MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Showing posts with label hobi-fotografi. Show all posts
Showing posts with label hobi-fotografi. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Taman bunga bonda...

Sudah lama juga saya tinggalkan hobi fotografi saya ni tapi bila balik kampung baru-baru ni dan tengok pemandangan sekeliling di taman bonda di waktu pagi yang damai saya terus teruja untuk tangkap gambar bunga-bunga yang sedang mekar kembang . Titisan embun pun masih segar di kelopak bunga cantik segar dan tenang betul suasana desa.......

Dengan kamera ixus conan saya yang seadanya ni la saya melayan minat saya pada pagi nyaman sambil menangkap gambar bunga-bunga di taman bonda tercinta . Puas hati serta happy bila saya tengok balik setiap gambar bunga yang saya ambil ni dan saya abadikannya dalam blog saya ni...



bunga raya mini putih comel sangat...


Kudup bunga raya mini yang menunggu masa saja kembang mekar...

Taman bunga bonda

Bunga oren ni memang menarik perhatian saya ,bentuk bunganya simple tapi sangat cantik tambahan lagi pokoknya jenis memanjat so pokok ni merimbun di patio rumah mak saya..


Bunga putih ni comel saja


Pokok renek tanduk rusa tumbuh subur dalam pasu..cantik..

Damai tenang pagi





Rimbun mekar di taman bonda..


Pokok nenas mini..

Boganvilla atau bunga kertas yang tengah menjadi subur dari jauh dah namapak warna bunga ni yang sangat striking cantik sangat...


Boganvilla kembang rimbun cantik sekali...

Kembang setaman...





Thursday, May 13, 2010

CANTIKNYA BUNGA KEMBOJA


Dulu-dulu masa saya kecil kalau nampak or jumpa pokok kemboja mesti sebut kubur dan teringat kat "hantu" saja kononnya kat kawasan kubur saja ada "hantu" dan bunga kemboja ni wangi jadi peberet "hantu" juga dan dulu seram je kalau nampak pokok kemboja . Actually pokok bunga kemboja ni cantik sangat sebab tu banyak di tanam di kawasan kubur.
Sekarang ni pokok bunga kemboja dah macam-macam spesis dengan warna yang cantik-cantik sangat. Saya memang bekenan tengok bunga kemboja kena pulak yang warna-warna striking macam pink , merah dan peach . Masa kat hotel last week ada banyak sangat pokok frangipani ni yang ditanam kat kawasan pool so saya ambil la gambar buat kenangan..

Cantiknya


Frangipani merah hati


Frangipani putih

Kemboja merah ke oren kelopak bunganya tirus dan panjang saiz bunganya kecil sikit hmm cantikkan.


Kemboja merah


Frangipani pink ni kelopak bunganya bulat..


Bunga kemboja pink
Bila saya bau bunga kemboja ni dah tak sewangi macam dulu atau mungkin spesis hiasan ni memang tak ada bau yang harum macam yang saya jumpa masa kecil-kecil dulu...

Tuesday, May 11, 2010

CAHAYA SENJA


Hujung minggu yang lepas saya dan family bercuti ke Port Dickson dan macam biasa saya memang tunggu waktu senja di tepi pantai nak tengok pemandangan matahari terbenam yang cantik sangat . Saya guna camera digital biasa saja untuk capture all the beautiful moments and scenery ni . Hobi saya dalam fotografi ni baru je lebih kurang dalam 2 tahun dan saya teringin juga nak dapatkan kamera DSLR , baru la rasa puas dapat ambil gambar dengan lebih cantik hmmm memang best la kalau impian tu menjadi kenyataan insyallah...

Kamera canon saya ni dah lama saya guna dan walaupun camera saya ni jenis biasa saja tapi kualiti gambarnya memang cantik terutamanya kalau saya ambil outdoor scenery . Masa di PD hari tu saya dapat ambil banyak juga gambar pemandangan yang cantik...

Adam dan Adlina




Tuesday, April 7, 2009

SENJA DI PANTAI PENGKALAN BALAK , MELAKA

Hari minggu yang lepas saya gi bercuti gan famili ke pantai Pengkalan Balak , Melaka. Kami duduk di Ismah Resort memang best sangat sebab kawasan perkelahan ni terletak di dalam kawasan kampung tradisional Melaka rasa macam balik kampung pulak. Resort ni terletak depan pantai , jarak ke pantai dalam 10 meter je .

Saya dan famili bertolak dari rumah dalam pukul 4 petang dan sampai kat resort ni dalam pukul 6.30 petang masa ni matahari pun dah nak terbenam. Suami saya guna highway Elite dan keluar kat tol Pedas / Rembau , perjalanan kami seterusnya melalui kawasan kampung. Jalan yang kami lalu nak ke pantai Pengkalan Balak adalah kawasan kampung tradisional Melaka yang sangat damai dan releks je , tak banyak kereta . Masa sampai kat Resort ni waktu pun dah senja , matahari pun nak terbenam ni , terus la saya ambil gambar.


Saya ambil lagi gambar , berkeping-keping dan cuaca pun tak panas sangat . Kawasan pantai dan laut ni bersih. Ombak pun kecil saja , sepanjang pantai banyak sangat chalet yang di usahakan oleh orang tempatan/kampung dan harga chalet pun ok berpatutan.


Masa saya ambil gambar ni tak da sapa pun kat tepi pantai , hanya kami anak-beranak. Pelancong macam saya sekeluarga je yang seronok bila sampai kawasan pantai , orang-orang kampung kat sini dah tak heran pemandangan matahari terbenam macam ni , hehehe . Anak-anak saya macam biasa la nak mandi laut , saya cakap besok pagi baru boleh mandi.

Cantik betul pemandangan matahari terbenam ni sambil bayu angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bestnye kalau ada rumah sebiji kat tepi pantai ni , berangan je la.

Saturday, March 28, 2009

PEMANDANGAN SELEPAS SUBUH

Selalu bila bangun pagi dan tengah sibuk siapkan anak-anak nak ke sekolah saya suka curi-curi masa untuk pegi ke balkoni rumah saya ni untuk melihat pemandangan sekitar kawasan perumahan saya , saya ni duduk di apatment tingkat 7 dan memang boleh lihat pemandangan jauh sangat kalau kena cuaca cerah boleh nampak sampai ke KLCC.
Pemandangan matahari terbit dari celah-celah bukit-bukau betul-betul depan apatment saya ni memang mengasyikkan dan sering saya tunggu . Tiap-tiap hari pemandangan berbeza yang dapat saya lihat , kalau semalamnya hujan pagi ke esokkannya langit tak begitu cerah sebab banyak awan terkumpul di langit. Jika hari tu tak hujan memang dari pagi lagi langit cerah saja macam dalam gambar saya ambil ni.

Saya pun terus ambil kamera dan snap sana snap sini , berkeping-keping gambar saya ambil sebab takut cuaca akan berubah cepat. Memamg semenjak tahun sudah saya dah semakin teruja dan minat sangat dengan fotografi , terlalu asyik melihat melalui skrin camera pemandangan ciptaan Tuhan yang maha esa. Takjub sebenarnya dengan warna-warna alam , terlalu cantik.

Cantik sangat kombinasi warna alam , biru langit dengan jingga kemerah-merahan dari matahari . Nun jauh tu di sebalik bukit-bukau adalah kawasan Cheras dan KL , kalau new year eve atau Merdeka memang boleh nampak letupan bunga api dari KLCC . Best la juga.


Selepas snap berkeping-keping gambar tiba-tiba je saya nampak satu line halus  di langit. Dah lama saya tak nampak pemandangan macam ni , rupanya jalur garisan tu ialah asap dari kapal terbang atau jet yang melintas di ruang udara , wahhhh cantiknya saya pun terus mencari mana kapal terbang tu nun jauhhhhhhhh nampak kecil........ sangat.
Saya hanya terbayangkan org yang di dalam jet tu yang mungkin tengah memandang ke bawah melihat pemandangan yang lebih luas dan pasti sungguh mengasyikkan. Hmmmm bila melihat kecantikkan alam sekeliling ini menyebabkan saya teringat kepada penciptanya yang maha mengasihi dan penyayang. Saya terus rasa bersyukur sangat sebab masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta masih dapat melihat dan menikmati kehidupan di dunia ini seadanya.

Saya dongak kepala ke langit dan nampak garisan lurus ini dengan lebih jelas , cantik sangat dan terus saya teringat masa kecil-kecil dulu. Saya selalu nampak pemandangan begini sebab rumah saya berdekatan dengan lapangan terbang Kepala Batas , Alor Setar. 
Tapi masa kecil dulu lain ceritanya kalau nampak kapal terbang lalu mesti seronok sangat terus terjerit-jerit ..... bye-bye..... sambil tangan melambai-lambai pada kapal terbang di langit tu macam la orang dalam kapal terbang tu dengar hehehe , memang lawak bila ingat balik gelagat saya dan kawan-kawan dulu. Masa kecil yang saya tau nak seronok dan nak main saja hehehe memang masa kecil tu saja la yang kita ingat dan nak buat. Kejap saja masa berlalu sekarang ini anak-anak saya pula yang seronok melihat kapal terbang yang terbang di langit. 
Besok pagi saya nak tunggu lagi matahari terbit , memang mengasyikkan. Angan-angan saya ialah nak beli kamera SLR yang lebih canggih , sebabnya sudah pasti hasil gambar-gambar yang saya ambil nanti lebih cantik. Tapi buat masa ni saya dah cukup happy dengan kamera yang saya ada sebab hasil gambarnya dah cukup baik buat saya.

Monday, March 2, 2009

HOBI SAYA - FOTOGRAFI


Awan ciptaan Allah ini sentiasa memukau pandangan mata saya , kemana saja saya berjalan atau mengembara pasti mata saya ni akan sentiasa melihat ke atas pada langit.
Terpesona saya pada langit dan awan menyebabkan saya sentiasa mengambil gambar awan tak kira dimana saja saya berada.Memang dari kecil lagi saya suka memandang ke atas melihat langit dan awan yang seolah-olah membentuk berbagai rupa objek , kadang-kadang macam binatang , ada kala macam manusia , buah , pokok , tangan manusia dan macam-macam lagi.Saya memang dari kecil seingat saya dari umur 5 tahun suka membayang kan sesuatu( imagination) setiap kali melihat awan, saya rasa semua budak kecil memang macam tu.Rupanya sampai ke besar saya masih terpukau dengan awan-awan ni , hehehee.
Pesona warna yang wujud pada langit terlalu mengasyikkan .Semalam semasa berada di hotel ini pada tingkat 22 saya mendapat pandangan langit yan luas terbentang.Memang saya tunggu saat -saat begini, ketika matahari terbit.
Lepas subuh saja saya terus berdiri di tingkat bilik hotel dan terpegun dan terpaku melihat pancaran matahari yang mula muncul. Sikit-demi sedikit matahari menunjukkan dirinya.
" Sungguh menawan ciptaan Allah" itu saja perkataan yang ada pada pemikiran saya pada saat itu.Terus mata ini memfokus pada skrin camera dan saya cuba sehabis mungkin untuk mendapat gambar yang terbaik.
Saya pasti kalau juru kamera yang profesional hasil gambar mereka mesti berpuluh kali lebih baik dari saya tapi saya sudah cukup puas hati kerana ini la usaha saya dengan camera digital yang biasa-biasa saja.

Pukul 6.45 am


Pukul 7 am


pukul 7 . 10 am


Pukul 7.20 am , matahari mula muncul.


PANTAI REMIS , KUALA SELANGOR

Sambung lagi cerita saya pergi berjalan-jalan kat area Kuala Selangor ni.Saya teringin sangat nak ke Pantai Remis ,nak tengok macam mana la rupanya pantai yang terkenal ni. Akhirnya sampai juga kami di sini.
Pada mulanya saya tak tau yang ni Pantai Remis , lepas ada sorang budak perempuan bagi tau kat saya baru la saya tau hehehehe , saya siap bagi tau kat dia lagi yang Pantai Remis jauh lagi hehehehehe.Masa kami lepak kat sana tak ada orang sangat , memang seronok la .Angin pun bertiup laju , berangin nyaman saja.


Plan asal saya pada mulanya ingat nak ambil gambar pemandangan saja tapi bila dah mula berjalan di pantai ni baru saya perasan siput-siput dalam gambar diatas ni punya la banyak, seronoknya sebab saya memang suka kumpul siput.Apa lagi saya pun terus la panggil anak-anak  minta dia orang tolong saya kutip siput-siput ni sebab air dah nak mula pasang petang.Saya pegi ambil plastik bag dari kereta.Suami memang dah faham sangat dengan hobi saya ni dia pun tengah syok melayan tiupan angin yang nyaman di pondok kayu kat tepi pantai ni.


Anak-anak saya ni pun seronok sangat sebab tak pernah tengok siput tajam sebegitu banyak, jalan sikit je jumpa ,jalan lagi jumpa siput ni.Cuaca pun macam mendung sikit tak le terasa panas , mas ni pun dah pukul 4.30 ptg.Angin pula bertiup kuat juga.Jauh kami berjalan ada la dalam 70 meter dari tempat kereta di parking. Tapi pantai disini memang berlumpur saja dan air lautnya tak boleh mandi.Patut la kerang yang kami jumpa di pasar Pasir Penampang sebelum tu besar-besar , saiz kerang sama dengan buah limau nipis hehehehe.


Masa saya ambil gambar ni dah pukul 5 petang air laut pun dah mula pasang.So , kami anak-beranak stop kutip seashells sebab dah penat.Satu plastik bag besar Tesco penuh dengan  seashells yang dikutip kami , sukanya lepas ni nak pegi cari balang kaca lagi la nak simpan seashells yang banyak ni.Puas hati saya sebab akhirnya dapat juga sampai ke Pantai Remis walaupun tak dapat berjumpa dengan penjual kepah atau kerang giant. Lain kali nak datang lagi nak bawa sekali bekas polysterin sebab nak beli makanan laut yang fresh di Pasir Penampang.

Tuesday, February 17, 2009

KAMPUNG SUNGAI ULAR , CHERATING

Beach in Kampung Sungai Ular , Cherating , Pahang.

Me and my family went for a holiday to my sister house in Kuantan , Pahang . Kuantan is one of the famous town in the east coast of Malaysia.We really had a great time there.We spend the whole 5 days going to interesting places like beautiful beaches , villages and Kuantan town .Here are some of the photos that i took at Kampung Sungai Ular. A village located near to a very beautiful beach.
Posted by Picasa

Wednesday, January 28, 2009

PANTAI CHERATING


Gambar ni saya ambil semasa ditepi pantai Cherating, Pahang. Pemandangan pada masa ni sangat cantik.Kami sekeluarga pergi ke sana untuk bercuti di rumah baru kakak saya.Saya dan keluarga kakak dan abang pergi ke sana masa cuti raya Cina yang lepas.Memang seronok sangat.Harap dapat lagi pergi kesana dengan family kak Tie dan abg Zahari, jom kita pegi lagi.