MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label all about smocking. Show all posts
Showing posts with label all about smocking. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Smocking

Kali ni saya guna kain kapas jenis satin dengan corak simple dan warna kain ni creamy beige . Saya buat gaun smocking ni untuk baby new born sampai umur 2 bulan so memang sesuai untuk majlis akikah/cukur jambul . Comel sangat dress kali ni sebab saiznya yang kecil tambahan kain ni cantik nanti bila dah siap dress ni saya masukkan gambar dalam blog saya ni...


Friday, September 24, 2010

Puasnya hati...

Apa yang saya puas hati sangat tu ya ermmm macam-macam la perkara yang buat saya lega dan puas hati kalau nak disenaraikan satu-satu persatu panjang la pula n3 saya hari ni saya sangat bersyukur , alhamdulillah . Salah satu perkara yang buat saya puas hati sebab saya dah mula jahit sulam smocking balik hmmm bestnya rindu pula bila dah lama tak menyulam ni...

Dah lama sangat saya tak masukkan n3 dengan cerita-cerita aktiviti menjahit saya ni so hari ni saya mulakan n3 baru dengan gambar-gambar hasil smocking terbaru saya ni . Saya tak ke mana cuma saya memang nak berehat panjang dalam sebulan dari aktiviti menjahit sulaman smocking ni sebab banyak perkara lain yang saya nak buat lagi pun seminggu sebelum Ramadhan saya dah selesaikan semua order smocking dress dari customer yang terdiri kawan-kawan saya saja .

Ok berbalik kepada aktiviti jahtan smocking saya yang terbaru ni saya tengah siapkan smocking dress untuk kanak-kanak umur 2-3 tahun . Smocking ni baru je saya siap hari Rabu yang lepas dan sekarang ni saya tengah nak jahit bagi siap menjadi gaun yang comel gitu .

Teknik smocking yang saya guna kali ni simple saja dan saya gabungkan 1 warna primer iaitu merah dan digandingkan dengan warna sekunder iaitu hijau . Kontra pada 2 warna ni memang dapat menonjolkan kehalusan sulaman smocking yang saya jahit ni . Pemilihan warna pun sangat penting supaya sulaman smocking yang kita jahit tu lebih bold atau menonjol dari corak serta warna kain . Kalau guna kain plain memang kita ada lebih banyak pilihan warna tapi kalau guna kain yang bercorak dengan warna yang pelbagai kita kena la pandai memilih warna benang supaya corak sulaman yang kita jahit tu tak tenggelam dalam kemeriahan corak kain yang pelbagai tu..



Corak kain yang cute sangat taburan buah strawberry saya memang suka pilih kain dengan corak-corak yang kecil dan tidak terlalu padat sementara warna corak juga agak simple dan tak terlalu meriah...

Saya perhatikan semenjak seminggu ni ramai betul pengunjung-pengunjung yang masuk blog saya ni waaaa bagus la sebabnya walaupun saya dah lama juga tak masukkan n3 baru kecuali gambar kami sekeluarga masa Aidilfitiri yang lepas . Saya agak la blog saya ni dah ada pengunjung-pengunjung baru . Saya tengok pengunjung dari Kuala Lmmpur yang paling banyak masuk , mesti ramai pengunjung yang 'sangat berminat' dengan cerita jahitan smocking yang singgah blog saya ni kan sebab blog saya ni simple saja mana ada cerita sensasi .

Saya pun tahu dari mana pengunjung-pengunjung baru yang suka singgah blog saya ni datang :) Dalam waktu bekerja pun anda semua boleh surf internet bestnya tapi jangan la leka sangat depan computer tu dan sampai kerja hakiki anda semua tu jadi lambat siap susah la macam tu tapi saya pasti anda semua mesti pekerja yang bijak membahagikan masa untuk mengadap computer surf tenet dan time untuk buat kerja office kan...Terima kasih banyak-banyak la sebab anda semua menjadi pengunjung setia blog saya yang sempoi ni . Singgah la selalu ya sekurang-kurangnya ranting Nuffnang saya makin naik hehehehe sukanya saya.....toce...toce...

Ok la sampai sini dulu n3 saya di petang Jumaat ni dan selamat berhujung minggu dan selamat jalan-jalan gi open house aidilfitri . Saya pun dah mengatur jadual nak berhari raya ke rumah kawan-kawan dan sedara mara ni...bye...

Thursday, April 29, 2010

SMOCKING

Smocking dalam gambar ni saya yang jahit .

Saya banyak juga mencari info tentang sejarah sulaman smocking saja baca untuk tambah ilmu dan kali ini info yang saya dapat ni saya masukkan dalam blog . Boleh juga saya simpan sebagai rujukan . Info ini saya dapat dari wikipedia .Sekarang ni senang sangat nak dapat apa saja info yang kita cari bestkan...


SMOCKING

Smocking is an embroidery technique used to gather fabric so that it can stretch. Before elastic, smocking was commonly used in cuffs, bodices, and necklines in garments where buttons were undesirable. Smocking developed in England and has been practiced since the Middle Ages and is unusual among embroidery methods in that it was often worn by laborers. Other major embroidery styles are purely decorative and represented status symbols. Smocking was practical for garments to be both form fitting and flexible, hence its name derives from smock — a farmer's work shirt.[1]Smocking was used most extensively in the eighteenth and nineteenth centuries.[2]



Materials

Smocking requires lightweight fabric with a stable weave that gathers well. Cotton and silk are typical fiber choices, often in lawn or voile. Smocking is worked on a crewel embroidery needle in cotton or silk thread and normally requires three times the width of initial material as the finished item will have.[3] Historically, smocking was also worked in pique, crepe de Chine, and cashmere.[4] According to Good Housekeeping: The Illustrated Book of Needlecrafts, "Any type of fabric can be smocked if it is supple enough to be gathered."[2]

Fabric can be gathered into pleats in a variety of ways.

Early smocking, or gauging, was done by hand. Some embroiderers also made their own guides using cardboard and an embroidery marking pencil.[2] By 1880, iron-on transfer dots were available and advertised in magazines such as Weldon's. The iron on transfers places evenly spaced dots onto the wrong side of the fabric, which were then pleated using a regular running stitch.

Since the early 1950s, pleating machines have been available to home smockers. Using gears and specialty pleater needles, the fabric is forced through the gears and onto the threaded needles. Pleating machines are typically offered in 16-row, 24-row and 32-row widths. Manufacturers include Read and Amanda Jane.

[edit]Variations

Typically, variations are done as an art form on clothing or on fabric which is mounted in picture frames for hanging on the wall.

  • English smocking is a historic technique of sewing the embroidery over pleats already sewn into the fabric.
  • North American smocking is an alternate technique in which the pleats are gathered and formed in the fabric by the smocking stitch-work itself.
  • Lattice smocking involves stitching from the back side of the fabric, creating unique effects in the pleats and appearance, and is particularly good for heavier fabrics like velvet.

[edit]Method

A smocking sampler demonstrating various stitches. See accompanying text in the article for details.

Smocking refers to work done before a garment is assembled. It usually involves reducing the dimensions of a piece of fabric to one-third of its original width, although changes are sometimes lesser with thick fabrics. Individual smocking stitches also vary considerably in tightness, so embroiderers usually work a sampler for practice and reference when they begin to learn smocking.[2]

Traditional hand smocking begins with marking smocking dots in a grid pattern on the wrong side of the fabric and gathering it with temporary running stitches. These stitches are anchored on each end in a manner that facilitates later removal and are analogous to basting stitches. Then a row of cable stitching stabilizes the top and bottom of the working area.[5]

Smocking may be done in many sophisticated patterns.[6] Standard hand smocking stitches are:

A. Cable stitch: a tight stitch of double rows that joins alternating columns of gathers.[7]

B. Stem stitch: a tight stitch with minimum flexibility that joins two columns of gathers at a time in single overlapping rows with a downward slope.[8]

C. Outline stitch: similar to the stem stitch but with an upward slope.[8]

D. Cable flowerette: a set of gathers worked in three rows of stitches across four columns of gathers. Often organized in diagonally arranged sets of flowerettes for loose smocking.[9]

E. Wave stitch: a medium density pattern that alternately employs tight horizontal stitches and loose diagonal stitches.[10]

F. Honeycomb stitch: a medium density variant on the cable stitch that double stitches each set of gathers and provides more spacing between them, with an intervening diagonal stitch concealed on the reverse side of the fabric.[11]

G. Surface honeycomb stitch: a tight variant on the honeycomb stitch and the wave stitch with the diagonal stitch visible, but spanning only one gather instead of a gather and a space.[12]

H. Trellis stitch: a medium density pattern that uses stem stitches and outine stitches to form diamond-shaped patterns.[12]

I. Vandyke stitch: a tight variant on the surface honeycomb stitch that wraps diagonal stitches in the opposite direction.[13]

J. Bullion stitch: a complex knotted stitch that joins several gathers in a single stitch. Organized similarly to cable flowerettes.[13]

  • Smocker's knot: (not depicted) a simple knotted stitch used to finish work with a thread or for decorative purposes.[9]

INFO DARI KAMUS


smocking - embroidery consisting of ornamental needlework on a garment that is made by gathering the cloth tightly in stitches - Thesaurus


smocking [ˈsmɒkÉŖÅ‹]-Clothing, Personal Arts & Crafts / Knitting & Sewing) ornamental needlework used to gather and stitch material in a honeycomb pattern so that the part below the gathers hangs in even folds - Collins English Dictionery

Tuesday, March 30, 2010

SWEET STRAWBERRY SMOCKING..


Assalamualaikum pada semua kawan-kawan dan pengunjung tak kira silents reader yang selalu singgah blog saya ni atau pada pengunjung yang baru . Apa kabar ? saya harap semuanya happy , sihat dan ceria selalu ya..

Lately saya dah jarang buat entry sebab tak ada projek jahitan yang saya nak share di blog saya ni . Kawan-kawan yang sangat perihatin ada yang hantar sms , call dan masa berjumpa bertanya pada saya kenapa laaa dah lama juga saya tak buat entry baru dan saya macam dah menyepi sejak 2 minggu ini . Saya ni senyap sebab tak ada cerita yang menarik untuk saya kongsi dengan semua pengunjung blog saya ni . Apa pun terima kasih di atas perhatian , sokongan dan concern dari kawan-kawan semua , insyallah lepas ni saya akan buat entry sekerap yang mungkin .

Lepas ni pun rasanya saya jarang sikit buat entry tentang koleksi antik saya . Kenapa ? sebabnya saya dah kurang membeli atau mengumpul corak lain . Sekarang ni saya hanya nak tambah dan bagi lengkap saja koleksi yang sudah sedia ada tu . Saya pun nak pelbagaikan pengisian blog saya ni dengan macam-macam cerita serta aktiviti yang lain juga sebab saya rasa macam tu lebih best .

ME AND MY SMOCKING...

Dah lama juga saya tak buat entry tentang sulaman smocking dan saya sendiri pun dah rinduuu sangat dengan smocking ni . Tadi saya baru je siap kedutkan kain corak buah strawberry ni hmm memang sweet sangatkan corak dan warna kain ni . Masa saya mula nampak je kain ni di kedai saya terus bekenan . Kali ni saya jahit smocking untuk gaun baby hmmm cutenya dan saya akan masukkan lagi entry tentang smocking ni bila dah siap nanti ya..


Dah pun siap kain ni di pleat , kejap je tapi dulu masa mula belajar dan agak kurang mahir memang lama juga untuk saya nak siapkan kedutan ni . Bila dah lama dan selalu buat proses ni jadi semakin mudah syukur la...


Kain yang dah siap dikedut dan tunggu saya jahit saja sulam smocking , bila menjahit diri saya menjadi tenang dan happy . Walaupun saya ni ada banyak juga hobi tapi smocking tetap menjadi pilihan nombor satu...


Beautiful colors , hmm warna yang mana satu nak guna ni

Lepas saya dah selesai kedutkan kain ni baru lah saya cari benang dengan warna yang sesuai untuk saya jahit sulam smockingnya hmmm yummy vibran colors . Mana satu warna yang sesuai untuk saya guna ni , semua warnanya menarik hmmm nanti la saya tunjuk ya warna apa saya pilih di entry yang akan datang . Selalunya saya suka guna maksimum 3 atau 4 kombinasi warna saja . Kadang-kadang tu hanya 2 kombinasi warna saja pun dah cukup semuanya bergantung pada warna corak di kain tu sendiri kalau plain lagi senang saya nak combine color .

Selalunya sebelum saya mula nak buat smocking ni saya dah buat sketch atau lakaran mudah jenis corak jahitan smocking yang saya nak jahit nanti dan kadang-ladang saya terus pilih warna benang dulu .

Hmmmm tak sabar rasanya nak jahit smocking semula kali terakhir saya jahit smocking ni pada bulan Januari yang lepas , saya buat gaun untuk anak kawan saya . Ada banyak sebenarnya gaun smocking yang saya nak jual , bila saya nak jual gaun-gaun smocking ni ?? hmmm tunggu la saja bulan April ni ya :)

ok bye-bye ceria kan hidupmu selalu ya..

and

HAPPY SEWING

Thursday, January 14, 2010

SMOCKING BERSILANG


Akhirnya saya dapat siapkan smocking bersilang ni dan sekarang ni saya dalam proses menjahit dan mencantum bahagian-bahagian baju yang lain pula . Nak siapkan sehelai dress smocking ni memanglah mengambil masa yang lama dan hasilnya mesti la kemas , bila dah siap happy la sangat dan saya rasa puas hati tengok hasil jahitan sendiri ni..





TEKNIK JAHITAN SMOCKING BERSILANG


Semua gambar-gambar rajah teknik jahitan bersilang ni saya ambil dari buku smocking yang famous tu la , harap dapat membantu pada sesiapa yang berminat nak cuba teknik ini .

happy smocking





Monday, January 4, 2010

SMOCKING SEMULA...


Salam pagi Isnin

Semenjak minggu lepas saya mula menjahit semula smocking selepas saya berehat selama 2 bulan dari jahit-menjahit ni sebab menjadi hunter pinggan mangkuk lama hehhehe . Bila saya dah lama sangat tak menjahit tiba-tiba saya jadi rindu pula pada mesin pleaters tu dan smocking-smockingku ni . Bila dah mula menjahit saya mula la susah nak stop hehehe so bermula la semula aktiviti smocking saya ni bestttttnyerrr......



Smocking yang sedang saya jahit sekarang ni...

Friday, September 18, 2009

Dress smocking untuk Kayla

Dress smocking terakhir yang saya buat sebelum cuti raya dan dress ni special untuk cucu sedara saya iaitu Kayla Adora yang baru berumur 4 bulan . Sebelum ni dah banyak kali saya masukkan kisah Kayla dari dia berumur beberapa hari sampai la sekarang dia dah pun berumur 4 bulan . Kayla semakin comel dan montel , dia dah pandai nak main dan senyum saja bila di agah oleh sapa pun , geram saya tengok dia...

Dress untuk Kayla ni saya buat saiz untuk baby dari 6 bulan sampai setahun , so mama Kayla kena tunggu beberapa bulan lagi baru boleh pakaikan Kayla dengan dress ni , takpa la baby kan cepat membesar...


Kayla yang comel dan makin tembam



Saturday, August 29, 2009

Proses pleat kain


Semalam masa pleat kain untuk gaun smocking Adlina , saya minta tolong Aisyah jadi assistant dan ambil gambar proses ni sekali boleh la saya masukkan dalam blog walaupun dalam post sebelum ni dah ada kan kira macam ulang tayang la juga , ok la kan ...

Bila jarum dah dimasukkan dicelah roller , saya letak balik letak roller ketiga dan lock/kunci , lepas tu prosesnya ialah nak masukkan benang dulu pada setiap jarum , kalau guna banyak jarum lama la juga proses ni..

Simpul mati benang


Dah pun siap dan boleh la nak mula proses pleat kainnya pulak


Kain digulung pada batang penyapu , ada dijual roller magnetic tapi harganya RM 50 ringgit memang kain dikepit rapat tapi saya rasa guna batang penyapu ni pun dah ok , senang je saya pleat kain dan tak senget pun kain yang dah siap di pleat tu yang penting kita kena buat dengan slow dan mesti pandai control pleaters ni , insyallah prosesnya jadi mudah saja..kena banyak practice juga la...

Buat pleat smocking


Proses pleat kain , bagi kain ni masuk kat celah roller secara perlahan baru la hasilnya cantik.


Kain yang dah siap di pleat lepas lalu kat jarum yang dah ada benang tadi..


Saya perlu stop kejap masa buat pleat ni sebabnya kain yang dah siap di pleat ni perlu di tarik secara perlahan - lahan bagi lalu ikut benang yang dah ada tu dan saya akan buat macam ni sampai semua kain habis di pleat..

Kain untuk dress Adlina yang dah siap di pleat

Thursday, August 27, 2009

SMOCKING HIJAU BIRU


Dah lama juga saya tak masukkan post baru , hari ni baru ada masa free sikit , semenjak hari Ahad sudah saya agak sibuk siapkan 2 helai baju gaun smocking customer , dah selesai semua tempahan .
Hari ni dapat la releks sikit sambil saya nak pilih kain untuk buat baju kurung sendiri dan anak - anak dari koleksi kain -kain yang saya simpan tu . Saya pun nak pilih kain untuk buat gaun smocking Adlina , anak kedua saya . Saya ni memang la selalu buat baju sendiri dan anak -anak last sekali , beberapa minggu sebelum raya . Saya mesti la siapkan baju customer dulu baru la senang hati nak jahit baju sendirikan ..
Sekejap saja dah masuk hari ke 6 kita semua umat Islam berpuasa , cepat betul masa berlalu...Smocking ni saya dah siapkan Selasa lepas , hari ni baru dapat masuk gambarnya dalam blog.




Wednesday, August 19, 2009

SMOCKING BIRU


Saya baru habis jahit smocking dengan benang color biru ni , lepas ni saya nak tambah/jahit satu lagi teknik sulaman smocking tapi color tak pasti , nak kena tengok dulu apa la warna yang sesuai dengan benang color biru yang dah siap ni.


Kadang-kadang saya boleh cepat siapkan smocking kalau saya jahit non-stop , kalau banyak kali bertangguh sampai 2-3 minggu pun tak siap. Nanti saya masukkan gambar bila dah siap sepenuhnya sulaman smocking ni .



smocking teknik 3 cable /wave combination

Monday, August 17, 2009

SMOCKING WARNA BIRU


Pagi ni saya mula jahit smocking yang baru pula , lepas saya dah siapkan smocking warna merah yang lama sangat tertangguh tu , pagi ni terus saya jahit smocking warna biru ni pula . Kainnya bercorak bunga halus-halus warna biru sweet sangat , saya guna benang color electric blue kira matching dan sesuai , benang mesti color yang lebih terang/gelap /sriking atau kontras dari warna corak kain baru la smocking yang kita jahit lebih menonjol ..

Kadang-kadang tu saya jadi rindu pulak pada smocking saya ni kalau dah lama sangat saya tak jahit . Memang macam tu kan kalau kita dah ada minat pada satu-satu perkara tu..

Saya jadi leka bila menjahit smocking ni .... dan berasa puas hati sangat bila tengok hasil jahitan saya ni bila dah siap dan cantik dipakai oleh anak sendiri atau oleh anak customer...


Sebelum mula nak jahit smocking , benang untuk kedutan kain pleats kat dua -dua belah hujung sisi kain mesti la di simpul mati supaya kedudukan pleats tetap dan memudahkan kita bila nak mula jahit smocking..


Teknik smocking yang saya guna kali ni adalah 3 cable / wave combination . saya memang suka teknik ni sebab bila dah siap nanti memang cantik sangat susunan sulaman smockingnya ..


Paling penting bila baru nak belajar jahit smocking ialah kita mesti belajar jahitan asas dulu iaitu cara nak pleat kain secara manual dan lepas tu belajar teknik jahitan smocking macam cable stitch , wave stitch , trellis stitch , feather stitch dan macam-macam teknik jahitan smocking asas yang lain.

Kalau dapat beli lah buku A-Z jahitan smocking yang ada jual kat kedai buku macam MPH , buku ini memang best sebab semua perkara berkaitan smocking ada dalam buku ni dan semua teknik jahitan smocking di tunjuk step by step dan segala informasi sangat la lengkap .

Lepas tu bila dah mula cekap teknik asas baru la kita boleh belajar cara jahitan bullion dan macam-macam teknik yang lebih susah . Bila dah mahir jahit sulaman smocking ni kita sendiri boleh cipta reka corak atau pattern smocking dengan hanya menggunakan kombinasi teknik cable stitch dan beberapa teknik jahitan smocking lain dan buku hanya menjadi bahan rujukan sahaja...

Minat yang mendalam dan kesabaran sangat penting kalau nak belajar smocking ni kalau tak memang kita tak akan dapat rasa keseronokan menjahit smocking ni sebab nak siap sulaman smocking ni memang ambil masa yang agak lama .

Cari la bahan rujukan macam buku yang cukup informasi atau melalui internet ( banyak info yang boleh dicari di internet tentang smocking ni kena rajin cari la ) .

Saya pun banyak belajar smocking ni melalui buku saja dan kalau dapat belajar dengan join kelas jahitan smocking lagi la bagus , yang saya tahu kat pusat jahitan epal ada kelas jahitan smocking ni...




Sambil mengadap depan computer , saya pun menjahit smocking juga . Buat 2 kerja dalam satu masa ok la kan ....yang penting semua kerja mesti beres...

SMOCKING DAH SIAP..


Dah siap smocking saya ni walaupun lama juga masa yang saya ambil untuk siapkannya selepas beberapa kali tertangguh , semalam saya luangkan masa nak bagi siap juga , tapi baru siap sulaman smocking saja belum lagi siap jahit jadi gaun lagi . Termasuk smocking yang baru siap ni ada 3 dress yang menuggu untuk saya jahit bagi siap .


Smocking simple saya warna merah , pink dan oren..



Bila dah sampai kedai jual bahan jahitan mula la mata rambang tengok macam-macam jenis beads , saya cukup suka color pink dan ini la yang saya beli . Saya nak jahit pada baju kurung anak-anak dan baju kurung sendiri la . Hanya untuk baju kurung raya saja saya rajin nak jahit sulaman benang dan beads ni , setahun sekali ok la untuk special ocassion ...

Saturday, August 1, 2009

SMOCKING MERAH LAGI

Smocking merah yang hampir siap , saya tambah benang color pink dan orange/hijau . Masih tinggal sikit lagi , besok boleh siap insyallah . Jahit sulaman smocking ni memang ambil masa yang lama juga untuk disiapkan . Paling cepat saya siapkan smocking adalah dalam masa 3 hari dan paling lama 7 hari .

Smocking teknik trelis


Kain corak bunga biru ni adalah smocking saya yang terakhir untuk koleksi ready made dress , lepas ni saya nak jahit smocking dress untuk anak-anak pulak , lepas tu jahit baju kurung anak-anak dan saya punya sendiri . Tinggal beberapa hari lagi kita akan mula berpuasa , sekejap betul masa berlalu .

Thursday, July 30, 2009

SMOCKING MERAH KU


Saya sekarang dalam proses nak menghabiskan smocking color merah ni , first time saya guna color merah sama warna dengan rose buds kat corak kain ni , memang striking dan timbul corak smocking yang saya jahit. Saya combine color merah dengan color hijau macam kat daun rose . Nanti bila dah siap jadi dress saya akan masukkan gambarnya dalam blog saya ini.


Permulaan jahitan smocking , bila dah start jahit jadi susah nak berhenti . Rasa nak jahit saja , tu la keseronokkan yang saya rasa bila jahit smocking ni....

Nama untuk jahitan smocking dalam gambar di atas ni di panggil jahitan trelis dan teknik ini adalah antara teknik yang paling mudah untuk dijahit selain teknik cable . Bila dah habis jahit semua smocking ni barulah saya akan betul kedutan kain bagi lurus dan saiz corak sama besar kiranya bagi kemas la sulaman smocking ini sebelum saya nak buat proses yang seterusnya iaitu mencantum semua bahagian untuk menjadi dress .



Lagi benang untuk sulam smocking..pegi kedai saya mesti beli sikit , bekenan saya suka tengok color yang macam-macam , semua benang ni nanti mesti diguna juga ..tunggu masa je..

Happy smocking and sewing ^_^ ....

Wednesday, July 22, 2009

DRESS SMOCKING LAMA

Gambar ni masa Aidilfitri 2004 , saya jahit gaun smocking untuk Aisyah dan Adlina , saya yang happy sangat tengok anak-anak pakai baju raya sedondon.. Masa ni Aisyah berumur 6 tahun dan Adlina 1 tahun.


Sekarang ni Adlina pulak yang pakai baju kakak dia yang masih elok , gambar ni saya ambik masa kami gi melawat cucu sedara , Adlina suka je pakai baju ni ....


Bahagian belakang dress

Smocking ni saya buat dalam keadaan yang tergesa-gesa , seminggu sebelum raya sebab plan asal tak nak jahit smocking , saya nak jahit gaun biasa saja tapi last minute tukar fikiran. Masa saya buat baju ni , saya masih bekerja dan time ni baru habis exam week untuk student di sekolah yang saya mengajar tu . Bila time lunch saya jahit la smocking ni sebab tu smocking saya simple saja sebab nak cepat siap . Tahun ni melaram lagi anak-anak saya dengan dress smocking , masa anak-anak kecil la kita dapat dress up mereka dengan dress yang comel - comel , cuma untuk Aisyah , saya mungkin buat blouse yang ada sulaman smocking sebabnya dia dah meningkat remaja , dia dah tak boleh nak pakai dress berribbon di belakang lagi........^_^