Sunday, November 22, 2009

KAMI BALIK KAMPUNG..


Cuti semalam hari Sabtu , kami sekeluarga balik ke kampung suami saya di Kuala Klawang , sebulan atau dua bulan sekali memang kami akan balik menziarah sambil bercuti ke kampung suami saya yang masih tenang dan jauh dari hiruk-pikuk bandar raya . Selalunya kami akan bermalam tapi kali ni balik hari saja sebab hari Ahad nanti kami ada agenda lain pula .
Kuala Klawang ni walaupun dekat sangat dengan pekan dan bandar besar tapi suasananya masih macam perkampungan tradisional melayu , tiada pembangunan macam kilang so keadaan pekan dan perkampungannya sangat tenang . Memang best sangat balik kampung suami sebab sekali-sekala nak berubah angin juga .
Kuala Klawang ni sebenarnya terletak di lembah bukit , kalau nak ke sana pun memang kita perlu melalui jalan kawasan Bukit Tangga yang keadaan jalannya sama macam jalan nak pegi Cameron Highland yang bengkang bengkok . Tapi sekarang ini jalan lama dah diganti dengan highway(sama taraf dengan highway la juga) yang dah lurus . Lereng bukit ditarah dan gaung di timbun/tambak supaya menjadi rata untuk dibina jalan dan jambatan baru tapi kita masih perlu melalui jalan mendaki bukit dan kemudian kita akan menuruni bukit ini pula untuk sampai ke kawasan penempatan kampung dan bandar Kuala Klawang .
Suasana Kuala Klawang ni yang terletak dilembah dan dikelilingi bukit bukau di sekelilingnya dan kawasan hutan yang masih tebal terpelihara menyebab kawasan di sini masih sejuk dan udaranya sangat segar.
Tambahan sekarang musim hujan memang selalunya kawasan kampung suami saya berkabus pada awal pagi sehingga pukul la pukul 9-10 pagi , kawasan jalanraya juga berkabus di beberapa tempat macam gambar di bawah ni.
Suasana kabus ni perkara biasa pada kawasan di area ni pada awal pagi , saya ambil gambar ni pada pukul 7.30 pagi . Dulu sebelum jalan highway ni dibina cuaca di kawasan ni lebih sejuk . Jalan baru ni dibina dari jalan bermulanya Bukit Tangga sampai lah ke Jeram Toi , kalau sesiapa yang biasa lalu jalan ni mesti tahu.


Highway/jalan yang baru dibina dalam tahun 2004 ni memendekkan masa perjalanan nak ke Kuala Klawang dan ke Pahang . Tapi disebabkan pembangunan banyak sangat pokok perlu ditebang dan kawasan hutan yang perlu dirata untuk diguna buat jalan baru ni . Macam ni la keadaan jalan pada awal pagi lenggang kenderaan sikit sangat , saya memang tak berani kalau nak balik kampung suami lepas pukul 9 malam sebab jalan ni memang sunyi.


Jalan menuju ke Kuala Klawang dan kampung suami , pemandang kiri-kanan jalan yang sangat hijau dan tenang sangat, memang best rasa macam gi holiday pulak hehehe tapi sebenarnya nak balik kampung ni ...


Kami terus pergi ke pekan Kuala Klawang dulu sebab suami saya nak menziarah tok dan wan dulu , dalam gambar ini adalah pekan Kuala Klawang dan ini adalah satu-satunya traffic light yang ada kat pekan ni . Pekan ni kecil dan tenang saja , kalau belok ke kanan dan terus saja boleh sampai ke kampung tok suami saya ..

PEMANDANGAN HIJAU DAN NYAMAN JE...


Selalunya kat blog saya ni entrynya banyak pasal koleksi pinggan mangkuk antik saya atau tentang hasil jahitan saya , kali ni memang saya buat entry yang lain sikit , saja je cuci-cuci mata dengan pemandangan desa menhijau sejuk jeeee........

Kami pergi dulu ke pekan Kuala Klawang untuk menziarah wan dan tok dulu dan ini la rumah tok suami saya , dulu rumah papan tapi sekarang tengah dalam proses nak buat rumah baru sebab rumah yang lama dah uzur sangat tapi bahagian bilik belakang masih dikekalkan dan diperbaiki , di bilik tu la tersimpan segala macam koleksi pinggan mangkuk.......


Bila dah jumpa dengan wan dan tok baru la kami balik ke rumah suami saya di kampung Renal , sebenarnya Kampung Renal ni sebelum sampai pekan Klawang tapi kami terlajak sampai pekan dulu sebab nak melawat tok/wan suami saya dulu dan lepas tu kami patah balik ke kampung suami saya pulak....


Jalan masuk menuju ke rumah mak dan abah...pemandangan lembu ni biasa la , lembu-lembu memang suka lepak kat jalan . Bila balik kampung anak-anak saya memang suka sangat sebab boleh jumpa dan tengok macam-macam jenis binatang peliharaan di sekitar kampung atau di rumah tok mereka sendiri...


Rumah jiran , cantikkan....

BESTNYA BALIK KAMPUNG...


Bersambung lagi enrty saya ni dengan kisah dan gambar kami di kampung , minggu ni keluarga saya dan adik ipar yang baru kawin saja yang balik kampung....kalau semua adik-beradik suami saya balik dengan keluarga masing-masing memang riuh-rendah rumah mertua saya ini , memang best...terutamanya anak-anak saya la sebab dapat jumpa sepupu mereka semua..

Suasana kampung memang mendung saja sebab lepas hujan so cuaca memang sejuk , nyaman , tenang dan damai . Weekend get away yang paling best , kali ni kami balik sekejap je tapi kami akan balik beraya Haji di kampung soo memang happy la anak-anak saya sebab dapat duduk di kampung lebih lama..

Dalam enrty ini saya masukkan gambar persekitaran kawasan keliling rumah mertua saya ni yang memang penuh dengan pokok buah-buahan dan kebun sayur......


Kawasan kebun mak mertua saya ada pokok keledek , peria , ubi kayu , cili api , pokok labu , buah nenas dan macam-macam lagi la sayur-sayuran yang di tanam..

Buah peria pahit yang baru mula berbuah , mak mertua saya tanam di pagar sekeliling rumah ni dan selalunya pucuk peria ni dimasak lemak cili api bersama dengan ikan tenggiri , memang sedap...fresh from the garden...

KEBUN...


Suasana tenang , damai dan menghijau desa sentiasa memanggil kami sekeluarga balik kampung . Dulu sekeliling rumah mertua saya ni penuh dengan kebun pokok getah sebab dulu mertua memang motong getah tapi bila anak-anak dan dewasa dan pokok getah pun dah tua sangat , bapa mertua saya tebang semua pokok-pokok getah dan dia mula berkebun dan buat dusun buah-buahan di kawasan persekitaran rumah ni . Selalunya memang kami akan dapat merasa macam-macam buahan-buahan la bila tiba musimnya cuma kalau nak makan durian memang suami saya kena pegi kebun tok dia untuk kutip hasilnya bila tiba musim durian pula....

Mak mertua saya memang suka berkebun tanam sayur-sayuran kampung macam pokok jagung yang baru tumbuh ni dan dalam sebulan atau dua bulan lagi boleh la kami rasa buah jagungnya , pokok buah naga ni pun mertua saya baru je tanam pada Oktober tahun lepas dan pokoknya dah mula berbuah . Buahnya manis sangat tapi sizenya kecil sikit dari yang selalu dijual di pasaran.


Deretan pokok buah dragon yang mertua tanam di depan rumah , mak mertua saya berkebun juga kat kawasan ni . Dia tanam jagung , sayur bayam , kacang tanah , pokok peria dan pokok cili api.

Bunga dragon fruit ni sebesar tapak tangan dan saya pun first time tengok ni memang cantik dan unik sangat bentuknya...

Bunga dragon fruit yang baru nak kembang...cantik ...

SERONOKNYA BALIK KAMPUNG....


Aisyah yang tolong saya kutip sayur bayam untuk dimasak , dulu masa dia kecil Aisyah hanya tengok saja saya kutip pucuk keledek , sayur bayam ni, pucuk ubi, sayur kangkung, kacang bendi atau ulam-ulaman tapi semalam saya bagi la dia peluang untuk kutip sayur bayam yang Wan dia tanam sendiri ni , pengalaman baru untuk anak-anak saya bila balik kampung . Hanya di kampung saja Aisyah dan adik-adik dia dapat lalui aktiviti macam ni dan saya bersyukur anak-anak saya masih dapat melalui pengalaman hidup di desa dan persekitaran yang masih asli......

Adam dan Adlina yang seronok sangat main di ruang dalam rumah dan dekat laman yang luas serta dekat tangga depan ni sambil tu mereka boleh juga tengok ayam yang bebas berkeliaran dan kucing yang tok dan wan bela .

Bila dah puas main di laman luar , anak-anak saya masuk dan main di ruang rumah atas yang dah dikosongkan sebahagian ruangnya , apa lagi area ni memang jadi tempat permainan la untuk anak-anak saya berlari serta buat macam-macam aktiviti yang mereka suka , kalau semua cucu-cucu mertua saya balik memang meriah la...

Bila petang hujan pun turun semula , Adam yang leka menadah air hujan dan Adlina yang seronok sangat dapat berdiri di tepi tingkap tengok hujan yang baru nak turun..anak-anak saya memang suka balik kampung sebab rumah tok yang luas dan lapang so mereka boleh berlari ke sana-kemari , main saja happy sangat....

BALIK KAMPUNG ....


Agenda saya seterusnya selepas dah kutip hasil dari kebun di sekeliling rumah ialah nak masak pulak untuk makan tengahari , mertua saya sembelih ayam kampung untuk lunch kami semua , syukur la bukan selalu dapat makan ayam kampung fresh dan kemudian mak saya masak pulak ayam masak cili api guna dapur kayu lagi la sedap....

Tugas suami saya pulak ialah pegi kait buah kelapa pandan muda dari kebun untuk dijadikan minuman masa lunch nanti...hmmmm manis dan sangat segar rasanya siap saya dapat bawa balik ke rumah sendiri air kelapa ni...

Makan tengahari kami , hmmmm sedapnya mak mertua saya masak ayam kampung masak lemak cili api serta sayur taugeh kasar dan saya masak sayur bayam tumis air ni...syukurlah rezeki kami , sedap sangat masakan mertua . Ada lagi masakan tradisional yang mak mertua saya masak tapi gambar-gambarnya saya masuk di dalam blog masakan saya pula...

Nampak tak mangkuk bunga kekwa hitam yang diguna tu , kat kampung biasa la semua pinggan dan mangkuk memang guna corak bunga ni atau corak bunga lain....


Sebelum balik sempat lagi saya snap gambar rumah mertua dan kawasan sekitarnya , hujan lebat sebelum kami balik sebab tu cuaca masih mendung saja .


Jajan dari kampung untuk saya la ni ^_^

Semua mangkuk , piring dan cawan yang saya dapat dalam kotak ni ada la pemberian dari mertua , masa dia datang ke rumah saya pada bulan lepas dia ada la tengok koleksi yang saya letak dalam lemari . Saya ada tanya juga pada mak mertua saya kalau dia ada koleksi yang dia dah tak mau guna dan hanya tersimpan dalam stor yang dia boleh bagi pada saya . Bila balik kampung semalam mak saya buka stor lama dia dan cari la so ini la hasilnya...memang happy sangat saya , ada lagi tapi saya tak sempat nak cari nanti la lain kali bila balik kampung boleh saya cari lagi .

So , rasanya sampai disini dululah entry saya untuk kali ni , nanti saya sambung lagi entry yang akan datang dengan gambar-gambar koleksi yang saya dapat dari kampung...bye...

Friday, November 20, 2009

BUNGA KANGKUNG LAGI


Selamat petang Jumaat untuk semua pengunjung blog saya ni , hari ni saya masukkan n3 koleksi corak bunga kangkung saya yang terakhir ....

Cawan kopitiam ni saya ada 5 biji serta saya ada 3 piring je , semua set cawan ni bukanlah dari batch yang sama tapi saya kumpul dan gabungkan menjadi 3 pasang cawan . Piring shape bulat tu saya ada sekeping dan ini lah piring corak bunga kangkung saya yang pertama...


Ini pula adalah koleksi mangkuk bubur atau boleh di isi sambal yang saya beli dikedai apeks juga , saya beli mangkuk ni dalam dua size yang berbeza..

Ini pula mangkuk besar untuk nasi tambah atau boleh di isi apa saja , yang sebelah kiri bunga besar tu adalah hadiah dari kakak saya masa birthday saya yang lepas dan yang sebelah kanan tu saya beli di kedai apek .


Ini pula koleksi teko teh cina , semua teko ni baru juga dan bukan la antik tapi saya kumpul sebab teko ni ada 3 size berbeza kat kedai apek tu dan saya beli sekali mangkuk untuk minum teh cina dalam pelbagai saiz , comel je semuanya...


Koleksi mangkuk dan mug bertutup , sudu serta piring sos . Semua koleksi mangkuk ini saya beli di kedai apek dan flea market .

Ok la itu saje koleksi corak bunga kangkung yang saya ada , cukup dah la...sampai di sini dulu untuk entry saya kali ni . Nanti saya kongsi lagi koleksi saya yang lain pada entry yang akan datang . Selamat berhari minggu untuk semua pengunjung blog saya.....

Byeeeee........

Wednesday, November 18, 2009

CAWAN KANGKUNG


Selamat pagi Rabu untuk semua pengunjung blog saya ni , semenjak saya mula kumpul cawan corak lama ni dah banyak jenis dan bentuk cawan yang dah saya jumpa dan tengok(tengok je cuci mata hehehe) . Saya ada la kumpul beberapa jenis bentuk cawan dari corak bunga kangkung ni . Ada yang saya dapat kumpul satu set(6 biji) atau ada yang sepasang saja . So , kat dalam enrty ni saya kongsi bersama koleksi pelbagai bentuk cawan corak bunga kangkung yang saya ada....
Cawan ada tapak tinggi elegant gitu macam pakai kasut tumit tinggi , ni saya ada sepasang je..


Ini pulak jenis apa saya tak tau tapi cawan dan piringnya ada corak berjalur-jalur macam rim tayar pulak , cantik dan unik sangat kalau la dapat satu set best ni tapi saya ada sepasang saja ok la...


Ini pulak bentuk mulut lebar , bentuknya elegant juga dan antara bentuk cawan favorite saya tak kira corak bunga apa pun...

CAWAN CORAK BUNGA KANGKUNG


Ini bentuk "A" atau tirus , saya panggil ni miss elegant sebab bentuknya yang ramping dan tirus dibahagian bawah/tapak cawan macam pinggang miss ratu cantik pakai kebaya gitu sambil tangan posing cekak di pinggang hehehehe..


Cawan bentuk bulat atau cawan kopitiam


Ini pulak jenis cawan jenis bujang tak ada piring ..

Itu saje la kisah koleksi bentuk cawan-cawan corak bunga kangkung yang saya simpan , kalau ada lagi cawan bentuk lain , teringin juga saya nak cari untuk tambah koleksi yang saya ada sekarang ni.......

Tak jemu mataku memandang ,
Makin ku pandang bertambah sayang..

SET KANGKUNG LAGI


Selamat pagi pada semua pengunjung , saya sambung lagi entry kali ni dengan set corak bunga kangkung saya lagi . Kali ni jenis teko biasa dengan set cawan tirus atau "A" shape , set cawan ni adalah antara koleksi saya yang paling awal saya dapat kumpul . Sementara teko corak bunga kangkung yang besar ni saya baru beli , saya gabungkan saja set cawan dan teko ni dengan 2 jenis saiz piring . Semua set saya ni saya beli dari merata tempat dan bukannya dari satu batch yang sama tapi bila dah dikumpul dan disusun bersama jadi cantik pulak tu....ok la kan .


Bunga kangkung yang menjadi corak everlasting serta favorite pengumpul pinggan mangkuk corak lama , bunga kangkung kat teko ni memang besar .



Cawan betuk tirus/ramping atau "A" shape , elegant saja.

ok , tu je la untuk entry saya hari ni , bye-bye.

Sunday, November 15, 2009

BUNGA KANGKUNG


^_^
Selamat pagi saya ucapkan pada semua pengunjung...
Rise and shine...
Apa kabar semua pengunjung dan kawan-kawan sealiran yang sudi bertandang ke blog saya pada pagi yang nan indah ini . Dah bersarapan ? masak apa untuk sarapan atau pegi bersarapan di mana pagi Ahad ni......
Pagi ni saya nak share koleksi corak bunga kangkung yang memang menjadi kegemaran pengumpul pinggan-mangkuk corak lama ni . Kumpul sikit-sikit dan sekarang ni saya ingat dah boleh buat episod enrty bunga kangkung pulak la . Kawan-kawan sealiran yang lain dah ramai berkongsi cerita dengan koleksi kangkung masing-masing . So , pagi ni start la entry pertama saya....
Teko alladdin dengan set cawan mulut lebar 4 sekawan..



Cawan mulut lebar saya ni semuanya bukan dari satu batch yang sama , semuanya berbeza dari segi warna bunga dan saiz cawan/piringnya . Saya memang lama sangat teringin nak ada cawan kangkung mulut lebar ni ...akhirnya dapat juga kumpul . Ok la saya berenti sampai sini dulu , besok saya masukkan lagi entry sambungan koleksi bunga kangkung ni ...bye bye..

Friday, November 13, 2009

MANGKUK KUIH RAYA..


Pinggan mangkuk yang lama dibuang jangan ,
Banyak kenangan yang tersimpan...

Selamat petang Jumaat untuk semua kawan-kawan dan pengunjung blog saya yang sempoi ni, apa kabar ? Harap semuanya sihat belaka . Kejap jee dah hari Jumaat kan...besok Sabtu , apa plan anda semua mesti ada yang balik kampung , pegi bekelah , cuti-cuti atau duk di rumah saja relekkan .
Dah lama juga saya tak masukkan entry so hari ni saya masukkan punya la banyak n3 sebab weekends ni saya sibuk juga nanti tak dapat nak buat n3 pulak untuk blog saya ni...
N3 hari ni saya nak berkongsi cerita kisah set bekas/mangkuk kuih raya yang saya ada ni , semuanya hasil hunting . Bila tengok corak bekas kuih raya ni ada yang saya cam sangat-sangat dan ada yang saya pernah tengok tapi tak ingat masa bila saya jumpa . So, nak senang cerita saya borong semua bentuk dan design yang ada di kedai apeks ni , senang cerita...harganya pun ok sebab kita hunting sendiri di apeks so boleh la beli banyak-banyak.
Suami saya cakap , dia pernah jumpa bekas kuih raya dalam n3 ni di rumah kawan-kawan dia masa beraya dulu time kecik-kecik dulu nostalgia habiskan , saya pulak macam ingat-ingat lupa dengan bekas corak ni rasanya pernah tengok tapi tak ingat dimana.....



Saya bekenan dengan shape dan bentuknya..

MANGKUK KUIH RAYA LAGI....



Selamat tengahari , entry saya yang ni pun masih tentang koleksi bekas/mangkuk kuih raya lagi . Set ini pun saya jumpa di apeks, bila dah bekenan lebih baik saya beli nanti menyesal pulak kalau tak beli...


Bekas kuih raya ni lagi cantik bila di tengok "live" , bersinar dan memancar je bekas kaca ni bila kena cahaya lampu , masa kat kedai apek memang kotor bila dah bawa balik ke rumah saya sental la bagi bersih.

Comel saja saiznya.....


BEKAS KUIH..


Mangkuk atau bekas kuih raya ni pun hasil dari hunting juga , bila tengok saja kat kedai apeks terus saya teringat masa kecil dalam umur 8-9 tahun mak saya ada beli bekas kuih raya ni , boleh dikatakan semua jiran/makcik kawan mak saya kat kawasan perumahan yang kami duduk masa tu di Taman Long Jaafar A , Taiping ada bekas kuih raya ni kiranya in trend la masa tu kan .

Masa hunting tu juga saya ada jumpa penutup bekas kuih raya ni color coklat , lawa tu kalau dapat satu set juga..tapi bila saya cari dah tak ada atau mungkin dah pecah. Tokeh kedai memang suruh saya beli semua yang tinggal 5 biji je pun so saya beli la simpan dan boleh di guna juga nanti...




Pinggan mangkuk yang lama dibuang jangan...
Banyak kenangan yang tersimpan....

Hanya jauhari mengenal manikamnya..

BUNGA KEKWA HITAM


Sudah lama saya mencari teko bunga kekwa hitam ni akhirnya jumpa juga , bila balik rumah saja saya terus satukan teko ni gan anaknya yang ada sepasang je.....ok la kan . Slow-slow saya cari la lagi set cawannya nanti...



Corak bunga kekwa ni memang corak yang biasa sangat kita tengokkan , masa kecil memang mak saya guna set pinggan mangkuk corak ni kat rumah kami dulu .

BUNGA TERATAI


Teko untuk teh cina , hasil hunting juga first time saya tengok dekat kedai apeks terus saya bekenan dan bila saya pegi Amcorp Mall lepas habis hunting tengok ada sorang peniaga tu jual teko yang sama macam yang saya beli ni so kiranya corak pada teko ni memang antik la...

Saiz teko ni sama macam teko antik lain cuma lebih berat sikit dan saiz muncungnya lebih besar , corak lukisan tangan bunga teratai kat badan teko ni memang cantik sangat macam free hand drawing...tu la keunikkan pada teko ni yang memikat pandangan mata saya..

CORAK BURUNG MERAK


Selain dari corak flora saya pun suka juga kumpul teko yang ada corak fauna macam burung merak ni . Cantik lukisan corak merak pada teko ni..lain dari corak kebiasaan yang saya pernah jumpa dan tengok . Dapat sebiji pun jadi la.....

Burung merak...

Monday, November 9, 2009

SET BUNGA SAKURA


Selamat malam pada teman-teman dan semua pengunjung blog saya ni , semoga hari Isnin anda semua berlangsung dengan baik sekali , alhamdulillah syukur untuk hari ini semua agenda saya berjalan dengan lancar .
Kali ni saya nak berkongsi kegembiraan yang saya rasa sekarang ni sebab saya dapat cari teman cawan untuk semua piring bujang saya ^_^
Saya pasti teman-teman yang sealiran mesti tahu dan faham macam mana rasa happy yang saya alami sekarang ni hehehhee . Hari ni memang saya macam kureng minat je nak buat n3 untuk blog saya ni tapi mood saya tiba-tiba bertukar happy sangat bila dengar suara adik dari Sure reach bagi salam , temacih dik......
Dari tak ade minat terus saya jadi bersemangat , bila dah buka bungkusan dan check cawan-cawan , saya pun cari camera kesayangan saya ni . Saya terus susun semua cawan dengan piring bunga sakura ni sambil tersenyum sorang-sorang hehehhehe dan bila dah rasa ok bermula la tugas saya sebagai juru photo snap macam-macam angle sampai la saya puas hati...

Koleksi sakura saya...


Saya kurang pasti la sama ada cawan bentuk macam yang saya punya ni untuk kopi atau cawan untuk teh , saya dah lupa la info yang saya dapat dari seorang peniaga wanita cina ( lupo nama dia) di Amcorp Mall nanti kalau pegi lagi saya nak tanya dan tulis terus dalam buku note saya sebagai rujukan.

Sebelum saya cop dan beli cawan ni , saya belek betul-betul dulu piring yang saya ada tu jenis piring leper bukannya apa saya takut tersalah beli nanti langsung tak padan . Bila dah ok baru lah saya merisik kabar , rupa-rupanya cawan idaman saya ni masih available teruslah ku hantar pinangan dan petang ni piring bujang saya dah berteman . Warna bunga sakura pada cawan dan piring pun sama cuma warna pada teko alladdin saja lebih gelap tapi pada saya ok saja , bila dah beli berasingan dan bukan dari batch yang sama mungkin warna teko ni tak sama dengan set cawan.


Set cawan dan teko ku...

Tu aje lah kisah saya dengan hobi saya nee....Selamat malam saya ucapkan pada semua pengunjung dan teman-teman , sweet dream...

^_^

Bye-bye

Sunday, November 8, 2009

FABRIC UNTUK TOTEBAG





Piring ros hitam

Piring leper , bahagian bawah cawan gam saja dengan tapak cawan kat piring.


Gam gam soi


Piring ni untuk cawan mulut lebar , bahagian tapak cawan ada lebihan cawan tak terletak dengan elok.


Tak gam sebab piring ni untuk mulut lebar yang lagi besar tapak cawannya , betui ka apa yang saya tulis ni Mat gebu , kalau salah tolong betulkan hehehe...

Friday, November 6, 2009

Baju kurung Aisyah..

Selamat pagi Jumaat saya ucapkan pada semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog sya yang simple ni , hujan renyai-renyai pagi ni ye nyaman dan sejuk saja cuaca bestkan .

Sekejap je masa berlalu ye hujung bulan ni kita umat Islam dah nak sambut raya Haji kan . Saya memang tak jahit buat baju kurung baru pun , kami semua pakai baju kurung raya Aidilfitri yang lepas je , cuma saya touch-up sikit baju kurung anak-anak saya ni......

Semalam saya touch-up baju kurung Aisyah ni bagi lagi lip-lap lip-lap untuk dia pakai masa raya Haji pulak . Saya just tambah beads dan pearls yang simple kalau jahit sarat sangat nanti tak sesuai la untuk dia pakai , hari ni saya nak touch-up baju Adlina pulak...


my simple beadings

Koleksi kulit siput


Saya memang suka kutip kulit siput , pegi ke pantai kat mana pun di Malaysia ni saya akan cari kulit siput untuk dibuat kenangan . Bila dah balik rumah memang saya kena bersihkan dulu kulit siput ni semua (bab nak basuh yang paling tak tahan sebab busuk, siput dari pantai barat tak busuk , siput dari Cherating yg busuk. Saya tahan juga bau busuk siput ni sebab minat dan hobi) , bila dah bersih baru la saya cari bekas yang sesuai untuk saya letak semua seashells saya ni. Semua koleksi kulit siput ni saya jadikan sebagai dekorasi simple .





Thursday, November 5, 2009

Adlina dan Adam...

N3 saya kali ni kisah 2 orang adik beradik ni , anak-anak saya . Tiap saat ada saja aktiviti yang 2 beradik ni nak buat , apa saja benda dalam rumah ni boleh jadi bahan untuk di buat permainan macam selimut dalam gambar ni , Adlina cakap dia dan Adam jadi hantu....huhuh mama takut la...hehehhe . Saya memang suka perhatikan gelagat dan keletah 2 orang anak saya yang sentiasa aktif ini , selalunya Adlina yang jadi ketuanya dan Adam ikut main saja....

Selalunya bila baru balik dari sekolah Adlina memang suka main dulu dengan adik dia , macam-macam permainan yang Adlina reka dan Adam ikut saja...yang ni Adlina main rumah-rumah...

Gambar ni saya ambil pagi-pagi sebelum Adlina pegi kindergarten , hari ni ada nurse yang akan datang untuk mengajar cara perjagaan gigi la kot kat sekolah Adlina , memang excited Adlina nak ke sekolah hari ni , bila balik nanti banyak la cerita yang dia nak sampaikan pada saya hehehe....

Adam cought in action..hehhee..

Adam , anak bongsu saya yang baru masuk 2 tahun pada bulan lepas memang aktif dan boleh tahan lasaknya . Dia memang dah pandai keluar masuk playpan favorite dia ni semenjak bulan Jun lepas lagi tapi saya tak pernah ambil gambar dia in action , semalam baru saya dapat ambil gambar ni saja nak simpan .

Wednesday, November 4, 2009

MUG BERTUTUP BUNGA KANGKUNG


Koleksi terbaru corak bunga kangkung saya , ingatkan nak buat n3 semua koleksi bunga kangkung yang saya ada tapi rasa malas pulak nak ambil keluar dari lemari dan nak simpan pulak nanti . Lain kali la saya buat full collection entry. Kali ni saya buat n3 tentang 2 biji mug bertutup ni je la dulu . Saya first time jumpa mug bunga kangkung ni , cantikkan . Sebiji mug ni slim dan yang sebiji lagi gumuks macam tuannye la juga hehehhee....


Bunga kangkung pink

bunga kangkung meroon