MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label cerita saya. Show all posts
Showing posts with label cerita saya. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Berita macam ni la buat saya risau..

Berita ni dah 2 hari lepas keluar di surat khabar dan masa baca tu saya dah nak buat jadi n3 tapi terlupa pula sampai la hari ni baru ingat balik .Bila baca berita kisah malang yang jadi pada 2 orang adik-beradik perempuan di Alor Setar ni buat hati saya sedih kesian teramat sangat pada mereka berdua , jantung saya berdegup kencang dan berdebar-debar , marah sangat pada lelaki yang buat semua ni dan dalam masa yang sama saya risau keselamatan anak sendiri . Saya cukup-cukup simpati pada 2 orang adik-beradik yang masih kanak-kanak dan di anaiya oleh lelaki yang jahat tu . Doa saya moga kanak-kanak ni dapat recover dari trauma yang mereka lalui tu dan mereka dapat pembelaan yang terbaik sementara lelaki yang jahat tu di jatuh hukuman yang maha berat . Saya pun doa moga anak-anak saya sentiasa dilindungi dan dipelihara keselamatan mereka , amin .

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak.

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.


Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.


Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan. Ehsan Harian Metro.

----------------------------------------------------------------------------

Bila baca berita macam ni la buat saya cuak nak lepaskan anak saya yang sulung Aisyah pergi jalan-jalan dengan kawan-kawannya dulu . Tahun sudah lepas dapat keputusan UPSR kawan-kawan ajak Aisyah pergi IOI Mall , Puchong untuk celebrate kejayaan masing-masing . Terkejut besar saya masa Aisyah minta kebenaran dari saya nak join kawan-kawan dia tu dan Aisyah bagi tau saya lagi memang kawan-kawan dia tu selalu jalan-jalan di IOI Mall , alahai terkejut lagi saya dengar cerita Aisyah bukannya apa kawan-kawan Aisyah tu semuanya baru 12 tahun kiranya masih kanak-kanak pada mata saya ni tapi mereka dah berani window shopping , menonton wayang , main bowling dan sebagainya la . Mereka dah di bagi kebebasan by their parent untuk merayau kononnya nak enjoy dengan kawan-kawan di shopping complex bercampur dengan ratusan manusia lain .

Saya bukannya nak pertikaikan cara didikkan parent kawan-kawan Aisyah tu sebab pada saya itu hak dan cara masing-masing nak didik anak mereka sendiri . Cuma pada saya biarlah kena pada usia untuk anak-anak kita dibagi kebenaran jalan-jalan dengan kawan-kawan , kalau dah 16 tahun ok la juga ni baru 12 tahun tapi dah pandai merayau di shopping kompleks . Kecut perut saya bila teringat kes culik , rogol dan bunuh yang makin menjadi-jadi sekarang ni sebab tu saya tak akan bagi Aisyah kebebasan untuk nak window shopping dengan kawan-kawannya tu . Saya terangkan pada Aisyah keburukannya bila anak gadis semuda dia berjalan-jalan tanpa ada pengawasan parent dan Aisyah pun sendiri cakap yang dia pun tak reti nak jalan-jalan tanpa kami .

Lepas beberapa hari Aisyah cerita pada saya yang salah sorang kawannya kata Aisyah ni kena control dengan parent sebab tak join mereka pegi enjoy kiranya Aisyah ni tak cool dan hapenning la . Hahahaha gelak besar saya dengar dan saya cakap pada Aisyah bukan kena kongkong tapi sebab mama dan abah sayang sangat pada Aisyah sebab tu kami nak jaga dia dari sebarang perkara yang tak baik. Aisyah pun setuju dan Aisyah cakap dia sendiri rasa takut dan tak selesa jalan-jalan tanpa kami berdua . Hmmmm macam-macam kan perangai anak-anak remaja yang tengah nak naik dan semakin dewasa ni . Saya memang selalu pesan dengan Aisyah berwaspada dan pandai-pandai la pilih kawan....dan macam-macam lagi la perkara yang saya selalu sembangkan dengan anak gadis saya ni macam hal sekolah , pelajaran dia , hal kawan-kawan .

Baru-baru ni Aisyah agak sedih sebab ada kawan sekelas dia sekarang ni yang dulunya masa di sekolah rendah adalah bestfriend dia sekarang ni dah jumpa kawan baru dan tinggalkan Aisyah hmmm tak pe la sayang ada hikmahnya mungkin kawan tu bukan kawan terbaik untuk Aisyah dan saya bagi tau Aisyah pilih la kawan lain sebab manusia memang boleh berubah apa boleh buat kat dunia ni memang ada macam-macam jenis perangai manusia..

Ya Allah lindungi la anak-anakku dan jauhkan mereka dari sebarang bahaya atau musibah , Amin...

Monday, April 4, 2011

TERIMA KASIH NUFFNANG - sudah sampai la...

Dah lama tak buat n3 baru memang lately ni saya tak menjahit sangat so tak de cerita kisah jahitan yang saya nak kongsi bersama di blog saya ni tak macam dulu boleh di kata kan hampir tiap-tiap hari saya masuk n3 baru dalam blog ni kalau tak cerita menjahit saya suka juga menulis macam-macam kisah . Idea nak buat n3 tu ada cuma tak berkesempatan nak duduk depan laptop ni lama sikit selalunya saya sempat buat n3 blog masak saya saja sebab memang tiap-tiap hari masak so memang ada resepi yang boleh saya berkongsi bersama .

Pagi tadi saya check mailbox dan ada la 2 keping surat dari maxis serta sekeping surat lagi tak pasti dari mana tapi saya berharap sangat dari NUFFNANG . Dah berminggu-minggu juga saya tunggu surat dari NUFFNANG sampai kadang-kadang tu terlupa . Bila teringat balik baru la terdetik 'kenapa la lama sangat nak tunggu surat cinta dari NUFFNANG ni' hehehe .

Pagi tadi surat 'cinta' saya tu dah sampai bila buka je saya banyak kali doa biar la surat ni dari NUFFNANG dan bila tengok je cheque tertera nama saya tu hmmmm HAPPYnyaaaaaaa dan syukur alhamdulillah...memang saya suka dan happy sangat sebab hasil pertama dari NUFFNANG saya dah dapat . Jumlah imbuhan iklan NUFFNANG yang saya dapat ni tak la sampai ribuan ringgit tapi dalam beberapa ratus la juga...syukur alhamdulillah.....ni yang buat lagi bersemangat saya nak berblog....


Sudah sampai surat 'cinta' ku ni...

Memang berbaloi hasil berblog rupa-rupanya dan saya memang tak leh jauh sangat dengan blog saya ni . Tiap-tiap hari mesti check dan saya memang banyak buat n3 di blog masak saya tu . Dulu saya berblog untuk suka-suka lepas tu saya mula buat bisnes sikit-sikit sampai la sekarang ni alhamdulillah rezeki sentiasa tak putus . Banyak yang saya rancang untuk memperbaiki blog saya ni selain tu saya nak lebih serious dalam bisnes jahitan saya ni . Saya dalam perancangan nak buat kelas jahitan sulam smocking untuk mereka yang betul-betul berminat . So tunggu berita tentang kelas smocking yang saya plan nak start dalam bulan Jun atau Julai .

Best sebenarnya ada blog ni banyak faedah yang saya dapat bila dah jadi full time blogger . Semua terletak pada diri kita sendiri nak menentukan jenis blog kita sendiri , niat saya berblog sebab nak berkongsi minat dan ilmu mengenai dunia jahitan . Harapan saya blog jahitan dan hobi saya ni dapat memberi banyak informasi jahitan buat semua pengunjung . Terima kasih buat semua pengunjung yang singgah dan sudi pula menjadi follower blog saya ni..

Tuesday, January 25, 2011

Terima kasih Nuffnang

Terima kasih Nuffnang...

Tu je yang saya boleh ucapkan , berbaloi saya setia bersama Nuffnang....

nuffnang logo from google



Dah 4 bulan saya dengan Nuffnang dan tak lama lagi saya nak tebus pendapat pertama yang saya dapat dari Nuffnang . Berapa jumlahnya ada la dalam 3 digit juga nombornya hehehe ( bab tu yang saya sukaaaaaaa sangat happynya ) tak yah la saya cerita berapa yang saya dapat hehehe tapi yang penting dengan hanya aktif berblog saya dapat juga pendapatan sampingankan :)

Sekali lagi Thanks NUffnang..

Monday, September 13, 2010

AIDILFITRI 2010

Salam Syawal..

Kami sekeluarga
Apa kabar pada semua blogger dan pemgunjung blog saya ni ? Mesti ramai yang masih bercuti dan masih bergembira sambut raya serta cuti-cuti di kampung halaman masing-masing....

Tahun ni persiapan kami sederhana saja masih sama macam tahun-tahun sebelumnya . Saya cukup puas hati bila tengok anak-anak gembira sambut raya , untuk saya cukup la dapat sambut Aidilfitri ni di samping insan-insan tersayang dan saya berdoa moga tahun depan saya bersama family serta saudara-mara dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang baik untuk sambut bulan Ramadhan dan Syawal lagi...
Aisyah dan Adlina memang tunggu saja Syawal menjelma , seminggu sebelum raya Adlina dah mula tanya saya berapa hari lagi nak puasa dan bila boleh raya . Bila melayan gelagat Adlina, saya pun teringat pula pada diri saya sendiri yang masa kecil sebaya Adlina pun seronok sangat nak sambut raya . Paling saya seronok dulu bila mak dan abah bawa pergi beli baju gaun dan kasut , baju kurung mak saya akan jahit sendiri cuma bila dia dah kurang sihat baru la baju kurung saya di tempah dengan tailor nyonya . So , tiap-tiap hari saya akan buka almari belek baju raya dan kasut raya , bila jumpa kawan mesti cerita tentang baju dan kasut raya masing-masing hehehe seronok betul bila teringat masa zaman budak-budak.....

Dulu bila nak sambut raya baru dapat baju gaun baru serta kasut raya so memang saya excited sangat la nak tunggu saat dapat bergaya di hari raya...itu semua cerita 30 tahun dulu dan dah jadi kenangan yang bila dikenang balik memang buat saya tersenyum sorang..

Saya mula jahit buat baju anak-anak ni semenjak umur Aisyah baru sebulan dan sampai la sekarang ni saya masih terus menjahit baju anak-anak dan saya cukup puas hati bila tengok anak-anak selesa pakai baju hasil jahitan saya dan selain dari tu dapat la berjimat cermat . Insyallah selagi diberi kesihatan yang baik saya akan terus menjahit..

Monday, August 30, 2010

MALAYSIA KU TERCINTA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI
Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari KEMERDEKAAN yang ke 53 tahun kepada semua pengunjung blog saya ni tak kira di mana saja anda berada . Semoga kita dapat menjadi insan yang berguna serta berjasa kepada negara , bangsa dan agama....
Laungan MERDEKA dari hero kecil Adam dengan kakak Aisyah dan kakak Adlina..

Anak-anakku pelapis rakyat Malaysia dan warisan bangsa..

Tuesday, August 24, 2010

MALAM MINGGU


Hari ni dah masuk hari ke 14 Ramadhan sekejap je dan lagi 2 minggu akan bulan Syawal akan menjelma serta Aidilfitri . Malam Sabtu yang lepas saya dan keluarga sempat ke jalan TAR tujuan saya ke sana nak cari kain untuk baju saya dan 2 orang anak perempuan saya tu . Pada awal pagi Sabtu saya dah ke Nagoya berdekatan rumah saya ni tapi tak ada kain yang sedondon dengan warna baju raya kami sekelurga tahun ni . So sebelah malamnya kami pergi ke jalan TAR walaupun kami pergi dah agak lewat malam tapi masih ramai orang di bazar Ramadhan sampai nak jalan pun susah laaa berhimpit-himpit .
Nasib baik la saya masih sempat pergi ke Kamdar dan masa sampai tu Kamdar dah nak tutup so saya dan keluarga cepat-cepat pergi bahagian kain dan ada kain yang sesuai untuk saya serta anak-anak hmmm leganya . So sekarang ni saya dalam proses nak jahit baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak pula .
Memang tiap-tiap tahun saya akan pergi ke jalan TAR ni sebab ada banyak sangat kedai kain so banyak la pilihan sama ada dari segi harga dan jenis material kain . Tahun ni pun saya masih pilih kain 100% kapas untuk baju kurung saya dan anak-anak . Kain cotton lebih selesa dan tahan lasak dan boleh dipakai sampai ke petang . Tambahan lagi bila beraya di rumah mertua saya memang banyak habiskan masa di dapur la melayan ahli keluarga dan saudara mara yang datang beraya .
Selalunya selepas zohor baru kami dapat jalan-jalan beraya so tahun ni saya dah siapkan 2 pasang baju kurung untuk diri sendiri dan 2 orang anak gadis saya tu dan kami akan pakai baju raya tahun lepas yang masih cantik lagi . Selain tu saya buat juga dress baru untuk Adlina dan blouse untuk Aisyah dan baju melayu untuk Adam pun dah lama saya siap jahit sementara untuk t-shirt / seluar jalan Adam , saya beli saja . Kasut raya pun saya dah siap beli untuk 3 orang anak saya ni dan baju melayu untuk cik abang saya ni dah lama disiapkan sebelum bulan Ramadhan lagi . Syukur la saya dah dapat siapkan semua persiapan untuk menyambut Aidilfitri tahun ni . Seminggu sebelum raya baru la saya mula buat sedikit biskut raya adalah dalam beberapa jenis dan saya akan buat juga biskut untuk dibawa balik ke kampung . Moga segala yang kita rancang akan berjalan lancar insyallah..

Suasana di jalan TAR

Monday, August 2, 2010

POWER PUFF GIRLS to JUSTIN BIEBER


Assalamualaikum pada semua pengunjung , dah seminggu juga la lamanya saya tak masukkan n3 baru dalam blog saya ni . Sepanjang minggu lepas saya agak sibuk nak siapkan semua tempahan baju raya customer dan kawan-kawan sebelum bulan Ramadan dan alhamdulillah tinggal 2 pasang saja lagi yang saya nak siapkan sebelum hari Jumaat ni lepas tu saya boleh releks dan bagi tumpuan pada bulan Ramadan dan puasa serta saya boleh siapkan baju raya untuk kami sekeluarga pula .
Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi pada saya tahun ni , banyak juga saya terima tempahan untuk jahit baju kurung dewasa/kanak-kanak dan dress kanak-kanak . Semua tempahan tu saya terima dari kawan-kawan dan jiran tetangga serta dari pengunjung blog saya ni . Pada semua customer yang menempah dengan saya di sini saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak ya .
Al-kisah n3 hari ni saya nak kongsi cerita perubahan minat anak gadis saya si Aisyah . Dulu masa kecil dia minat sangat Power Puff Girls dan Barbie Doll sekarang ni bila dah meningkat remaja dia minat Justin Bieber pula biasa la tu kan....
Semalam masa jalan-jalan kat kedai majalah Aisyah nak poster penyanyi pojaan dia ni dan bila balik rumah je Aisyah minta tolong saya masukkan gambar penyanyi pojaan dia ni dalam frame . Saya tak mau la beli frame baru so saya gantikan je poster lama PP girls tu dengan poster Justin Bieber ni .
So bye-bye la Power Puff Girls and hello Justin Bieber pulak . Memang macam tu la kan perubahan minat anak-anak dari kanak-kanak ke remaja . Saya pun macam tu juga dulu masa budak minat kartun serta minat penyanyi Annuar & Ellina ( teringat lagi lagu "Kain Pelikat" la la la ) dan bila dah meningkat remaja saya minat group band Duran-Duran dan Sheila Majid pulak....

Poster Power Puff Girls hasil kraftangan saya sendiri untuk Aisyah..

Dah lama saya buat poster Power Puff Girls ni pada tahun 2004 masa Aisyah baru berumur 6 tahun . Masa tu dia memang minat sangat dengan PP girls ni . Masa pegi kedai kain Nagoya saya jumpa pulak kain cotton corak PP Girls so apa lagi saya pun beli la bermeter-meter dan saya buat cadar , bed skirts dan langsir untuk bilik Aisyah masa tu . Memang happy sangat la Aisyah ...

Lebihan kainnya saya buat poster ni pula , saya gunting figura kartun Power Puff Girls tu dan saya susun elok-elok sebelum saya tampal di atas kertas keras berwarna dan kejap je dah siap hiasan dinding untuk anakanda tersayang...

Ini la rupa kain cotton corak PP Girls tu yang saya beli bermeter-meter untuk set katil Aisyah dan dari perca kain ni la saya buat posternya . Ye la untuk anak tersayang mesti la kita sanggup buat apa saja selagi terdaya sebab nak bagi anak kita happykan dan yang penting kos untuk buat poster ni murah je .


So ni la hasilnya selepas saya dah masukkan poster penyanyi ni dalam frame . Ni la Justin Bieber penyanyi remaja yang famous di kalangan remaja sekarang ni termasuk lah 2 orang anak gadis saya Aisyah dan Adlina . Bila dah siap poster ni dipasang untuk Aisyah anak saya yang no. 2 Adlina nak juga macam kakak dia ok la mama buatkan untuk Lina juga . Happy sangat Aisyah dan Adlina bila dah tengok poster ni tersenyum meleret je . Poster-poster ni pun dah selamat abahnya gantung dalam bilik 2 orang anak gadis saya ni...

Ok sampai sini dulu coretan saya kali ni , semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat untuk menanti kedatangan bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari saja lagi alhamdulillah syukur..

Wednesday, May 19, 2010

EXAM DATANG LAGI...


Exam datang lagi , start dari semalam hari Selasa Aisyah mengadap paper exam dan saya pun sama suspen macam saya yang tengah ambil exam pertengahan tahun . Saya tengok Aisyah releks saja memang macam tu la sikap anak sulung saya ni releks cool . Bila tanya dia tak takut ke exam Aisyah jawab takut juga tapi anak saya ni memang jenis simpan dalam punya segala perasaan dan tak macam Adlina yang sangat ekpresif serta aktif dua beradik yang berbeza Adlina ada sikap aktif saya sementara Aisyah ada sikap cekal saya pula . Bila Aisyah balik sekolah saya tanya dia lagi "macam mana exam tadi Aisyah boleh jawab ke" cepat je dia jawab "ok Aisyah boleh buat" apa pun kena tunggu result keluar juga la.

Notice board Aisyah..

Rasanya semua ibu akan rasa suspen bila tiba musim exam ni , saya macam hilang mood juga nak buat benda lain sebab fikiran saya ni kadang-kadang tu terfikirkan Aisyah di sekolah . Macam mana dia ? boleh ke dia jawab soalan-soalan exam ? gabra ke dia ? berkesan ke kelas tuisyen yang Aisyah gi belajar 4 kali seminggu ? berkesan ke dengan latihan serta ulangkaji yang dia buat dengan saya ? atau senang ke soalan exam kali ni ? Saya kat rumah ni hanya berdoa saja harap Aisyah boleh jawab dengan baik semua soalan exam .

Sebelum ni masa Aisyah di tahun 1-5 saya ada la juga rasa suspen tapi tahun ni lain sikit mungkin sebab tahun ni ada exam UPSR dan lepas tu 3 tahun lagi PMR seterusnya SPM pulak huhuh....doa saya semoga Aisyah dapat lalui semua exam ni dengan baik dan semangat untuk dia belajar bersungguh-sungguh sentiasa ada dalam diri Aisyah . Masa bulan Januari lepas saya ok lagi tapi ni dah nak masuk Jun dan exam UPSR dah semakin hampir....

Jadual exam yang Aisyah dapat Isnin lepas..

Tiap-tiap kali ada surat dari sekolah Aisyah akan tunjuk pada saya sebaik saja dia balik dari sekolah dan Isnin lepas dia tunjuk jadual exam ni hmmm kecil je mata saya bila baca jadual ni dan dalam hati saya cakap " adoih mula dah minggu bedebar ni" .

Tahun ni saya dah kurang sikit bercakap tapi lebih banyak "action" mengajar monitor Pembelajaran Aisyah . Saya bagi tumpuan untuk ajar dia mana topik yang dia agak lemah dan suami ajar subjek Maths .

Masa minggu pertama persekolah bulan Januari lepas saya dah bagi motivasi a.k.a berleter la jugak supaya dia berusaha dapat result yang baik . Saya nak Aisyah dapat 5A untuk UPSR dia tapi kalau dah usaha bersungguh-sungguh pun result dia nanti tak macam tu saya terima saja la nak buat macam mana lagi kan .



Adik Adam pun nak study juga ke..

Minggu depan hari Isnin turn Adlina pula menjawab kertas exam pertengahan tahun walaupun Adlina baru 6 tahun dan masih di Tadika tapi saya suspen juga . Buat masa ni perkembangan Adlina dalam pelajaran sangat baik dan nampak gaya Adlina memang suka sangat ke sekolah . Hari Sabtu lepas masa kami di rumah kakak saya Adlina bagi tau dia nak jadi askar atau polis hmmmmm boleh sayang tapi mama nak Adlina jadi askar yang gradute ya sayang dan Aisyah pula bercita-cita nak jadi cikgu bagus tu sayang Mama sokong 100% . Adam buat masa ni belajar dengan mama je la kat rumah hehehe..

Doakan lah semoga anak-anak kita dapat jawab soalan exam kali ni dengan baik sekali , amin .....

Monday, May 17, 2010

BEAUTIFUL PAINTING BY KAK AMY


Semua digital painting ni kakak saya , Kak Amy yang hasilkan cantikkan ! kakak saya memang kreatif . Kalau nak tengok lagi jom la singgah blog kak Amy kat AMY DOBY GALLERY . Semua painting yang kak Amy hasil ni dipanggil sebagai naive painting dan ada juga abstrak painting .

Semua painting yang kakak saya hasilkan ini adalah untuk dijual so kalau ada yang berminat nak beli boleh tinggal pesan di ruang komen atau email kepada kak Amy....









Friday, January 1, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU 2010


Semalam kalau ikut plan asal saya dan keluarga nak ke tempat lain tapi last minute hubby tukar plan dan kami ke Ikea-Ikano sebab nak tengok sambutan tahun baru dan show bunga api laa. Dah lama kami tak tengok fire work show ni , last sekali saya tengok secara dekat bunga api ni masa sambutan tahun baru 2002 di KLCC .Dah lama tu 8 tahun dulu masa tu pun Aisyah anak sulung saya baru berumur 3 1/2 tahun . Sekarang ni saya dan suami dah tak sanggup nak redah kesesakan jalan di KL tu kalau tengok pun kami tengok dari pinggir KL je macam dari fly over dekat jalan Tun Razak .
Semalam selepas kami dinner di Up-town yang agak lenggang dan jalanraya pun memang agak sesak dan lenggang . Masa nak bergerak lepas dinner tu suami saya cadang kami pegi Ikea je untuk tengok bunga api. Hmmmmm ok juga tu saya nak bawa anak-anak tengok sendiri dan experince sambutan tahun baru dan saja jalan-jalan....
Di Ikea parking pun senang saja nak dapat sebab ramai pengunjung prefer nak parking di tepi-tepi jalan berhampiran bangunan Ikea-Ikano dan shopping complex The Curve . Malam tadi parking Ikea memang buka 24 jam . Masa kami sampai dah pukul 10 malam dan crowd memang dah ramai di tengah-tengah jalan depan Ikea ni dalam Ikea pun orang ramai juga tapi tak la sesak . Kami pusing -pusing dalam Ikea dan Ikano dulu kemudian saya bawa anak-anak ke kawasan jalan depan Ikea yang ada live konsert dan tengok macam-macam ragam perangai manusia . Ramai juga family yang ada di sekitar kawasan ni semalam , crowd di sini semalam saya agak la kebanyakkannya adalah penduduk dari kawasan sekitar kiranya penduduk lembah Kelang la dan tourists pun ramai juga...

Saya dan anak-anak bergambar kenangan tengok la muka tak puas hati anak bongsu saya tu Adam tak mau duduk dalam stroller dia , saya tak berani lepaskan Adam sebab dia kuat berlari hehehe dan tak terkejar tapi masa kami dalam Ikea saya bagi dia bebas berjalan...


Punya la ramai manusia tak kira bangsa umur semuanya berkumpul di kawasan jalan depan Ikea dan Curve ni . Ada live show dan teenages yang buat aktiviti sendiri...Kami lepak jap di Cafe Ikea sebelum pegi tengok suasana kat tengah jalan ni , crowdnya terkawal....


Posing jap...

SAMBUTAN TAHUN BARU 2010


Concert stage di tengah jalan ni...

Punya la ramai teenages macam-macam rupa , diaorang tengah sibu main tin spray yang ada keluar tali-tali halus tapi itu je la aktiviti budak-budak muda ni dan tak ada aksi yang tak elok suasana memang terkawal . Saya dan family tengok dari jauh je la kami pun sekejap kat luar ni dan sekejap masuk dalam Ikea sebab kata dalam bangunan Ikea lebih sejuk...


Saya saja ambil gambar jam dalam ikea ni selepas habis tengok firework show semalam , kami balik pukul 1 pagi dan sampai rumah dalam pukul 1.40 pagi ....

BUNGA API 2010 DI IKEA..


Dengan guna kamera saya yang seadanya ni saya ambil la gamabr bunga api yang bertalu-talu meletup di langit kat sekitar area kami berkumpul ni . Memang cantik sangat show bunga api malam tadi satu pengalaman baru buat anak-anak saya....so layan je lah gambar-gambar bunga api ni ye....tepat pukul 12 tengah malam semalam berdentam-dentum la langit di area Mutiara Damansara dan KL dengan percikkan bunga api tanda dah masuknya tahun 2010...bye bye 2009...




BUNGA API 2010


Show bunga api semalam ada la dalam 10 minit lamanya , bom sana bom sini semua orang yang ada kat sana terkedu dan terpegun................wahhhhhhhh.....wooooooooo.....waaaaaaaaa....... yeayyyyy....happy..new....yearrrrr.....tu je la sorakan dan jeritan yang kedengaran semalam....





BUNGA API 2010




Tu je la entry saya yang banyak sangat hari ni penuh dengan gambar bunga api je hehehhe ok la kan .....

Tuesday, November 3, 2009

HADIAH BIRTHDAY....

Selamat pagi pada semua pengunjung blog saya , n3 kali ni saya nak pamerkan pinggan mangkuk yang kakak-kakak saya bagi untuk birthday saya(Thursday lepas 29 Oktober) . Saya happy sangat sebab dapat present yang memang saya bekenan sangat....thanks kak Amy and Kak Ija , love both of u sooo much , thanks for being such a great and loving sisters......
Kak Amy bersusah payah cari pinggan mangkuk ni dan habis kotor la tangan Kak Amy dengan habuk (biasa la tu kan hehehe) . Disebab tau saya minat sangat dengan pinggan mangkuk antik , Kak Amy cuba cari corak bunga lama yang lain tapi semuanya tak cukup set of 6 pieces sebab kak Amy nak belikan saya set dinner 6 pieces , corak bunga roses ni yang memang ada banyak keping dalam pelbagai saiz dan bentuk . Corak roses ni saya ada jumpa di kedai apek yang saya gi dulu tapi tinggal sikit saja , tak sangka Kak Amy boleh dapat full dinner set untuk saya , i likeee...

I love soooo much the red roses pada pinggan mangkuk ni yang macam corak roses set pyrex arwah mak kami dulu . Lepas ni kalau saya gi jenjalan ke rumah Kak Amy boleh la saya singgah kedai apeks ni dan cari corak yang lain pulak..........

Red roses


Mangkuk nasi bunga kangkung ni pula present dari kak Ija (Persona Jewellery) , cantik saya suka sangat warna pada bunganya cukup terang dan tebing mangkuk yang berbiku-biku pun saya tak pernah tengok , thanks Kak Ija , love u banyak sangat ^_^
Bertambah lah lagi koleksi bunga kangkung saya , masa gi apeks pun saya dapat 2 mug bertutup corak bunga kangkung nanti la saya buat n3 bunga kangkung pulak...

Temacih banyak-banyak buat kakak-kakak ku , adik montelmu ni sukaaaaa sangat dengan semua present ni hehhehe..

Thursday, October 22, 2009

PERSONA JEWELLERY


Entry kali ni khas untuk kakak tersayang saya...

Jom gi blog kak Firza...

Saya nak nak perkenalkan blog kak Firza iaitu PERSONA JEWELLERY (click pada nama kak Firza , anda boleh terus ke blog dia ) untuk tengok cuci-cuci mata dengan koleksi gelang-gelang yang cantik dan kalau bekenan boleh la beli untuk diri sendiri atau nak di jadi kan hadiah . Kak Firza juga pakar membuat cream caramel yang sedap sangat yum..yum..

Kalau nak tempah cream caramel atau nak beli gelang-gelang ini boleh la contact kak Firza di nombor ini :- 017 2663015

Saya dah banyak kali juga makan cream caramel lain tapi yang kak Firza masak juga yang paling sedappppp sangat......rasanya cukup lemak , manis dan lembut .

Saya puji sakan cream caramel yang kak Firza masak ini bukanlah sebab dia kakak saya ya..hehehehe...........

Cream caramel yang kak Firza masak ni memang lembut sangat , bila masuk mulut tu terus melt/cair....hmmmm....yummy......

Selalunya kalau saya teringin dan teringat nak makan cream caramel memang ke rumah kak Firza la kami sekeluarga pegi....

Kak Firza memang ambil tempahan untuk cream caramel ni , dia selalu ambil tempahan tak kira untuk apa jenis majlis , jamuan dan kenduri . Kalau nak tempah jom la pergi ke blog kak Firza...sekali makan caramel yang kak Firza buat ni mesti nak lagi......



Gelang dalam gambar di atas ni adalah di antara koleksi gelang-gelang yang ada di dalam blog kak Firza. Liplap liplap saja gelang-gelang ni , semua warna dan design gelang-gelang ni memang cantik serta menawan . Semua gelang dalam koleksi kakak Firza ini pun sesuai untuk di pakai bila-bila masa yang kita suka .

Saya pun ada satu gelang ni kak Firza bagi untuk birthday presant saya . kalau nak tengok koleksi gelang-gelang ini , pergi la ke blog kak Firza iaitu Persona Jewellery ( click saja )

Saturday, August 15, 2009

PETALING STREET


Pertama kali saya menjejakkan kaki di Petaling Street pada tahun 1989 selepas habis SPM , duduk di rumah kakak . Kenalan lama sekolah menengah semasa duduk di Taman Keramat ajak keluar nak jumpa , saya masa tu redah saja dari TTDI naik bas sampai ke Bas Stand Sri Jaya , depan Central Market dekat Bas Stand Kelang . Kawan saya ni bawa saya ke Petaling Street jalan-jalan dan tengok-tengok barang , memang best sebab semua ada dan harga barangnya murah.
Dulu masa tahun 1990 -1994 tempat lepak dan happening untuk student ITM ( mcm saya & kawan2 yang sama belajar di ITM ) ialah sekitar Central Market , Kota Raya , Metro Jaya dekat Kota Raya , Bukit Bintang Plaza , Lot 10 , Kl Plaza .
Kalau nak tengok wayang saya akan pegi panggung wayang REX , Cineplex baru buka kat bangunan belakang Central Market & dalam Kotaraya , Cathay kat jalan Bukit Bintang . Hujung minggu memang penuh la muka student ITM sekitar kawasan ni sama ada untuk berjalan-jalan , shopping , dating atau tengok wayang .
Mc Donalds kat sebelah Central Market dan sebelah Kotaraya memang tempat saya dan kawan-kawan singgah untuk berkumpul dan makan . Kalau nak makan nasi selalu kami makan di food court kat dalam Central Market , food court atas Sg.Wang Plaza atau di restoran Mamak bersebelahan Central Market yang kami panggil sebagai lorong Katak heheheee....
Kalau nak bershopping memang tempat kegemaran saya dan kawan-kawan dulu ialah di Lot 10 , Bukit Bintang Plaza ( saya memang menunggu Metro Jaya sales saja dulu ) atau Sg .Wang Plaza . Latest fashion trend dengan harga yang sangat berpatutan , saya tau di mana kedai yang jual pakaian , jeans & t-shirts , kasut , bags , aksessori macam subang dll dengan harga murah untuk students macam saya masa tu la...hehehee... semua tu kenangan saja ...rasanya dah hampir 6 tahun saya tak masuk ke Sg. Wang Plaza...
Petaling street ni pun pot saya dulu-dulu kalau nak beli pakaian , kasut , bags , aksessori dan macam-macam benda ada kat sini . Paling penting kalau bershopping di Petaling Street ni ialah kena pandai tawar-menawar , jangan tanya harga selagi kita belum betul-betul serious nak beli barang yang kita bekenan tu sebabnya kalau kita tak jadi beli memang problem la nanti tokeh gerai akan paksa kita beli juga sooo berhati-hati bershopping di Petaling Street . Dulu saya tengok tokeh gerai semuanya cina sekarang ni macam-macam bangsa ada mat Bangladesh pun dah ada berniaga kat gerai dalam Petaling Street.
Kedai untuk bahan art macam kedai Venus Art Supplies dan Nanyang pun ada kat Petaling Street .. saya yang ambil bidang Art & Design masa di ITM memang selalu ke kedai-kedai art ni untuk beli bahan projek .
Selalunya saya dan kawan-kawan ke Petaling Street masa hari Sabtu tau Ahad dan lepas beli barang kami singgah panggung wayang REX la... tengok wayang . Paling happening ialah pada tahun 1994 semasa filem Jurassic Park .
Dulu kalau nak ke KL mesti la naik bus , bus stand Kelang dan Sri Jaya dulu penuh dengan muka local /rakyat tempatan saja , pagi tadi masa saya lalu kawasan bus station ni dah penuh dengan muka Indonesia , Bangladesh dan bangsa-bangsa yang kurang di ketahui identitinya hmmm... kawasan Central Market , Kota Raya dah jadi macam tempat asing pada saya ..

Gerai bunga yang masih sibuk macam 20 tahun dulu juga , kalau datang sini saya suka tengok dan beli jam tangan designers label , CD lagu atau movies dan beli buah-buahan.


Gerai buah ni memang dari dulu kat situ la juga tempatnya , buah-buahan memang variety dan fresh...


Buah berangan Petaling Street memang sedap sebab saiznya yang besar..


Cantikkan..

Semua gambar-gambar yang saya ambil ni hanya la realiti luaran semasa Petaling Street , bila saya berjalan di celah-celah orang ramai ni saya suka perhatikan bermacam gelagat manusia-manusia yang sedang lepak-lepak minum di kopitiam atau mereka yang bersembang berhampiran lorong bangunan menunggu pelanggan dan mereka ni la sebenarnya penghuni Jalan Petaling .....