MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, October 26, 2009

SEPETANG DI JONKER STREET,MELAKA


Cuti hujung minggu lepas saya ikut kakak-kakak saya ke Melaka . Mula-mula sekali kami pegi Matrikulasi Sains Melaka dulu sebab Kak Ija nak ambil Azra yang baru habis exam dan akan bercuti panjang , lepas tu baru kami semua pergi Jonker Street .

Kami sampai kat Bandaraya Melaka ni around noon dan terus cari jalan ke Jonker Street ,tujuan utama kami pegi Jonker Street ni sebab Kak Amy nak cari almari antik untuk rumah baru dia so saya ngikut aje.....seronok juga sebab sebelum ni bila ke Melaka saya belum pernah lagi jalan-jalan di Jonker Street ni , sambil cuci mata boleh la juga saya hunting mana la tau dapat jumpa set teko dan cawan yang mampu di belikan.....

Saya ada jumpa satu kedai ni memang ada set teko dengan 6 cawan/creamer/bekas gula corak pokok kelapa dan meakin corak bunga apa nama entah saya dah lupa , tapi bila tengok harganya hmm RM 1200.00 huhuhuh.....saya tengok balik betul-betul harganya memang mata saya masih elok tak rabun lagi heheheheee..mahainya...saya pun senyum saja dan jalan berlalu keluar dari kedai tu....

Baru sampai ni , cuaca memang cantik....


Aisyah dan Adlina nak naik beca tapi tak sempat sebab saya nak ikut kak Amy cari almari antik dia tu dan kami semua pun belum habis jalan-jalan pusing Jonker Street ni , banyak betul kedai tak apa lain kali kita datang lagi yea...

Saya suka tengok interior dan ex-terior kedai-kedai di Jonker Street ni , kreatif betul cara tuan kedai decorate dan display bahan jualan di kedai masing-masing .Banyak betul pokok teratai /kiambang /buluh serta macam-macam jenis lagi pokok ditanam dalam pasu besar sekitar kaki lima kedai , cantik sangat pemandangan kat sini..

Paling ramai pelancong luar (foreigner) ...dia orang ni suka serounding /suasana exotic dan rustic , cafe serta restoran pun banyak dengan pelancong luar especially mat/minah saleh .


Banyak betul kedai jual furniture antik kat Jonker Street , saya dan kak Ija ikut saja Kak Amy masuk semua kedai antik ni cuci mata belek sana belek sini...... Memang cantik perabot kayu lama dari jenis kayu macam mahagony/teak serta masih kukuh semuanya design dolu-dolu lawa sangat...

Masa tunggu kak Amy kat luar kedai perabot antik ni , saya sempat la masuk satu kedai jual souvenir , asalnya anak saya nak beli mainan tapi rupanya kat dalam kedai ni ada juga dijual pinggan mangkuk antik tapi disebabkan kesuntukkan masa saya tak sempat nak belek habis semuanya dan saya hanya dapat beli 3 biji cawan bujang bunga peonies yang saya masukkan n3 nya pada minggu lepas tu...jadi lakan dapat la juga buah tangan dari Jonker Street ni...lain kali masa cuti sekolah boleh pegi lagi Jonker Street ni...memang best...



Lepas dah spend time dalam 2 jam lebih di Jonker Street dan di sebabkan tak dapat cari kedai makan yang sesuai (halal) kami semua pegi kejap ke Mahkota Parade dan makan di food court dalam shopping komplek ni....

We really had a great time di Melaka kali ni , insyallah cuti sekolah akan datang ni kami akan turun ke Melaka lagi dan terus ke Johor untuk bercuti......

2 comments:

  1. Salam nannie, tingin jugak la nak pi terjah kat jonker street nie one day..dah lama akak nak usha pinggan mangkuk kalerpul stail nyonya tu..entah berapa riban la tu..kalau dapat seketul dua pun sure rasa cam heaven jer..hikss..next time pegi, try la naik boat dia..seronok jugak..

    ReplyDelete
  2. wlkslaam kak Salmi ,
    Best kak , gi la jalan-jalan mmg banyak betul antik stail nyonya tu saya bekenan tapi bila tgk harganya yg ratus ada riban tu sya senyum la okla setakat cuci mata je hehehe.

    Bulan 4 lepas kami ada gi jalan kat Bandar Hilir Melaka ni dan sempat la pusing-pusing dan naik boat tu mmg best dan kami naik juga menara Taming Sari best sgt..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .