MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Tahniah....

Salam buat semua follower yang join GA yang saya buat kali ni ,ok la seperti yang saya dah janji malam ni saya umumkan nama follower yang bertuah menang hadiah-hadiah yang saya sediakan ni . Sebelum tu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab kawan-kawan sudi nak join GA saya kali ni..

Cara nak cabut nama masih cara biasa dan kali ni anak saya Adlina yang happy nak tolong cabutkan nama pemenang . So cara pemilihan sangat lah telus so memang dah rezeki dan tuah mereka yang menang GA saya kali ni . Tahniah saya ucapkan..
Pada kawan-kawan yang menang boleh emailkan saya detail peribadi anda untuk urusan nak pos hadiah : nama penuh anda, alamat dan contact number .
Ni email saya : adlinaaffandey@yahoo.com

http://suzie284contest.blogspot.com/2011/02/nannies-passion-giveaway.html

id follower : mama zharfan
email : suzie284@yahoo.com


http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/giveaway-jom-join.html


http://jaajahatga.blogspot.com/2011/02/nannies-passion-giveaway.html


http://alfredshin.blogspot.com/2011/02/nannies-passion-give-away.html

Tahniah kepada kawan-kawan saya ni dan bila dah dapat hadiah nanti boleh la buat baju ya hehe . Pada kawan-kawan lain yang tak menang tu insyallah kalau saya buat GA lain kali boleh cuba lagi ya..

Tuesday, February 8, 2011

GIVEAWAY - jom join..

Bulan ni genap la 2 tahun usia blog Nannie`s Passion so dengan sukacitanya saya nak adakan GA sebagai penghargaan kepada kengkawan yang sudi jadi follower blog saya ni .

Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Terbuka pada semua follower , jom join...
(2) Sudi la buat entri GA saya ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment dan tinggalkan email atau link blog anda ya , thanks.
(4) Terbuka kepada sahabat-sahabat beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

Macam mana mudah je kan syarat-syaratnya , Boleh kan . Jangan lupa bagi email nama, contact no anda ya. Saya sediakan 4 hadiah untuk GA ini yang akan saya cabut undi pada hari Jumaat ni ( 11/2/11) ini..harap semua kenkawan suka ye so Selamat mencuba dan semoga berjaya....

Hadiah set A ialah 2 frame dengan 2 candle stand


Hadiah B: kain 100% cotton berukuran 4.5 meter


Hadiah C: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan 1 helai tuala cute bear..


Hadiah D: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan sehelai tuala cute bear

Terima kasih saya ucapkan pada semua kenkawan yang sudi join GA saya untuk tahun ni dan tunggu ya pengumuman pemenang GA ni pada hari Sabtu ni (12/2/11) tunggu..
Bye..

Friday, March 26, 2010

JOM JOIN GIVEAWAY TERATAK PUTERI


Salam pagi Jumaat

Hadiah untuk GA dari kak Chah best ni..

Kejap je dah hari Jumaat kan bestnya besok dah cuti hujung minggu, apa program kita besok ya ? Mesti ramai yang balik kampung atau rehat kat rumah je dan buat macam-macam urusan lain kan . Saya besok nak ke Pesta Buku la jom kita pegi cuci mata dan semestinya beli buku la kan hmm bestnya.

Ok la hari ni saya buat n3 khas untuk Giveaway yang kak Chah dari Teratak Puteri anjurkan untuk memeriahkan sambutan birthday kak Chah , hmmmm hadiahnya semua best sangat siapa yang tak join rugi juga ni . Click disini untuk ke blog kak Chah ya..

Syarat-syarat peraduan ini pun sonang je...

1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010



2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadiFollower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow I ye..Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak agar senang untuk saya hubungi..



3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)



4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010



5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...anak saya Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam cabutan ini.

Sekian..selamat berjaya..ta..ta..



Thursday, February 25, 2010

JENG..JENG..JENG n TAHNIAH...


SALAM PAGI KHAMIS

SWEET AWARD UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN , SUDI-SUDIKAN LA AMBIL DAN TAMPAL DI BLOG MASING-MASING...

Award ini saya tuju khas pada semua kawan-kawan yang sudi join Giveaway saya ni thanks ya .

Pada semua kawan-kawan dan follower terima kasih saya ucapkan sebab sudi memeriahkan giveaway yang first time saya anjurkan ni , saya ni kalau boleh nak bagi hadiah pada semua yang sudi join giveaway tapi apa kan daya saya hanya boleh sediakan 6 hadiah saja. Saya pun akan follow semua blog kawan-kawan yang join giveaway saya ni..
Tepat pukul 12 tengah malam tadi tamat la giveaway yang saya buat ni dan pagi tadi saya dah buat cabutan bertuah . Anak-anak saya yang buat cabutan bertuah ni dan pada kawan-kawan yang menang saya ucapkan tahniah congratulation . Pada yang tak menang tu jangan la rasa hampa ya insyallah lain kali anda ada peluang lagi mungkin saya akan buat giveaway lagi atau ada kawan-kawan dari blog lain yang akan buat giveaway......

So , pemenang-pemenangnya ialah....

JENG..JENG..JENG...
Anak sulung saya Aisyah tolong saya tulis nama kawan-kawan yang join giveaway ni , thanks sayang...

Pagi-pagi lagi Adlina yang mulakan cabutan bertuah ni , anak-anak saya tak kenal pun semua aunty-aunty yang join giveaway ni so memang cabutan ni adil dan saksama .


Adlina dah pilih pemenang no.1...


Tahniah pada kak Hanishimi dari Hanishimigaleryantik yang dapat hadiah GIVEAWAY NO.1 , tahniah ya kak...


GIVEAWAY NO.2 pula dimenangi oleh Maklang Azie , tahniah tahniah ya kak . Adam yang buat cabutan ni...

TAHNIAH....


Seterusnya
Kak Gee dari My Little Persona menang Giveaway no.3 , tahniah pada akak ya..


Wans Teddy Tales pulak menang Giveaway no.4 , yey tahniah tahniah...


Kak Azah pula dapat hadiah kain Giveaway no.5 , tahniah kak harap akak suka dengan hadiah ini.


Akhir sekali kak NJ menang hadiah Giveaway no.6 , tahniah kak....

Ok peiuhhh.....leganya sebab saya dah selamat buat cabutan ni dan dah bagi tahu nama pemenang-pemenang untuk acara GIVEAWAY yang saya buat ni .

NAMA SEMUA PEMENANG ADALAH SEPERTI DIBAWAH INI :

No.1 ialah kak Hanishimi dari blog Hanishimigaleryantik
No.2 ialah Maklang Azie dari My dream house
No.3 ialah kak Gee dari My little Persona
No.4 ialah Wans teddy tales
No. 5 ialah Kak Azah dari blog On day in my life
No.6 ialah kak NJ dari blog Hari-hari yang berlalu

So pada semua kawan-kawan yang dah menang tu sms atau call saya dengan kadar yang segera dan bagi detail-detail seperti yang saya senaraikan di bawah ini :
nama penuh
alamat penuh
no talipon

ok sampai di sini dulu , bye-bye

LAGI HADIAH GIVEAWAY



HADIAH GIVEAWAY NO.5
4 meter kain pasang bercorak batik




HADIAH GIVEAWAY NO.6
3 meter kain bercorak ros comel

Sunday, February 21, 2010

TERIMA KASIH


Salam pagi Ahad

Terima kasih saya ucapkan pada semua kawan-kawan dan pengunjung blog saya ni yang sudi join GIVEAWAY yang saya buat ni . Memang saya tak sangka begitu ramai yang menyertai dan bagi sokongan sebab saya tak pernah ada pengalaman buat GIVEAWAY sebelum ni hehehe

Saya ingat tarikh giveaway ni saya nak pendekkan la sebab mesti ramai kawan-kawan yang join nak tau dengan cepat sapa yang dapat hadiah-hadiah ni . Tarikh yang saya pilih mula tu lama sangat la...

So , saya dah buat keputusan untuk pilih 24 FEBUARI sebagai tarikh tamat giveaway saya ni dan pada 25 Febuari saya akan bagi tau siapa yang dapat hadiah-hadiah yang saya sediakan ini dannnnnn tungguuuuu ada suprise lagi saya mungkin akan tambah hadiah-hadiah giveaway ini.....

pye-pye
thanks pada semua yang join acara gumbira-ria ini
dan

PADA YANG BELUM JOIN GIVEAWAY INI CEPAT-CEPAT JOIN SEBELUM TARIKH TAMATNYA HEHEHE MANA LA TAU ANDA MUNGKIN YANG BERTUAH DAPAT SALAH SATU HADIAH YANG DISEDIAKAN .

Friday, February 19, 2010

GIVEAWAY


Salam pagi Jumaat

Hari ni saya buat entry "GIVEAWAY" yang saya janjikan dulu , dah genap setahun saya berblog dan saya nak la bagi hadiah special sebagai tanda terima kasih saya kepada semua follower , pengunjung dan kawan-kawan yang selalu datang ke blog saya ni .
Ok hadiahnya macam la dalam gambar ni , saya buat 4 kumpulan hadiah . Harap semua follower dan pengunjung suka dengan hadiah-hadiah ni .

GIVEAWAY NO.1
Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")


GIVEAWAY NO.2
3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .


GIVEAWAY NO.3
Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin tapi made in China , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..


GIVEAWAY NO.4

Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...


Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Febuari .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja .

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .

- Kalau ok link kan blog saya ni di blog list anda.

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.

- Saya akan buat cabutan untuk menentukan pemenangnya nanti.

Ok itu saja syarat mudah dari saya , selamat mencuba dan terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya ini . Kita tunggu dan tengok siapa la yang dapat hadiah-hadiah yang saya sediakan ini..


bye-bye and lap u oals muah muah ...

Friday, August 14, 2009

HAPPYNYA....


Selamat pagi Jumaat , pagi ni baru saya dapat masukkan post yang terkini .

Bungkusan hadiah ni jauh datangnya , saya dapat hari Selasa minggu lepas tapi semalam baru saya dapat tengok betul-betul , terima kasih Gaban cantik sangat hasil jahitan Gaban. Akak betul-betul suka sangat..and thanks for the card moga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila dan kita dapat berjumpa satu hari nanti...


Saya ada juga tunggu , bila la nak sampai hadiah special ni , maklum la saya first time masuk giveway yang Gaban buat sebab dia lancarkan pembukaan kedai online dia......sebelum ni saya bukannya tau apa giveaway tu hehehee...


Akhirnya sampai juga bungkusan yang ditunggu ...


Thanks dik...



Ini bukan bibik saya ya tapi anak sulung saya hehehe..Aisyah yang jadi model dan posing dengan apron dan glove yang Gaban bagi pada saya ...cantik sangat .

Akak suka sangat apa yang Gaban bagi ni . Lepas ni kalau memasak akak mesti pakai apron yang Gaban buat ni , thanks again....

Thursday, July 16, 2009

GIVEAWAY CONTEST



GABAN GIVEAWAY CONTEST

6 ~ 16 Julai 2009


Ini first time saya nak masuk give away contest ni walaupun pada hari terakhir , ok la ye Gaban , give awaynya memang menarik sekali.....


Bila sebut nama Gaban saya ingatkan mula-mula Gaban Ultraman , siri hero favorite saya masa kecil dulu...tapi sebenarnya Gaban tu ada makna yang lain la...jom kita pegi sana, click je kat nama kedai Gaban yang color merah kat bawah ni....



kedai gaban adalah kedai jual hasil-hasil kraftangan yang dia buat dan dia jual lain-lain bahan , buku untuk kraf juga so saya jenuh juga memikirkan apa la header yang sesuai ni akhirnya saya rasa yang ni ok kot :

GABAN CRAFTS SHOP ONLINE.COM
Exclusive handmade crafts by Gaban


Syarat-syarat penyertaan ialah :

1- buat entri berkenaan contest ni di blog anda
war-warkan tentang kedaigaban.

2- Tinggalkan komen anda di sini berserta link anda sendiri.

dan

Pemenang akan ditentukan kepada mereka yang boleh memberikan 'Header description' terbaik dan menarik tentang kedai gaban.

Hadiah???? ni yang best ni bila datang ke bab hadiah ....jeng..jeng..

sehelai apron dan mitten yang di jahit dan design oleh Gaban special untuk giveway ni ....

Pemenang akan diumumkan pada 17 Julai 2009

Siapa la yang menang nanti ...bestnya...

Jom kita semua pegi KEDAI GABAN dan shopping kain cotton china yang coraknya cute-miut tue......