MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, October 20, 2010

Sabtu yang di tunggu

Adlina berbaris untuk tunggu giliran ambil sijil..
Hari Sabtu yang lepas memang ditunggu-tunggu oleh kamis ekeluarga sebab nak tengok konsert Adlina tamat belajar di Tadika Sinar Ixora . Saya pun memang nak tengok sangat Adlina menyanyi nasyid dan menari tarian india sebab dah 3 bulan Adlian dok practice menyanyi dan menari di rumah .
Acara konsert berjalan dengan baik sekali seronok benar saya tengok Adlina dan kawan-kawan dia menari dengan cukup confident dan best sekali . Adlina memang looking foward nak menari masa konsert ni , Adlian memang rajin benar practice dan memang step tarian india yang Adlina menari dengan kawan-kawan dia tu agak susah juga . Tapi tu la budak-budak kalau di latih selalu memang cepat pandai macam nyanyian nasyid yang dalam bahasa arab pun Adlina dan kawan-kawan dapat hafal cerdik betul .

Adlina dengan sijil tamat dari tadika dan tahun depan Adlina dah masuk tahun 1 pulak..


Acara nasyid..

Adlina dengan partner menari tarian kollywood..
p/s. Sekarang ni saya memang kurang masuk entry baru nanti la insyaallah bila ada kelapangan saya akan buatkan entry tentang jahitan lagi ya.

1 comment:

  1. cute dan ada bakat semula jadi.keep it up adlina .you go girl

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .