MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, January 25, 2010

PEMBUKAAN KEDAI NANNIE


Salam petang Isnin

Hari ni dengan suka citanya saya nak bagi tau pada semua kawan-kawan dan pengunjung blog saya ni yang saya dah buka blog baru . Saya buka kedai cyber yang saya bagi nama.....
" KEDAI NANNIE "

Mula-mula saya plan nak tunggu sampai saya selesai siapkan semua hasil jahitan saya dulu tapi saya buka la juga kedai syber saya ni juga dan saya jual dulu pinggan mangkuk corak lama/antik . Selepas ni saya nak jual macam-macam barang dan hasil jahitan serta kraf atau painting yang saya hasilkan sendiri di kedai cyber saya ini so tunggu ya dan jom la singgah selalu ke KEDAI NANNIE ya ( klik saja pada nama kedai saya ni untuk ke sana ya , macih )

So , saya nak ambil kesepatan disini untuk ajak semua kawan-kawan dan pada sesiapa saja yang sudi singgah blog saya ni untuk terjah kedai cyber saya ni pula dan kalau ada barang yang bekenan tu boleh la call atau sms saya ya .




Ini adalah sebahagian koleksi teko mini yang saya kumpul , minggu lepas baru saya bawa keluar dan display di shelf berhampiran dengan meja computer yang menjadi tempat saya releks dan lepak . Sebelum ni saya simpan saja teko-teko mini ni dalam lemari . Sekarang ni best juga bila gadap computer boleh la juga saya belek dan renung manja-manja gitu kat teko-teko kesayangan saya ni ....

10 comments:

  1. Salam Tahniah...akhirnya...nampak gaya tak tunggu March dah...Januari dah bukak...anyway setinggi-tinggi tahniah akak ucapkan di atas pembukaan "Kedai Nannie" ... semoga bertambah maju dan murah rezeki...

    p/s: semalam datang kul berapa...akak tak dapat tunggu lama... so, tak dapat jumpa nannie...

    ReplyDelete
  2. salam kak nannie...
    Ok bila dah masuk saya sms akak yeaa..thanks..

    ReplyDelete
  3. wlksalam kak Azzah8 ,
    Terima kasih kak tu la saya buka awal la sebab ada juga barang2 yang perlu dijual ni nanti la slowly saya masukkan barang lain pula . Insyallah harapan saya macam tu la buat bisness kecil2 je ni dpt la duit masuk juga hehehe

    Smlm saya sampai lambat dlm kul 1.30 tghari sebab saya gi terjah apek dulu.

    ReplyDelete
  4. salam tahniah kpd kak nanie atas kelahiran 'Kedai Nanie',Mudah-mudahan apa yang dihajati oleh akak & familys akan tercapai.

    ReplyDelete
  5. Tahniah...semoga "kedai nannie" akan bertambah maju. Amin..

    ReplyDelete
  6. wlksalam Shariff ,

    Terima kasih ya , blog Shariff banyak juga bagi inspirasi untuk akak buka kedai cyber juga , insyallah mudah2 impian dan doa kita di makbul oleh yg maha esa

    ReplyDelete
  7. To my addiction ,

    Terima kasih ya atas ucapan tahniah ini insyallah amin.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .