Salam buat semua pengunjung blog saya......
Hari ni saya masukkan entry yang special juga , saya dapat berjumpa dengan kak Aton ( blog kak aton ialah "Singgah Aton") . Terima kasih la saya ucapkan pada kak Aton kerana sudi terima kedatangan kami sekeluarga ke rumah kak Aton . Saya memang gembira sangat dapat jumpa dengan kak Aton sebab sebelum ni saya hanya dapat bercakap dengan kak Aton melalui talipon atau sms je , dengar suara je pun saya dah tau kak Aton ni mesra orangnya . Bila dah berjumpa depan mata memang betul la tekaan saya tu , kak Aton memang baik sangat orangnye , peramah , cepat mesra dan bergaya orangnya....
So , seperti yang dirancang kami sekelurga bertolak dari rumah pada awal pagi sebab selain nak pergi ke rumah kak Aton saya pun nak ke beberapa tempat lain juga . Sepanjang perjalanan tu saya teruja sangat nak jumpa kak Aton ni , saya rasa gembira macam nak jumpa dengan saudara yang dah lama saya tak jumpa .
Bila sampai saja ke rumah kak Aton , kami disambut mesra oleh kak Aton dan ahli keluarganya yang lain . Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada kak Aton......
Bila dah jumpa dan bersembang dengan kak Aton , saya rasa macam dah lama kenal je kak Aton , anak-anak saya pun memang seronok la sebab bahagian luar rumah kak Aton luas so mereka boleh main lari sana-sini sementara mak depa dok tengah syok tengok koleksi kak Aton yang mabelous juga , paling saya bekenan semestinya set bunga dahlia biru dan bunga sakura yang cukup lengkap bestnya........
Lama juga la saya berada di rumah kak Aton , saya memang leka melihat segala koleksi kak Aton yang lengkap dan cantik tu . Selain tu kami pun bersembang macam-macam kisah tentang koleksi set cawan dan teko yang kak Aton kumpul ni. Bila tengok gambar ni baru saya perasaan yang saya dan kak Aton serta Aisyah pakai baju warna ungu hehehe macam kami dah berjanji saja....
Bila dah nak balik kami pun sempat berposing ambil gambar untuk di buat kenangan sebab tak tau la bila dapat jumpa lagi .Cantikkan koleksi piring batik yang kak Aton ada ni dan masih cantik semua piring ni.
Saya pun sempat berposing dengan Adam dekat almari kaca kak Aton yang ada koleksi lengkap set bunga Sakura , set bunga dahlia biru dan english roses. Bila dah nak balik baru saya teringat yang saya tak sempat pun tengok koleksi pokok kaktus kak Aton yang banyak dan tumbuh dengan subur tu . Masa mula sampai tu saya dah nampak tapi bila dah masuk dalam rumah terlupa pulak , tak pa la saya tengok kat blog kak Aton saja la...
Cantikkan pemandang di sekitar rumah kak Aton , ni gambar saya ambil masa baru keluar dari rumah kak Aton , pemandangan sawah padi yang luas dan kawasan sekeliling yang menghijau memang nyaman dan best sangat rumah kak Aton . Kalau ada peluang lagi saya teringin nak berjumpa dan pergi ke rumah kak Aton lagi . Terima kasih atas segalanya , saya ucapkan pada kak Aton insyallah nanti kita jumpa lagi yea , jemput la datang ke rumah saya pulak ya kak Aton. (masa dalam kereta memang saya tersenyum saja sebab gembira sangat dapat jumpa kak Aton)
So , sampai disini dulu n3 saya untuk petang ni , bye.....
salam kak nannie..
ReplyDeletebestnya tengok permandangan ke rumah kak aton..tenang & damai jer kan..kalau diberi pilhan memang saya nak dok kampung jer..tapi kerjaya tak mengizinkan..bertambah best dapat buat rumah kampung dikelilingi swah padi..adusss alangkah bahagianya..cantik2 koleksi kak aton..mmg marbeles..tertarik ngan koleksi batik kak aton tu..hehehe..akak siap posing ngan batik tu..thanks sbb saya boleh tengok..hehe..bagus2 akak..tau2 ajer saya dok gila kolek.. ;)
Salam nannie.
ReplyDeleteAkak pun seronok dapat jumpa nannie dan family.
Jangan la puji banyak2..segan akak. Kalau sudi datang lah lagi begitu jg pada rakan blogger yang lain.
Memang best Yatt kawasan rumah kak Aton ni dikelilingi bendang sawah padi , terasa mcm dok kt Jitra je masa kecik2 curi2 pi main kat bendang lepas tu kena rotan le hehehehe.
ReplyDeleteye la akak pn kalau blh nak duduk di kawasan kampung atau bandar yg tak sibuk sgt tapi apa kan daya tak pe la..mmg mabeles la koleksi kat Aton ni suka sgt akak tgk cuci mata la ..tu la akak mmg saja ambik gambar kt koleksi batik kak Aton soo Yatt blh tengok..mmg cantik la patut la Yatt syok nak kumpul teruskan Yatt nanti dh cukup korum blh akak tgk
wlkslam kak aton laling ,
ReplyDeletealaa akak jangan la segan , isyallah kalau nk pegi saya bagi tahu akak ye
salam.bunga sakura kak aton tu asli ke?
ReplyDeletemacam mane saya hendak dapatkan bunga sakura yang asli?
saya amat memerlukan bunga ni untuk dihadiahkan kepada seseorang...harap dapat tolong saya jika ada apa2 info tentang bunga sakura asli.
saya boleh dihubungi di alamat email ni.
d,lim19@yahoo.com