MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, December 16, 2010

Water color painting..

Baru-baru ni saya jalan-jalan shopping dengan 2 orang kakak saya dan destinasi kami yang pertama ialah ke kedai Art Supplier di Central Market . Lama betul saya tak ke kedai tu dan bila dah lama kat dalam kedai dan tengok k Amy pilih macam-macam color jenis akrilik untuk projek painting dia , saya pun teringin nak hasilkan water color painting isshhhh lama betul tak pegang berus warna ni last saya buat painting last year masa saya hasilkan catan air hello kitty untuk bilik lina......

Dah lama juga saya pendamkan hasrat nak buat catan warna air tapi bahan-bahan basic ah lama habis macam water color yang saya punya dah lama xpired dan kertas special untuk water color pn dah tinggal sikit . So bila dah sampai kedai memang saya tak lepaskan peluang beli bahan-bahan mana yang diperlukan . Saya plan nak hasilkan catan bunga-bunga favorite dari corak koleksi pinggan mangkuk lama yang saya kumpul tu . Saya nak abadikan dalam bentuk catan warna air pulak dan boleh la saya frame kan hmmm cantiknya..

Sekarang ni saya sedang pilih corak bunga apa yang saya nak lukis dulu dan bila dah siap nanti saya akak buatkan n3 dalam blog saya ni..bestnya dapat berkarya semula...


Ni la water color paper dan warna air yang saya baru beli..bersemangat ni...

Water color baru beli yang lama dah xpired maklum la dah berkurun dok guna hehehe

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .