MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label buku kraf. Show all posts
Showing posts with label buku kraf. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

INSPIRASI


Saya baru beli majalah Sew Beautiful ni dan keluaran kali ni isunya banyak hasil jahitan sulaman smocking dan semuanya cantik-cantik sangat . Kadang-kadang tu saya beli juga majalah -majalah macam ni nak cari idea dan sumber inspirasi menjahit .

Dah lama juga saya tak up-date projek jahitan saya sebab masa cuti sekolah yang lepas saya memang tak menjahit pun sangat sebab masa banyak dihabiskan buat benda lain dengan anak-anak..

Sekarang ni sekolah dah buka balik so saya adalah masa tertentu yang saya boleh menjahit . So boleh la saya siapkan beberapa projek yang tak siap lagi tu tu . Jom kita tengok gambar-gambar dari majalah sew beautiful kali ni semuanya cantik geramnya tengok dan jadi bersemangat balik la nak menjahit...

Cantikkan..

Inspirasi dan idea untuk saya jahit smocking ni....

Saya belum pernah jahit smocking figura macam ni sangat menarik dan saya nak cuba la..
SELAMAT MENJAHIT YA...

Thursday, May 6, 2010

MAJALAH SEW BEAUTIFUL


Saya baru beli majalah jahitan "Sew Beautiful" dan majalah ni bukan hanya tentang jahitan sulam smocking saja . Dalam majalah ni ada macam-macam design serta teknik jahitan sulaman yang cantik-cantik dan sangat exclusive . Selalunya saya beli majalah tentang smocking sahaja dan ni first time saya jumpa majalah ini . Bila saya belek dari satu muka surat ke muka surat lain terus saya bekenan dengan isi kandungan majalah ni yang sangat sesuai untuk dibuat sebagai bahan rujukkan . Terdapat beberapa tutorial untuk jahit dress dan buat doll yang boleh kita cuba..

Bestnya kalau ada sewing room yang sebegini besar selesa dan tenang saja memang banyak sangat sumber inspirasi serta idea kreatif yang datang kalau boleh buat kerja dalam bilik macam ni...


Ini pula heirloom dress yang memang cantik sangat dan semuanya bersulam kemas serta detail sangat motif sulamannya , warna dress ni pun semuanya soft pastel atau off white..

Cantik sangatkan semua sulaman pada gaun heirloom ni dan yang pasti nak siapkan sulaman macam ni punya detail memang perlu kesabaran yang sangat tinggi dan minat yang mendalam serta kepakaran yang sangat tinggi .


Casual dress untuk anak-anak comel dalam majalah ni semuanya di reka untuk musim bunga atau Spring . Cantikkan kombinasi warna , corak dan design line semua dress dan romper ni . Reka corak dressnya simple tapi kreatif dan model-model cilik yang pakai dress ni semuanya nampak selesa sangat . Happy sewing...

Wednesday, August 19, 2009

BUKU SULAMAN MANIK INDAH



Semalam saya pegi kedai jual alatan jahitan dekat dengan rumah saya ni sebab nak beli benang DMC yang dah habis . Kedai jahitan ni walaupun kecil tapi boleh di katakan banyak benda juga yang dijualnya dan yang terbaru tokeh kedai ni dah mula jual macam-macam buku , ada buku jahitan langsir dan macam -macam buku kraf . Buku Sulaman manik Indah ni adalah yang terbaru ada di kedai ni . Buku ni pun mesti ada juga di kedai buku macam MPH , Popular atau kedai buku yang besar...

Saya sebenarnya nak cari buku lain tapi bila dah tengok dan belek isi kandungan buku ni terus saya bekenan pulak dengan segala projek DIY yang di tunjuk kan di dalam nya . Bagus buku ni gambar jelas , ada step by step cara nak jahit manik dan cara buat krafnya . Penerangan yang jelas dan yang penting harga buku ni Rm 40 ringgit yang saya rasa cukup berpatutan sebab kalau nak beli buku asal lagi mahal harganya dan buku ni di translate dari english ke bm , tu yang best sekali...

Muka surat pertama , isi kandungan . Ada 20 projek DIY yang sangat best dan mudah nak di buat oleh sesiapa pun..

Teknik jahitan beads yang sangat la menarik perhatian saya dan saya nak buat beading ni untuk baju raya anak-anak dan saya la....



Kat belakang sekali ada dibagi sekali pattern /pola untuk semua projek , bestnya lagi bersemangat dan teruja saya nak buat ni ...best..jom kita jahit manik untuk baju kurung raya masing-masing pulak ...happy sewing ...

Friday, April 10, 2009

BUKU SMOCKING BARU

Minggu lepas masa window shopping di Mahkota Parade Melaka , saya pegi la kedai buku MPH dan saya terjumpa buku yang sangat special ni tajuknya ialah " A-Z Jahitan Smocking ". Bila saya baca isi kandungannya buku ni , baru la saya teringat yang saya ada jumpa buku yang sama tapi versi english di kedai menjual bahan jahitan dan kraf di Taipan, Subang Jaya tapi harganye mahal pada saya iaitu RM 120 sebuah.
Saya baca isi kandungan buku ni dan terus saya beli sebab harganya hanya RM 38 ringgit dengan pelbagai info yang best sangatttttt. Saya memang terlampau happy dapat jumpa buku ni sebabnya saya sudah pegi banyak betul kedai buku macam MPH , Popular , Boader tapi saya tak jumpa pun buku smocking yang sangat lengkap dengan info berguna macam buku ni.
Cuma saya tak pasti kalau sekarang ni di MPH area KL dan PJ ada jual buku ni. So , pada sesiapa yang masih tercari-cari buku panduan lengkap nak jahit smocking ini la buku terbaik pernah saya baca.


Di muka surat awal/permulaan buku ni di tunjuk jenis-jenis jahitan smocking yang agak senang, di muka surat seterusnya lebih banyak teknik smocking yang ditunjukkan langkah demi langkah sampai la smocking siap. Dalam buku ni ditunjukkan lebih dari 25 jenis teknik smocking , bestnyaaa.


Semua perkara berkaitan smocking ada dalam buku ni , dari jenis kain , istilah smocking , jenis jarum, tips berguna tentang jahitan smocking , gambar yang sangat jelas dan macam-macam lagi lah.

BUKU SMOCKING

Buku smocking ni best sebab dah diterjemah ke bahasa melayu , lagi la senang nak faham. Dah tu ada pulak gambar-gambar yang jelas nak bagi senang kita baca dan faham setiap teknik jahitan.


Dalam buku ni pun ada juga teknik jahitan dan corak smocking advance macam dalam gambar diatas ni cantikkan reben tu, ni yang buat saya makin seronok nak mencuba teknik-teknik baru smocking ni. Ditunjuknya langkah demi langkah sampai la hasil jahitan yang dah siap.


Ini lagi teknik smocking yang baru yang menarik , penerangan yang lengkap dibawah gambar. Memang senang sangat kita nak faham dan lagi mudah la kita nak jahit smocking ni.


Memang best buku ni , banyak sangat panduan menjahit macam-macam jenis sulaman smocking. Berbaloi betul dengan harganya yang boleh dibeli oleh siapa pun , happy smocking to everyone !!

Monday, March 16, 2009

SALE MPH

Tiap - tiap kali Mph buat sale saya mesti pegi sebab saya nak beli buku yang berkualiti dengan harga yang murah. Semalam , pagi - pagi lagi kami sekeluarga dah pegi ke sale ini dekat SS 24 , Pj. Seperti biasa memang ramai sangat orang tapi tak seramai masa sale di Kelana Jaya. Saya beli beberapa buah buku untuk diri sendiri dan anak-anak.Walau pun agak panas keadaan kat tempat sale tu tapi saya puas hati dan anak-anak pun happy dapat buku baru.

Beli lagi buku smocking , harga ok juga lepas diskaun. Beli buku untuk rujukan dan ada beberapa projek yang menarik , boleh la saya buat lepas ni. Tapi sale kali ini koleksi buku yang dijual tak sebanyak seperti sale tahun sudah .


Berkenan dengan teknik sulaman reben , saya beli 3 buah buku ni. Harga buku pun ok juga berpatutan. Lepas ni projek saya seterusnya cushion cover dengan sulaman reben , best tu.

Buku yang 2 buah ni tak pula plan nak beli tapi sebab ada diskaun sampai 70 % , saya beli juga tapi projek yang ditunjuk kat dalam buku ni best -best belaka .

Buku Chinese Brush Painting ini memang dah lama saya cari. Kebanyakkan buku tentang chinese painting yang saya jumpa di kedai lain harganya mahal dan buku yang saya beli ni lepas diskaun hanya RM 19.90 saja. Lepas ni memang pack la jadual harian saya dengan macam - macam aktiviti tapi saya happy sangat sebab dah mula boleh menjahit dan buat projek art saya balik sebab baby Adam dah makin besar dan mudah di jaga.