MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, February 18, 2010

DAMAI SUASANA KAMPUNG


Damai suasana dan sungguh nyaman cuaca di pagi raya cina semasa kami sekeluarga balik kampung Sabtu lepas . Begini la keadaan jika tiba musim panas di kampung suami saya , semenjak 2 minggu sudah kan cuaca agak panas terik . So di kampung suami saya selalunya jika masa siangnya panas sangat bila malam cuaca akan jadi amat sejuk dan bila pagi berkabus sehingga pukul 9 pagi atau kadang-kadang hampir pukul 10 pagi baru cuaca cerah .

Kalau bangun untuk solat subuh dalam pukul 6 pagi tu memang sejuk la air dan mula la malas nak mandi pagi selalunya saya tunggu sampai pukul 8 pagi baru mandi hehehe . Tapi semenjak banyak sangat kawasan hutan yang ditebang masa nak meluruskan jalan Bukit Tangga yang bengkang-bengkok dan penerokaan hutan di belakang kampung suami saya ni cuaca dah kurang sejuk bila tiba dinihari . 1o tahun dulu kalau pukul 3 pagi saja kipas memang kena tutup sebab cuaca sangat la sejuk memang betul-betul macam kat Cameron Highland rasanya . Nak buat macam manakan disebabkan nak dapat kemudahan jalanraya yang lebih baik eko-sistem perlu dikorbankan juga semuanya demi pembangunan .


Masa saya ambil gambar ni dah pukul 8 pagi , cuaca nyaman saja . Sunyi dan tenang sekali sekala saja kedengaran unggas hutan dan ungka berbunyi atau pun terdengar cucu-cucu jiran ketawa bermain di rumah tok dan wan masing-masing . Mertua saya mengaku dia terasa tersangatlah sunyi jika kami semua habis cuti dan balik ke KL semula hmmm nak buat macam mana kan dah anak-anak mencari rezeki di bandar sebab tu la suami saya cuba balik kampung sekerap yang mungkin supaya parent dia happy dan anak-anak kami terbiasa dengan suasana kampung halaman .


Adlina yang happy tengok cuaca berkabus dan sejuk mula la nak main skooter yang dia bawa balik sekali . Tengok la tu kopiah Tok haji dia habis dia dan Adam pakai hehehe . Seronok sangat Adlina balik sebab kawasan laman rumah tok dia luas memang sakan la Adlina dan Adam main berlari ke sana - ke mari . Kadang-kadang saya risau juga kalau dia main di belakang rumah sebab kebun bapa mertua saya dah tak terjaga . Dulu masa tak ada pagar keliling rumah ni bila malam babi hutan memang jalan-jalan cari makan sampai ke depan laman rumah . Saya sendiri pun pernah nampak babi hutan tengah syok makan daun ubi kayu dekat bangsal tepi rumah masa tu siang hari hehehe memang terkejut la juga saya tengok babi hutan secara live jakun kejap nasib la jauh kalau dekan mau saya menjerit hehe...

Adlina ni dia suka main di laman rumah tok dia sebab boleh main paip air . Hari tu masa balik kampung , Adlina siap mandi-manda lagi di paip depan rumah tok dia ni . Adlina yang masa tu dah penat dan berpeluh sebab seronok lari sana-sini dan cuaca pun dah cerah serta mula panas , mula-mula tu saya nampak Adlina basuh selipar yang dia pakai dan lepas tu dia basuh kaki serta betis dia . Bila saya tengok lagi sekali dia basuh muka dan setengah jam lepas tu Adlina dah basah kuyup rupa-rupanya ada cebok kat paip tu dan dia dah mandi . Adlina pun dah basuh kopiah tok yang dia pakai tu hehehe saya biarkan saja dia mandi bukan selalu dapat main air macam tu . Wan dia pun senyap je maklum la cucu punya pasal senyum je mertua saya siap di baginya baldi lagi pada Adlina hehehe

Masa ni Adlina masih ok tak basah kuyup so boleh la posing untuk mama..

Di sekitar kawasan kejiranan berkabus tebal , pemandangan biasa di kampung suami saya .Masa mula kawin dulu hairan juga saya tengok berkabus macam di Cameron Highland.


Ini di jalan besar masa saya dan suami keluar mencari roti untuk dimakan bersama kuah durian yang mak masak untuk sarapan pagi . Seluruh kawasan Kuala Klawang memang berkabus sampai la pukul 9 pagi- 9.30 pagi . Balik kampung pun dah cukup tenang dan seronok untuk kami sekeluarga syukur alhamdulillah...

4 comments:

  1. Salam Nannie...bestnya...teringin nak pergi situ jugak...rasa tenang dan damai saja

    ReplyDelete
  2. best kan kak dpt duduk kg...tenang jerk fikiran....

    ReplyDelete
  3. wlkslam kak Azzah8,

    Memang best pun sebba aman damai kampung mertua saya ni ke dlama sikit tempatnya tapi pekan Kuala Klawang dan kawasan kampung di sini memang agak sunyi dan tenang saya tempatnya , meh la jalan-jalan ke daerah sini lepas

    ReplyDelete
  4. To Leya ,

    Memang best sekali sekala balik kampung nyaman je udaranya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .