MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, June 7, 2010

CUTI SEKOLAH DAH MULA...


Hari Sabtu lepas dah mula cuti sekolah dan seperti yang dirancang saya pun buat family gathering di rumah saya ini . Abang saya dari Penang datang dengan kakak-kakak yang memang tinggal di kawasan berhampiran . Memang dah jadi rutin untuk kami berkumpul bila ada peluang macam cuti sekolah ini . Bila dah lama tak jumpa memang rindu la pula sambil tu boleh kami releks serta bersembang tentang perkembangan keluarga masing-masing...

Pada saya keluarga adalah satu ikatan yang sangat penting dalam hidup saya ni kalau nak di ikutkan memang masing-masing sibuk dengan macam-macam hal tapi kami cuba untuk berjumpa dan berkumpul .

Kali ni turn rumah saya pula untuk jadi tempat pertemuan kami dan untuk menu gathering kami kali ni saya masak steam boat serta grill bbq . Menu mudah tapi sangat sedap dan senang saya nak sediakan selain tu abang dan kakak saya ada juga bawa pot luck untuk tambah makanan yang saya dah sediakan ni...

steam boat dan bbq grill serta durian pun adaa.....


Jom makan-makan dan grill sendiri udang , daging atau sotong yang dah diperap lebih awal . Anak-anak sedara saya sedang grill masak makanan yang mereka nak makan kiranya layan diri sendiri la .

Alhamdulillah gathering family di rumah saya kali ini berjalan dengan lancar insyallah boleh la saya buat lagi...

Masa ni dalam kereta dan on the way ke Ikea , riuhnya budak-budak ni..

Lepas dah selesai berjamu selera di rumah saya , saya sekeluarga dengan family kakak dan abang pegi window shopping pula jalan-jalan dan lepas dinner baru la kami bawa diri pulang ke destinasi balik ke rumah masing-masing . Anak-anak la yang paling happy bila kita berkumpul ramai-ramai macam ni , bila anak-anak happy saya lagi la happy...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .