MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, November 22, 2009

KAMI BALIK KAMPUNG..


Cuti semalam hari Sabtu , kami sekeluarga balik ke kampung suami saya di Kuala Klawang , sebulan atau dua bulan sekali memang kami akan balik menziarah sambil bercuti ke kampung suami saya yang masih tenang dan jauh dari hiruk-pikuk bandar raya . Selalunya kami akan bermalam tapi kali ni balik hari saja sebab hari Ahad nanti kami ada agenda lain pula .
Kuala Klawang ni walaupun dekat sangat dengan pekan dan bandar besar tapi suasananya masih macam perkampungan tradisional melayu , tiada pembangunan macam kilang so keadaan pekan dan perkampungannya sangat tenang . Memang best sangat balik kampung suami sebab sekali-sekala nak berubah angin juga .
Kuala Klawang ni sebenarnya terletak di lembah bukit , kalau nak ke sana pun memang kita perlu melalui jalan kawasan Bukit Tangga yang keadaan jalannya sama macam jalan nak pegi Cameron Highland yang bengkang bengkok . Tapi sekarang ini jalan lama dah diganti dengan highway(sama taraf dengan highway la juga) yang dah lurus . Lereng bukit ditarah dan gaung di timbun/tambak supaya menjadi rata untuk dibina jalan dan jambatan baru tapi kita masih perlu melalui jalan mendaki bukit dan kemudian kita akan menuruni bukit ini pula untuk sampai ke kawasan penempatan kampung dan bandar Kuala Klawang .
Suasana Kuala Klawang ni yang terletak dilembah dan dikelilingi bukit bukau di sekelilingnya dan kawasan hutan yang masih tebal terpelihara menyebab kawasan di sini masih sejuk dan udaranya sangat segar.
Tambahan sekarang musim hujan memang selalunya kawasan kampung suami saya berkabus pada awal pagi sehingga pukul la pukul 9-10 pagi , kawasan jalanraya juga berkabus di beberapa tempat macam gambar di bawah ni.
Suasana kabus ni perkara biasa pada kawasan di area ni pada awal pagi , saya ambil gambar ni pada pukul 7.30 pagi . Dulu sebelum jalan highway ni dibina cuaca di kawasan ni lebih sejuk . Jalan baru ni dibina dari jalan bermulanya Bukit Tangga sampai lah ke Jeram Toi , kalau sesiapa yang biasa lalu jalan ni mesti tahu.


Highway/jalan yang baru dibina dalam tahun 2004 ni memendekkan masa perjalanan nak ke Kuala Klawang dan ke Pahang . Tapi disebabkan pembangunan banyak sangat pokok perlu ditebang dan kawasan hutan yang perlu dirata untuk diguna buat jalan baru ni . Macam ni la keadaan jalan pada awal pagi lenggang kenderaan sikit sangat , saya memang tak berani kalau nak balik kampung suami lepas pukul 9 malam sebab jalan ni memang sunyi.


Jalan menuju ke Kuala Klawang dan kampung suami , pemandang kiri-kanan jalan yang sangat hijau dan tenang sangat, memang best rasa macam gi holiday pulak hehehe tapi sebenarnya nak balik kampung ni ...


Kami terus pergi ke pekan Kuala Klawang dulu sebab suami saya nak menziarah tok dan wan dulu , dalam gambar ini adalah pekan Kuala Klawang dan ini adalah satu-satunya traffic light yang ada kat pekan ni . Pekan ni kecil dan tenang saja , kalau belok ke kanan dan terus saja boleh sampai ke kampung tok suami saya ..

6 comments:

  1. wahh.. syok eh balik kampung k.nannie. dah lama tak merasa suasana itu. huhuhu.. highway baru yg k.nannie citer tu highway mana?

    ReplyDelete
  2. Memang best pun ,highway tu jalan baru dari Pantai sampai ke Jeram Toi tu je kawasan jalan lama Bukit Tangga kan dah di besarkan dan diluruskan . Dulu jalan Bukit Tangga ni bengkang-bengkok kat tepi lereng bukit , byk juga lereng bukit di tarah dan di tambak , jalan dah lurus dah kejap je sampai . Kira nye jalan lama tu dah sama taraf dengan highway la

    ReplyDelete
  3. salam kak nannie,
    saya pun semlm ke kuala klawang. ke rumah kakak ipar kat area titi.
    wah..mmg berkabuslah masa kat atas bukit tu kak. feeling-feeling gi tanah tinggi. hehe..
    tp kan kak, tak lama lg akan ade satu hiway br utk ke sana melalui nilai. akak mesti perasan kan? pasni buleh sampai lebih cepat.

    ReplyDelete
  4. salam nannie, arwah mak akak asal dari Saperi .kuala klawang..sekarang mak2 saudara akak ada duduk di pekan ni & juga seperi...memang best pi sini sebab sejukkkkk...akak memang suko balik kg ..kampung kak kat batu kikir..tapi nannie tak lalu situ sebab ikut highway baru nikan...kalau raya selalunya kami adikberadik konvoi kekuala klawang ni...

    ReplyDelete
  5. wlksalam SITI ,

    Best kan SITI berkabus sejuk saja , kak ipar duduk di Titi , ye ke ada highway baru akak ada nampak masa lalu NIlai tu tak sangka la pulak tu highway baru boleh ke Klawang best juga tu lagi la cepat kalau nak balik kampung lagi lepas ni

    ReplyDelete
  6. Wlksalam kak Nor64,

    Arwah mak akak asal Saperi , saya tanya suami dia tau la Saperi ,kira akak msih ada waris la ddi Klawang ni. Akak org Melaka dekat la tu , mmg kat kawasan Klawang ni sejuk bila musim tengkujuh ni tapi kalau musim kemarau mmg panas juga tapi selalunya sejuk la .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .