MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, April 17, 2010

MY MINI POUCH


Malam ni macam biasa habis dinner kami sekeluarga dok depan tv la nonton movie kejap lepas tu tengok konsert AF jap lepas tu tengok movie balik . Saya ni mata je dok tengok tv tapi fikiran dok melayan idea-idea projek jahitan yang saya nak buat ni . Siang tadi saya dok depan tenet dan saya sempat mentelaah banyak betul blog tutorial untuk jahit tote bag . Sebenarnya saya mencari tutorial untuk buat mini pouch dan akhirnya jumpa juga tutorial yang best sangat . So malam ni apa lagi mana boleh tahan saya nak jahit juga la dan dah siap lah sebiji mini pouch color pink ni...

Saya guna je kain perca yang ada dan kali ni kiranya first time saya nak cuba-cuba jahit mini pouch . Potong kain dan saya mula la jahit kat situ jahit kat sini dan taraaa dah siap pun dalam masa 30 minit hehehe bestnya...


Ni la hasilnya my first mini pouch . Rupa-rupanya senang la juga nak jahit mini pouch ni...


Dah siap pun dan saya isi la dengan alat make-up dan apa saja yang benda yang boleh diisi..


Lepas ni boleh la saya jahit banyak lagi mini pouch macam-macam saiz yang kecik yang besar yang ada tali tambah riben lace ke dan macam-macam color . Sekarang ni saya dah tau cara nak jahit tote bag yang berzip macam mini pouch ni lepas ni dan projek jahitan saya seterusnya tote bag berzipppsss la pulak....


Adlina sempat melaram dengan tote bag saya tu dan Lina nak saya buatkan dia bag juga tapi Adlina nak saya carikan kain corak Ben Ten hmmm mana la mama nak cari ya nanti la kita gi Nagoya ye mungkin ada kot kain corak Ben Ten tu . Besok kami sekeluarga nak gi jenjalan ke jalan TAR soo tunggu entry saya ya kalau nak tengok apa yang saya dapat dari jalan TAR , so bye-bye and nite nite...

ok jom kita jahit lagi lepas ni..layan...

2 comments:

  1. Salam nannie...
    wah..cantik tol la...
    best kan pandai jahit..
    semua boleh wat sendiri...

    ReplyDelete
  2. wlksalam kak Hasnah,
    Apa kabar kak hmm lama x dengar ceta hehehe . tema kasih ya simple je ni kak suka-suka jahit hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .