MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label gubahan hantaran. Show all posts
Showing posts with label gubahan hantaran. Show all posts

Friday, December 11, 2009

ROSE n RENDA


Selamat pagi Jumaat....

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah buat entry ok la kan sebabnya internet kat rumah saya ni bila pagi lagi laju servisnya kejap je saya boleh siapkan entry . Kali ni saya nak berkongsi hasil guhahan simple yang saya buat malam Rabu lepas . Sebelum ni saya selalu buat entry tentang koleksi pingan mangkuk atau teko dan cawan-cawan antik terbaru saya so kali ni kira lain la sikit cerita entry saya .

Kami sekeluarga nak pegi berholiday untuk hujung minggu ni so saya pun bercuti la juga dari buat apa-apa entry untuk blog saya ni tapi kejap je pun hari Ahad ni kami dah balik ke rumah .

Saya sempat la juga buat kraftangan yang simple-simple ni sebelum kami berholiday......


Saya gunakan bakul rotan dan bekas bertutup serba guna untuk projek gubahan saya kali ni . Bahan asas lain bunga rose , lace dan macam-macam bunga kecil .

Dah pun siap bakul ku ini


Bekas serba guna yang di make over

Roses and daisy

So , ok la bye-bye dan selamat berhujung minggu untuk semua kawan-kawan serta pengunjung blog saya ni.......TaTa........

Hope you all have a great weekends ^_^

Saturday, July 18, 2009

ALBUM MAS KAHWIN

Sekejap ja masa berlalu , adik ipar saya pun dah nak bernikah pada Sabtu depan , happy sangat la Latip menghitung hari bahagia yang tinggal seminggu lagi.

So , kali ni saya buatkan album untuk isi duit mas kahwin , sebelum ni saya dah buat 11 gubahan hantaran untuk majlis bertunang adik ipar saya ni yang berlangsung awal bulan Mei lepas..memang masa tu saya buat all out la grand the voom.... .

Dulu saya ada juga buat hiasan album untuk mas kahwin adik ipar yang lain , saya balut kulit album tu dengan guna sponge nipis , satin dan kain lace , rumit juga kerja nak siapkan hiasan album tu . So, kali ni saya decide untuk buat hiasan yang simple je pada album mas kahwin ni tapi still sweet...


ribbon dan hot glue..


Semua bahan-bahan ni ada la lebihan dari hantaran bertunang yang saya buat dulu..


Saya guna lace tadi dan gubah menjadi ribbon bertingkat dan saya ikat guna dawai halus..tu ja cara sonang .....


Bunganya pulak saya susun-susun saja dah siap...

Album mas kahwin

Saya gam kan ribbon tadi dengan bunga ni ..


Untuk albumnya saya gam dengan lace stripe dan saya gam bunga yang dah siap tadi atas album ..dah pun siap..simple jeee....


sweet roses



Boleh di susun semua duit dalam album..dah siap..

Sunday, May 3, 2009

11 DULANG HANTARAN BERTUNANG

Ini la kain lapik dulang hantaran yang saya dah siap jahit . Dalam post yang sebelum ni saya ada tunjuk rupa kain ni sebelum dipotong.

Set cupcake

Al Quran


Telekung

HANTARAN BERTUNANG

Set rantai mutiara


Hand bag

Kain


Kasut

HANTARAN BERTUNANG

Buah dan sirih junjung

Bekas cincin dan bunga rampai


Set make-up dan parfume

Tuala

Wednesday, April 29, 2009

GUBAHAN BAKUL KASUT

Saya gamkan fiber untuk menutup pemukaan bakul kemudian saya gam renda keliling bakul. Saya gubah dan susun bunga di empat bahagian bakul.


Saya buat riben bertindih dan letak di atas kasut dan saya akan lekat sedikit bunga pada bahagian tengah riben ini .

Dah pun siap gubahan yang simple ni.

GUBAHAN TELEKUNG

Saya siapkan dulu bakul dengan renda dan gubahan bunga kemudian untuk gubahan telekungnya saya beli 2 keping polysterin bentuk love yang berbeza saiz. Polysterin ini saya masukkan ke dalam kain dan saya bentuk dan lipat kain supaya menutupi polysterin. Seterusnya saya pin kan lebihan kain telekung dan saya lipat bahagian hujung telekung yang bersulam cantik menjadi seperti kipas mengelilingi dua keping hati .


Seterusnya untuk bahagian kain telekung saya lipat menjadi kecil .


Seterusnya kain telekung ini saya lipat bertindih untuk menjadi bentuk kipas dan saya susun di dalam bakul mengelilingi 2 keping hati tadi. Pinkan pada bahagian tertentu di telekung supaya gubahan menjadi kukuh dan terletak kemas.


Sebagai penyeri gubahan 2 hati ini saya selitkan bunga-bunga halus di celah antara 2 hati ini. Dah pun siap ok la kan.

Saturday, April 25, 2009

GUBAHAN KOTAK KAIN

Bakul rotan untuk bekas kain , saya lekatkan manik berjurai untuk bahagian tepi penutup bakul.


Saya susun dan gubah bunga diatas penutup bakul.


Saya mengguna beberapa jenis bunga dan daun untuk semua gubahan hantaran ini.



Dah siap.

GUBAHAN BAKUL HANTARAN

Saya gamkan dulu lapik pemukaan bakul. Senang ada fiber ni dulu kena guna kain satin leceh , nak gam pun sekejap je.


Selepas dah gamkan renda keliling bakul saya mula susun bunga kemudian saya gamkan daun-daun dulu.


Dah siap , kedua belah pemegang saya gubahkan bunga. Telekungnya nanti saya nak gubah jadi bunga .

Bakul yang dah siap dari pandangan sisi. Simple je.

Friday, April 24, 2009

GUBAHAN BAKUL HANTARAN

Kiranya dalam seminggu ni cerita saya hanya kisah tentang hantaran je, ok la kan memang saya tengah sibuk mengubah hantaran dan menyiapkan bekas hantaran. Majlis bertunangnya hari Sabtu depan , hari Ahad ni nak ke Kamdar KL cari kain untuk buat alas dulang pulak dan sambil tu boleh saya beli kain lagi untuk projek jahitan saya hehehe. Sekarang ni bangun tidor je teringat hantaran yang perlu disiapkan.
Saya berhenti kejap buat bekas hantaran tu , hari Jumaatkan budak sekolah balik awal so saya kena prepare lunch tuk anak-anak , sambil tu saya check la blog dan petang kang sambung balik kerja. Walaupun sibuk saya suka buat kerja gubah hantaran ni sebab idea tu datang mencurah-curah dan rasa exited nak siapkan tiap-tiap satu gubahan tu.


Lepas dah gamkan renda disekeliling bakul , saya buat reben di kedua-dua bahagian tepi pemegang bakul , jari-jari ni dah mula melekat dengan hot glue memang panas walaupun saya berhati-hati takut terpegang hot glue tapi dalam berjaga tu kadang-kadang kena juga sakitnya. Dulu ada kulit tapak tangan dan jari yang melecur sebab terkena hot glue ni.


Saya pun susun la bunga , saya guna banyak jenis bunga tapi dari hue warna yang sama so tak la nampak serabut sangat.


Ha ini la hasilnya tapi saya nak tambah la sikit lagi bunga kat atas pemegang bakul ni dan ada bahan yang tak cukup , petang nanti saya nak ke kedai jual bahan hantaran , ada lagi 5 bekas saya tak dapat nak siapkan sebab tak beli renda yang sesuai.Tualanya nanti saya nak gubah jadi buah jambu dan letak je dalam bakul ni.

Thursday, April 23, 2009

GUBAHAN BAKUL PERFUME

Gamkan renda lace dulu lepas tu daun.


Tambahkan bunga dan lain -lain lagi hiasan.


Dah siap gubahan bunga.



Dah siap bekas perfume ni dan mungkin saya akan buat beberapa penambahan sikit lagi.

GUBAHAN BEKAS CINCIN

Gubahan hantaran pertama yang saya buat ialah bekas cincin, saya beli sangkar burung yang kecil sekali kemudian saya tambah la dengan hiasan dan bunga. Tema untuk hantaran yang saya buat kali ini ialah sweet english roses . Hantaran yang saya gubah semuanya simple-simple dan saya guna warna pastel.

Langkah pertama lekatkan renda.


Lekatkan renda yang ada manik-manik berjurai.


Dah siap pun kejap je , simple n sweet.



Bekas cincin bertunang dari pandangan atas, bahagian dalam dan bawah bekas cincin ni ada lapik lagi. Keliling bekas cincin ni ada bekas bunga rampai dari bekas kaca nanti la bila dah siap semua disusun saya akan ambil gambar lagi dan masukkan dalam blog.