MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, October 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY , SAYANG .


Hari ini 6 Oktober adalah birthday anak saya yang bongsu , Muhd Adam dah berumur 2 tahun. Abah , mama , kak Aisyah n kak Adlina love you soooo much , happy birthday sayang . Entry saya hari ni memang penuh dengan gambar anak bongsu saya ni , ok la kan .
Mama doakan Adam sentiasa diberi kesihatan yang baik , dipanjangkan umur , membesar menjadi anak yang soleh , amin.
Sekejap saja masa berlalu Adam dah 2 tahun hari ni....

Muhd Adam baru berusia 1 jam masa ni.
6.10.2007 hari Sabtu , Muhd Adam selamat dilahirkan betul-betul lagi seminggu sebelum raya Aidilfitri tahun 2007 . Aidilfitri tahun tu adalah yang paling happy untuk kami sekeluarga sebab Adam ada bersama , dah cukup lengkap family saya. Syukur alhamdulillah.


Di rumah , Adam dah berumur 6 hari masa ni . Kami lama duduk di hospital sebab Adam kena jaundice dari hari ke-3 sampai la hari ke-5 , sepanjang 3 hari tu saya tak dapat nak ambil gambar dia walaupun saya boleh ambil dia sekejap-sekejap untuk bagi susu tapi lupa nak ambil gambar , masa tu hanya doakan dia cepat sembuh saja..


Adam berumur 8 hari , waktu pagi saya nak bagi dia mandi .


Adam berumur 11 hari , jaundice masih ada sikit-sikit. Alhamdulillah Adam anak yang mudah dijaga dari baby sampai la sekarang .

Ya Allah , sentiasa lah lindungi semua anak-anak ku ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .