MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, November 30, 2010

Adam dah pandai drive

Sekarang ni kalau abah dia keluar kejap ada urusan dan tinggalkan kami dalam kereta si kenit bacin Adam mesti nak datang ke depan dan buat macam-macam aksi kononnya dia tengah drive la kereta abah dia ni .

Selalunya saya dan anak-anak lain hanya gelak sendiri tengok gelagat Adam yang bersungguh-sungguh dok imagine dia drive kereta abah dia ni dan Adam siap buat bunyi kereta tengah bergerak la dan kadang-kadang tu Adam siap buat bunyi hon kereta heheheh.....

Apa saja gaya dan perlakuan yang abah dia buat masa drive Adam akan buat so memang la kan anak kecil macam Adam ni selalu perhatikan apa yang orang sekeliling dia buat dan paling hampir adalah kita ibubapa dia .

Bila saya perhatikan gelagat Adam ni saya bayangkan bila Adam dah betul-betul dewasa 17 tahun lagi dan dia dah pandai bawa kereta hmmm risau pun ada juga harap-harap dia macam abahnyer juga yang sanagt cermat masa memandu . Doa saya hanya yang terbaik buat anak lelaki saya ni moga dia menjadi anak soleh dan beriman , amin...

Muhd Adam , adik kesayangan pada kak Aisyah dan kak Adlina..

Penghibur hati kami sekeluarga..
Permata hati kami sekelurga...


" Mama , kita nak pegi mana ni , Adam bawa Mama pegi jalan-jalan k.."


" Mama , jangan risau Adam bawa mana je Mama nak pegi k dan Adam tak drive laju-laju sebab Adam selalu ingat pesan Mama tu " hehehe harap Adam akan cakap macam tu la pada saya bila dia dah cukup dewasa dan dah boleh bawa kereta...


" ishhhh susah gak nak drive keta ni "
" Adam tak nampak apa ada kat depan tu macam mana ni "
"Mama apa yang ada depan kereta Adam ni "

Pon-pon(bunyi hon) Adam buat bunyi hon kereta dan lepas tu Adam buat bunyi kereta bergerak kejap laju kejap perlahan sambil tu mulut comel Adam tu tak habis-habis bercakap bokbekbokbek.....ada perkataan yang saya faham dan ada perkataan yang Adam masih cakap tak berapa jelas masih pelat lagi bahasa baby dia hehehe



Adam drive kereta dengan aksi Formula 1 lajuuuuuuuu......sangat ni hehehehe . Kami yang duduk di dalam kereta semuanya gelak je tengok aksi Adam pandu kereta abah dia ni...

Bila Adam nampak je abah dia dah sampai ke kereta kelam kabut dia ke seat belakang balik dan mulutnya tak habis-habis bercakap sambil happy sangat dapat drive kereta abah dia tadi hihihi...lepas tu Adam cari balik teddy bear kesayangan dia...

Adam penghibur hati mama....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .