MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, October 26, 2009

SEPETANG DI JONKER STREET,MELAKA


Cuti hujung minggu lepas saya ikut kakak-kakak saya ke Melaka . Mula-mula sekali kami pegi Matrikulasi Sains Melaka dulu sebab Kak Ija nak ambil Azra yang baru habis exam dan akan bercuti panjang , lepas tu baru kami semua pergi Jonker Street .

Kami sampai kat Bandaraya Melaka ni around noon dan terus cari jalan ke Jonker Street ,tujuan utama kami pegi Jonker Street ni sebab Kak Amy nak cari almari antik untuk rumah baru dia so saya ngikut aje.....seronok juga sebab sebelum ni bila ke Melaka saya belum pernah lagi jalan-jalan di Jonker Street ni , sambil cuci mata boleh la juga saya hunting mana la tau dapat jumpa set teko dan cawan yang mampu di belikan.....

Saya ada jumpa satu kedai ni memang ada set teko dengan 6 cawan/creamer/bekas gula corak pokok kelapa dan meakin corak bunga apa nama entah saya dah lupa , tapi bila tengok harganya hmm RM 1200.00 huhuhuh.....saya tengok balik betul-betul harganya memang mata saya masih elok tak rabun lagi heheheheee..mahainya...saya pun senyum saja dan jalan berlalu keluar dari kedai tu....

Baru sampai ni , cuaca memang cantik....


Aisyah dan Adlina nak naik beca tapi tak sempat sebab saya nak ikut kak Amy cari almari antik dia tu dan kami semua pun belum habis jalan-jalan pusing Jonker Street ni , banyak betul kedai tak apa lain kali kita datang lagi yea...

Saya suka tengok interior dan ex-terior kedai-kedai di Jonker Street ni , kreatif betul cara tuan kedai decorate dan display bahan jualan di kedai masing-masing .Banyak betul pokok teratai /kiambang /buluh serta macam-macam jenis lagi pokok ditanam dalam pasu besar sekitar kaki lima kedai , cantik sangat pemandangan kat sini..

Paling ramai pelancong luar (foreigner) ...dia orang ni suka serounding /suasana exotic dan rustic , cafe serta restoran pun banyak dengan pelancong luar especially mat/minah saleh .


Banyak betul kedai jual furniture antik kat Jonker Street , saya dan kak Ija ikut saja Kak Amy masuk semua kedai antik ni cuci mata belek sana belek sini...... Memang cantik perabot kayu lama dari jenis kayu macam mahagony/teak serta masih kukuh semuanya design dolu-dolu lawa sangat...

Masa tunggu kak Amy kat luar kedai perabot antik ni , saya sempat la masuk satu kedai jual souvenir , asalnya anak saya nak beli mainan tapi rupanya kat dalam kedai ni ada juga dijual pinggan mangkuk antik tapi disebabkan kesuntukkan masa saya tak sempat nak belek habis semuanya dan saya hanya dapat beli 3 biji cawan bujang bunga peonies yang saya masukkan n3 nya pada minggu lepas tu...jadi lakan dapat la juga buah tangan dari Jonker Street ni...lain kali masa cuti sekolah boleh pegi lagi Jonker Street ni...memang best...



Lepas dah spend time dalam 2 jam lebih di Jonker Street dan di sebabkan tak dapat cari kedai makan yang sesuai (halal) kami semua pegi kejap ke Mahkota Parade dan makan di food court dalam shopping komplek ni....

We really had a great time di Melaka kali ni , insyallah cuti sekolah akan datang ni kami akan turun ke Melaka lagi dan terus ke Johor untuk bercuti......

Sunday, October 25, 2009

LACE


Saya suka guna macam-macam jenis laces sebagai trimming untuk dress yang saya jahit dan design . Gaun dan dress smocking memang jadi lagi cantik dan sweet bila di tambah dengan lace , saya memang suka pergi kedai Bunga Reben kat jalan TAR sebab ada macam-macam jenis lace , berbeza color dan saiz . Cantik-cantik belaka , bestnya kalau dapat beli semua....

Lace jenis nett


Lace cotton


Lace ni saya jahit pada hujung lengan dan hujung baju kurung raya anak-anak , saya tambah dengan beads.


Lace collar jenis tenun

LACE


Lagi jenis-jenis lace yang saya guna untuk trimming gaun dan dress yang saya buat , cantikkan...





JAHIT TRIMMING

Saya akan iron dulu basi ikut ukuran yang saya nak selalunya kecil saja , bila iron lagi senang nak dijahit nanti dan lebih kemas hasil jahitan.


Teknik tindih atas



Dah siap...

JAHIT TRIMMING


Saya jahit lace untuk trimming pada hujung gaun , teknik tindih atas dari luar atau right side.

Hasilnya..



Hujung lace di letak di bahagian dalam kain dan di jahit tindih juga...

Saturday, October 24, 2009

CARA POTONG PIPING

Dengan menggunakan pembaris L dapatkan garisan serong 45 darjah pada kain yang nak di buat piping . Teknik ini di panggil sebagai cut on bias , tujuan kain ini di potong menyerong supaya kain piping ini mudah dijahit pada leher baju yang berbentuk bulat atau melengkung . Saiz lebar piping adalah 4 cm yang di bahagi 4 ( 1 cm setiap bahagian ) .

Bila dah siap di lukis garisan piping pada kain mengikut panjang yang kita nak guna , baru la boleh di potong , kalau tak cukup panjang sambung saja kain piping ni. harap rajah yang saya tunjukkan dalam enrty ni dapat membantu sesiapa saja yang nak buat piping sendiri ...

HAPPY SEWING

PIPING LEHER BAJU


Proses jahit piping ni sama saja macam proses menjahit piping yang ready-made yang kita boleh beli di kedai , cuma saya buat piping sendiri dengan mengguna kain yang sama dengan baju . Teknik jahitan piping yang saya tunjukkan dalam entry kali ni ada la cara yang selalu saya guna dan di harap dapat memberi info kepada sesiapa saja......
Happy sewing.....
Potong menyerong 45 darjah kain yang sama dengan baju , gunakan pembaris L square untuk mendapat garisan yang lurus dan kemudian tanda 4 cm pada kain untuk lebar piping serta tandakan pada kain ukuran panjang piping ikut pada luas leher baju tersebut . Bila dah siap di tanda ukuran piping ini pada kain , boleh la di potong piping ini dan kemudian kain piping ini di lipat 2 serta di sterika .


Lipat kain piping ini menjadi 4 bahagian ( setiap bahagian menjadi 1 cm) dan sterika dengan kemas.


Pastikan bahagian basi baju dan piping ini disatukan dengan kemas kemudian dijahit bersama .


Bila dah habis jahit sekeliling leher , bahagian basi leher ini di kacip/snip supaya memudahkan proses jahitan seterusnya nanti.

PIPING LEHER BAJU


Bahagian dalam piping yang sudah di lipat dengan kemas .


Sterika lipatan piping ini supaya sama besar dan menjadi kemas kemudian jahit tindih/top-stitch dari bahagian luar baju.


Close-up pada jahitan tindih di bahagian luar dan dalam baju


Bila dah siap boleh la di seterika bagi kemas , kemudian jahit la kancing baju atau butang katip di bahagian atas zip.

Thursday, October 22, 2009

PERSONA JEWELLERY


Entry kali ni khas untuk kakak tersayang saya...

Jom gi blog kak Firza...

Saya nak nak perkenalkan blog kak Firza iaitu PERSONA JEWELLERY (click pada nama kak Firza , anda boleh terus ke blog dia ) untuk tengok cuci-cuci mata dengan koleksi gelang-gelang yang cantik dan kalau bekenan boleh la beli untuk diri sendiri atau nak di jadi kan hadiah . Kak Firza juga pakar membuat cream caramel yang sedap sangat yum..yum..

Kalau nak tempah cream caramel atau nak beli gelang-gelang ini boleh la contact kak Firza di nombor ini :- 017 2663015

Saya dah banyak kali juga makan cream caramel lain tapi yang kak Firza masak juga yang paling sedappppp sangat......rasanya cukup lemak , manis dan lembut .

Saya puji sakan cream caramel yang kak Firza masak ini bukanlah sebab dia kakak saya ya..hehehehe...........

Cream caramel yang kak Firza masak ni memang lembut sangat , bila masuk mulut tu terus melt/cair....hmmmm....yummy......

Selalunya kalau saya teringin dan teringat nak makan cream caramel memang ke rumah kak Firza la kami sekeluarga pegi....

Kak Firza memang ambil tempahan untuk cream caramel ni , dia selalu ambil tempahan tak kira untuk apa jenis majlis , jamuan dan kenduri . Kalau nak tempah jom la pergi ke blog kak Firza...sekali makan caramel yang kak Firza buat ni mesti nak lagi......



Gelang dalam gambar di atas ni adalah di antara koleksi gelang-gelang yang ada di dalam blog kak Firza. Liplap liplap saja gelang-gelang ni , semua warna dan design gelang-gelang ni memang cantik serta menawan . Semua gelang dalam koleksi kakak Firza ini pun sesuai untuk di pakai bila-bila masa yang kita suka .

Saya pun ada satu gelang ni kak Firza bagi untuk birthday presant saya . kalau nak tengok koleksi gelang-gelang ini , pergi la ke blog kak Firza iaitu Persona Jewellery ( click saja )

Wednesday, October 21, 2009

FAMILY GATHERING


Sebulan atau 2 bulan sekali saya dan kakak-kakak akan berkumpul untuk family gathering , masa awal bulan Syawal yang sudah kami berkumpul di rumah saya so untuk penutup bulan Syawal ni kami semua berjamu selera dan berkumpul di rumah kakak saya pulak . Memang macam tu la rutin saya dan kakak-kakak , kami dan family akan berkumpul untuk catch-up dan releks bersama . Kami akan bawa pot luck dan makan-makan , cerita-ceriti dan lepak saja la .

Plan asalnya saya nak buat cake atau cupcakes untuk Adam , tapi tak sempat sebab hari sebelumnya kami sekeluarga gi beraya sampai ke malam , bila balik rumah saya dah penat nak buat cupcakes . So , saya pun beli saja cheese cake dan bawa ke rumah kakak untuk jamuan birthday ringkas untuk Adam ni , apa pun Adam happy......


Tiup lilin tu Adam.....hehehe.....tapi Adam diam saja dan senyum , dia tak tau lagi macam mana nak tiup lilin so kak Lina yang tolong tiupkan .


Menu yang saya dan kakak-kakak masak untuk jamuan kami sekeluarga pagi tu , serba ringkas tapi yum..yum....ok la...

Jamuan raya terakhir sebelum bulan Syawal berlalu , suasana raya memang terasa di sebab kan ada lampu pelita di sepanjang jalan ke dewan yang di ada kan majlis jamuan ni , anak-anak saya seronok la tengok pelita sebabnya kalau balik raya di kampung tok & wan di Jelebu saje baru jumpa pelita atau panjut ni...

Bulan Syawal pun dah berlalu tapi kenangan indah semasa di bulan Ramadhan dan Aidilfitri sentiasa tersemat di ingatan saya ni , insyallah tahun depan kita semua akan bertemu dengan bulan Ramadhan dan Syawal lagi...........

Tuesday, October 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY , SAYANG .


Hari ini 6 Oktober adalah birthday anak saya yang bongsu , Muhd Adam dah berumur 2 tahun. Abah , mama , kak Aisyah n kak Adlina love you soooo much , happy birthday sayang . Entry saya hari ni memang penuh dengan gambar anak bongsu saya ni , ok la kan .
Mama doakan Adam sentiasa diberi kesihatan yang baik , dipanjangkan umur , membesar menjadi anak yang soleh , amin.
Sekejap saja masa berlalu Adam dah 2 tahun hari ni....

Muhd Adam baru berusia 1 jam masa ni.
6.10.2007 hari Sabtu , Muhd Adam selamat dilahirkan betul-betul lagi seminggu sebelum raya Aidilfitri tahun 2007 . Aidilfitri tahun tu adalah yang paling happy untuk kami sekeluarga sebab Adam ada bersama , dah cukup lengkap family saya. Syukur alhamdulillah.


Di rumah , Adam dah berumur 6 hari masa ni . Kami lama duduk di hospital sebab Adam kena jaundice dari hari ke-3 sampai la hari ke-5 , sepanjang 3 hari tu saya tak dapat nak ambil gambar dia walaupun saya boleh ambil dia sekejap-sekejap untuk bagi susu tapi lupa nak ambil gambar , masa tu hanya doakan dia cepat sembuh saja..


Adam berumur 8 hari , waktu pagi saya nak bagi dia mandi .


Adam berumur 11 hari , jaundice masih ada sikit-sikit. Alhamdulillah Adam anak yang mudah dijaga dari baby sampai la sekarang .

Ya Allah , sentiasa lah lindungi semua anak-anak ku ini.

MUHD ADAM is 2 today

N3 saya kali ni penuh dengan gambar Muhd Adam , maklum la hari ni birthday dia kan . Gambar Adam ni saya ambil masa bulan Ramadan yang lepas . Bila Astro Ria siarkan waktu berbuka puasa di tv, Adam mesti suka tengok sambil badan dia bergoyang-goyang menari ikut lagu background yang macam lagu arab tu , gelagat Adam memang sentiasa menghiburkan kami sekeluarga.

Kusyuk tengok tv , geram saya tengok dia .


Tangan begoyang-goyang bila dengar lagu kat tv.


Tepuk tangan happy sangat la tu . Masa ni rambut Adam dah panjang , besoknya saya bawa Adam gi potong rambut , baru la dia handsome..

HELLO HELLO ADAM NI...

Adam baru dapat handphone abah dia punya , kadang-kadang tu saya biarkan saja dia main dengan phone abah dia sebab nak tengok gelagat Adam hehehe..


Seronok la tu dapat phone , kusyuk sangat bila dapat dan dia mula la tekan button yang ada tapi abahnya dah lock semua sistem , mana la tau tiba-tiba Adam tercall boss abah dia mau haru jadinya hehehe...


Cehhh....Adam tengah cakap la tu mulut memang becok dan Adam dah pandai cakap hello tapi lepas tu Adam cakap bahasa baby la...


Hello hello sapa cakap tu ni Adam la...


MUHD ADAM BERBAJU MELAYU..


Kat dalam n3 kali ni pun semuanya gambar-gambar Adam segak berbaju melayu , dari pagi dia suka pakai baju melayu ni bila dah petang dia mengantuk dan tak mau di ambil gambar..

Gambar Adam masa kami beraya ..


Masa ni masih pagi dan Adam tengah releks serta happy aje..


Time ni dah petang dan kami baru balik , Adam dah penat...