MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label zipped pouch. Show all posts
Showing posts with label zipped pouch. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Kotak-kotak dan bunga..

Hari ni saya dapat siapkan lagi satu zipped pouch untuk diri sendiri pula . Semenjak dua menjak ni saya tengah seronok menjahit buat zipped pouch la pulak , ok la kan yang best nak buat zipped pouch ni tak la susah sangat dan hasilnya alhamdulillah memuaskan cukup cantik pada pandangan mata saya ni..

Saya memang suka sangat guna kain corak gingham ni , tak tau la kenapa mungkin sebab corak kotak-kotak dengan warna yang lembut nampak sweet sangat bila digabungkan dengan kain bercorak . Favorite color saya semestinya warna merah jambu la dan corak kain pula mesti bunga-bunga kecil .

Teknik saya nak decorate zipped pouch ni mudah dan simple saja tanpa guna apa-apa renda dan juga tit-bits lain macam rose bud dari ribbon atau butang hiasan...

Selalunya sebelum nak menjahit saya dah ada idea macam mana rupa hasil projek jahitan saya nanti dan kadang-kadang saya suka sketch dulu idea saya tu supaya lebih mudah bila nak buat nanti tapi kalau projek simple macam pouch ni idea tu datang spontan saja...

Dah pun siap dan macam ni la rupa zipped pouch untuk saya guna nanti . Saiznya 12" lebar x 7" tinggi . Cukup besar dan boleh diguna untuk isi macam-macam benda dalam pouch ni . Kain base saya guna kain jenis jeans yang agak keras dan untuk patchworknya saya guna perca kain saja.....

Bahagian bawah pouch saya jahit bahagian bucu supaya bila siap pouch bag ni boleh ditegakkan serta ruang simpanan bahagian dalam lebih luas dan besar ..
Saya guna teknik tampal dan top-stitch untuk patch work kain gingham dan corak bunga halus . Teknik macam yang saya guna ni memang mudah dan projek jahitan cepat siap . Bila menjahit ni kita kena fikirkan teknik yang paling mudah dan senang supaya projek jahitan kita dapat disiapkan dengan cepat dan hasil jahitannya kemas..


Menjahit memang menjadi terapi dan cara untuk saya releks sama macam bila saya dapat hasilkan lukisan atau painting . Segala idea dapat saya luahkan dan saya rasa puas sangat bila satu-satu hasil seni dapat saya siapkan tak kira sama ada projek jahitan yang simple atau painting yang besar dan perlukan lebih tumpuan untuk disiapkan . Visual arts is a part of my life....

Jahit sana kemudian jahit cantum sini betul-betul buat saya menjadi leka . Bila kita buat aktiviti yang memang kita suka masa terasa cepat betul berlalu . Sama la macam saya bila menjahit sekejap je terasa masa bergerak dan akhirnya siap la juga projek jahitan saya untuk hari ni....Bila dah siap saya isikan pouch saya ni dengan benang-benang untuk craft felt . Actually ada lagi zipped bag yang saya nak siapkan ni . Saya nak buat lagi untuk disimpan dan boleh diberi sebagai hadiah pada kawan-kawan atau saudara , untuk anak-anak memang dah saya buatkan sorang satu. Ok lah sampai sini dulu n3 saya untuk hari ni........happy sewing..

Monday, February 28, 2011

Zipped pouch

Malam ni terasa nak menjahit pula so lepas habis dinner saya mula menjahit . Dah lama saya nak buat zipped pouch ni cuma banyak kali bertangguh .

Idea memang dah ada so saya terus cari perca kain jeans dan lain-lain bahan jahitan macam renda berbiku serta kain perca gingham yang boleh digabung bersama . So lepas menjahit dalam sejam siap la zipped pouch yang simple ni .




Projek jahitan yang saya buat secara spontan...Lepas ni ada lagi beberapa zipped pounch yang saya nak siapkan untuk Adlina dan Aisyah pula serta tote bag jeans . Harap-harap semua projek jahit dapat saya siapkan minggu ni .

Saya guna zip jeans sebelum ni saya hanya guna zip biasa saja . Saya top stitch bahagian sisi zip supaya lebih kemas dan zip mudah untuk dibuka . Saya buat tali pemegang pada bahagian sisi untuk mudah dipegang zip pouch ni..

Dah pun siap pouch yang simple ni dan anak saya Aisyah dah rasmi guna zipped pouch ni untuk dia isi alatan menulis . Suka Aisyah dapat zipped pouch baru..

Happy sewing..

Sunday, April 18, 2010

MINI POUCH FOR MY SWEETHEART


Hari ni saya buatkan pula mini pouch untuk Aisyah dan Adlina . Kali ni saya tambahkan tali pemegang di tepi bagi nampak lagi presentable serta lagi cantik mini pouch ni . Anak-anak yang pilih kain ni Adlina suka warna merah dan Aisyah suka warna pink so memang sesuai sangat la corak dan kombinasi warna kain ni.

Bila dah siap saja Adlina dan Aisyah pun isi la mini pouch bag ni dengan alat tulis kiranya dah jadi pencil case .


Memang saya puas hati bila tengok senyuman di wajah anak-anak bila mereka gembira sangat dengan mini pouch yang saya jahit ni . Only for my sweetheart.....

Saturday, April 17, 2010

MY MINI POUCH


Malam ni macam biasa habis dinner kami sekeluarga dok depan tv la nonton movie kejap lepas tu tengok konsert AF jap lepas tu tengok movie balik . Saya ni mata je dok tengok tv tapi fikiran dok melayan idea-idea projek jahitan yang saya nak buat ni . Siang tadi saya dok depan tenet dan saya sempat mentelaah banyak betul blog tutorial untuk jahit tote bag . Sebenarnya saya mencari tutorial untuk buat mini pouch dan akhirnya jumpa juga tutorial yang best sangat . So malam ni apa lagi mana boleh tahan saya nak jahit juga la dan dah siap lah sebiji mini pouch color pink ni...

Saya guna je kain perca yang ada dan kali ni kiranya first time saya nak cuba-cuba jahit mini pouch . Potong kain dan saya mula la jahit kat situ jahit kat sini dan taraaa dah siap pun dalam masa 30 minit hehehe bestnya...


Ni la hasilnya my first mini pouch . Rupa-rupanya senang la juga nak jahit mini pouch ni...


Dah siap pun dan saya isi la dengan alat make-up dan apa saja yang benda yang boleh diisi..


Lepas ni boleh la saya jahit banyak lagi mini pouch macam-macam saiz yang kecik yang besar yang ada tali tambah riben lace ke dan macam-macam color . Sekarang ni saya dah tau cara nak jahit tote bag yang berzip macam mini pouch ni lepas ni dan projek jahitan saya seterusnya tote bag berzipppsss la pulak....


Adlina sempat melaram dengan tote bag saya tu dan Lina nak saya buatkan dia bag juga tapi Adlina nak saya carikan kain corak Ben Ten hmmm mana la mama nak cari ya nanti la kita gi Nagoya ye mungkin ada kot kain corak Ben Ten tu . Besok kami sekeluarga nak gi jenjalan ke jalan TAR soo tunggu entry saya ya kalau nak tengok apa yang saya dapat dari jalan TAR , so bye-bye and nite nite...

ok jom kita jahit lagi lepas ni..layan...