalan-jalan kat area dekat-dekat hotel kami duduk tu je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .