MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, June 14, 2010

KOLEKSI LP ENCIK SUAMI


Edisi balik kampung....
Dah lama juga saya tak buat n3 kisah hobi saya mengumpul cawan teko pinggan antik ...sekali-sekala boleh la jugakan tukar cerita n3 blog saya ni tapi kali kisah koleksi LP hubby den....
Cuti sekolah ni memang best balik kampung sebab ramai sedara yang balik dapat la berkumpul lepas tu banyak juga kenduri kawin kiranya dapat la merasa rondang minang ishh sodap bonar... Saya baru je sampai ke rumah lepas beberapa hari coti-coti di kampung suami kek Kualo Klawang , Nogoghi Sembilan . Sojuknyo cuaco nyaman waktu pagi tapi bila tengahari panas la juga tapi bila petang hujan so nyaman la balik cuaca sampai la ke malam bila dah masuk dinihari sojuk sangat kena tarik selimut la dan tutup kipas.
Bila dah balik kampung aktiviti sampingan yang mesti saya buat ialah cari barang-barang antik laaaaa . Kali ni bukan saja dapat pinggan mangkuk n cawan n teko-teko tapi suami saya pun cari balik koleksi LP lama abah mertua den punyo....

koleksi lp yang kami bawa balik rumah hari ni hmm banyak juga ni =)

Lepas sarapan suami saya pun mula la operasi masuk stor sebelum masuk tu saya siap ketuk-ketuk dulu dinding stor bagi apa saja binatang yang mungkin bersarang dalam stor tu keluar sebab mak pernah bagi tau dia ada nampak ular masuk dalam stor ni dari luar sebab dinding luar stor ni dah berlubang tapi tu cerita yang dah lamaaa dan abah dah tutup lubang tu cuma saya ni berjaga-jaga je . Bila buka je pintu stor alhamdulillah tak de apa so bermula operasi bersihkan stor...


Bila dah jumpa yang mana bekenan suami saya pun mula la bersila depan pintu dapur dan mula la operasi bersihkan lp-lp ni . Seronok sangat suami saya bila dia dapat cari semua lp-lp ni sambil bersih suami saya tak berhenti bercerita setiap lp atau lagu tu ada ceritanya sambil mak pun mencelah bercerita sama . Bapa mertua saya senyum saja dan ketawa dengar cerita lucu suami , kisah mereka anak-beranak dulu sekejap je masa berlalu kan dan best juga dapat dengar kisah nostalgia lama kenangan berharga buat suami ...


Bersemangat la hubby den bersih dan lap lp-lp ni dan ada juga lp yang dah rosak macam kena gerit dengan tikus atau mungkin juga patah . Suami saya simpan semua lp yang pecah atau rosak ni sebab susah dah nak cari dan kalau yang di jual kat Amcorp Mall pun mahal juga harganya...


Allahyarham Sudirman , semua lagu dia saya suka....
Sebelum ni suami saya ada cerita kat saya tentang lp abah yang banyak dan dulu abah memang minat muzik . Di rumah mertua saya ni siap ada bilik radio tapi bila dah semakin berumur zaman muzik abah pun dah berlalu . Semua lp-lp abah ni dah masuk dalam stor bawah tangga di rumah mertua saya ni .

Lp Sharifah Aini , penyanyi favorite abah mertua den...
Suami saya memang minat sangat muzik(sampai sekarang ni) dan masa di kampung dulu suami saya la yang menjaga lp-lp ni dan radiogram abah punya . Suami saya la yang menjadi pakar sambung wayar input-output cabel radio itu ini hal yang berkaitan dengan radiogram . Dah banyak kali juga suami saya nak selongkar lp-lp ni cuma masa kami balik kampung kali ni baru dapat .


Lp Donny & Marie yang masih elok..

Bila tengok lp-lp ni saya mula la teringat masa saya kecik dulu pun abah saya banyak juga beli lp-lp seingat saya dari cerita kakak dan arwah abah sendiri sejak zaman tahun 60an lagi arwah abah saya dah mula beli lp . Arwah abah masa dulu pun suka dengar lagu dan di rumah kami di Jitra dulu pun banyak sangat lp penyanyi popular dan group dolu-dolu . Bila abang saya dah besar dia la take over jaga radiogram di rumah kami dan abang saya yang banyak beli lp masa zaman 70an dan 80an...

Paling saya ingat lagu dari lp Saturday night fever , Boney M , ABBA , Black Dog Bone , Carefree , Sudirman dan ramai penyanyi lain lagi dan bila masuk zaman 80an abang saya suka pasang rekod group Alleycats ...


Group Boney M yang sangat famous dulu lagu-lagu depa ni memang best...


Group ABBA , semua lagu-lagu depa ni best . Masa group ni famous saya umur 7-8 tahun tiap-tiap hari abang saya pasang rekod group ABBA ni sampai saya boleh hafal la lirik lagu...
Suami saya cakap set cawan teko pinggan lama yang saya kumpul tu boleh la diwariskan pada anak-anak perempuan dan Lp-Lp ni suami saya nak wariskan pada anak bujang dia sorang la Adam , baguih juga cadangan suami saya tu bahagi sama rata harta antik yang saya dan suami kumpul ni hehehe
Tunggu ya lepas ni ada lagi edisi balik kampung den ni...

1 comment:

  1. Sue aritu ada tgk kat Astro... kat Jepun orang carik this kind of piring hitam... Agaknye nak buat collection kot... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .