MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, June 29, 2010

ROS & GINGHAM LAGI


Lagi sehelai peasant blouse untuk anakanda Adlina . Saya memang dah syok sangat jahit blouse peasant ni memang tahun ni trend fashion saya dan anak-anak ialah peasant blouse nampak gayanya . Bila pakai tu berangin je rasa selesa sangat...

Kain pilihan saya memang corak bunga ros la dan saya suka sangat gabungkan dengan kain corak gingham . Pada pandangan mata saya memang secocok sangat gabungan corak gingham ini dengan corak bunga-bunga memang sweet sangat...

Tengok la tu Adlina yang pakai blouse baru yang sangat cute serta gegirl . Kartun Ben 10 juga yang dia pilih untuk party goodies bag dan princess saya ni suka aktiviti yang lasak kalau Barbie Doll memang tak masuk senarai laa . Adlina suka pakai baju baru tak kira apa fesyen asal dia masih boleh pakai seluar jeans.


My bucuk bacin..

Monday, June 28, 2010

SKIRT for SWEET KAYLA


Hari Sabtu sudah saya dan family pegi ke rumah anak sedara saya Adel yang buat birthday party untuk anak sulung dia Kayla . So saya buatkan 2 sweet simple gathered skirt sebagai hadiah untuk cucu sedara saya ni Kayla Adora..

Saya memang banyak buat skirt gathered macam ni untuk Aisyah dan Adlina start dari umur sebulan memang saya dah bagi Aisyah and Adlina pakai skirt yang simple macam ni cutee sangat..

Saya guna 2 jenis kain cotton dan denim , skirt yang cotton corak bunga-bunga tu saya hiaskan dengan kain gingham dan skirt denim yang letak flora lace..


sweet pink gathered skirt..


Denim gathered skirt..



Skirt ni simple je saya potong ikut ukuran yang sesuai lepas tu dicantum dan saya jahit lace corak bunga di hujung skirt kemudian baru la di jahit lubang getah . Masukkan getah dan kita jahir tutup lubang getah ni balik dan siap la skirt yang cute ni...

HAPPY BIRTHDAY SWEET KAYLA


Anak-anak saya memang menunggu hari Sabtu yang baru lepas ni sebab nak ke birthday party Kayla Adora cucu sedara saya yang turn 1 year old last Saturday . Happy Birthday my sweet Kayla kejap je masa berlalu last year saya ada buat entry special untuk Kayla masa dia baru berumur 3 hari .
Saya ni memang suka ambil gambar so banyak sangat gambar yang saya ambil masa birthday party Kayla...so jom tengok...
Kayla Adora..


Happy birthday to u , happy birthday to Kayla Adora...


Aisyah dengan sepupu-sepupu..


Ballonsss......

BIRTHDAY KAYLA


Anak-anak saya memang enjoy dan happy sangat masa di party Kayla sampai Adlina masih bercerita apa yang dia main masa party tu bila dia tengok gambar-gambar yang saya masukkan dalam blog saya ni .

Adam dengan cousins main dengan pedang belon yang clown bagi..



Masa ni acara main Pinata , Adlina pukul punya la kuat tapi Pinata ni still tak pecah . Pinata ni dibuat dari cardboard dan dihias dengan colour paper serta boleh dibuat menjadi macam-amcam bentuk . Dalam Pinata ni di isi dengan sweet dan cara nak dapat sweet dalam Pinata ni budak-budak kena pukul Pinata ni sekuat mungkin sampai la Pinata ni pecah . Aisyah dan cousin yang main game ni seronok sangat...


Bila dah pecah terburai la pinata ni dan semua sweet akan berterabur so budak-budak yang main tu berebut la nak ambil sweet tu semua . Tengok la tu Adlina , dia buat muka sebab tak dapat nak kumpul sweet tu hehehe..


Adam seronok dan terpegun sangat tengok lollipop yang besar ni hehe


Main dan main...


Adlina and the clown..happynya anak-anak saya..

Wednesday, June 23, 2010

BLOUSE BARU


Dah lama juga saya idamkan nak buat blouse peasent untuk diri sendiri sebelum ni saya dah siapkan beberapa helai untuk Adlina dan Aisyah . So kali ni turn diri sendiri la pula nak melaram dengan blouse baru..

Memang jahit peasent blouse la yang paling mudah dan cepat disiapkan dari lain-lain jenis fesyen yang pernah saya design serta jahit . Saya tak payah nak draft pattern dulu atas kertas dan apa yang saya perlu buat hanya la ambil ukuran lebar serta labuh blouse yang selesa saya nak pakai nanti . Lepas tu terus je saya draft atas kain dan lukiskan lubang lengan . Sama la juga untuk bahagian lengan saya lukis pattern lengan yang lurus juga dan lukis armholenya terus atas kain dan potong . Semuanya lurus saja sonang-sonang...

Kemudian masuk pula bab nak jahit blouse ni mula-mula nak jahit cantum bahagian badan pun best juga sebab jahit lurus je dan lepas tu cantum sleeve . Kemudian jahit bahagian tengkuk/opening buat lubang untuk masukkan getah serta jahit balik lubang ni dan siap la. Saya jahit pula lubang untuk masukkan getah pada bahagian hujung lengan . Masukkan getah serta jahit lubang getah tadi siap la baju den....


Tarraaa...peasent blause baru saya..me so happy..

Blouse peasent ni sangat la selesa sebabnye blouse ni patternnye flair/longgar dan tanpa dart/lisu . Saya rasa la wanita yang berbadan besar macam saya ni memang sesuai pakai blouse peasent ni tambahan lagi kalau yang bertudung....

So untuk hari ni tu je la entrynya kisah blouse baru diri sendiri dan petang nanti saya nak jahit lagi 2 helai peasent blouse untuk diri sendiri la jugakkan.....

Hari ni saya happy lebih sikit sebabnya saya dah plan nak buat beberapa helai lagi peasent blouse untuk diri ni dan nampak gayanya lemari baju saya nanti penuh dengan blouse fesyen macam ni la pula...i loike...

BYE...
SELAMAT MENJAHIT YA..

BERPINDAH..


Saya sekarang ni dalam proses nak pindahkan semua koleksi pinggan mangkuk teko cawan dan semua yang antik-antik ni ke blog baru . Saya tak mau campur aktiviti menjahit dengan hobi kumpul set pinggan mangkuk lama dalam satu blog ni sebab nanti jadi macam rojak pula.

Lama-lama hilang pula identiti blog sewing dan craft saya ni so better saya buka satu blog khas untuk hobi kumpul pinggan mangkuk antik , baru la bestkan . Ada lagi koleksi-koleksi yang saya belum buat entry dan juga my new finding....

Proses nak pindah ni ambil masa la juga maklum la nak bungkus pinggan mangkuk dan semua set cawan teko yang berat-berat ni kan kena betui-betui kalau bungkus lebih kurang saja nanti ada pulak yang pecah...

Nanti saya akan bagi tahu bila blog baru koleksi pinggan mangkuk saya ni siap ya..tunggu..

Tuesday, June 22, 2010

INSPIRASI


Saya baru beli majalah Sew Beautiful ni dan keluaran kali ni isunya banyak hasil jahitan sulaman smocking dan semuanya cantik-cantik sangat . Kadang-kadang tu saya beli juga majalah -majalah macam ni nak cari idea dan sumber inspirasi menjahit .

Dah lama juga saya tak up-date projek jahitan saya sebab masa cuti sekolah yang lepas saya memang tak menjahit pun sangat sebab masa banyak dihabiskan buat benda lain dengan anak-anak..

Sekarang ni sekolah dah buka balik so saya adalah masa tertentu yang saya boleh menjahit . So boleh la saya siapkan beberapa projek yang tak siap lagi tu tu . Jom kita tengok gambar-gambar dari majalah sew beautiful kali ni semuanya cantik geramnya tengok dan jadi bersemangat balik la nak menjahit...

Cantikkan..

Inspirasi dan idea untuk saya jahit smocking ni....

Saya belum pernah jahit smocking figura macam ni sangat menarik dan saya nak cuba la..
SELAMAT MENJAHIT YA...

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA


Kad dari Aisyah dan Adlina untuk abah tersayang..


Coolest n super dad n no.1 in the world...

My creative Adlina yang lukis gambar kami sekeluarga..

Friday, June 18, 2010

SALAM PAGI JUMAAT



-Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

-Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

-Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

-Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

-Cinta kepada bunga akan layu, Cinta kepada manusia akan berpisah dan Cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi...

-Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah....

-Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah takbur , keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”


Wednesday, June 16, 2010

CUTI SEKOLAH BALIK KAMPUNG LA...


Hari ni saya sambung cerita kami bercuti di kampung, memang tiap-tiap bulan kami balik cuma kali ni saya nak buat n3 , sekali-sekala best juga tengok gambar pemandangan kampung .

Cuti sekolah kali ni kami tak ke denstinasi yang jauh-jauh sebab Aisyah ada tuisyen masa cuti sekolah so kami hanya balik kampung atau jalan-jalan sekitar KL saja . Nanti la cuti sekolah hujung tahun atau masa cuti raya saya sekeluarga akan melancong ke destinasi yang jauh macam ke pantai timur .

Keadaan kampung masih macam biasa cuma ada la sikit pembangunan kat pekan Kuala Klawang macam perumahan baru selain dari tu kampung mertua saya ni masih tenang dan aman damai . Kehidupan orang-orang kampung dan di pekan Klawang releks saja dan yang best tak ada traffic jam...jom tengok gambar-gambar yang saya ambil ni....


Pekan Kuala Klawang yang bersih tahun sudah kedai apek kat tiang lampu tu la saya shopping set ros hitam . Kali ni pegi dah tak ada apa tapi kalau sapa yang suka kumpul talam ayan memang banyak lagi...


Anak-anak saya yang sentiasa menunggu untuk balik kampung...


Bahagian dapur..


Sarapan pagi Ahad kami yang simple di kampung , ada teh o dan saya masak nasi goreng sardin ada kuih muih yang hubby beli dari pasar tani serta pulut kuning dengan rendang dari kenduri kawin kat rumah jiran....


Adlina jamming pulak dengan gitar pakcunya...


Kebun di tepi rumah ada pokok keledek untuk ubinya dan pucuk keledek yang sedap di masak tumis air saja . Pokok peria pahit , ubi kayu , bendi dan macam-macam lagi la yang mertua saya tanam . Bila balik kampung selalunya tak perlu beli sayur saya suka kutip je apa yang ada ditanam kat kebun fresh dan tak di sembur racun....

Rambutan dah berbuah tapi masih putik lagi mak pesan kalau nak makan rambutan bulan puasa balik kampung lagi la dan memang kami mesti balik .

Bila balik kampung memang best sebab dapat makan macam-macam jenis buah-buahan ikut musim la macam sekarang ni musim buah naga kalau time buah manggis memang banyak selalunya saya pegi cari kat pokok je . Bila musim langsat memang seguni dah tunggu kami dan bila musim durian makan la sampai tak larat selalunya durian yang lebih tu mak buat tempoyak la dan hujung bulan depan dapat merasa rambutan la pulak bestnya....


Ni la kabinet solek yang saya dapat dari kampung kali ni dan kabinet ni mak mertua beli pada tahun 1968 untuk set bilik tidur perkahwinan mak dan sekarang ni mak bagi kat saya , alhamdulillah syukur sebab saya tak perlu beli dan jimat belanja den . Pada saya memang susah sangat nak dapat almari atau kabinet yang lama lain la kalau saya duduk di Ipoh sebab kat ML memang ada dijual kabinet lama yang cantik-cantik .
Kabinet ni baru je siap di make-over oleh hubby dan saya dah isi dengan koleksi set-set cawan serta teko . Bila hubby dah make-over memang cantik kabinet ni dan insyallah nanti ya bila-bila saya akan buat entry al-kisah lemari-lemari yang saya dapat dari kampung...tunggu...

NICE BLOG AWARD


Salam pagi Rabu...

Hari ni sessi menjawab soalan-soalan tag dari kak Shima , terima kasih ya pada kak Shima yang sering bagi award pada saya . Semoga persahabatan kita ini akan kekal sampai bila-bila...kak Shima ni sama dengan saya sama-sama minat jahitan & craft serta minat kumpul set cawan pinggan teko antik...


1. Apa yg bermain di fikiran u oll skarang
Rasa nak gi KLCC sebab dah janji dgn anak-anak , nak kemas lemari antik yang baru dapat dari kampung hehehe dan nak baked carrot cake lagi

2.Apa nama samaran U oll
Nama panggilan Nannie...samaran tak de..

3.Berikan 3 org ygU oll sayang
i) Hubby, ii) anak-anak iii) ahli keluarga

4.Panggilan Untuk Si Dia
Abang ,laling

5.Impian yg U oll impikan dr org yg istimewa
ada la....

6.Blog mana yg U oll suka visit
Tak tentu tapi selalu visit blog kawan-kawan dalam blog list saya sebab selalu nampak perkembangan blog mereka dan blog sewing , blog masakan atau apa saja blog yang menarik..

7.Tag kepada 15 blogger U oll...
Saya tak tag sesiapa pun tapi award ni saya bagi pada follower atau pengunjung yang sering singgah ke blog saya ni...sila la ambil award ni dan letak di blog masing-masing....

Tuesday, June 15, 2010

MUSIM BUAH NAGA


Edisi balik kampung...

Sekarang ni musim buah naga berbuah , masa saya balik kampung bulan sudah buah naga ni dah mula berbunga rasanya sekarang ni musim buah naga berbuah kot . Dulu saya ada buat n3 kisah pokok buah naga yang abah mertua saya tanam di depan laman masa tu pokok naga ni baru nak mula berbunga dan semenjak bulan Mac tahun ni kami dah boleh merasa buahnya .

Mertua saya tanam buah naga jenis merah hati pinkish isinya sedap dan manis memang sedap sangat . Anak-anak saya memang suka sangat buah naga ni termasuk saya la juga . Selain dimakan begitu saja buah naga ni pun saya buat agar-agar konyaku dan jus hmmm sedap...

Deretan pokok buah naga semuanya ada 6 pokok sekali kutip boleh dapat 20-30 biji buah yang dah masak fresh dan sedap...


Pokok ni buahnya ada yang kecil dan besar semuanya dah masak..


Mak sedang potong buah naga yang dah sedap dimakan..


Sebakul buah naga dan berbiji-biji buah mangga apple dari rumah tok suami saya dans semua buah ni saya bawa balik ke rumah la...
Bestnya balik kampung macam-macam yang kita boleh dapat saya dapat cari teko cawan antik dan dapat juga hasil buah-buahan yang mertua tanam . Pada yang pernah sampai Kuala Klawang saja tau macam mana suasana kampung di sini , suasana hutan yang masih terpelihara sebab tak banyak sangat pembangunan di kampung suami saya ni...damai tenang..

Monday, June 14, 2010

KOLEKSI LP ENCIK SUAMI


Edisi balik kampung....
Dah lama juga saya tak buat n3 kisah hobi saya mengumpul cawan teko pinggan antik ...sekali-sekala boleh la jugakan tukar cerita n3 blog saya ni tapi kali kisah koleksi LP hubby den....
Cuti sekolah ni memang best balik kampung sebab ramai sedara yang balik dapat la berkumpul lepas tu banyak juga kenduri kawin kiranya dapat la merasa rondang minang ishh sodap bonar... Saya baru je sampai ke rumah lepas beberapa hari coti-coti di kampung suami kek Kualo Klawang , Nogoghi Sembilan . Sojuknyo cuaco nyaman waktu pagi tapi bila tengahari panas la juga tapi bila petang hujan so nyaman la balik cuaca sampai la ke malam bila dah masuk dinihari sojuk sangat kena tarik selimut la dan tutup kipas.
Bila dah balik kampung aktiviti sampingan yang mesti saya buat ialah cari barang-barang antik laaaaa . Kali ni bukan saja dapat pinggan mangkuk n cawan n teko-teko tapi suami saya pun cari balik koleksi LP lama abah mertua den punyo....

koleksi lp yang kami bawa balik rumah hari ni hmm banyak juga ni =)

Lepas sarapan suami saya pun mula la operasi masuk stor sebelum masuk tu saya siap ketuk-ketuk dulu dinding stor bagi apa saja binatang yang mungkin bersarang dalam stor tu keluar sebab mak pernah bagi tau dia ada nampak ular masuk dalam stor ni dari luar sebab dinding luar stor ni dah berlubang tapi tu cerita yang dah lamaaa dan abah dah tutup lubang tu cuma saya ni berjaga-jaga je . Bila buka je pintu stor alhamdulillah tak de apa so bermula operasi bersihkan stor...


Bila dah jumpa yang mana bekenan suami saya pun mula la bersila depan pintu dapur dan mula la operasi bersihkan lp-lp ni . Seronok sangat suami saya bila dia dapat cari semua lp-lp ni sambil bersih suami saya tak berhenti bercerita setiap lp atau lagu tu ada ceritanya sambil mak pun mencelah bercerita sama . Bapa mertua saya senyum saja dan ketawa dengar cerita lucu suami , kisah mereka anak-beranak dulu sekejap je masa berlalu kan dan best juga dapat dengar kisah nostalgia lama kenangan berharga buat suami ...


Bersemangat la hubby den bersih dan lap lp-lp ni dan ada juga lp yang dah rosak macam kena gerit dengan tikus atau mungkin juga patah . Suami saya simpan semua lp yang pecah atau rosak ni sebab susah dah nak cari dan kalau yang di jual kat Amcorp Mall pun mahal juga harganya...


Allahyarham Sudirman , semua lagu dia saya suka....
Sebelum ni suami saya ada cerita kat saya tentang lp abah yang banyak dan dulu abah memang minat muzik . Di rumah mertua saya ni siap ada bilik radio tapi bila dah semakin berumur zaman muzik abah pun dah berlalu . Semua lp-lp abah ni dah masuk dalam stor bawah tangga di rumah mertua saya ni .

Lp Sharifah Aini , penyanyi favorite abah mertua den...
Suami saya memang minat sangat muzik(sampai sekarang ni) dan masa di kampung dulu suami saya la yang menjaga lp-lp ni dan radiogram abah punya . Suami saya la yang menjadi pakar sambung wayar input-output cabel radio itu ini hal yang berkaitan dengan radiogram . Dah banyak kali juga suami saya nak selongkar lp-lp ni cuma masa kami balik kampung kali ni baru dapat .


Lp Donny & Marie yang masih elok..

Bila tengok lp-lp ni saya mula la teringat masa saya kecik dulu pun abah saya banyak juga beli lp-lp seingat saya dari cerita kakak dan arwah abah sendiri sejak zaman tahun 60an lagi arwah abah saya dah mula beli lp . Arwah abah masa dulu pun suka dengar lagu dan di rumah kami di Jitra dulu pun banyak sangat lp penyanyi popular dan group dolu-dolu . Bila abang saya dah besar dia la take over jaga radiogram di rumah kami dan abang saya yang banyak beli lp masa zaman 70an dan 80an...

Paling saya ingat lagu dari lp Saturday night fever , Boney M , ABBA , Black Dog Bone , Carefree , Sudirman dan ramai penyanyi lain lagi dan bila masuk zaman 80an abang saya suka pasang rekod group Alleycats ...


Group Boney M yang sangat famous dulu lagu-lagu depa ni memang best...


Group ABBA , semua lagu-lagu depa ni best . Masa group ni famous saya umur 7-8 tahun tiap-tiap hari abang saya pasang rekod group ABBA ni sampai saya boleh hafal la lirik lagu...
Suami saya cakap set cawan teko pinggan lama yang saya kumpul tu boleh la diwariskan pada anak-anak perempuan dan Lp-Lp ni suami saya nak wariskan pada anak bujang dia sorang la Adam , baguih juga cadangan suami saya tu bahagi sama rata harta antik yang saya dan suami kumpul ni hehehe
Tunggu ya lepas ni ada lagi edisi balik kampung den ni...

Thursday, June 10, 2010

PEASENT BLOUSE FOR MY SWEETHEART




Another peasent blouse for Adlina and this time i`m using a maroon gingham cloth . A very simple easy to sew pattern and the finishing peasent blouse is so sweet and cute . I`m in the mood to sew a few more peasent blouses both for Adlina and Aisyah..

HAPPY SEWING DEAR FRIENDS..