MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH



Syukur alhamdulillah kita semua umat Islam dipanjangkan umur dan dapat bersama menyambut dan memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang kasihi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010 buat semua teman seIslam . Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri sirah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

Thursday, February 25, 2010

JENG..JENG..JENG n TAHNIAH...


SALAM PAGI KHAMIS

SWEET AWARD UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN , SUDI-SUDIKAN LA AMBIL DAN TAMPAL DI BLOG MASING-MASING...

Award ini saya tuju khas pada semua kawan-kawan yang sudi join Giveaway saya ni thanks ya .

Pada semua kawan-kawan dan follower terima kasih saya ucapkan sebab sudi memeriahkan giveaway yang first time saya anjurkan ni , saya ni kalau boleh nak bagi hadiah pada semua yang sudi join giveaway tapi apa kan daya saya hanya boleh sediakan 6 hadiah saja. Saya pun akan follow semua blog kawan-kawan yang join giveaway saya ni..
Tepat pukul 12 tengah malam tadi tamat la giveaway yang saya buat ni dan pagi tadi saya dah buat cabutan bertuah . Anak-anak saya yang buat cabutan bertuah ni dan pada kawan-kawan yang menang saya ucapkan tahniah congratulation . Pada yang tak menang tu jangan la rasa hampa ya insyallah lain kali anda ada peluang lagi mungkin saya akan buat giveaway lagi atau ada kawan-kawan dari blog lain yang akan buat giveaway......

So , pemenang-pemenangnya ialah....

JENG..JENG..JENG...
Anak sulung saya Aisyah tolong saya tulis nama kawan-kawan yang join giveaway ni , thanks sayang...

Pagi-pagi lagi Adlina yang mulakan cabutan bertuah ni , anak-anak saya tak kenal pun semua aunty-aunty yang join giveaway ni so memang cabutan ni adil dan saksama .


Adlina dah pilih pemenang no.1...


Tahniah pada kak Hanishimi dari Hanishimigaleryantik yang dapat hadiah GIVEAWAY NO.1 , tahniah ya kak...


GIVEAWAY NO.2 pula dimenangi oleh Maklang Azie , tahniah tahniah ya kak . Adam yang buat cabutan ni...

TAHNIAH....


Seterusnya
Kak Gee dari My Little Persona menang Giveaway no.3 , tahniah pada akak ya..


Wans Teddy Tales pulak menang Giveaway no.4 , yey tahniah tahniah...


Kak Azah pula dapat hadiah kain Giveaway no.5 , tahniah kak harap akak suka dengan hadiah ini.


Akhir sekali kak NJ menang hadiah Giveaway no.6 , tahniah kak....

Ok peiuhhh.....leganya sebab saya dah selamat buat cabutan ni dan dah bagi tahu nama pemenang-pemenang untuk acara GIVEAWAY yang saya buat ni .

NAMA SEMUA PEMENANG ADALAH SEPERTI DIBAWAH INI :

No.1 ialah kak Hanishimi dari blog Hanishimigaleryantik
No.2 ialah Maklang Azie dari My dream house
No.3 ialah kak Gee dari My little Persona
No.4 ialah Wans teddy tales
No. 5 ialah Kak Azah dari blog On day in my life
No.6 ialah kak NJ dari blog Hari-hari yang berlalu

So pada semua kawan-kawan yang dah menang tu sms atau call saya dengan kadar yang segera dan bagi detail-detail seperti yang saya senaraikan di bawah ini :
nama penuh
alamat penuh
no talipon

ok sampai di sini dulu , bye-bye

LAGI HADIAH GIVEAWAY



HADIAH GIVEAWAY NO.5
4 meter kain pasang bercorak batik




HADIAH GIVEAWAY NO.6
3 meter kain bercorak ros comel

Sunday, February 21, 2010

TERIMA KASIH


Salam pagi Ahad

Terima kasih saya ucapkan pada semua kawan-kawan dan pengunjung blog saya ni yang sudi join GIVEAWAY yang saya buat ni . Memang saya tak sangka begitu ramai yang menyertai dan bagi sokongan sebab saya tak pernah ada pengalaman buat GIVEAWAY sebelum ni hehehe

Saya ingat tarikh giveaway ni saya nak pendekkan la sebab mesti ramai kawan-kawan yang join nak tau dengan cepat sapa yang dapat hadiah-hadiah ni . Tarikh yang saya pilih mula tu lama sangat la...

So , saya dah buat keputusan untuk pilih 24 FEBUARI sebagai tarikh tamat giveaway saya ni dan pada 25 Febuari saya akan bagi tau siapa yang dapat hadiah-hadiah yang saya sediakan ini dannnnnn tungguuuuu ada suprise lagi saya mungkin akan tambah hadiah-hadiah giveaway ini.....

pye-pye
thanks pada semua yang join acara gumbira-ria ini
dan

PADA YANG BELUM JOIN GIVEAWAY INI CEPAT-CEPAT JOIN SEBELUM TARIKH TAMATNYA HEHEHE MANA LA TAU ANDA MUNGKIN YANG BERTUAH DAPAT SALAH SATU HADIAH YANG DISEDIAKAN .

Friday, February 19, 2010

GIVEAWAY


Salam pagi Jumaat

Hari ni saya buat entry "GIVEAWAY" yang saya janjikan dulu , dah genap setahun saya berblog dan saya nak la bagi hadiah special sebagai tanda terima kasih saya kepada semua follower , pengunjung dan kawan-kawan yang selalu datang ke blog saya ni .
Ok hadiahnya macam la dalam gambar ni , saya buat 4 kumpulan hadiah . Harap semua follower dan pengunjung suka dengan hadiah-hadiah ni .

GIVEAWAY NO.1
Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")


GIVEAWAY NO.2
3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .


GIVEAWAY NO.3
Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin tapi made in China , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..


GIVEAWAY NO.4

Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...


Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Febuari .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja .

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .

- Kalau ok link kan blog saya ni di blog list anda.

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.

- Saya akan buat cabutan untuk menentukan pemenangnya nanti.

Ok itu saja syarat mudah dari saya , selamat mencuba dan terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya ini . Kita tunggu dan tengok siapa la yang dapat hadiah-hadiah yang saya sediakan ini..


bye-bye and lap u oals muah muah ...

Thursday, February 18, 2010

DAMAI SUASANA KAMPUNG


Damai suasana dan sungguh nyaman cuaca di pagi raya cina semasa kami sekeluarga balik kampung Sabtu lepas . Begini la keadaan jika tiba musim panas di kampung suami saya , semenjak 2 minggu sudah kan cuaca agak panas terik . So di kampung suami saya selalunya jika masa siangnya panas sangat bila malam cuaca akan jadi amat sejuk dan bila pagi berkabus sehingga pukul 9 pagi atau kadang-kadang hampir pukul 10 pagi baru cuaca cerah .

Kalau bangun untuk solat subuh dalam pukul 6 pagi tu memang sejuk la air dan mula la malas nak mandi pagi selalunya saya tunggu sampai pukul 8 pagi baru mandi hehehe . Tapi semenjak banyak sangat kawasan hutan yang ditebang masa nak meluruskan jalan Bukit Tangga yang bengkang-bengkok dan penerokaan hutan di belakang kampung suami saya ni cuaca dah kurang sejuk bila tiba dinihari . 1o tahun dulu kalau pukul 3 pagi saja kipas memang kena tutup sebab cuaca sangat la sejuk memang betul-betul macam kat Cameron Highland rasanya . Nak buat macam manakan disebabkan nak dapat kemudahan jalanraya yang lebih baik eko-sistem perlu dikorbankan juga semuanya demi pembangunan .


Masa saya ambil gambar ni dah pukul 8 pagi , cuaca nyaman saja . Sunyi dan tenang sekali sekala saja kedengaran unggas hutan dan ungka berbunyi atau pun terdengar cucu-cucu jiran ketawa bermain di rumah tok dan wan masing-masing . Mertua saya mengaku dia terasa tersangatlah sunyi jika kami semua habis cuti dan balik ke KL semula hmmm nak buat macam mana kan dah anak-anak mencari rezeki di bandar sebab tu la suami saya cuba balik kampung sekerap yang mungkin supaya parent dia happy dan anak-anak kami terbiasa dengan suasana kampung halaman .


Adlina yang happy tengok cuaca berkabus dan sejuk mula la nak main skooter yang dia bawa balik sekali . Tengok la tu kopiah Tok haji dia habis dia dan Adam pakai hehehe . Seronok sangat Adlina balik sebab kawasan laman rumah tok dia luas memang sakan la Adlina dan Adam main berlari ke sana - ke mari . Kadang-kadang saya risau juga kalau dia main di belakang rumah sebab kebun bapa mertua saya dah tak terjaga . Dulu masa tak ada pagar keliling rumah ni bila malam babi hutan memang jalan-jalan cari makan sampai ke depan laman rumah . Saya sendiri pun pernah nampak babi hutan tengah syok makan daun ubi kayu dekat bangsal tepi rumah masa tu siang hari hehehe memang terkejut la juga saya tengok babi hutan secara live jakun kejap nasib la jauh kalau dekan mau saya menjerit hehe...

Adlina ni dia suka main di laman rumah tok dia sebab boleh main paip air . Hari tu masa balik kampung , Adlina siap mandi-manda lagi di paip depan rumah tok dia ni . Adlina yang masa tu dah penat dan berpeluh sebab seronok lari sana-sini dan cuaca pun dah cerah serta mula panas , mula-mula tu saya nampak Adlina basuh selipar yang dia pakai dan lepas tu dia basuh kaki serta betis dia . Bila saya tengok lagi sekali dia basuh muka dan setengah jam lepas tu Adlina dah basah kuyup rupa-rupanya ada cebok kat paip tu dan dia dah mandi . Adlina pun dah basuh kopiah tok yang dia pakai tu hehehe saya biarkan saja dia mandi bukan selalu dapat main air macam tu . Wan dia pun senyap je maklum la cucu punya pasal senyum je mertua saya siap di baginya baldi lagi pada Adlina hehehe

Masa ni Adlina masih ok tak basah kuyup so boleh la posing untuk mama..

Di sekitar kawasan kejiranan berkabus tebal , pemandangan biasa di kampung suami saya .Masa mula kawin dulu hairan juga saya tengok berkabus macam di Cameron Highland.


Ini di jalan besar masa saya dan suami keluar mencari roti untuk dimakan bersama kuah durian yang mak masak untuk sarapan pagi . Seluruh kawasan Kuala Klawang memang berkabus sampai la pukul 9 pagi- 9.30 pagi . Balik kampung pun dah cukup tenang dan seronok untuk kami sekeluarga syukur alhamdulillah...

DEKORASI BARU


Cantik tak interior rumah baru saya ishhh penat ni dah 2 hari saya sibuk ni semalam baru habis berkemas , saya dah tukar dekorasi rumah saya ni pada english theme pula .

Heheheheehe ini bukan dekorasi rumah saya tapi window display terbaru di kedai KK Nilai 3 , saya hanya ambil gambar je sambil anak-anak posing hmmmm cantik dan sweet sangat window display ni kan.

Bila balik kampung memang kami akan tempuh Nilai dulu so saya singgah jap ke Nilai 3 sama ada untuk cuci mata , sopping atau makan di restoran yang ada di situ . Masa gi last week KK dah tukar interior dan x-terior kedai ish ish ish memang cantik sangat . Window displaynya memang cun la sangat dan kedai KK ni dah makin besar so lagi banyak la barang yang di jual kat situ . So jom kita layan gambar-gambar yang sempat saya ambil ni....


Panel-panel kayu di dinding adalah ciri utama dalam english atau cottage decor ni . Memang boleh nak DIY/do it yourself , hanya beli kayu di kedai hardware serta gam silicon dan bila dah siap dinding kayu ni di cat putih cuma bila nak buat tu tak tau la hehehe





Cantikkan english decor ni anak-anak saya memang bekenan sangat dan minta saya tukar decor bilik tidur mereka jadi macam window display ni juga . Ok nanti mama fikir-fikirkan dulu ye hehhehe...

Tuesday, February 16, 2010

TIN-TIN


Salam petang Selasa , kejap je dah habis cuti raya cina cuma anak-anak yang masih lagi cuti sampai la hujung minggu ni . Macam mana cuti anda semua , saya memang berjalan ke sana ke mari la . Start dari hari Sabtu sampai la malam tadi baru saya balik ke rumah . Memang banyak cerita yang saya nak buat entry tapi slow-slow la saya masukkan nanti dalam blog saya ni.

Ooo ya dalam entry kali ni saya nak kongsi koleksi tin-tin cute saya ni , dah lama juga saya mula kumpul tin-tin ni semenjak anak-anak bagi present tin untuk birthday saya yang lepas terus saya jadi minat nak kumpul . Selalunya masa balik ke kampung saya sempat singgah ke Nilai 3 dan beli tin untuk tambah lagi koleksi dan bila dah banyak baru la saya keluarkan dan display . Bila dah banyak-banyak macam ni best pulak saya tengok , 2 orang anak perempuan saya pun geram je tengok tin-tin ni dan bagi kata-kata semangat pada saya untuk tambah koleksi lagi hehehehe...


So , buat masa sekarang ni saya susun dulu tin-tin saya ni di atas kabinet bersebelahan meja computer saya so mudah la untuk saya tengok masa duduk mengadap computer ni ishhh bestnya toleh kiri ada tin-tin cute dan bila dongak ke atas ada pula koleksi teko-teko mini....

Di sebabkan koleksi vintage porcelian saya dah hampir sampai target yang saya tetapkan sekarang ni saya dah beralih minat pula nak collect tin-tin cute . Masa dating dengan Chemp kat Amcorp dulu saya sempat le belajar cara-cara nak menghias stail english decor ni dari Chemp , thanks ya sis dan bila saya singgah kat meja yang ada jual english decoration items saya jadi bekenan pula tengok kat tin-tin yang cute miut ni .




My cup cakes tin , tin teko dan macam-macam tin yang cute . Bestnya hari Ahad ni saya nak gi Amcorp lagi dan cari tin-tin yang cute untuk tambah koleksi lagi . So , jom kita collect tin pula hehehe....

Wednesday, February 10, 2010

SUDAH SETAHUN UMUR BLOGKU...



HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY BLOG

Rupa-rupanya blog saya dah berumur setahun pada 25 Januari yang lepas , kalau baby yang berumur setahun 2 minggu tu memang dah pandai berjalan la kiranya . Tu belum kira butir bicara yang sememangnya dia peramah serta semua nak dicerita dan dicakapnya . Kaki pula mesti dah laju je melangkah dan mungkin dah pandai belari .

Rasa happy pun ada , tak percaya pun ada sebab sekejap saja masa berlalu dah setahun rupanye saya jadi blogger dan sekarang ni dah jadi blogger tegar hehehehe.....

So , yang first sekali saya nak ucapkan terima kasih pada individu yang sangattt penting dalam hidup saya ni iaitu suami tersayang yang sangattt memahami hobi saya yang suka mengadap blog dan komputer ( tapi kerja-kerja lain dah beres dulu ya hehehe) . Suami saya yang banyak bagi galakkan serta sokongan untuk saya berkongsi minat dan bakat saya dalam bidang jahitan serta seni visual dengan blogger-blogger lain yang sealiran atau sesiapa saja yang sudi singgah ke blog saya ni .

Bila saya dah mula ada kedai cyber ni suami lagi banyak bagi sokongan dan beliau lah yang banyak tolong saya . Suami saya yang tolong carikan kotak atau surat kabar lama dan belikan peralatan-peralatan lain . Bila saya nak bungkus barang suami juga yang banyak sangat tolong , tu belum masuk bab poskan kotak-kotak tu semua . Selain tu suami saya akan cuba bawa saya ke mana saja saya nak pegi untuk hantar barang customer atau masa saya nak hunting , dia akan usaha dan akan bawa saya tak kira jauh mana pun saya pasti akan sampai ke tempat itu , lagi pun kami berdua memang suka jalan-jalan ke tempat baru . Again THANKS SAYANG and also thank u to my dearest precious children Aisyah , Adlina and Adam yang sentiasa dengar jee cakap mama.....muah..muah....love u all soooo much....

Ok la la sampai kat situ je kang saya terlebih emo pulak susah juga hehehehe.....

Dari satu blog dah jadi empat blog sekarang ni hehehehe , apakan daya dah teman ni seronok bebebenor dengan blog ni . Mula-mula tu teman fikir nak campurkan semua hobi teman dalam satu blog saja tapi kang dah jadi macam blog rojak le pulok , orang yang baca pun naik confused kejap cerita masak kejap cerita jahit kejap gambor pinggan lepas tu gambor anak dan ada pulak gambar pemandang hehehee . Last-last teman pikior bior la teman buat 4 blog saje . Banyak blog pun tak pe asal tersusun dengan kemas . Haaaaa sekarang ni senang saja sedara- mara , kawan-kawan atau pengunjung-pengunjung blog teman macam dari IKB senang nak baca . Walaupun banyak kerja sikit nak maintain 4 blog tapi kan kalau seribu daya semua boleh jadi . Betul tak ??? mesti la betul kan kan kan...

Yang paling best tentang berblog ni semestinya bab dapat kawan baru . Teman dah ada ramai sangat teman-teman baru yang sama minat dan best-best belaka . Dulu masa mula nak start blog teman pikior ada ke orang sudi dan sanggup nak baca blog teman ni yang isinya kadang-kadang serba ringkas dan kadang-kadang tu teman banyak merapu juga hehehe . Lepas tu teman pikior lagi ada ke pengunjung yang nak jadi follower blog teman ni hehehe . Sebenarnya dulu teman tak tau pun apa le gunanya ruang follower ni tapi bila dah makin pandai berblog baru la teman paham hehehehee . Tapi teman tak kira ada ke edak/tidak orang yang nak baca blog teman atau nak follow , yang penting teman dah syiok bebenor nak ada blog sendiri hehehe...

Makin lama makin syiok teman gadap blog ni hehehe dan makin ramai kawan baru yang teman dapat . Sekarang ni memang tiap-tiap hari kalau teman tak busy teman akan buka blog dan cuba selalu buat entry baru sambil tu teman suka juga lawat blog kawan-kawan atau blog baru . So , kat sini teman nak ucapkan....

PADA SEMUA PENGUNJUNG

ESPECIALLY TO ALL MY FRIENDS AND TO ALL MY 382 FOLLOWER

TERIMA KASIH , THANK YOU ,
SYUKRAN , SYIEH SYIEH , VANEKAM

AND

I LAP/LOVE U ALL MUAH MUAH MUAH..

So, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan semua kawan-kawan , follower , dan pengunjung blog saya ni nanti saya nak buat GIVE AWAY dalam entry yang akan datang ni....hadiah special uuu....so tungguuuu....

Ok la , Bye-bye for now nanti saya sambung cerita lagi dalam n3 yang akan datang...

Monday, February 8, 2010

SALAM PAGI ISNIN...


Artikal menarik yang saya jumpa di internet.......


63 PETUA KEBAHAGIAN DR. FADHILAH KAMSAH .

1) DOA YANG BERTERUSAN

2) PATUH PADA AJARAN AGAMA

3) MURAH DGN PUJIAN

4) MURAH DGN KHIDMAT

5) MURAH DGN BELAIAN KASIH SAYANG

6) MURAH DGN SENTUHAN

7) MENCARI KEBAIKAN PASANGAN

8) CARI MASA BERKOMUNIKASI,BERBUAL @BERGURAU SENDA

9) CARI KEBAIKAN DAN PEMBAIKIAN DIRI DRP SETIAP PERTENGKARAN

10) MENGHORMSTI HAD,SEMPADAN ATAU HAL PERIBADI PASANGAN

11) MENILAI DIRI PERSPEKTIF PASANGAN

12) BERFIKIRAN TERBUKA-BOLEH TEGUR MENEGUR

13) BERANI MENGAMBIL RISIKO EMOSI-TEGUR/PERUBAHAN/BERPISAH SEMENTARA

14) MENILAI DAN MEMBERI KEUTAMAAN DLM KEHIDUPAN

15) TOLAK ANSUR

16) MENGHORMATI DAN MENGAMBIL KIRA GERAK BATIN ( INTUITION)PEREMPUAN

17) TIDAK MENGEJAR KEBENDAAN SEMATA

18) SEDAR BHAWA PERSELISIHAN TDK DPT DIELAKKAN

19) MENGUBAH DIRI UTK MERANGSANG PERUBAHAN PSGAN

20) SANGGUP BERKORBAN BUAT PASANGAN

21) MENGHORMATI PASANGAN

22) BERASA AMAT BERUNTUNG( DAN NYATAKAN) MNDAPAT PSGAN YG ADA

23) PERHUBUNGAN SEKSUAL YG SIHAT DAN DIREDHAI

24) MENGHORMATI PERBEZAAN DLM DIRI PSGAN

25)SENTIASA BERMAAFAN SEBELUM TDOR

26) SENTIASA BERSANGKA BAIK DGN MASA DEPAN

27)MELETAKKAN HAK KPD PASANGAN

28)TIDAK MENJADI HAMBA KPD PASANGAN

29) BERUBAH SECARA KECIL-KECILAN UTK MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN

30) MENGAWAL MARAH (BUAT PERJANJIAN)

31)MENCARI PENYELESAIAN DLM SITUASI 'MENANG-MENANG'

33)MENGHORMATI SIFAT SEMULAJADI PASANGAN

34)MEMAHAMI 'PERANAN' PASANGAN

35)HUBUNGAN PERASAAN SESAMA PASANGAN

36)JGN SIMPAN KETIDAKPUASAN,SEDIH,MARAH @BENCI DLM HATI

37)BENTUK KOD KASIH SYG DAN ANDA BERDUA SHJ YG TAHU

38)SENGAJA MERANCANG UTK MEMBAIKI HBGAN SUAMI ISTERI

39)TUJUH KALI PUJI DAN 1 TEGURAN

40) SEBUT 'I LOVE U' SEPANJANG MASA

41)BANYAKKAN BERGURAU DAN BERMESRA

42)SENTIASA BERTERUS TERANG

43)BERI MASA UTK PERUBAHAN BERLAKU-SABAR

44)ELAKKAN BERDEBAT UTK MENCARI KEBENARAN

45)ELAKKAN SALAH PASANGAN

46)CARI TITIK PERTEMUAN

47)SELESAIKAN MASALAH HARI INI PD HARI INI JUGA

48)LEBIH BYK MEMBERI DRP MENERIMA

49)MINTA NASIHAT,MAKLUMBALAS DRP PASANGAN

50)SENTIASA BERSEMANGAT

51)SEIMBANGKAN HBGAN DR SEGI:

  • MENTAL,PENDIDIKAN DAN ILMU
  • EMOSI
  • FIZIKAL DAN EKONOMI
  • SOSIAL
  • SPIRITUAL

52)JGN BERJAUHAN TERLALU LAMA(KECUALI TERPAKSA)

53)TIDAK TERLALU MENGONGKONG

54)TIDAK BERTINDAK SENDIRIAN

55)MEMBERI PELUANG UTK BERBEZA:
  • PENDAPAT @PANDANGAN
  • HOBI
  • KEGEMARAN
  • MAKANAN
  • CITARASA
  • WARNA PILIHAN DAN PELBAGAI

56) HUMOR @LAWAK DR SEMASA KE SEMASA

57)MINTA BANTUAN UTK MEMECAHKAN KITARAN NEGATIF

58)BERWAWASAN DAN PANDANG KE HADAPAN

59)TIDAK MEMINTA YG BUKAN2

60)BENTUK UNDANG2 ATAU PERATURAN DLM RUMATANGGA

61)MENCARI KELAINAN DAN PERUBAHAN POSITIF

62)ELAKKAN MENDERA PASANGAN DGN APA JUA SEKALIPUN

63)REDHA,SYUKUR DAN TAWAKKAL KPD ALLAH

CERIA DI PAGI ISNIN...


Salam pagi Isnin

Cuaca pagi ni memang cantik sangat , syukur alhamdulillah . Pagi-pagi ni saya suka mula hari saya dengan baca blog sendiri , FB dan baca online newpaper dan kadang-kadang tu saya suka browse blog/web site atau youtube . Saya jumpa artikal yang menarik ni pun di internet juga....


Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Thursday, February 4, 2010

CANTIKNYA BUNGA ORKID


Saya memang suka pada pokok-pokok hiasan tak kira jenis berdaun saja atau yang berbunga , paling saya suka pokok bunga orkid . Kalau saya gi Amcorp selalunya saya suka juga gi both kat tingkat 2 ada makcik dan suami beliau yang jual macam-macam jenis pokok hiasan dan pokok herba .Saya pun apa lagi terus la ambil gambar bila dah jumpa pokok bunga orkid yang berbunga cantik sangat ni......




So white so beautiful....



Cantiknya.......

BUNGA BURUNG


Sampai je kat both ni saya terus terpegun tengok pokok yang unik dan cantik pada mata saya ni . Pokok ini jenis memanjat dan perlukan cahaya matahari yang banyak , masa dok belek dan ambil gambar bunga burung ni saya sempat imagine pokok ni kalau tumbuh memanjat dan besar ishhh cantiknyaaaa...


Pokok burung , yang tinggi dan yang rendah serta banyak daun tu...



Unik dan cantik sangat bunga burung ni......



Saya lupa la nama bunga ni cantik juga ni.....

MONEY..MONEY..



Some people say 'Money is Everything'..but..

Money will buy a bed but not
sleep

Books but not
brains

Food but not
appetite

Finery but not
beauty

Medicine but not
health

Luxuries but not
culture

Amusements but not
happiness

Passport to every where but not
Heaven.

Let us think about it.......


Wednesday, February 3, 2010

I`M GRATEFUL......


My love....

I'm grateful your'e here with me
I'm grateful your'e here to stay
I'm grateful for your love
You show me everyday

I'm grateful that no matter what
I do or try to say
That would cause us to fight
your'e still here to stay

I'm grateful for your kiss
For it's the greatest gift there is
I'm grateful for your hugs
which always keeps me warm

I'm grateful for your warmth
which always makes me feel wanted
I'm grateful for your looks
which always leave me twisted

Finally, I'm grateful that I found you
and that I own your heart
I want you to know that I love you
and in my heart, You're a big part.