Kami pergi ke Temerloh ni pun sebab saya nak beli ikan patin sungai Pahang yang sangat famous tu nasib la Salina dan suami sudi nak bawa kami sampai ke gerai yang jual ikan patin ni kalau tak memang kami tak tau ingatkan nak beli yang kat tepi jalan on the way balik nanti , thanks ye Salina . Plan asal ingat nak beli ikan patin fresh dan makan di gerai ikan patin di bandar Temerloh yang famous ni la juga , tapi saya rasa Salina masak gulai tempoyak pun dah sedappp sangat so tak payah gi gerai tu la yang sentiasa full house .
Ikan-ikan patin dan talapia pink atau merah yang fresh sesangat dari sungai Pahang . Sedap di masak gulai tempoyak , masak lomak cili api , di panggang atau bakar cicah air asam atau budu , di goreng saja atau dimasak sambal tumis hmmm sedap aje.....
Ikan patin dalam kolam kecil di dalam gerai jualan di tepi sungai Pahang , pilih saja yang mana bekenan ada yang besar dan ada yang bersaiz sederhana . Kulit ikan patin ni lebih cerah warna kelabunya tak macam ikan patin yang ada dijual di area rumah saya ni gelap dan berlemak sangat . Isi ikan patin ni lebih padat dan lemaknya cukup-cukup je memang sedap la bila dimasak gulai tempoyak.
Suami saya beli 2 ekor ikan patin dengan satu bekas tempoyak yang fresh lagi hmmm best bila sampai je ke rumah saya terus masak untuk dinner kami malam tu , saya masak cepat sebab ikannya masih fresh kalau simpan dalam fridge takut kesegaran ikan ni hilang pulakkan...
Sangkar ikan patin dan talapia pink yang terletak di tebing sungai Pahang ni kat atas tebingnya ialah gerai yang jual ikan patin ni . Harga berpatutan dan ikannya masih fresh sampai la ke rumah kami.
Bergambar lagi...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .