Salam pagi Ahad
Sepatutnya entry special untuk anakanda tersayang Adlina ni saya buat semalam tapi saya kesuntukan masa dan agak sibuk tak sempat nak buat sampai la pagi ni. So , to my beloved bucuk bacin bambam Adlina , mama and abah serta kak Aisyah and adik Adam nak wish ....
HAPPY BIRTHDAY TO OUR DEAREST BELOVED
NUR ADLINA BT AFFANDEY
she turn 6 years old on 9 January 2010 ( semalam la tue..)
Pagi-pagi semalam lagi Aisyah dah letak kad-kad birthday dan presents dari kami untuk Adlina di study room dan bila Adlina bangun saja Aisyah and me yang mula-mula wish happy birthday pada Adlina and she was sooo happy , dia memang dah menunggu saja hehehe , she been asking about her bithday since December lagi so memang Adlina ingat sangat bila birthday dia and semenjak Rabu lepas lagi la dia dok tanya tiap-tiap hari bila birthday dia hehehe...
Adlina nak skate board for her birthday present but i bought something else hmmm Adlina tak suka main barbie dolls atau apa-apa saja anak patung , yes anak perempuan saya ni macam tomboy sikit dan sangat aktif tapi bukan la hyperaktif , kalau orang Nogorie Sembilan tu cakap sentiasa mengambor saja meaning ada je aktiviti yang nak dibuat sama ada bermain , melompat atau hanya lari setempat hehehe....
Mostly of her friends at school are boys tapi Adlina ni senang berkawan dan cepat mesra dengan sesiapa pun tak kira kawan lelaki atau perempuan semua dia suka asal boleh gang dan main dengan dia . Doa saya semoga Adlina berjaya dalam pelajaran sehinggalah ke peringkat yang tertinggi dia mampu dia capai ( biar la sampai dapat Diploma atau Degree atau Master kan semua parents nak anak-anak berjaya sampai ke tahap tu sama la macam saya dan hubby juga )
Ni saya buatkan collage gambar-gambar Adlina dari umur 7 hari sampai la dia 3 tahun , dalam gambar ni Adlina pakai baju kurung dan smocking dress yang saya jahit untuk dia dan Aisyah .
Sekejap je masa berlalukan anak-anak kami pun semakin membesar , sekarang ni kadang-kadang tu bila saya tengok Adlina , saya mula la teringat pula kisah kami ( saya dan suami) yang menunggu selama 6 tahun untuk Allah anugerahkan kami seorang lagi puteri , saya dan suami terlalu happy dan alhamdulillah bersyukur sangat dengan kurniaan yang tak ternilai harganya ini , seorang lagi anak perempuan yang comel . Saya rasa sesiapa yang ada pengalaman macam saya menunggu begitu lama untuk seorang anak yang baru dalam keluarga mesti faham perasaan gembira saya dan suami masa menerima kelahiran Adlina . Panjang sangat ceritanya tapi biar la semuanya menjadi kenangan kami saja dan masa saya mula tahu saya mengandung pun kami dah terlalu happy dan bersyukur sangat-sangat...Aisyah yang masa tu dah masuk 6 tahun pun happy sangat dapat adik .
Adlina seorang baby dan anak yang sangat mudah dijaga dari saat dia saya lahirkan ( paling senang saya lahirkan ) sampai la dia besar sekarang ni . Bila dah makin besar Adlina seorang yang aktif suka aktiviti lasak , banyak bercakap dan berani . Cikgu di tadika pun cakap Adlina yang sangat pro aktif kalau ada aktiviti dalam kelas dia la yang nak jawab segala soalan yang cikgu tanya masa belajar dan suka terlibat dengan macam-macam aktiviti especially sukan . Adlina juga seorang anak yang sangat loving dan pandai ambil hati serta talkative hehehehe mesti ikut saya la tue...
Doa saya hanya yang terbaik untuk anak-anak kesayangan saya ini termasuk la Adlina , semoga Adlina membesar menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjaya di dalam kehidupan dia di dunia dan di akhirat nanti insyallah..doa saya sentiasa mengiring dia ke mana saja dia berada semoga Allah sentiasa melindungi anak saya ni.....
Adlina berumur 3 tahun , seorang anak yang sangat ceria
Gambar ni saya ambil masa Adlina berumur 5 tahun , panggilan manja di rumah untuk Adlina ialah Lina , Nina atau saya panggil dia bambam sebab dia la baby tembam saya . Masa baby dulu kadang-kadang saya panggil dia nenot meaning tiny/kecil sebab masa lahir memang Adlina comel kecil saja . Tapi bila dah makin membesar Adlina makin berselera dengan apa saja jenis makanan dan apa saja yang saya masak dia mesti cakap sedap walaupun saya hanya goreng telur dengan kicap saja hehehe . Adlina memang suka makan tapi saya kawal juga pemakanan dia supaya dia membesar dewasa dengan sihat . kalau di rumah tu Adlina memang ada saja aktiviti yang dia nak buat dan main dengan Adam walaupun hanya setakat dapat belari di dalam rumah Adlina dah cukup happy ^_^
Saya tanya , bila besar Adlina nak kerja apa ? Adlina jawab nak jadi doktor macam uncle punch ( abang saya doktor so jadi idol la pada semua anak-anak sedara hehehe) insyallah ye sayang atau pun Adlina nak jadi super power hero macam "Astro Boy" ni kes pengaruh movie superhero la ni dan favorite color Adlina ialah warna merah . Soo ok la saya rasa cukup la kot saya dok bercerita kisah anak saya ni......
Gambar terbaru Adlina , first day of school hari Isnin 4.1.2010...
So , tu je la entry saya yang special untuk anak saya hari ni
bye-bye..