MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, January 8, 2010

JALAN JALAN KE TEMERLOH


Hari yang di tunggu tiba jua akhirnya demi teko-teko debabku yang cun melecun iteww masa cuti sekolah bulan 12 tahun lepas saya dan keluarga pergi jalan-jalan ke Temerloh . Tujuan saya ke sana nak ambil teko-teko tu di rumah Salina la . Perjalanan kami ke Temerloh mengambil masa dalam 2 jam , Temerloh ni tak jauh sangat pun dengan KL lepas Karak Highway memang dah dekat dengan Temerloh , jalanraya tak sesak walaupun cuti sekolah , cuaca memang mendung sepanjang perjalanan sampai la ke Temerloh . Saya pun excited juga nak jumpa Salina al-maklum lah selama ni hanya bercakap dan sms melalui handphone aje.....


Pokok bonsai di rumah Salina , ada banyak lagi pokok bonsai ni cantik dan unik sangat bentuknya . Semua pokok hiasan di rumah Salina hidup subur dan paling saya bekenan sangat ialah pokok-pokok buluh yang Salina tanam dalam pasu dan ada banyak pula tuee cantik sangat....


Bergambar di water front sungai Pahang , besar sungai ni sama besar dan luas dengan sg. Perak. Cuaca mendung aje kalau cerah memang lagi best la saya ambil gambar . Kami releks di tebing sungai Pahang anak-anak saya seronok la tengok sungai yang luas ni lepas tu kami round kejap kat pekan Temerloh sebelum balik .



Adlina bergambar dengan kawan baru dia , puteri pada Salina , dua-duanya anak abah sebab anak saya dan anak Salina ni banyak ikut rupa abah masing-masing . Terima kasih banyak-banyak sangat sebab Salina sudi terima kedatangan kami sekelurga tempohari , Salina masak gulai tempoyak ikan patin lagi hmmmmm sedap sangat bertambah la saya dan suami makan . Salina dan hubby dia memang mesra sangat orangnya walaupun kami first time berjumpa . Kalau ada peluang bila Salina sekelurga datang ke KL singgah la rumah saya ye...

8 comments:

  1. salam kak nannie.. lama tak menyinggah sini
    uihhss.. dah cantik waterfront temerloh tu. dulu buruk jer... siap ada rumah terapung lagi. lama jugak tak gi temerloh. tgk entri kak nannie ni, rasa rindu lak

    ReplyDelete
  2. saya pun org temerloh jugak..memang cantik la pemandangannya kalau kita dok kt tepi sungai tu.lg satu kalau g temerloh jgn lupa mkn ikan patin msk tempoyak.best wooo!

    ReplyDelete
  3. salam kak nannie..
    saya dah lama tak jalan coti2 msia ke bahagian pantai timur..last masa tahun 2005..lama sungguh tak meronda jalan2 cari makan & melancong sambil merehatkan minda..best tau tengok akak ke sana ke sini..rindunyaaaa!!..takleh jadi nie..saya nak gak bercoti2 bulan 5 nie pulak... ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Nannie.. seronok baca entry pasal temerloh.. jemputlah datang lagi ke pondok buruk kite ni ya..nampak cantik lak sungai pahang dalam gambar Nannie tu ya.. agaknya sebab saya dok tengok sungai tu hari2 dah hilang specialnya.. mulai hari ni kena lebih menghargai apa yg ada di depan mata kita..

    ReplyDelete
  5. to h4ni3 ,

    wlkslam , oo ye ke dulu ada rumah rakit je kat tebing sgai tu ye akak tgk memanga da lagi sikit rumah rakit mmg dah cantik kat water front tue blh duduk2 ada byk juga tempat duduk kt situ haa lain kali blh la singgah.

    ReplyDelete
  6. lia org Temerloh yee mmg best la ke sana damai saja bandarnya , hehhe tu la akak x gi cuba pun igulai ikan tempoyaknya nanti la lain kali

    ReplyDelete
  7. wlkslam Yatt ,

    best juga walaupun takat gi Temerloh akak pun nak gi lagi sampai ke Terengganu isyallah cuti sekolah la juga haa yatt boleh la jalan2 anak2 pun dah besar lagi senang la bawa bejalan , makan2 and sopping2 hehehhee

    ReplyDelete
  8. Wlksalam Salina ,
    heheh saya buat entry simple saja , insyallah kalau kami ke Kuantan nanti kami singgah lagi ke rumah Salina yang cun tu mana pula pondok buruk hehehe , cantik sgt pemandangan kat sungai pahang tu saya sukaa sgt...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .